Followers

Thursday, May 31, 2012

Kita akan pergi KALAU............

Tiga hari sudah kami sekeluarga ke HKL. Seperti biasanya, urusan temujanji Haziq. Di HKL, masih ada tiga klinik  yang perlu Haziq ikuti iaitu mata, neurologi dan metabolik. Temujanji yang sudah di klinik metabolik. Pagi Isnin kami bertolak ke kampung di Tangkak. Sempatlah singgah melayan anak-anak di air terjun Gunung Ledang. Haziq pun kami ceburkan sama dengan neck floatnya. Mula-mula menangis, lama-lama ketawa. Esoknya (Selasa), oleh kerana temujanji jam 10.30 pagi, pukul 7.30 kami dah bertolak. Kenalah bertolak awal sebab bawa anak-anak, banyak ragamnya.Kejap nak berhentilah,sarapanlah....Dalam pada nak ke HKL,sempatlah bersembang-sembang mengenai aktiviti yang boleh dibuat memandangkan urusan HAziq mungkin selesai tengahari. Dah alang-alang sampai ke KL, walaupun tak merancang, terpacul pula dari mulut mengatakan rancangan untuk ke Zoo Negara. Al-maklumlah tak pernah sampai....Sukanya anak-anak. Mama dia pun kata, kita akan pergi KALAU:

1. Urusan Haziq selesai cepat
2.  Anak-anak mendengar kata dan tak macam-macam
3.  Cuaca baik

Kalau salah satu syarat tak dapat dipenuhi, kita tak akan ke sana. Alhamdulillah,akhirnya 15 minit sebelum masa temujanji kami sampai di institut pediatrik, HKL. Mujur urusan cepat. Selesai 'KALAU' yang pertama. Pukul 12.00 kami dah keluar dari HKL. Sepanjang di HKL, anak-anak mematuhi 'KALAU' yang kedua. Tinggal satu 'KALAU' sahaja lagi. Mama pun pandang ke luar tingkap, ke langit. Alhamdulillah, nampaknya "KALAU' yang terakhir mengizinkan kami sekeluarga untuk menunaikan rancangan yang tidak dirancang tu.

Sukalah anak-anak dapat lihat binatang yang jarang mereka lihat. Konon-konon nak naik tramp, tapi ayah kata lebih seronok kalau kita jalan perlahan-lahan dan tengok binatang. Kalau naik tramp, kan dia jalan aje..berhenti pun kejap-kejap. Jadi, kami pun memulakan perjalanan.

Sebelum masuk

Ekspedisi bermula

Hari ni mama jadi jurukamera...

Merasalah Rahimi beri gajah makan tebu....tengok flamingo yang bebas terbang dan hinggap di kolam. Redup tapi berbahang. Haziq merah padam. Mujur tak menangis, meraung masa dah kehausan sangat aje. Masa inilah anak-anak dah mula 'breaking the rules'. Kebetulan pulak kat dalam zoo tu ada gerai-gerai kecil yang barang jualannya fuhhh....fuh.....fuh....'cekik darah' punya harga. Lolipop besar RM7.50!!!! Aiskrim RM6!!!! Anak dara dah merajuk-rajuk. "Adik tak pernah jumpa lolipop besar macam tu!!!'..Aduhai anak....kalau ikutkan hati, tak kuasa nak melayan tapi inilah mak bapak, dek kerana sayang anak.......layankan jugaklah....bagilah hati diorang ni suka....nak datang lagi entah bila......Mujurlah si abang tak banyak ragam, yang manja lebih cuma anak daraku yang seorang itu.....mentang-mentang dia seorang perempuan...haip!!!!!


berani-berani takut...

flamingo

anak kampung konon tapi tak pernah jumpa lembu 'in person'....

di sinilah mula ragamnya..........

Eh ada Encik Unta....




seksi kan...

Berjalan dan terus berjalan melintasi unta, harimau, kerbau, orang utan, kuda belang, zirafah, tapir, badak air, penguin....masuk pula ke dalam children world bertemu baby deer,dan destinasi terakhir kami di akuarium Tunku Abdul Rahman. Penat..kaki mama dah longgar rasanya. Sebelum nak keluar tu, terserempak sebuah kedai kecil yang sangat kami takuti.....Mujur anak-anak tidak meminta-minta. Kalau tidak......fuhh...fuhh..fuhh lagi. Mama je yang teruja, itupun sebab ayah yang ingatkan supaya mendapatkan fridge magnet yang menjadi hobi baru. Kopak juga RM8.90!!!.Beli satu je, cukuplah tanda dah sampai....



merah padam, macam udang kena bakar!!!

Inilah yang paling dirisaukan...

kasih abang...

Jom tengok ikan sungai....ada gak selit sekeping gambar...



Anak rusa nani...baru kembang ekor....puas bawa anak-anak hari ini....masuk kereta terus tidur.....

my little princess

Masing-masing dah letih...perut dah lapar. Keluar dari zoo dan menjejak jam 2.30 petang. Sedar tak sedar, hampir dua jam kami di dalam, itu tak pergi semua tempat. Kalau kami borong lawat semua tempat, rasanya pukul 4 belum tentu kami keluar dari pintu pagar zoo negara. Apa yang penting, anak-anak seronok. Jadi lain kali bolehlah rancang untuk ke tempat lain. Itupun seandainya'KALAU-KALAU' lain dipenuhi.......


dah tak larat sangatlah tu...

amek....satu lolipop makan dua orang..itupun tak habis....

hadiah untuk mama....

Dalam perjalanan balik, sempatlah isi perut di KFC Sungai Besi dan kemudian terus ke Tangkak. Rahimi masih larat bermain sepak takraw bersama kawan-kawan barunya di belakang rumah. Puteri yang seorang tu 611 lah pilihannya. Lepas maghrib kami terus bertolak pulang ke Pasir Gudang. Sampai rumah semua fengsan!!!!......Hujung minggu ni perancangannya nak balik kampung di Segamat pula sebab adik sepupu nikah. Sebelum tu menghadiri majlis perkahwinan di Muar dan kalau berkesempatan, mahu ke Gemas untuk bawa Haziq ke tabib tulang. Banyaknya agenda.......Yang penting bahagia.....



letih sangat...

dah tak larat...

dialah untung dapat bantal....

Gaya-gaya kepenatan. Semuanya tidur........................................


Cerita rumah sakit..

Siapa yang suka rumah sakit? Sebut aje rumah sakit, kalau boleh menolak, memang haruslah kaki tidak akan melangkah ke sana. Mencium bau ubat-ubatan, melihat pelbagai ragam pesakit, lihat darah..semuanya ibarat episod yang sukar dipadamkan daripada cakra kenangan. Namun begitu, nampaknya kali ini aku terpaksa mengalah dan pasrah. Kalau sebelum ini rumah sakit dikunjungi demi kelangsungan terapi anakku, kali ini aku sendiri perlu merelakan diriku untuk menerima kenyataan bahawa rumah sakit itu bakal menerima kehadiranku sebagai penghuninya....

Sedikit kesukaran yang dihadapi sejak hampir sebulan lalu hampir berlalu berlalu. Luka jahitan pun sehari dua dah boleh dibuka. Inilah padahnya kalau cuba-cuba, memandai-mandai nak jadi doktor sebelum dapat title doktor. Perlu akui kata-kata pepatah lama.....cukuplah sekadar kita tahu kita pandai tapi jangan memandai-mandai. Ha..inilah jadinya. Akhirnya berlaku jangkitan dan terpaksa dibuang sedikit ketumbuhan yang ada di jari. Bila Allah tarik sedikit nikmat, baru kita tahu sukarnya. Itu baru sedikit. Baru mahu terasa insaf.MasyaAllah.....

Apa-apa pun, cerita rumah sakit sudah menjadi kenangan. Walaupun bosan dengan apa yang namanya rumah sakit, kena juga terima hakikat bahawa itulah yang terbaik. Allah tak beri apa yang kita mahu, tetapi Dia beri apa yang kita perlu dan terbaik untuk kita. Percaya itu dan insyaAllah redha dan ikhlas itu akan datang sendiri....Alhamdulillah ujian kecil ini berjaya diharungi dan sekaranglah masanya  untuk mula bergerak KEMBALI!!!!! Yeah...i'm back!!!!

Thursday, May 24, 2012

Anak-anak dan cup cake...

Maaflah anak-anak....lewat mama masukkan entri pasal korang....Tarikh 19hb lepas agak sibuk buat kami sekeluarga. Seawal pagi mama dan ayah dah berperang dengan anak-anak. Mana taknya, hari tu ada dua program. Pertama, nak hantar anak-anak pi kursus cup cake di Taman Molek. Lepas tu tinggalkan diorang kat sana, mama kena bawa Haziq ke Majidee Baru untuk sesi senam robik otak yang dibuat di rumah salah seorang sahabat yang juga mempunyai anak syurga....

Kali ni cerita tentang kegembiraan anak-anak untuk ke kursus cup cake. Mama diorang ni memang tak berapa pandai nak memasak, minat pun kurang bila sentuh bab masak memasak. maklumlah dari kecil, part mama cuma di kebun sayur dan kebun getah. Bab memasak ni serah pada adik beradik lain yang lebih lemah lembut dan bersopan santun..hehe...sampai ke sudah mama depa tak berapa nak bijak memasak....kikiki

So, hantarlah dua orang anak ke kursus cup cake. Nak bagi depa suka, mama siapkan apron sorang satu....

bergaya dulu sebelum pergi...

Lepas tu mama tinggalkan je depa. Entah apa yang berlaku pun mama tak tahu. Habis sesi Haziq, mama terus berkejar ke Taman Molek. Mujur sempatlah tengok sikit proses meletakkan topping pada cup cake yang siap dibakar. Komen teacher Lyza.....Amira Sofiyah tak reti duduk diam, asyik bercakap ajerr...lari ke sana ke mari...Hmmm biasalah anak dara mama yang sorang tu, kalau demam je lembik. Kalau sihat....jangan harap dia nak duduk diam. Ada je yang nak dibuatnya.

Ragam-ragam anak-anak masa kursus cup cake:

nak letak topping...

satu...dua...

hasil adik....

Gebus....

Letak toping yang melting..

Abang pulak...

Tengok jerr???

Tiga peserta cup cake...

Melting....

Hasil kongsi...

Sijil di akhir garisan...

Adik punya...

Si abang kesian....tak boleh makan cup cake yang ada unsur coklat atau koko. Even red velvet pun Teacher Lyza kata ada unsur koko. Jadi, si adik pun melancarkan misi kreatifnya bila sampai kat rumah. Mama dan ayah dah lepak. Diam-diam dia buat projek. Tau-tau dalam peti sejuk, red velvet abang dah hilang. Dah berubah bentuk jadi macam dalam gambar ni ha....

Hasil kreativiti adik....

Tak terkatalah mama......taknak makan, sayang...nak makan, hilang selera......tapi makan jugaklah.......takkan nak membazir..tapi sebelum tu sah-sahlah si adik kena 'sekolah'dulu dengan mama......adik..adik....bila tanya seronok ke tidak....SERONOK!!!! si abang pun siap request nak pi kursus buat pizza lepas ni. Si adik nak ke kursus buat coklat.....Hmmm bagus jugak kan....daripada main aje kat rumah, bagi pendedahan perkara baru....belajar sambil meneroka.....Mama tetap bangga sebab budak 7 dan 8 tahun dah boleh belajar buat cup cake yang mama boleh bagi Thumbs up!!! Mungkin orang lain tak heran pun sebab mungkin anak-anak mereka pun pandai masak, tapi mama bangga dengan anak-anak mama.........MMMuahhhh..........


Sunday, May 20, 2012

Kursus doc map dan LR

Minggu sudah menghadiri kursus doc map dan LR di Bangi. Mengimbas semula kenangan meninggalkan UKM 11 tahun dulu. Bila datang 11 tahun kemudiannya, banyak yang dah berubah especially di lingkungan kedua. Bangunan fakulti bahasa dah cantik, sebelum sampai ke Fakulti Pendidikan dah ada tadika permata, khabarnya ada satu kolej baru didirikan di lingkungan kedua...di 'kejut'....Kalau dulu bila kami sebut 'kejut'..semua dah tahu itu adalah short form bagi kejuruteraan. Ala....dia budak 'kejut'......hehe. Malah tempat berkursus hari tu pun antara bangunan baru yang dibina selepas menamatkan pengajian.

Nak cerita, kursus kali ini sebenarnya kali kedua dihadiri. Kali pertama bila baru-baru..semuanya rasa macam terlalu laju......tak sempat nak catch up....udahnya saya ni jenis perlu diajar step by step..kalau tak memang senang lupa. Kali ni datang dengan target:

i.   Sambil dengar, sambil buat..sambil taip manual doc map. BERJAYA!!!!
ii.  Nak tahu macam mana nak apply MENDELEY ke doc map. GAGAL!!! Kenapa???? Rupa-rupanya tak  
     install pun lagi Mendeley desktop. Pulak tu, internet punyalah siput sampai tak boleh nak akses. Jadi sempat 
     salin nota je...Balik rumah kena belajar daripada Mendeley website.Mujur ada banyak tutorial. Akhirnya 
     BERJAYA!!!!
iii.  Kalau berkesempatan nak bertemu teman lama yang masih mengaji di UKM. Alhamdulillah, berkesempatan 
     bertemu dan minum-minum....

Rasanya nama Dr Othman Talib dah tak perlu diperkenalkan lagi. Kredit untuk Dr. melalui blognya: http://www.drotspss.blogspot.com yang banyak membantu budak-budak yang baru nak belajar merangkak dan bertatih. Banyak sangat new post sampai rasa tak terkejar-kejar...hehehe....Terima kasih tak terhingga buat Dr Othman yang sempoi...tak lokek ilmu....cuma confirm tak sempat kenal semua peserta sebab yang datang tu jejak 100 orang....Semuanya mengejar ilmu yang Dr nak sampaikan. Saya pun teringin nak share lepas ni apa yang saya tau. Kalau ada yang mahulah.........Kalau tak share nanti lupa pulak...........

Apa-apa pun...kursus ni memang TERBAIK!!! 5 star rating i beri.....

Tuesday, May 15, 2012

Saya yang tak faham ke atau mereka yang tak jelas????

Pagi ini ada satu perbualan telefon yang membuatkan saya ketawa di penghujung perbualan sehingga mungkin menjengkelkan penerima panggilan saya. Bunyinya begini:

Saya: (Selepas mengenalkan diri dan memberi salam). Saya ingin bertanya mengenai BR1M untuk OKU. Adakah pemohon yang menerima EPC sahaja layak menerima sebab saya dengar daripada bekas pelajar saya bahawa BR1M itu diberikan kepada penerima EPC (Elaun Pekerja Cacat).

A: Ya, penerima EPC layak menerima BR1M dengan syarat memohon melalui LHDN.

Saya: Saya ingin tahu, apakah semua OKU dalam semua kategori layak menerima tanpa mengira umur, contohnya kecil atau dah bekerja?

A: Kalau yang kecil dan terlantar, penjaga boleh memohon dengan syarat pendapatan/gaji di bawah RM3,000. Kita pun ada bantuan untuk OKU terlantar (macamlah saya tak tahu kan...).

Saya: Jadi, bukanlah kerana mereka OKU, mereka layak terima BR1M tu, kena ada syaratlah jugak ye.

A: takde, untuk OKU memang tak ada syarat, semua boleh mohon, janji pendapatan kurang 3K dan kena mohon melalui LHDN. JKM hanya menjadi penyalur bantuan tersebut.

Saya: Itu syaratlah tu.........

A: Eh tak......

Saya: (sambil ketawa) tak apalah...saya nak tahu tu saja...terima kasih.

Sempat saya dengar A letakkan telefon macam bengang.........Haruslah saya tertawa sebab 'syarat' yang dinyatakan sendiri tak diakui sebagai syarat.........kelakarlah tu kan? Macam-macam....Maksudnya....untuk OKU di mana ibu bapanya berpendapatan lebih RM3K....tak perlulah meletakkan harapan agar JKM dapat memberikan service yang hebat untuk mereka. Kitalah sebagai ibu bapa kena kerja kuat untuk memastikan peningkatan kualiti kehidupan anak syurga kita..............Ya Allah...kau berkatilah segala usaha kami untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kami. Anugerahkanlah kesihatan yang baik agar kami dapat mengabdi kepadaMu dan melalui hari-hari mendatang dengan redha dan syukur kepadaMU....

Monday, May 14, 2012

Hujung minggu yang padat

Hari ini aktiviti akan berjalan seperti biasa selepas dua hari hujung minggu yang padat. Jadi superwoman hujung minggu lepas. Semuanya bermula pada Jumaat malam. Kami sekeluarga pulang ke Tangkak kerana Sabtu pagi super mak dah kena drive ke Bangi dek kerana menghadiri satu kursus sehari di sana. Lepas subuh, jam 6 pagi dah bertolak.Sampai ngam-ngam setengah jam sebelum kursus bermula. Dapatlah parking betul-betul depan dewan. Mengimbas kembali kampus setelah 12 tahun ditinggalkan. Kebetulan nak kena tolong bawa satu alatan belajar merangkak untuk anak syurga di Segamat, jadi bawaklah UNSER, besar sikit. Barang tu datangnya dari Kulim, di bawa ke KL dan dihantar pula ke Bangi oleh seorang sahabat untuk disampaikan kepada super mak sebelum diserahkan kepada pemiliknya di Segamat. Jauh perjalanan creeper crawler tu......
Sempat juga bertemu dan minum bersama-sama seorang teman yang dah 12 tahun jugalah tak jumpa. masing-masing dok tersengih-sengih melihat 'perkembangan' masing-masing. Nostalgia.......

Habis je kursus, bergegas pulang ke Tangkak. Sampai di Tangkak jam 7 malam. Melepas lelah seketika,usai solat semuanya, terus bergerak ke Segamat pula untuk menghantar alatan tersebut sekaligus pulang ke kampung di Segamat pula. Berpusing-pusing juga mencari kampung di dalam bandar dan mencari taman di dalam taman. Alhamdulillah, misi terlaksana walaupun tersesat sekejap..hihihi...Suka benar anak syurga itu mendapat alatan baru yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidupnya.

Sampai di rumah jam 10 malam. Tak tunggu lama, masing-masing 'pengsan'. Esok paginya, bersiap-siap ke Gemas pula. Kali ni bawa adik bongsu yang akan tunjukkan jalan untuk mencari perubatan alternatif (tabib tulang) untuk mengubati kami-kami yang perlu mendapatkan 'servis tubuh'. Nenek pun diangkut sekali sebab sakit kaki katanya. Mujurlah anak-anak yang dua orang tu mahu ditinggalkan bersama-sama pakcik dan makcik diorang yang ala-ala sebaya. Taklah super mak depa serabut sangat.....Sempat bersarapan pagi di Nasir Soto di Bandar Utama. Boleh pulak ternampak udang galah, besar-besar....geram aje. Bila tanya harga paling murah seekor RM10 siap masak. Tertelan jugaklah air liur sendiri. Humang air hargo eh......

Siap-siap order makanan, tiba-tiba terbau sesuatu yang sedap jugak. Meleleh air liur den nengok setray ikan baung masak lomak cili api. Yang ni takdo eh den nak tunggu. Amek jugaklah sekepala..,kongsi 4 orang. Mabeles!!!!Kelas....encik suami dah tau dah apa yang ada dalam kepala Cik Puan isterinya. Sah-sah balik je Segamat lepas ni, kedai ni yang dipujuk nak disinggahi...Cik Puan isteri memang pandai.....hehehe. Memang sedap!!Thumbs up!!!

Siap makan, terus bergerak ke Gemas dan taknak panjang-panjang cerita, masing-masing dapatkan rawatan. Paling banyak penyakit rupanya super mak!! Hamek kau kena bekam angin sampai lima! Tak pernah-pernah berbekam, panas, perit semua ada.....lepas ni kena datang selalu untuk buat overhaul...maklumlah badan nak pakai lama.......

Balik-balik sampai rumah jam 1.30. Terus pula dengan agenda selanjutnya jam dua petang. Ke Sungai Chodan kita!!!!! Memancing dengan adik lelaki, adik bongsu, dua orang anak saudara, anak-anak yang dok merengek nak ikut dan abang ipar. Huh, lepas ni kalau nak mancing tokleh bawak budak-budak..payah, kalau anak sungai takpe jugak, ni sungai besar...asyik lari sana, lari sini....pening nak menjaganya pulak...Ayah dia jaga si kecik kat rumah sebab ayah tak minat memancing......

Ayah dan anak siapkan joran

siap sedia...

Layan anak...

Ni lah sekor je dapatnya...

Yang ni pulak keje merajuk ajerr

Sorang buat keje sekolah, sorang bawak nak jahit baju...sorang kejap lagi dah tidoq....

Penolong Penguasa Balai Bomba Bahagian, Muar...penyelamat kami kalau apa-apa jadi...dapat siput plak tu....

Nasib baik ada jeti kecik..sempat posing walaupun panas...

Sampai pukul 5 seekor je dapat, kitorang pun balik....balik rumah Kak Long dulu, pekena nasi goreng sayur dengan char koey yang dia menjerit sebab kuihnya menjadi. Tah apa-apa ntah Kak Longku itu.....Dah kenyang...balik ke kampung konon nak sambung memancing di kolah ikan talapia abah pulak. Tapi masing-masing dah longlai. Kemas-kemas barang, lepas maghrib terus bertolak ke Pasir Gudang.....lepak...mujurlah   anak-anak cuti sekolah agama...kalau tak mesti pagi-pagi super mak stress....tapi dapat berita gembira pulak pagi ni, terus rasa BERSEMANGAT!!!!!!!!....beginilah cerita saya di hujung minggu....Kita jumpa lagi kalau ada cerita best nak kongsi ye.....