Followers

Thursday, July 26, 2012

Kek gula hangus

Assalam pembaca sekelian....

Hari ni saya nak kongsi satu rahsia. Dulu rahsia, sekarang bila dah kongsi, ianya taklah jadi rahsia lagi. Sejak dari pagi tadi hati ni tergerak nak masak chocolate moist cake. Siap cari resepi di internet....tak pernah-pernah......Rahsianya, dah 34 tahun saya hidup, tak pernah pun buat kek........Dapat cari resepi, tulis..konon-konon nak cuba. Bila beritahu pada suami, siap kena gelak lagi..lepas tu katanya kalau buat mesti berkecah dapur. Tak kira...nak cuba juga. Telefon Kak Long tanya cara-cara nak buat kek, kena gelak jugak.Yelah mana tidaknya, tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba telefon dia tanya resepi. Peliklah tu.............Takdenya nak pelik apalah, biasalah...manusia kan boleh berubah.

Pergi ke econsave beli barang-barang. Oven pinjam kat baby sitter...ahaks...balik ke rumah, baru teringat anak sulung mana boleh makan coklat. Sudah........tiba-tiba teringat suami pernah kata makanan kesukaan dia kek gula hangus.Baru tau....maaflah abang sayang.....Jadi saya pun tukar resepi dari kek coklat moist ke kek gula hangus. Hati berdoa bagai, mudah-mudahan jadi....

Setelah secara tertib mengikut resepi yang saya jumpa di www.myresepi.com (kalau tak silaplah), maka siaplah kek gula hangus saya....

baru keluar dari oven...

Potong sikit

Sudah dalam pinggan. Habis sepinggan encik suami hadap....

Alhamdulillah jadi!!! Anak-anak tak suka makan, hangus katanya. Memanglah, dah namanya pun kek gula hangus. Merasalah jiran kiri kanan seorang sepinggan.Harap-harap mereka suka....Masakan orang baru nak belajar.....Saya nak kongsikan resepinya..mau tak? Kalau mau ye diambil, kalau tak mahu ye tidak apa-apa.......

RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan

2 cawan gula pasir
Dua cawan air
30g butter
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu pekat manis

Cara menyediakan:

1. Panaskan gula, biarkan sehingga kekuningan dan meresap, tambahkan dua cawan air,biarkan sebati, 
    tambahkan 30g butter dan biarkan  sejuk.
2. Pecahkan 6 biji telur, pukul hingga kembang.
3. Masukkan secawan susu pekat, kacau lagi lebih kurang 5 minit
4.Masukkan tepung gandum yang telah diayak berserta soda bikarbonat. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan bancuhan gula hangus tadi.Kacau sehingga serata.
6. Masukkan dalam loyang kek yang disapu mentega supaya tidak lekat.
7. Bakar dengan suhu 150'C selama sejam.
8. InsyaAllah siap....boleh dimakan....

Kalau nak cuba, silakan....


Tuesday, July 24, 2012

Mee sup puasa ketiga..........

Assalamualaikum.......hai kawan-kawan pembaca...alahai macam budak-budak pulak......entri saya hari ni sekadar nak kongsikan apa yang keluarga kami makan semalam untuk berbuka puasa. Memandangkan semalam hari jadi Aiman Haziq bersamaan hari jadi PM kita, pemanis mulut kami dah pastinya kek harijadi. Takkan kotak dia je kan.......Pertama kali jugaklah encik suami memuji kek yang saya beli tu sedap. Kalau tak mesti ada komennya, manis sangatlah, muaklah....tapi kali ni nampaknya banyak juga yang menjadi habuan tekaknya. Tu betul punya sedaplah tu........Mujurlah saya ikut cadangan staf di kedai kek tu. Berbaloi membelinya dengan harga RM50.40 selepas diskaun 30%. Kiralah sendiri harga sebelum diskaun ye...harus mahal sebab tiramisu tu kan sodapppppp....................Konon sekadar nak mencuba, akhirnya bahagian kami licin pagi ni. Yang tinggal pun ada dua bekas untuk dihantar ke rumah dua orang pengasuh anak-anak. Maklumlah pengasuh si kecil lain, si abang dan di kakak kekal dengan pengasuh lama.

Apa pasal tak masuk lagi cerita pasal tajuk kat atas tu ek?? Lambat betul,panjang mukadimahnya....Tu baru cerita pemanis mulut..ni baru nak masuk cerita pasal menu utama. Ringkas gilerr...mee sup ajerr. Pukul 6.30 baru masak. Bahan-bahan beli pukul 4.30, boleh gitu? Mujurlah sambal kicap dan daun sup dah siap potong awal-awal (pengasuh bagi sebab sehari sebelum tu dia buat menu yang sama....hehe), jimat masa den....jadi daun bawang dan daun sup yang dibeli tu kena fikir pulak nak buat apa. Hari ni rancangnya tak masak, beli murtabak saja, ikut selera anak-anak.Bagi hadiah puasa....

Maka saya pun memulakan misi memasak. Macam saya pernah cerita sebelum ni, saya bukanlah pandai masak pun. Suami kata sedap cuma tak selalu masak....perli gitu kan...hikhikhik. Akhirnya terhasillah menu saya untuk berbuka............
Orang buat resepi, kau naaakkkk jugak....Saja nak share mana tau kot ada yang baru-baru nak belajar masak cam saya jugak...huhuhuhu

Mee sup ringkas...

Bahan-bahan

Mee...setengah bungkus cukup untuk 4-5 orang (tangki kami kecik,....hihi)
Lobak yang dipotong-potong 
Meatball (saya guna farmbest punya, yang plain jerr)
Fishcake yang dipotong dua dan dihiris ikut sesuka hati nak besar mana
Taugeh (bajet 20 sen jerr)
Daun sup/bawang yang dihiris halus
Bawang goreng...wajib ada, tak ada tak best
Ayam yang dipotong dadu
Bawang putih untuk sambal kicap
Kicap
Lada cili untuk sambal
Air
Minyak
Garam 2 sudu teh

Bahan tumisan

Bawang merah, satu labu kecil,
Bawang putih, 3 ulas
Halia, agak-agak 1.5cm
Kayu manis,sebatang dahle...nak lebih ok jerr
Bunga lawang
Bunga cengkih
Lada putih
Serbuk tumix perasa ayam, dua peket (yang 1.80 sen, dalamnya ada beberapa peket tu)
Serbuk rempah sup, 2 sudu makan, lebih sikit pun takpe..

Cara penyediaan

1. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus dan ditumis hingga naik bau. Masukkan sekali bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih.
2. Dah naik wanginya, masukkan pula serbuk rempah sup dan tumis dalam seminit-dua. Masukkan ayam dan reneh seketika hingga mendidih.
3. Bila dah mendidih,masukkan perasa ayam tumix tu dan masukkan meatball, fishcake dan tambahkan air. Air agak-agak dalam 3 liter.
4. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan carrot, bawang goreng dan sedikit hirisan daun bawang/daun sup. Jangan lupa letak garam jugak.
5. Lebih kurang 5-10 minit, rasa, dan matikan api.

Untuk menambah rasa, tumbuk/blend lada cili, bawang putih dan tambahkan dengan kicap. Kalau pedas sangat, tambah sikit gula pun ok. Ikut selera sendiri. Bila nak hidang tu baru masukkan taugeh. Kalau masuk terus dalam periuk nanti dia lecur sangat....Hiaskan dengan daun bawang/sup dan bawang goreng. Wallaweh.......iniah hasil resepi campak-campak saya.




Nak cuba silakan....taknak cuba pun takpe......sebab resepi you all mesti lagi meletops daripada resepi budak baru belajar ni kan..kan......ahaks....oklah cukuplah resepi mudah saya ni ha....tak kira orang nak kata apa, yang penting anak-anak kata "sedaplah mama"....terus keluar taman astakona dalam jiwa........muahahaha.....................

Sunday, July 22, 2012

Nasi goreng telur dadar....

Hari ni hari kedua berpuasa. Saya pesan pada suami, kalau ke bazar, beli apa yang ingin dimakan sahaja, jangan beli macam-macam, membazir kalau tak makan. Semalam untuk hari pertama berpuasa, saya hanya masak tomyam putih dan bubur pulut hitam beserta buah tembikai. Tapi biasalah anak-anak kalau dibawa ke bazar, habis jugalah ayahnya di 'paw'...Belilah kuih dan ayam panggang...hmmm....mujur habis walaupun terkial-kial.

Jadi hari ni saya katakan saya mahu masak menu simple. Anak sulung mahu telur dadar saja. Suami pun suka. Jadi saya rancang untuk masak nasi goreng telur dadar. Untuk anak-anak memang tidak langsung saya masukkan lada. Jadi, untuk sedikit rasa pedas, sambal belacan untuk saya dan suami. Saya sediakan juga sepinggan jemput-jemput pisang, kebetulan masih ada 3 biji pisang yang dok tergantung di pintu almari di dapur. Bila suami ke bazar Ramadhan, saya request ayam panggang satay seperti semalam.Saya sediakan sepinggan betik, air soya cincau dan kurma. Kuih pula sekadar 3 keping kuih lopez. Alhamdulillah...makan seadanya.


Ini gambar lama..sebab tu pisangnya banyak lagi...

Bukanlah pandai sangat memasak, menu yang lain tu bayangkan jelah ye. Alhamdulillah....apa yang ada, Ramadhan kan bulan mendidik jiwa, bukan bulan melantak....jadi, kena kawal nafsu....taknaklah berlebih-lebihan hingga menjadikan satu pembaziran...yang penting anak-anak suka, suami suka...ALHAMDULILLAH!!!!


Wednesday, July 18, 2012

Saya budak baru belajar....

Assalamualaikum...ehem-ehem.....hari ni entri saya lain sikit kalau nak dibandingkan dengan entri-entri yang terdahulu. Hari ni entri berkenaan hasil tangan saya di dapur. Ahaks...orang baru nak belajar masak katakan. Kalau dalam adik beradik, sayalah yang paling malas memasak. Maklumlah, adik beradik perempuan sederet 4 orang, saya je yang 'terkehel'. Anak orang kampung tapi tak pandai masak. Dulu abah dah siap-siap bagi kerja. Kak Long dan Kak Ngah bertangan halus..memang bahagiannya kebanyakan masa di rumah,mengemas, basuh kain baju dan memasak. Saya pulak lasak macam 'jantan' kata orang kampung. Adik perempuan sorang lagi pun terer memasak. Sampai ke hari ni diorang tu macam tak yakin kalau saya masuk dapur, maklumlah tangan orang tak biasa masak......ada saya kisah? Yang penting suami kata ok....anak-anak kata sedap....Kadang-kadang tu kecik jugak hati bila hasil masakan diperlekehkan tapi redha jelah....bila orang dah 'cop' kita ni tak pandai masak.....hmmmm...........

Walaupun saya tak berapa nak pandai masak...masak kek tak pernah, biskut apatah lagi kan....tapi setakat makan anak-anak dan suami insyaAllah lepas......jangan ingat saya tak reti masak, saya ni tak pandai langsung. Ni nak cite pasal dulu-dulu.....zaman kanak-kanak dan remaja saya memang bermain dengan tanah, berkebun sayur, menoreh getah...angkat tong air, pikul tong racun....semuanya jadi mainan harian. Bila saya masuk universiti dan bekerja sahaja semua itu telah ditinggalkan....cukuplah tu, cerita kisah  lama-lama banyak sangat nanti ada pulak yang ternganga tak percaya......

Back to the story...hari ni entah apa angin saya, teringin nak masak sesuatu yang baru. Dalam hati dah mula membuak-buak nak belajar memasak. Maklumlah anak-anak dah mula membesar, nak jugak rasa seronok di dapur dengan anak-anak, takkan asyik nak tunjuk guna not kertas je kan.......jadinya saya try and errorlah hari ni walaupun orang mungkin kata...."hek eleh...benda senang pun tak reti?.".Kalau asyik nak fikir apa orang kata, memang tak bergeraklah saya....

Tengahari tadi saya mulakan dengan masak lengkung. Benda yang paling senang nak buat, suami suka pulak tu tapi yelah, bila jenis keras tangan..semua rasa serba tak kena. Nak campur warna pun takut-takut....

cantik tak? hahaha....jangan terpedaya...ini hasil Kak Long saya...saya tak sampai lagi ke tahap ni.......

Saya mampu buat yang ini je.......mujurlah ikut sukatan Tok Guru saya (Kak Long saya), alhamdulillah jadi walaupun paling simple....

Setelah dipotong

Lepas masak lengkung, saya teringat nak cuba masak satay goreng serai pulak. Memang tak pernah saya buat. Cuba-cuba je guna ayam kisar, campur sikit bahan-bahan yang mana ada je di rumah. Tara..........................

Untuk makan malam nanti...mesti anak-anak teruja dan tak percaya jugak....hihihihihi.....saya namakan masakan saya "GIANT SATAY GORENG SERAI".......

Puas dapat memasak ni kan. Nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar demi anak-anak....Saya nak tunggu encik suami belikan saya oven...ada benda lain yang saya nak belajar..teringin nak buat kek sendiri pulak.....mudah-mudahan tercapailah hasrat saya untuk menjadi seorang isteri dan ibu terbaik untuk suami dan anak-anak...Aaminn.......



Wednesday, July 11, 2012

Mulalah nak stress...

Sudah agak lama blog ni tak dikemaskini. Bila tengok-tengok...nasib baik belum ada sawangnya.....hihihi. Nak kata sibuk, tak jugak. Nak kata tak sibuk, buat-buat sibuk jelah. Sekejap nyenyak..sekejap jaga (istilah sendiri untuk belajar yang selalu on off) sampai blog pun tak sempat nak update. Bila dapat khabar sifu (supervisor) hendak bercuti panjang, mulalah tak senang duduk. Semua serba tak kena, tidur tak basah, mandi tak kenyang, makan tak lena.....hwa...hwa hwa....salah sudah......Tidur tak nyenyak, mandi tak basah, makan tak kenyanglah...........

Kerja pun tertangguh-tangguh. Sifu suruh buat kerja, buat sikit, stop, buat sikit, stop. Rupanya inilah sindrom orang tua bila sibuk nak belajar. Orang lain sibuk duduk rumah jaga anak, awak nak jugak perah otak. Hmmmm....ada aku 'K'???? Apa yang penting peluang dah depan mata, rugilah kalau lepaskan kan...kan...kan....Susah tu memanglah susah. Itulah namanya cabaran. Kalau nak senang aje...tak adalah namanya warna warni hidup. Kalau susah pulak, kenalah hadapi dengan tenang dan tenang. Muka mesti mau kasi senyum macam tak ada masalah walaupun orang tak tahu senyuman itu mungkin menyembunyikan kesedihan dan kedukaan yang tidak tertanggung. Wah..berfalsafah gitu nak........

Tipulah kalau tak rasa tertekan dengan apa yang sedang dilalui sekarang. Baru tahu bagaimana susah senangnya hendak menjalankan kajian. Berurusan dengan manusia adalah proses yang sulit namun sebenarnya mudah kalau manusia sendiri yang memudahkan proses tersebut. Manusia....masing-masing kan ada egonya sendiri. Nak ikut prosedur sangatlah....walhal prosedur itu semuanya ciptaan manusia yang boleh diubah berdasarkan pertimbangan akal pada bila-bila masa.....Cabaran lagi.....

Tak apalah, inilah yang harus dibayar untuk sebuah kejayaan yang diinginkan. Mujurlah dapat supervisor yang sangat membantu, kerja 'push' ajerr tapi i like!!!!!..........tak buat-buat jugak keje yang dia suruh...hihihihi....janganlah jadik anak murid derhaka....oh tidak!!!!!! Sekarang ni, cukup masa berceloteh. Teruskan dengan kerja....kerja....kerja.....kerja sekolah!!! Ok jumpa lagi lain kali ye......Semoga you all tak boring dengan catatan kali ini sebab dah tak tau nak tulis apa. Mudah-mudahan ada juga sedikit kebaikan yang boleh diterima daripada catatan kali ini. Assalam.......