Followers

Monday, September 16, 2013

BIO VELOCITY SLEEP MATE (BVSM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bertemu lagi kita kepada semua pembaca yang mungkin sedang menunggu-nunggu maklumat berkenaan BVSM ini.





Fungsi dan keunikan BVSM:
1. Menggalakkan peredaran darah dan memperkuatkan fungsi jantung
2. Menggalakkan kadar metabolisme dan sistem imunisasi
3. Meningkatkan aura tubuh badan, lebih bersemangat, menghilangkan kepenatan dan meningkatkan kecergasan
4. Menstabilkan emosi dan menghilangkan tekanan
5. Mengurangkan kesan radiasi elektromagnetik
6. Meningkatkan kadar oksigen dalam darah 



Siapa yang sesuai menggunakan BVSM (Berdasarkan testimoni)
1. Lumpuh
2. Insomnia dan sakit jiwa
3. Lumpuh akibat kemalangan
4. Masalah jantung
5. Strok
6. Senggugut 
7. Sakit lutut
8. Tekanan darah tinggi
9.Gout dan sakit kepala/migrain
10. Kencing manis
11. Bayi meragam dan menangis sebelum dan selepas tidur

Antara testimoni BVSM










Inilah anak kecil yang saya maksudkan. InsyaAllah...menunggu peluang bertemu anak kecil ini dan akan saya kongsikan ceritanya nanti ye..TUNGGU TAU!!

Proses penjagaan BVSM:
Sangat mudah...
1. Cuci setahun sekali ( saya dah guna lebih dua minggu, tidak berbau kerana ia anti hama)
2. Hanya perlu gunakan bahan cuci kain berorganik (soflan is the best), dan gunakan cucian tangan
3. Hanya perlu keringkan di bawah matahari pagi (pada waktu Dhuha), waktu terbaik 8.30 hingga 10.30 pagi
4. Dicadangkan dicuci di bahagian yang terkena kotoran sahaja.

Sekiranya mahu jadikan pelapik tilam, buka dan letakkan BVSM di atas tilam. Letakkan 4 tali elastik di setiap sudut tilam kerana ia bersaiz queen.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya untuk perkongsian manfaat penggunaannya. Kita berusaha....HIDUP dan MATI ketentuan Allah namun mendapatkan KESIHATAN yang baik itu adalah pilihan kita. Pilihan di tangan kita. Semuanya dengan izinNya juga.....

Saya SUDAH..ANDA????

Saya dan BVSM: Hubungan atau sumbangan???

Assalamualaikum dan salam Hari Malaysia

Lama sungguh tak melawat tapak sendiri semenjak Syawal berlalu. Semenjak Haziq demam...semenjak saya sendiri tak sihat dan semenjak memulakan semester baru. Rasa macam nak jadi super mak pulak....tak pun jadi boboboi...badan boleh pecah tiga.....Cuma semenjak dua minggu kebelakangan ni, alhamdulillah kesihatan saya membaik lebih-lebih lagi anak syurga manja saya tu sejak kena penangan 'Selimut Ajaib a.k.a BVSM (Bio-Velocity Sleep Mate). Apa bendalah ni.....asyik-asyik BVSM....

Meh hamba nak kabo....BVSM ni sama ja cam comforter yang biasa kita pakai macam kat bilik tidur kita....boleh pulak kalu takmo jadi selimut, ha...bentang aje jadi pelapik tilam...tidurlah puas-puas....insyaAllah akan dapat tidur yang berkualiti. Bukan itu saja, anda pasti akan rasai perbezaannya. Belum cuba belum tau....Saya dah cuba....anda bila lagi? Wah promote..........hihihihi.

Apa signifikannya BVSM tu pada saya dan Haziq terutamanya? Ha..signifikan...bahasa research sudah keluar....Untuk makluman Tuan-tuan dan Puan-puan....saya seorang yang agak skeptikal dengan produk-produk MLM yang harganya mahal-mahal, ribu riban kata orang sebab yelah...dalam kepala tu dah tertanam macam-macam perkara negatif tentang produk MLM. Lagipula...huh mana mau cekau duit banyak-banyak kan? Habis semua tabung nak dipecah...tabung buluh, tabung manggis, tabung ayam..mujur tabung haji pakai akaun...kikikiki. Tapi apa yang membuatkan saya nekad mencuba BVSM bila melihat testimoni seorang kanak-kanak di FB yang disahkan oleh pasukan perubatan mengalami kelumpuhan saraf, dah pakai besi penyokong di kepala...dalam tempoh beberapa minggu mengguna BVSM, dengan izin Allah.....budak tu boleh berjalan!!!Allahu Akbar! Beberapa kali saya ditagged dengan gambar tersebut yang benar-benar menjentik hati saya untuk kata 'cuba! cuba!'....

Kebetulan saya punya seorang sahabat sekasut yang memiliki anak seperti Haziq terlebih dahulu telah mencuba BVSM dan mendapat kesan positif. Justeru ia menguatkan hati saya untuk mencubanya. Saya percaya bahawa mungkin ini yang Allah aturkan untuk saya. Dulu saya tak suka, kini saya mencuba. Mungkin kita tak suka sesuatu perkara tapi sebenarnya Allah maha mengetahui itu adalah yang terbaik untuk kita. Jadi saya pun belilah BVSM daripada sahabat saya. Sebelum penggunaan ke atas Haziq, saya telah diperjelaskan dengan faedah penggunaannya, kaedah penjagaannya dan yang pasti..harganya. Masa dengar harganya tu, tertelanlah jugak air liur.Bukan sekali tapi banyak kali okey.....Selimut je harganya macam tu? Aduh....tertelan lagi air liur....anggap jelah rasa 100 plus....

Lepas beberapa hari penggunaan....patutlah harganya begitu. Berbaloi dengan kesannya!! sebenarnya saya orang pertama yang mencuba sebelum Haziq. Saya pakai hanya setengah jam sewaktu tidur sebentar di waktu petang. Sendawa...erk...erk.....lepas tu saya rasa macam ada semut berjalan di badan saya. Dah...kenapa? Lepas saya bangun tidur selepas setengah jam, saya rasa puas sangat macam tidur berejam-jam!! Kemudian badan saya mudah berpeluh. Bila saya cuba pada Haziq pada sebelah malam...reaksi pertama...Haziq terkebil-kebil....selalunya dia akan buang selimut yang dipakaikan di badannya, ditolak-tolak guna kaki tapi tidak kali itu. Dia diam aje....kemudian dia mula berpeluh..lencun kepalanya tapi tidurnya nyenyak! Tak berkutik! Dan paling saya perasan, tersentak-sentak waktu tidurnya berkurangan. Boleh kata saya tak nampak sehingga ke hari ini alhamdulillah!!! Sekarang ni yang saya perasan lagi...matanya lebih fokus....kuat makan pun iya!!!

sampai ternganga mulut...so kenalah mama tolong katupkan...

confirm nyenyak!!!

Saya pulak masih menumpang kebaikannya sebab kami tidur sekatil. Dapatlah tumpang dua kaki dan tangan. Alhamdulillah..perubahan pertama yang saya rasakan ialah badan semakin cergas dan bertenaga, muka makin berseri-seri (lah sangat....hikhikhik), pembuangan air besar yang lawas dan hilang lenguh-lenguh badan. Oh ya paling penting.....saya ulang....paling penting bila bangun pagi, dah tak ada lenguh badan atau kaki sakit, rasa memang dapat tidur yang benar-benar berkualitilah!!!walaupun tidur sekadar 2 jam!

Jadi....apa hubungan BVSM dengan saya? Tak ada apa-apa sebab kami adalah dua entiti atau kumpulan yang berbeza. Mentor saya kata...saya manusia, BVSM tu barang....mana boleh ada hubungan TETAPI......sumbangan ada iaitu BVSM sebagai alat yang menyumbang kepada peningkatan kualiti kesihatan saya. Yeah....itu dia perkaitannya...sumbangannya ye teman-teman......

Apa sumbangan pemakaian BVSM kepada kesihatan individu di sekitar saya selain saya dan Aiman Haziq? TESTIMONI lah senang cerita....

Ayah mertua yang mengalami masalah vertigo (melayang-layang kesan kencing manis)
1. Berpeluh-peluh
2. Badan kurang melayang
3. Badan cergas

Sahabat (bell-palsy)
1. Sendawa dan kentut (reaksi awal)
2. Muka balance selepas dua hari penggunaan
3. Lebih fokus
4. Badan lebih segar

Adik (slip disc)
1. Kaki tak bengkak lagi walaupun travel jauh (Segamat-N.9-Melaka-Manjung dan patah balik)
2. Badan mudah berpeluh
3. Tidur puas 
4. Cergas selepas bangun tidur

Apa lagi tentang BVSM? Akan saya kongsikan dalam entri berikutnya. Jaga kesihatan demi insan-insan yang anda sayangi. Berminat mengetahui lanjut tentang BVSM? Jangan ragu-ragu wassap saya ye (kalau sesiapa yang ada nombor telefon sayalah...yang tak ada tu....boleh respon melalui blog ini)....Saya sudah mengambil langkah tepat untuk meningkatkan kualiti kesihatan saya. ANDA MASIH MENUNGGU????

Fikir-fikirkan dan kita jumpa pada entri berikutnya....