Followers

Sunday, May 15, 2011

Menu sarapan paling mudah...

Hahahahaha......nak ketawalah dulu..boleh? Seingat sayalah, belum pernah mana-mana entri sebelum ni saya masukkan entri berkaitan masakan atau makanan. Kalau tengok blog orang lain kadang-kadang geram sungguh. Ada blog memaparkan macam-macam resepi, resepi kek, resepi coklat, menu manisan, makanan untuk makan tengahari, coklat dan macam-macam lagilah!...Entah kenapa kalau diberi dua pilihan antara memasak dan menjahit, pasti saya akan pilih menjahit. Bukanlah tak pandai memasak, kalau setakat nak hidang untuk seisi keluarga, insyaAllah lepas....tapi mungkin minat saya tak ke arah itu agaknya. Nak kata pandai menjahit pun tak jugak....tapi itulah pilihan saya.

Kali ini, entri saya berkenaan tajuk di atas tu. Tiba-tiba terpandang sosej yang dah lama di tempat sejuk beku peti ais. Kesian dia sepeket di situ kesejukan...Kebetulan petang kelmarin saya beli roti, jadi dalam kepala nak masak sesuatu yang mudah untuk sarapan di pagi sabtu yang indah, muahahahaha.....Bangun-bangun sahaja, saya mulakan dengan rutin yang dah lama ditinggalkan. Saya usap-usap 'benda' biru di sudut dinding dan akhirnya saya mulakan aktiviti saya semula. Selesai.....saya mula bergerak ke dapur. Awal pagi saya dah rendam sosej tu supaya senang diasingkan.

Saya pun mulalah bentang surat khabar di lantai. Maklumlah, ruang dapur kecil.....Elok saja membentang, ha...putera dan puteri pun dengan sungguh bersopan santun masuk ke dapur dan menghulur tangan. Mula-mula tu nak marah jugak, asyik nak menyibuk aje bila kita nak buat kerja tapi bila fikir-fikir..bagus jugak. Rezeki jangan ditolak, dah ada yang nak tolong......Meh sini!!!

Si abang tugasnya menggulung sosej dalam roti yang dilenyekkan. Kerja lenyek-melenyek ni diberikan kepada  si adik, puteri satu-satunya saya. Kerja saya, potong roti. Adik lenyek, saya potong, si abang pula gulung dan gamkan roti dengan telur yang telah saya pecahkan. Cepat skit kerja selesai. Sementara tu, kuali dah dipanaskan. Siap sahaja semua.....teruslah masukkan roti sosej dalam kuali hingga keperangan. Siap!!!!!!

Sofiyah sedang menggelek roti

 si abang, Rahimi si tukang gulung..

Hiaskan sikit dengan potongan sosej jugak....ha dah siap!!!
Sofiyah dah geram aje dengan sosej tu......

Pagi tu habis sepinggan roti sosej menjadi santapan kami sekeluarga. Mana boleh masak banyak-banyak sangat, nanti tak habis membazir...Membazir tu amalan siapa??? Sofiyah akan jawab dengan nada yang sungguh merdu..."Syaitaaaaannnnnn:....ha tau tak apa... Jadi, masak untuk keperluan perut pagi itu sahaja, tidak membazir.....Tengahari pula saya rancang nak masak spaghetti goreng..memang belum pernah buat lagi sebelum ni, nak tengok sedap ke tidak.........hmmmm....

Wednesday, May 11, 2011

kerja..kerja..kerja....

Baru sahaja balik dari berkursus. Bila melihat entri terakhir yang dimuatnaik ke dalam blog ini, hmm...dah hampir sebulan rupanya laman blog ini tak dijenguk, malah tidak dikemaskini. Nak kata sibuk sangat, tak juga. Nak kata tak sibuk pulak, pun tak juga. Justeru, sibuk ke tak sibuk sebenarnya ni? Hihihihi....Sebenarnya, naik sahaja bekerja hampir dua minggu kebelakangan ini, kerja sememangnya dah sedia menanti. Sepatutnya, naik sahaja berkursus, saya perlu menghadiri satu bengkel berkaitan penulisan berita sukan SIPMA tetapi memandangkan suami agak berat melepaskan saya pergi ekoran baru sahaja ditinggalkan menjaga anak-anak selama sebulan, akhirnya saya akur untuk menentukan bahawa keluarga adalah keutamaan. Tugas tetap dijalankan walaupun hanya di'remote' dari jauh untuk kejayaan SIPMA 2011. Ralat jugalah tak dapat menghadiri bengkel tersebut kerana ini adalah tugas terbesar saya dalam gred semasa yang baru tapi.....redha....redha.....

Tempoh enam bulan bermula awal Mei lalu adalah tempoh yang getir buat saya sebelum melanjutkan pengajian, insyaAllah. Macam-macam perkara perlu saya selesaikan. Pertamanya, masih perlu menghasilkan berita untuk Liga Bolasepak IPT, perlu bersedia untuk penghasilan berita SIPMA 2011 yang akan bermula Jun ini disamping perlu menyelesaikan beberapa perkara berkenaan pemerkasaan politeknik/dokumen niche area dalam waktu terdekat ini. Pening juga kepala bila banyak perkara yang menambah serabut akibat perkara-perkara remeh. Menyampahlah......tak suka...tapi, suka tak suka, menyampah tak menyampah...semuanya adalah cabaran yang perlu dilalui dan ianya bakal menjadi pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Mahal harganya....Masa inilah kita dapat mengukur keupayaan diri, masa ini jugalah kita akandapat melihat siapa kawan, siapa sebenarnya lawan yang membantu dalam peningkatan prestasi kita dalam pekerjaan yang kita jalankan. Hmmmmm......

Nak hilangkan tekanan kerja? Kerja saya asyik makan sahaja sampai diri sendiri pun dah naik risau. Makan, makan dan makan...aktiviti rutin dah hampir dua minggu ditinggalkan. Terkesima melihat TAKASIMA yang menjadi 'statue' di sudut rumah. Kesian dia........entah kenapa, tak ada nafsu pulak nak berlari akhir-akhir ini.Tolong!!!!!!!!! Badan pun dah rasa berat dah ni. Semalam, kemaruk pula nak makan durian, dapat jugalah sebiji. Yummmy..sedap betul!!!!!....hilang rasa gian nak makan durian. Nak tunggu musim durian di kampung, rasanya putik durian pun tak keluar lagi...........

Hari ini rancangnya hendak siapkan inventori buku-buku fesyen tetapi sempat pula menulis entri untuk blog. Sepanjang pagi hingga ke tengah hari hanya mengadap komputer untuk menyiapkan 2 buah penulisan berkenaan latar belakang dan prakata yang perlu dimasukkan ke dalam booklet pemerkasaan politeknik dan niche area. Terkial-kial mencari bahan yang sesuai. Selepas belajar teknik menulis yang betul bulan lepas, barulah saya tahu betapa sukarnya hendak menulis. Betapa susahnya hendak menghasilkan satu perenggan tanpa unsur plagiat. Penulisan saya kali ini sememangnya plagiat 100% berdasarkan dokumen transformasi yang sedia ada. Nak buat fakta sendiri? Jangan macam-macam..............Plagiat pun susah....nak cari bahan yang sesuai pun memakan masa. Dapat bahan, perlu juga dibaca untuk dilihat bahagian mana yang sesuai untuk dijadikan bahan penulisan. Bukan boleh sebarang salin sahaja....Kalau tulis sebarang tulis, lagilah naya........

Akhirnya siap jugaklah dua penulisan yang bakal ada penambahbaikan pastinya. Perkara itu, ketepikan dahulu, yang penting bahan asasnya dah ada, soal tambah, kurang, potong dan sebagainya, tunggu KJ balik dulu, baru tentukan apa yang akan berlaku berikutnya...Yang penting, redakan tekanan dengan menulis dalam blog ini, lega rasa.............Masih ada lagi kerja yang belum selesai. Kalau boleh tak mahu bawa balik ke rumah kerja pejabat. Di rumah, nak lepak dengan anak-anak sahaja. Kalau bukak laptop pun hanya untuk main game atau search internet....hehehe.....bagi redakan tekanan kerja seharian di pejabat........Kerja, kerja jugak..rehat tu penting kan....Jom kita minum dulu!!!!!!!