Followers

Thursday, July 26, 2012

Kek gula hangus

Assalam pembaca sekelian....

Hari ni saya nak kongsi satu rahsia. Dulu rahsia, sekarang bila dah kongsi, ianya taklah jadi rahsia lagi. Sejak dari pagi tadi hati ni tergerak nak masak chocolate moist cake. Siap cari resepi di internet....tak pernah-pernah......Rahsianya, dah 34 tahun saya hidup, tak pernah pun buat kek........Dapat cari resepi, tulis..konon-konon nak cuba. Bila beritahu pada suami, siap kena gelak lagi..lepas tu katanya kalau buat mesti berkecah dapur. Tak kira...nak cuba juga. Telefon Kak Long tanya cara-cara nak buat kek, kena gelak jugak.Yelah mana tidaknya, tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba telefon dia tanya resepi. Peliklah tu.............Takdenya nak pelik apalah, biasalah...manusia kan boleh berubah.

Pergi ke econsave beli barang-barang. Oven pinjam kat baby sitter...ahaks...balik ke rumah, baru teringat anak sulung mana boleh makan coklat. Sudah........tiba-tiba teringat suami pernah kata makanan kesukaan dia kek gula hangus.Baru tau....maaflah abang sayang.....Jadi saya pun tukar resepi dari kek coklat moist ke kek gula hangus. Hati berdoa bagai, mudah-mudahan jadi....

Setelah secara tertib mengikut resepi yang saya jumpa di www.myresepi.com (kalau tak silaplah), maka siaplah kek gula hangus saya....

baru keluar dari oven...

Potong sikit

Sudah dalam pinggan. Habis sepinggan encik suami hadap....

Alhamdulillah jadi!!! Anak-anak tak suka makan, hangus katanya. Memanglah, dah namanya pun kek gula hangus. Merasalah jiran kiri kanan seorang sepinggan.Harap-harap mereka suka....Masakan orang baru nak belajar.....Saya nak kongsikan resepinya..mau tak? Kalau mau ye diambil, kalau tak mahu ye tidak apa-apa.......

RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan

2 cawan gula pasir
Dua cawan air
30g butter
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan susu pekat manis

Cara menyediakan:

1. Panaskan gula, biarkan sehingga kekuningan dan meresap, tambahkan dua cawan air,biarkan sebati, 
    tambahkan 30g butter dan biarkan  sejuk.
2. Pecahkan 6 biji telur, pukul hingga kembang.
3. Masukkan secawan susu pekat, kacau lagi lebih kurang 5 minit
4.Masukkan tepung gandum yang telah diayak berserta soda bikarbonat. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan bancuhan gula hangus tadi.Kacau sehingga serata.
6. Masukkan dalam loyang kek yang disapu mentega supaya tidak lekat.
7. Bakar dengan suhu 150'C selama sejam.
8. InsyaAllah siap....boleh dimakan....

Kalau nak cuba, silakan....


No comments:

Post a Comment