Followers

Sunday, October 20, 2013

Alhamdulillah!!! BVSM lagi???

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman tintajemari....

Allahu Akbar! Subhanallah! Sebulan sudah rupanya daripada entri terakhir saya. Hmm....macam-macam yang berlaku sepanjang sebulan sampai tak tahu yang mana satu harus dicoretkan terlebih dahulu. Akhirnya....inilah yang terhasil. Sepatah perkataan.."Alhamdulillah!!" yang memberikan makna yang sangat besar pada saya. Masihkah ingat entri terakhir saya berkenaan apa? CONFIRM! PASTI! TIDAK SYAK LAGI!!Ianya berkenaan Bio Velocity Sleep Mate atau BVSM....ok....nak teruskan baca atau tidak, pilihan di tangan Tuan Puan tapi saya tetap akan meneruskan taipan seterusnya....

Mengapa saya katakan Alhamdulillah? Wajar saya ucapkan kalimah agung ini kerana rasa syukur kepadaNya yang telah menghadiahi saya dan rakan-rakan saya dengan kurniaan kesihatan yang tak mampu dibandingkan dengan nilai wang yang berjuta. Ada duit banyak tapi tak sihat...alangkah ruginya...ada kereta mewah, rumah besar, harta berkepuk-kepuk tapi tubuh tidak sihat...RUGI! Mengapa? Kerana kita punya pilihan untuk menentukan kesihatan tubuh kita dengan izinNYa jua...

Bila saya sebut tentang BVSM ni..ramai yang nak tahu pasal harganya. Bila sebut harganya..ramai yang terdiam. Mungkin ada yang teringin nak guna tetapi terkekang dengan harganya. Saya faham.Saya pun begitu juga pada mulanya. Tapi bila fikir-fikir...saya tak kata orang lain...saya pandang diri saya sendiri sahaja dulu. Saya boleh beli tab yang harganya hampir 2K satu ketika dulu. Saya boleh beli jam tangan yang harganya beratus ringgit malah sebagai seorang wanita...saya punya perhiasan yang harganya lebih mahal daripada tab tersebut. Cukup hanya itu yang membuatkan saya terfikir...mengapa soal nak sihat saya berkira-kira? Apatah lagi untuk anak syurga saya. Encik suami sudah faham saya....untuk anak syurga saya..saya tidak akan berkira sedangkan kami bukanlah orang senang...golongan sederhana saja. Namun memikirkan manfaatnya, saya gagahkan juga dan akhirnya setelah hampir dua bulan penggunaan BVSM ini, saya boleh tersenyum....mengapa?

Anak saya tiada sawan lagi...tiada lagi tersentak-sentak waktu tidurnya. Badannya juga makin aktif, makin kuat dan selera makan bertambah. Mungkin ianya biasa bagi Tuan Puan namun bagi saya....perkembangan anak saya yang kini usianya lima tahun tetapi masih dalam kondisi terlantar ini sangat membahagiakan saya. Salahkah saya berkongsi kegembiraan ini dengan menyebar luas manfaatnya untuk manfaat seluruh alam? Kongsikan kebaikannya dengan harapan orang lain juga mendapat kualiti kesihatan tubuh yang baik. Saya sendiri..masalah sembelit yang dihadapi sejak melahirkan anak sulung ini sudah hilang. Badan terasa ringan...tidur terasa puas dan lebih bersemangat.

Saya mengambil risiko. Saya kongsikan kebaikan BVSM ini dengan ahli keluarga dan teman-teman...hingga habis stok di tangan dalam masa tidak sampai dua bulan!!!Antara testimoni yang saya terima...ALHAMDULILLAH!!!

1. Adik bongsu yang mengalami slip disc
- Biasanya badan akan bengkak kalau drive jauh...tapi alhamdulillah, drive Segamat-Melaka- 
  Tanjung Malim dan patah balik, badan tak bengkak.
- Tidur nyenyak
- Badan terasa ringan

2. Bapa dan bapa mertua (kencing manis dan vertigo)
- Badan yang melayang sudah kurang melayang
- Abah dulu setiap pagi bangun berpicit, sekarang alhamdulillah tidak lagi

3. Sahabat yang memiliki anak hyperaktif
- Anak lebih mudah tidur
- Anak lebih tenang

4. Sahabat (mengalami bell palsy, sakit jantung, asid tinggi, tekanan darah tinggi)
- muka semakin seimbang
- Tekanan darah menurun tanpa ubat darah tinggi
-Kandungan asid turun daripada 410-398 hanya selepas lima minggu penggunaan

5. Anak CP (mengalami masalah sembelit, menangis setiap kali bangun tidur)
- Kedua-dua masalah dapat diatasi selepas beberapa hari penggunaan BVSM

Banyak lagi testimoni ingin saya tuliskan cuma takut pembaca pula berasa bosan. Saya pegang kata-kata seorang hamba Allah ini yang menyatakan bahawa sekiranya kita memiliki barang yang baik, alangkah ruginya sekiranya tidak kita dapatkan dan sebarkan manfaatnya ke seluruh alam. Sedih sebenarnya bila berhadapan dengan situasi tatkala kita mahu berkongsi kebaikan, ramai yang menjauhkan diri. Takut agaknya dipaksa untuk membeli. Saya hanya kongsikan kebaikannya..pilihan di tangan masing-masing. Bagi saya....yang dulunya skeptikal....kini berubah pandangan kerana saya yakin dengan kalam Allah yang menyatakan bahawa" barangkali kita tidak suka sesuatu sedangkan ianya baik untuk kita dan barangkali kita suka sesuatu sedangkan ianya tidak baik untuk kita". Berpada-pada dalam menterjemah 'ketidaksukaan' kita kerana bila-bila masa Allah boleh palingkan hati kita sesuai kehendakNya....Bercakap atas dasar pengalaman...

Apa-apa pun yang penting kita kena bersihkan hati kita. Bukakan minda kita seluas-luasnya. Selagi kita meletakkan persepsi negatif, sebaik atau sehebat mana pun apa yang datang kepada kita pasti akan kita tolak. Kita besar dengan ego kita yang tak seberapa. Kita malu hendak mengakui bahawa setiap ringgit yang kita keluarkan untuk kesihatan itu sebenarnya adalah keperluan, bukan lagi untuk memenuhi tuntutan kehendak. Kita malu hendak menerima perkara baik kerana terlalu banyak benda negatif yang kita dengar. Apa yang mampu saya katakan.....Alhamdulillah!!!Saya telah merasakan perubahan itu...Semoga anda di luar sana juga sentiasa mengambil kira soal kesihatan anda......

BVSM adalah pelapik tilam a.k.a selimut yang disuntik di dalamnya garam laut dalam dan tenaga tulen cahaya waktu Dhuha. Terlalu banyak manfaat garam dan cahaya matahari waktu Dhuha ini yang dipinjamkan Allah kepada kita.Siapa kita untuk menidakkan?? Surah Al-Kahfi, Ad-Dhuha serta As-Syams juga menceritakan tentang 'cahaya' dan kepentingannya. Ada lagi yang hendak didustakan? Betulkan saya seandainya saya khilaf.....Saya hanya manusia biasa yang sering tersilap. Berkongsi perkara baik tiada susahnya.....

Mahukan perkongsian mengenai BVSM atau menjadi agen dropshipnya? Jangan segan-segan pm atau wassap 019-7776378 untuk yang benar-benar berminat sahaja ye!!! Alhamdulillah.......