Followers

Friday, July 17, 2020

Nak roti canai!

Pagi tadi Ammar Hariz bangun awal dan terus nak mandi. Dah agak dah, rupanya terkencing atas toto. Mama dan ayah dah biasa, so suruh mandi dan bersihkan toto tu kerja ayah. Cerah tanah, dia boleh pula ajak makan di luar. Roti canai dimintanya! Jarang dia meminta mahu makan. Selalunya liat benar nak disuruh makan.

Mama terasa nak makan nasi lemak. Dah plan mahu ke mana menikmati nasi lemak.

"Eh, kan dia yang ajak kita makan. Jadi, kenalah raikan dia," kata suami.

Ok, cancel nasi lemak, teruskan dengan roti canai. Demi meraikan anak yang susah nak makan. Susu, coklat. Itulah sumber tenaga dia sepanjang hari. Sudahnya mama makan tosai dan telur separuh masak. Jadilah sementara nak sampai tengahari.

Entah apalah yang sedap dan hebatnya roti canai mamak itu. Makannya tak habis sepinggan tapi tenaga disimpan bagaikan tenaga super power! Tak reti penat langsung!

Penat sungguhlah mama dia hari ni. Kena henyak, diajak main di luar, menangis, semua ada! Nak bermanja dengan tanaman pun tak seperti biasa. Mata tak boleh leka memerhatikan aktifnya dia bermain bersama anak-anak jiran di lorong yang sama.

Berdoa sungguh mama agar malamnya tidur awal dek aktifnya waktu siang hari.

Harapan berkecai! Jam 10 lebih baru senyap. Itupun tertidur di bilik si kakak.

Alahai anak...

Monday, July 13, 2020

Penangan Canva

Assalamualaikum dan salam sayang semua...

Hmm ..., hari ni kondisi tak meyakinkan, haha. Terasa lemau seluruh badan, tapi kena gagahkan juga sebab masih ada tugas yang belum selesai.

Masih berhutang design kaver buku solo penulis yang perlu dibetulkan semula sebelum dihantar untuk persetujuan  penerbit dan untuk dicetak.

Bila mula-mula belajar nak jadi editor, tak mudah rupanya. Bukan setakat membetulkan ejaan, struktur ayat, tatabahasa malah sebenarnya ada banyak ruang pembelajaran baru. Nak memudahkan kerja, design kaver pun buat sendiri dengan perbincangan bersama penulis.

Melayan ragam penulis bukan mudah juga sebab setiap orang ada pandangan dan prinsip sendiri. Ada kalanya kita kena mengalah sebab perbezaan usia. Hormati perbezaan, raikan persamaan. Itu sangat penting.

Jadi bila kena buat design kaver, bukanlah tak boleh hantar ke designer tapi terasa nak mencabar diri sendiri. Ada aplikasi Canva yang banyak membantu memudahkan kerja, cuma nak atau tidak, rajin atau tidak sahaja nak meneroka.

Masa, memang perlu peruntukkan masa untuk mempelajari sesuatu yang baru. Seronok juga apabila dapat melihat hasilnya walaupun bukanlah pro seperti designer-designer lain. Baru nak acah-acah mencuba. Sekurang-kurangnya boleh belajar memperbaiki skil asas yang ada.


Ini antara contoh mockup kaver buku yang cuba dihasilkan. Memang biasa-biasa sahaja sebab masih mencari masa yang betul-betul nak meneroka item-item yang boleh diselongkar melalui Canva.com ni. Daripada buat template di Canva sehinggalah diupdate menjadi mockup di satu lagi platform, ada step yang perlu diikuti untuk mendapatkan hasil diingini.

Bolehlah sebagai percubaan. Ada sesiapa nak upah i buat design kaver buku ke? ON!

Sunday, July 12, 2020

Ghostwriter junior

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan...

Bersawang betul blog ini jadinya. Dah lama tuannya tak bersihkan sawang-sawang yang berselirat memenuhi ruang blog. Macamlah sibuk bebenor. Entah apalah yang disibukkan agaknya. Sungguh, dua hari ni sibuknya boleh tahan.

Manakan tidak, perlu hadir dua kursus online dalam satu masa. Sejak semalam hadir Kursus Penulisan Mega Bonda Nor Online dan Kursus Ghostwriter Junior Online juga. Mujur kursus kedua memberi fleksibiliti dalam proses penyaluran ilmu dan tugasan. Petang je tergolek. Boleh tahan penat bila hanya duduk mengadap muka PC dan handphone.

Hari ini kursus Ghostwriter Junior masih belum berakhir. Hanya akan tamat jam 5.00 petang nanti. Ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. menarik juga bidang yang satu ini. Menulis tanpa dikenali namun menerima upah daripada servis yang diberikan.

Berkobar-kobar nak jadi ghostwriter dengan panduan yang telah diberikan oleh guru penulisan, Puan Nordianah Bachok. 

Selepas ini siapa yang tak ada masa nak tulis artikel, bolehlah gunakan servis saya sebagai ghostwriter. Insya-Allah belaka.

Mungkin ada yang tak faham apa kerja ghostwriter. Kata mudah, penulis upahan ni menulis untuk orang lain tetapi namanya tak tercatat sebagai penulis. Dia hanya penulis di belakang tabir. Terlindung tetapi penting bagi membantu mana-mana individu atau syarikat atau website untuk menghasilkan artikel yang berkualiti.

Dah lama sebenarnya jadi ghostwriter tapi tak perasan ....

Doakan bidang baru ini dapat bantu memanfaatkan ramainya orang ya!