Followers

Thursday, May 31, 2012

Kita akan pergi KALAU............

Tiga hari sudah kami sekeluarga ke HKL. Seperti biasanya, urusan temujanji Haziq. Di HKL, masih ada tiga klinik  yang perlu Haziq ikuti iaitu mata, neurologi dan metabolik. Temujanji yang sudah di klinik metabolik. Pagi Isnin kami bertolak ke kampung di Tangkak. Sempatlah singgah melayan anak-anak di air terjun Gunung Ledang. Haziq pun kami ceburkan sama dengan neck floatnya. Mula-mula menangis, lama-lama ketawa. Esoknya (Selasa), oleh kerana temujanji jam 10.30 pagi, pukul 7.30 kami dah bertolak. Kenalah bertolak awal sebab bawa anak-anak, banyak ragamnya.Kejap nak berhentilah,sarapanlah....Dalam pada nak ke HKL,sempatlah bersembang-sembang mengenai aktiviti yang boleh dibuat memandangkan urusan HAziq mungkin selesai tengahari. Dah alang-alang sampai ke KL, walaupun tak merancang, terpacul pula dari mulut mengatakan rancangan untuk ke Zoo Negara. Al-maklumlah tak pernah sampai....Sukanya anak-anak. Mama dia pun kata, kita akan pergi KALAU:

1. Urusan Haziq selesai cepat
2.  Anak-anak mendengar kata dan tak macam-macam
3.  Cuaca baik

Kalau salah satu syarat tak dapat dipenuhi, kita tak akan ke sana. Alhamdulillah,akhirnya 15 minit sebelum masa temujanji kami sampai di institut pediatrik, HKL. Mujur urusan cepat. Selesai 'KALAU' yang pertama. Pukul 12.00 kami dah keluar dari HKL. Sepanjang di HKL, anak-anak mematuhi 'KALAU' yang kedua. Tinggal satu 'KALAU' sahaja lagi. Mama pun pandang ke luar tingkap, ke langit. Alhamdulillah, nampaknya "KALAU' yang terakhir mengizinkan kami sekeluarga untuk menunaikan rancangan yang tidak dirancang tu.

Sukalah anak-anak dapat lihat binatang yang jarang mereka lihat. Konon-konon nak naik tramp, tapi ayah kata lebih seronok kalau kita jalan perlahan-lahan dan tengok binatang. Kalau naik tramp, kan dia jalan aje..berhenti pun kejap-kejap. Jadi, kami pun memulakan perjalanan.

Sebelum masuk

Ekspedisi bermula

Hari ni mama jadi jurukamera...

Merasalah Rahimi beri gajah makan tebu....tengok flamingo yang bebas terbang dan hinggap di kolam. Redup tapi berbahang. Haziq merah padam. Mujur tak menangis, meraung masa dah kehausan sangat aje. Masa inilah anak-anak dah mula 'breaking the rules'. Kebetulan pulak kat dalam zoo tu ada gerai-gerai kecil yang barang jualannya fuhhh....fuh.....fuh....'cekik darah' punya harga. Lolipop besar RM7.50!!!! Aiskrim RM6!!!! Anak dara dah merajuk-rajuk. "Adik tak pernah jumpa lolipop besar macam tu!!!'..Aduhai anak....kalau ikutkan hati, tak kuasa nak melayan tapi inilah mak bapak, dek kerana sayang anak.......layankan jugaklah....bagilah hati diorang ni suka....nak datang lagi entah bila......Mujurlah si abang tak banyak ragam, yang manja lebih cuma anak daraku yang seorang itu.....mentang-mentang dia seorang perempuan...haip!!!!!


berani-berani takut...

flamingo

anak kampung konon tapi tak pernah jumpa lembu 'in person'....

di sinilah mula ragamnya..........

Eh ada Encik Unta....




seksi kan...

Berjalan dan terus berjalan melintasi unta, harimau, kerbau, orang utan, kuda belang, zirafah, tapir, badak air, penguin....masuk pula ke dalam children world bertemu baby deer,dan destinasi terakhir kami di akuarium Tunku Abdul Rahman. Penat..kaki mama dah longgar rasanya. Sebelum nak keluar tu, terserempak sebuah kedai kecil yang sangat kami takuti.....Mujur anak-anak tidak meminta-minta. Kalau tidak......fuhh...fuhh..fuhh lagi. Mama je yang teruja, itupun sebab ayah yang ingatkan supaya mendapatkan fridge magnet yang menjadi hobi baru. Kopak juga RM8.90!!!.Beli satu je, cukuplah tanda dah sampai....



merah padam, macam udang kena bakar!!!

Inilah yang paling dirisaukan...

kasih abang...

Jom tengok ikan sungai....ada gak selit sekeping gambar...



Anak rusa nani...baru kembang ekor....puas bawa anak-anak hari ini....masuk kereta terus tidur.....

my little princess

Masing-masing dah letih...perut dah lapar. Keluar dari zoo dan menjejak jam 2.30 petang. Sedar tak sedar, hampir dua jam kami di dalam, itu tak pergi semua tempat. Kalau kami borong lawat semua tempat, rasanya pukul 4 belum tentu kami keluar dari pintu pagar zoo negara. Apa yang penting, anak-anak seronok. Jadi lain kali bolehlah rancang untuk ke tempat lain. Itupun seandainya'KALAU-KALAU' lain dipenuhi.......


dah tak larat sangatlah tu...

amek....satu lolipop makan dua orang..itupun tak habis....

hadiah untuk mama....

Dalam perjalanan balik, sempatlah isi perut di KFC Sungai Besi dan kemudian terus ke Tangkak. Rahimi masih larat bermain sepak takraw bersama kawan-kawan barunya di belakang rumah. Puteri yang seorang tu 611 lah pilihannya. Lepas maghrib kami terus bertolak pulang ke Pasir Gudang. Sampai rumah semua fengsan!!!!......Hujung minggu ni perancangannya nak balik kampung di Segamat pula sebab adik sepupu nikah. Sebelum tu menghadiri majlis perkahwinan di Muar dan kalau berkesempatan, mahu ke Gemas untuk bawa Haziq ke tabib tulang. Banyaknya agenda.......Yang penting bahagia.....



letih sangat...

dah tak larat...

dialah untung dapat bantal....

Gaya-gaya kepenatan. Semuanya tidur........................................


No comments:

Post a Comment