Followers

iklan..iklan......

Wednesday, January 26, 2011

Mencari kekuatan diri

Baru sebentar tadi membaca laman blog seorang teman yang dikenali sewaktu menghadiri Kursus Penulis Super anjuran PTS Publication pada tahun 2009. Bila diamati betul-betul, barulah aku perasan bahawa sebenarnya aku masih lagi mencari diri, mencari sebuah kekuatan yang masih lagi belum sebati dalam diri ini. Kadang-kadang merasakan yang diri ini telah cukup percaya pada diri sendiri tapi rupa-rupanya masih lagi takut dengan bayang-bayang sendiri. Masih lagi ragu dengan keupayaan diri, masih lagi tidak percaya dengan kebolehan yang ada. Sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kurniaan Tuhan selama ini. Aku punya keluarga yang bahagia, suami yang sangat memahami, anak-anak yang menjadi buah hati dan pengarang jantung ini, cuma terkadang aku sering merasakan seolah-olah masih mencari. Mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti.Apa yang aku cari? Apa yang dapat memberikan kepuasan pada diri ini?? Adakah ini sebagai tanda aku tidak bersyukur?? Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari sebarang rasa yang tidak diingini....

Aku ingin menjadikan tahun ini sebagai tahun transformasi. Tahun yang amat penting bagi membuktikan bahawa aku masih lagi penting bagi insan-insan di sekelilingku. Ada ketikanya hati aku merasakan bahawa mungkin aku sudah tidak penting lagi, dicari apa bila diperlukan, habis manis sepah dibuang. Begitu sekali perasaan jahat yang menguasai diri ini. Namun, setiap apa yang dilakukan adalah kerana aku memang suka melakukannya...i'm enjoying it!!! Tahun ini banyak perkara yang harus diselesaikan mengikut perancangan. Besar harapan agar segalanya berjalan dengan lancar. Semoga tahun ini menjadi tahun pemula bagi kejayaan akan datang...

Apa yang perlu dilakukan pada tahun ini:

1. Mengekalkan kecergasan
2. Menyambung pengajian
3. Menghasilkan manuskrip penulisan pertama.

Sedikit sahaja perancangan bagi tahun ini namun, ianya adalah matlamat yang besar dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Adakah aku mampu melakukan ketiga-tiganya? Iringi daku dengan doa...insyaAllah segala yang dihasratkan akan dapat dicapai........

Siapa kata mereka tak boleh?

Hari ini mendapat mesej daripada bekas pelajar yang membawakan sebuah berita yang sangat menyenangkan, menggembirakan dan mengujakan. Ucapan terima kasih daripada pelajar tersebut membuatkan aku terfikir, apakah yang telah aku lakukan sebagai sumbangan terhadap kejayaan yang diraih oleh  mereka? Mungkin boleh dibilang dengan jari sumbangan yang dikeluarkan namun, itu bukan pokok persoalannya. Soalannya...siapa kata pelajar pekak tidak boleh berjaya? Pelajar ini telah membuktikannya...

Pernah beberapa minggu lalu PM kita membuka ruang masa di dalam laman FB beliau untuk rakyat bertanyakan pelbagai jenis soalan. Macam-macam soalan merapu pun ada. Maka, tangan yang gatal ni pun tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan, mana tahu dapat jawapan......Soalan yang saya tanyakan...kenapa kebanyakan IPTA/IPTS tidak mahu menerima pelajar khas@OKU seperti pekak dan LD sedangkan mereka juga punya potensi untuk ditempatkan di dalam pasaran pekerjaan? kita tak boleh menilai keupayaan mereka secara lahiriah tanpa menguji kemampuan dan kemahiran mereka secara teknikal. Hari ini dengan rasa bangga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada UiTM yang telah menerima dua pelajar kembar pekak pertama untuk mengikuti sesi pengajian program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik.

Perjalanan dua pelajar ini juga bukan mudah. Bermula dengan perjuangan dalam SPM yang terpaksa bersaing dengan pelajar normal, mereka membuktikan kemampuan mereka. Mereka meneruskan pengajian dalam Sijil Rekabentuk Grafik selama dua tahun dan menyambung pengajian di peringkat diploma di aliran perdana. Meskipun tidak berupaya bertutur seperti manusia biasa, tumbs up wajar diberikan kepada pasangan kembar ini yang tak pernah berhenti berjuang. Komited dengan tugasan, cemerlang dalam akademik dan sukan memberikan peluang yang besar buat kedua beradik ini untuk terus mencipta kecemerlangan.Tumpang banggalah jugak kan walaupun tak pernah mengajar mereka........sekurang-kurangnya mereka pernah mendapat perhatianku.......

Siapa kata mereka tak boleh? Mereka membuktikan pandangan masyarakat umum silap. Hasil kerja mereka lebih baik daripada pelajar normal yang lain. Malah salah seorang daripada mereka pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik kursus yang diikuti diatas keupayaan dan kehebatannya. Wana dan Wanie, dua beradik kembar tidak seiras yang pastinya telah membahagiakan kedua ibu bapa mereka. Sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka. Biarpun tanpa suara, mereka tetap memburu jaya.......

Sensitif....perasaan yang sukar diungkapkan.........

Manusia lahirnya dengan pelbagai perasaan dan emosi yang kadang-kadang sukar untuk difahami. Rasa ingin dihormati, disayangi, mengasihi, benci, suka, duka dan macam-macam lagi. macam-macam cara juga digunakan untuk melahirkan perasaan tadi. Seandainya perasaan-perasaan ini tidak dizahirkan mengikut saluran yang betul pada masa yang tepat beserta kaedah yang sesuai, pastinya pemilik-pemilik perasaan ini akan merasa seolah-olah ada sesuatu yang hilang, tak lengkap dalam diri masin-masing.

Tatkala hidup di dalam lingkungan insan-insan istimewa ini, sesuatu wajar diakui...berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, bukanlah nak kata mereka ni tak ada perasaan malah, perasaan mereka mungkin lebih daripada apa yang kita rasakan, lebih daripada apa yang kita jangkakan dan mungkin lebih payah untuk kita menyelami dan memahaminya dalam keadaan biasa. Mereka adalah golongan yang memiliki nilai rasa sensitif yang tinggi. Jiwa mereka mudah terusik, hati mereka senang tersentuh, perasaan  mereka cepat terguris dan tercalar, malah akal mereka agak lambat untuk meneutralkan semula emosi yang melanda diri. Bagi kita mungkin mudah untuk mengendalikan emosi sewaktu dilanda masalah atau cabaran yang datang tetapi bagi golongan ini , ianya seolah-olah suatu tamparan yang hebat untuk ditangani. Ada masanya sebahagian  daripada mereka menjadi tegar, namun tidak dinafikan, ada sebahagiannya tewas dalam mengendalikan situasi.

Kadang-kadang kita yang melihat berasa kasihan, ingin membantu tetapi kita juga tidak tahu bagaimana. Perasaan hanya boleh dikendalikan oleh empunya perasaan itu sendiri sahaja. Bagaimana pengendaliannya adalah bergantung kepada kekuatan individu dalam mengatur emosi, mengendalikan dengan sebaik mungkin. Kita mungkin sekadar boleh memberi nasihat, bukan pemutus keputusan apa yang perlu atau tidak perlu dilakukan. Memang berat hendak meluahkan perasaan, memang sukar hendak mengendalikan hati yang satu tetapi kepuasan akan datang sekiranya perasaan itu terkendali dengan begitu baik. Mungkin juga ada ketikanya kita sebagai orang ketiga terpaksa memberikan keputusan, bukan sekadar penasihat namun takut juga seandainya keputusan yang diberikan itu mendatangkan impak yang kurang menyenangkan. Lebih banyak perkara yang harus direnungi dan dipertimbangkan semula.

Kesensitifan seseorang itu adalah berbeza. Ada orang langsung tak sensitif, ada pula yang terlebih sensitif. Rasanya kita perlu belajar mengenali emosi yang lahir daripada perasaan ini. Kita kena belajar bagaimana cara mengendalikan  perasaan yang satu ini supaya kita tidak terbawa-bawa dengan emosi yang keterlaluan.........

Sunday, January 23, 2011

Kalaulah...............................

Lagu Anita Sarawak mengingatkan aku tentang perkataan ini..Kalau engkau berkalau...kalau......

Dalam hidup kita ni banyak sangat kalau. Tak percaya? Contoh-contoh seperti di bawah:

Kalaulah dari dulu aku tahu.................
Kalau macam ni, baik............
Kalau tidak,........
Kalau tak buat....
Kalau begitu,...
Kalau tak tahu....
Kalaulah boleh....
Kalau taknak,...
Kalau iye pun....

Kalau lebih daripada 1 kalau, dah kira banyaklah kan...Kalaulah boleh nak ekspresikan perasaan dengan perkataan kalau ni, banyak perasaan yang akan keluar. Hari ni memang nak cerita berkenaan kalau. Tapi cerita berkait diri sendiri.

Sejak 13 tahun dulu, masa sebelum mengaji lagi kat UKM tu, kalaulah tak pilih bidang pendidikan khas....sah-sah kalau ada rezeki dah jadik lawyer....kalau....

Bila dah masuk pendidikan khas, kalau nak keluar rasa x best pulak sebab dah sebati.

Kalaulah tahu kena hantar ke politeknik, sah-sah dah mintak tukar awal-awal tapi bila dapat ke poli, banyak pulak kelebihannya.

Kalau tak masuk poli, taklah bertemu kekasih hati...hehehe...kalau masih di sekolah, ntah dah kahwin ke tidak aku nie.....nasib baik ada yang sudi...

Masuk-masuk dah jadik warden, ada pulak masalahnya, kalaulah tak jadik warden dulu, mesti dah hepi tapi kalau tak jadik warden plak, sape nak jaga kebajikan student-student sendiri? Maunya garu kepala sendiri!!!!

Kalaulah semua student-student ni baik budi pekerti, mesti aku senang hati tapi kalau time diorang buat perangai, cikgu pun boleh jadik hangin berapi-rapi!

Kalau tak dilayan nanti dikatanya kita mementingkan diri sendiri tapi kalau layan lebih-lebih pulak makin menjadi-jadi...

Kalaulah tak kenal geng-geng sekepala memang susah nak buat keje tapi kalau dapat pulak yang suka syok sendiri lagi geram rasa nak bagi backhand sekali..boleh gitu??? hhehehehe

Kalau lah ada kuasa nak buat itu ini, rasanya dah lama hilang sifat manusiawi, kalau diberi kuasa banyak-banyak pulak tak sedar diri.

Kalau ada peluang memang nak show off aje kejenya tapi kalau dah tau diri, paham-paham sendirilah yek.....

Banyak lagi kalau kalau nak cerita tapi sekadar berkongsi yang secebis ini..............lain kali kita sambung lagi.Peace!!!!

Tuesday, January 18, 2011

Bila rasa gembira..................

Sedar tak sedar sudah hampir dua minggu laman blog ini tidak dikemaskini. Agak sibuk dengan sesi kuliah yang membataskan masa untuk menulis. Alasan.........hidup memang penuh dengan alasan. kadang-kadang logik, kadang-kadang langsung tak logik segala alasan yang digunakan. Bila menjenguk laman-laman blog teman-teman, maka tersedarlah bahawa laman blog sendiri minta dikemaskini. Kalau tidak lama-lama labah-labah akan mula membuat sawangnya.....

Biasanya bila sedih, ada saja cara untuk meluahkan kesedihan yang melanda jiwa. Begitu juga keadaannya tatkala hati dibuai gumbira. Pasti ada kaedah terbaik untuk mengekpresikan apa yang dirasai. Nampaknya jari jemari dah mula berperanan membantu untuk menzahirkan rasa gembira yang bersarang sejak semalam. Mana tidaknya, sampai-sampai sahaja di pejabat seawal pagi, duduk di hadapan laptop, buka email....ada sesuatu yang menggembirakan terpapar di sana. Maunya tidak gembira!!! Penantian sekian lama, pengharapan yang tak pasti bila akan bertemu jawapannya akhirnya....terjawab sudah..........

Bila status dinaikkan di facebook, masih ramai yang tertanya-tanya apakah musabab kegembiraan ini...mereka belum ketemu jawapannya. Hanya sang suami dan adik bongsu sahaja yang diberi hak untuk berkongsi kegembiraan yang sedikit ini. Maafkan saya ye teman-teman......masih belum bersedia berkongsi punca kegembiraan itu kerana belum pasti apakah akan ada penghujung yang benar-benar menjadi puncak kegembiraan. Peh...penuh dengan makna tersirat kan...Apa yang pasti., hari-hari mendatang adalah hari yang penuh dengan cabaran dan liku namun ianya bukan pematah semangat untuk terus teguh berdiri....

Siapa yang tak mahukan kejayaan..cuba beritahu? semua orang idamkan kejayaan tak kira dalam apa bidang sekalipun, dalam apa jua yang dilakukan..begitu juga dengan diriku yang pasti menjadi insan yang sibuk bermula tahun 2011 ini. Tahun transformasi, tahun mengubah persepsi diri dan tahun meningkatkan pencapaian serta kepuasan diri. Mudah-mudahan segala apa yang dilalui akan dipermudahkan...Aminnn.....

Tuesday, January 4, 2011

HARI PERTAMA AMIRUL RAHIMI KE SEKOLAH

Semalam 3 Disember 2011 bermulalah rutin baru seorang mama bila anak sulung baru masuk Darjah 1. Macam-macam pengalaman, macam-macam nak kena buat, macam-macam nak kena siapkan. Baru layan si abang, belum si adiknya yang memang liat nak bangun pagi......Seawal 5 pagi dah bangun siapkan kelengkapan sekolah anak sebab sekolah agama masuk pukul 7.15 pagi. macam mimpilah pulak 6.45 pagi dah keluar rumah. Agaknya macam nilah rasa kengkawan yang dah ada pengalaman anak-anak sekolah.huhuhuhuhu......

Awal pagi nasib baik senang nak suruh bangun, mandi air panas, solat subuh, pakai baju, sarapan dan terus bergerak ke Sekolah Agama Kopok, sesi pertama 7.15-8.45 pagi.

 Muka kena bangun pagi dan bertolak jam 6.45 pagi.....
 Beratur!!!! nanti ustazah marah......
 Masih terpinga-pinga
Kejap lagi nak kena tinggal.......

Balik sekolah agama, ayah ambil. Rehat-rehat di rumah ibu, kena sedia nak ke sekolah kebangsaan pula.
 Hensem????
 Ibu siap hantar ke pagar lagi.....
 Anakku dah sekolah dah.....
 Hujan...oh hujan......hari pertama, hujan lebat..hujan oh hujan....
Bersusun kereta bila dah hujan.....

Masa taklimat, ibu bapa tak dibenarkan masuk bila hantar anak. Dek kerana hujan, tiba-tiba arahan di
fleksibel'kan..Mak bapak pun terejal jugak, cikgu larang kat sana, dia nyusup kat sini....(aku ler tu......)hihihi..akhirnya dapat masuk jugak...
bawah khemah hari hujan....hujan oh hujan........

 kawan baik dan kawan gaduh Rahimi, Ana Widyan Wahyuni binti Supian
 Dah dapat duit belanja.....
 Beratur ikut kelas ye.......

 sempat posing....
ok murid 1 amanah......ikut ustaz..........

Maka masuklah Rahimi ke dalam kelas......
 macam dalam penjara pulak....da anak mama......mama tinggalkan ye...pandai-pandailah kau nak...........
 Ha.....ini pemandangan waktu menunggu anak-anak keluar sekolah, masyaAllah...macam pesta!!!!
 tak sabar nak keluar pagar sampai terkeluar dari barisan. cikgu-cikgu lelaki kat belakang dia pandang ajerr....ada mama dia kesah?????? hihihihihi...
 Pandangan dari atas bukit SK KOPOK..panjang...............
Dah sampai bawah, bila toleh ke belakang semula.....penuhnya.................

Inilah rutin yang bakal dilalui seorang ayah dah mama untuk hari-hari berikutnya..............Ya Allah, jadikanlah anak-anakku anak yang sentiasa menurut perintahmu dan meninggalkan segala laranganmu. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh, yang sentiasa membahagiakan kedua orang tuanya,sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. AMINNN....

MAHU TERCOPOT JANTUNGKU!!!!!!!!

Ahad lepas bertolak pulang dari Tangkak lebih kurang pukul 3 petang. Konon nak sampai awal sikitlah sebab boleh rehat-rehat sementara nak bersiap-siap untuk persediaan Rahimi ke sekolah keesokannya. Perjalanan lancar....memanglah kenderaan banyak menghala ke JB sebab yelah...cuti 3 hari kan.....berhenti sekejap di Kulai, pemandu dah mengantuk sangat, sempat beli buah...makan-makan dalam kereta nak bagi hilang mengantuk.....

Sampai di tol Skudai, macam biasa, lane touch n go jadi pilihan. Keluar je tol, duduk lane paling kanan sebab agak laju. Tiba-tiba............................................KuRANG AJARRRRR!!!!!! terjerit jugaklah,,,,, rasa nak terputus nafas dibuatnya!!!! Datang tiba-tiba sebuah lori 1 tan yang sungguh tidak berbudi bahasa di jalan raya memotong dari lane paling kiri terus men'cilok' di lorong kami. Pemandu dah pegang stereng....kereta dah rapat sangat di divider tengah......penumpang dah kecut-kecut perut memikirkan apa yang bakal berlaku........Apa yang terbayang masa tu cuma anak-anak. Sorang tidur kat seat depan, sorang kat sebelah kanan,sorang di baby car seat...yang mana satu nak selamatkan dulu kalau terjadi apa-apa..........Masa tu dah tak boleh nak fikir, nak cakap pun tak terkata, hati dah mengucap-ngucap. Sang pemandu dengan penuh yakin selamba je tekan minyak bersaing dengan lori tu. Nak ke kanan. sah melanggar divider, nak ke kiri sah-sah ada lori tu dan ada sebiji kereta lagi di belakangnya.

Dengan selamba 'badaknya' lori tu dah himpit, terus ke kiri semula. Rupa-rupanya....nak masuk simpang Skudai je!!!!! KURANG HASAM!!!!!!!...........Kalaulah kereta, sah-sah kena kejar semula. Nasib baik dia besar sikit daripada kereta kitorang.....nak kejar pun takut!!!!hehehehe........tapi memang pengalaman yang mengerikanlah..........Alhamdulillah, bersyukur sangat tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Sang suami pun tenang, si penumpang yang selalu menjerit ni pun agak tenang...jadi semuanya dapat ditenangkan.......Akhirnya selamat sampai di rumah............................TERKESIMA GUE!!!!!!!!!!!............

Makan-makan di Sabak Awor, Bandar Maharani, Johor.

Pertamanya, tahniah dan terima kasih kepada Skuad Harimau Malaya kita yang telah berjaya menjulang kejuaraan dalam Piala Suzuki yang lepas. 14 tahun piala diidamkan, akhirnya jatuh ke tangan kita jua...Dek kerana kejayaan inilah, PM telah mengumumkan cuti umum pada Jumaat yang lepas. Bukan senang nak dapat cuti 3 hari hujung-hujung minggu ni....Makanya..............dapatlah balik kampung tapi kali ni balik ke Tangkak je. Itupun sebab balik hari Sabtu kerana sang suami sibuk 'mengerjakan' rumah ikan kesayangannya...layankan jelah walaupun akhirnya muncung angsa keluar jugak sebab dah lambat sangat dari waktu yang dirancang. Kalau diikutkan, muncung yang panjang tu dah boleh diikat.....haip!!!!!

Bertolak pun dah hampir pukul 4 petang. Sampai dah maghrib. Dalam perjalanan, ayah telefon ajak makan-makan di Sabak Awor. Adoyai...penatnya badan tapi layankan jugak sebab ayah yang belanja..hehehehe.....Sampai2, rehat sekejap, terus bertolak ke Sabak Awor. MasyaAllah....banyaknya kereta...ramainya orang......nasib baik group pertama dah sampai dulu, diorang dah tempah makanan, so yg lambat ni siap2 dah ada tempat duduk. Kalau tak, menggagau jugak nak mencari tempat dalam manusia yang ramai-ramai tu....

 sebahagian daripada kereta pengunjung yang ramai
 Depan pintu masuk, siap ada gerai-gerai jualan lagi....
tudung....tudung.....tutup mata!!!!

Maka, masuklah ke kawasan medan selera....tempahan makanan pun sampai...humang hai.....banyaknya.....rasa x terhabis nak makan. tapi..tabik spring kat team pertama yang memang kaki pulun.pergh.......
 sutun goreng tepung
 kupang dan lala
 pari sambal
 siakap tiga rasa
 ketam rubus...
udang goreng butter......
 sesi makan-makan bermula....
 team pertama......
 ni kalau mak mertua lalu belakang pun tak nampak!!!...
 ayah dan menantu.....feel......
 nak jugak masuk.........
Sofiyah dengan sepit ketamnya.....
 tinggal kulit ngan tulang ajerr...
 licin.....
sedapnya.....................errrkkk.........

Punyalah kenyang ....lama tak pergi Sabak Awor sebenarnya. Kiranya macam destinasi makan yang oklah kalau untuk pelancong...memang agak sesak. Service pun taklah lambat sangat...rasa makanan memang sedap....terasa nak pergi lagi tapi entahkan bila. Sabak Awor oh Sabak Awor........