Followers

Sunday, January 3, 2021

Hiking @ 2020

Dah masuk tahun 2021 baru nak cerita tentang kesukaan yang satu ini. Bukan sebab kemaruk tapi sebab direzekikan lapang masa untuk melakukan aktiviti yang satu ini. Tambahan pula bila dapat kawan sekepala yang boleh jadi teman seperjalanan. Rezeki.

Banyak hal sebenarnya yang jadi asbab mengapa baru setahun dua ini minat yang satu ini dapat diaktifkan semula. Sejak di sekolah menengah, saya seorang yang aktif dengan aktiviti luar. Bersilat, menari, berlari, semuanya pernah dibuat meskipun dengan fizikal tembun. Berbadan besar bukanlah halangan.

Walaupun bukanlah banyak mana gunung atau bukit didaki, namun jika ada ruang dan peluang, ianya adalah rezeki yang takkan dilepaskan.

Setiap kali ke sesuatu tempat, pasti ada ceritanya. Pengalaman yang berbeza-beza. Namun tahun 2020 adalah tahun yang mana saya mula mengaktifkan diri selepas bertemu rakan seperjalanan yang saya sendiri tak sangka. Jiran sebelah rumah!

Tahun 2020 juga mencipta rekod sendiri apabila berjaya ke lokasi-lokasi berikut:

1. Trans Lambak (Puncak Lambak, Puncak selatan 2        dan  Stesen  Microwave)

2. Gunung Datuk, Rembau.

3. Bukit Batu Gajah

4. Bukit Cinta

5. Bukit jementah

6. Bukit Belungkor

7. Bukit Tiz

8. Tasik Biru Pulai

9. Tasik Tiga Beradik

10. Tasik Biru UitM

11. Tasik UniKL

12. Tasik Jari 2

Tidaklah hardcore macam orang lain, cukuplah buat permulaan untuk melaksanakan misi kembali sihat. Bukan senang nak kembali sihat apabila dikesan ada masalah kesihatan. Banyak benda perlu dipertimbangkan.

Nak berlari, tak mampu,

Nak melompat, lutut sakit,

Nak berbasikal, stamina tak cukup,

Maka berjalanlah jadi aktiviti paling mudah walaupun tidaklah senang.

Masih juga tercungap-cungap.

Masih juga rasa macam tak cukup nyawa.

Selalu juga rasa menyesal apabila melakukannya.

Namun serik jauh sekali.

Sekali dah jatuh cinta, rindunya tidak mampu ditepis.

Asalkan mendapat lampu hijau, kesukaan ini akan diteruskan insya-Allah. 

Tak apalah sepak daun, sepak akar selalu. Santai, lambat tapi sampai.

Gitu....

CABARAN 2020

.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk sekian kalinya blog ini kembali berfungsi, alhamdulillah.

Dahpun melepasi tahun 2020. Tahun yang diharapkan banyaknya kemajuan yang akan dicapai dalam negara. Tahun yang mana banyaknya wawasan dapat direalisasikan. Hakikatnya, Allah menguji dengan didatangkan makhluk halus yang tidak kelihatan untuk menguji iman dan sabar penghuni dunia secara keseluruhannya. Pelbagai cabaran terpaksa diharungi oleh kita semua.

Banyaknya kematian.

Sekolah ditutup.

Ekonomi terjejas.

Ramainya yang hilang pekerjaan.

Ramainya yang terpisah sesama ahli keluarga.

Ramai yang koyak jiwanya.

Masya-Allah, ujian ini bukan sedikit.

Bukan semata-mata ujian material, malah emosi dan spiritual.

Ujian yang masih belum lagi berhenti.

Ujian ini bertali-tali sehingga ke hari ini. Masih lagi menghantui.

Ramai lagi yang masih terbelenggu dengan kesempitan dan  himpitan hidup.

Belum lagi reda meskipun sudah nampak petanda akan lega.

Leka sahaja, maka bala bakal bertimpa-timpa!

Bala tentera ini cukup halus. tidak kelihatan pada mata kasar namun impaknya sehingga tergadai nyawa.

Maha Kuasa Allah. Kun Fayakun.

Semoga 2021 yang hadir membawa banyak khabar berita berbanding gundah.

Semoga begitulah.