Followers

Sunday, May 15, 2011

Menu sarapan paling mudah...

Hahahahaha......nak ketawalah dulu..boleh? Seingat sayalah, belum pernah mana-mana entri sebelum ni saya masukkan entri berkaitan masakan atau makanan. Kalau tengok blog orang lain kadang-kadang geram sungguh. Ada blog memaparkan macam-macam resepi, resepi kek, resepi coklat, menu manisan, makanan untuk makan tengahari, coklat dan macam-macam lagilah!...Entah kenapa kalau diberi dua pilihan antara memasak dan menjahit, pasti saya akan pilih menjahit. Bukanlah tak pandai memasak, kalau setakat nak hidang untuk seisi keluarga, insyaAllah lepas....tapi mungkin minat saya tak ke arah itu agaknya. Nak kata pandai menjahit pun tak jugak....tapi itulah pilihan saya.

Kali ini, entri saya berkenaan tajuk di atas tu. Tiba-tiba terpandang sosej yang dah lama di tempat sejuk beku peti ais. Kesian dia sepeket di situ kesejukan...Kebetulan petang kelmarin saya beli roti, jadi dalam kepala nak masak sesuatu yang mudah untuk sarapan di pagi sabtu yang indah, muahahahaha.....Bangun-bangun sahaja, saya mulakan dengan rutin yang dah lama ditinggalkan. Saya usap-usap 'benda' biru di sudut dinding dan akhirnya saya mulakan aktiviti saya semula. Selesai.....saya mula bergerak ke dapur. Awal pagi saya dah rendam sosej tu supaya senang diasingkan.

Saya pun mulalah bentang surat khabar di lantai. Maklumlah, ruang dapur kecil.....Elok saja membentang, ha...putera dan puteri pun dengan sungguh bersopan santun masuk ke dapur dan menghulur tangan. Mula-mula tu nak marah jugak, asyik nak menyibuk aje bila kita nak buat kerja tapi bila fikir-fikir..bagus jugak. Rezeki jangan ditolak, dah ada yang nak tolong......Meh sini!!!

Si abang tugasnya menggulung sosej dalam roti yang dilenyekkan. Kerja lenyek-melenyek ni diberikan kepada  si adik, puteri satu-satunya saya. Kerja saya, potong roti. Adik lenyek, saya potong, si abang pula gulung dan gamkan roti dengan telur yang telah saya pecahkan. Cepat skit kerja selesai. Sementara tu, kuali dah dipanaskan. Siap sahaja semua.....teruslah masukkan roti sosej dalam kuali hingga keperangan. Siap!!!!!!

Sofiyah sedang menggelek roti

 si abang, Rahimi si tukang gulung..

Hiaskan sikit dengan potongan sosej jugak....ha dah siap!!!
Sofiyah dah geram aje dengan sosej tu......

Pagi tu habis sepinggan roti sosej menjadi santapan kami sekeluarga. Mana boleh masak banyak-banyak sangat, nanti tak habis membazir...Membazir tu amalan siapa??? Sofiyah akan jawab dengan nada yang sungguh merdu..."Syaitaaaaannnnnn:....ha tau tak apa... Jadi, masak untuk keperluan perut pagi itu sahaja, tidak membazir.....Tengahari pula saya rancang nak masak spaghetti goreng..memang belum pernah buat lagi sebelum ni, nak tengok sedap ke tidak.........hmmmm....

No comments:

Post a Comment