Followers

Wednesday, August 29, 2012

Duit Raya 2012

Assalamualaikum, Salam Lebaran untuk semua pengunjung blog saya. Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut aidilfitri setelah berjuang selama sebulan melawan lapar, dahaga dan nafsu pada Ramadhan yang berlalu pergi meninggalkan kita. Kali ini saya mahu bercerita tentang duit raya. Sebut saja duit raya, mesti teringat zaman kanak-kanak, berjalan keliling kampung dengan kawan-kawan. Dari satu rumah ke satu rumah kami memberi salam.Tujuannya nak kumpul duit raya. Kalau dapat 20 sen pun dah cukup besar, apatah lagi 50 sen. Seronoknya tak ingat!!...setelah hampir 20 tahun zaman itu berlalu, budayanya juga sudah berubah.

Kalau budak-budak datang beraya, duit 50 sen sudah tidak dipandang. Tuan rumah dikatanya kedekut. Paling sedikit pun duit kertas biru. Kalau dulu kita asyik dok 'collect' duit raya tapi sejak bekerja, kita pula kena meneruskan tradisi memberi duit raya. Inikan pula dah berkahwin. Memandangkan sudah ada anak-anak saudara, itulah yang paling mereka suka. Kena pula adik-adik sepupu semuanya masih kecil, kena jugalah bagi duit raya, hadiah di hari raya....

Tahun ini banyak jugalah bajet dikeluarkan untuk duit raya. Rezeki yang kita dapat perlu diingat, ada juga bahagian untuk orang lain. Yang penting niat kita untuk berbahagi rezeki. Ikhlas atau tidak bukan kita yang menentukan. Tahun ini juga saya cuba menggalakkan anak sulung untuk berpuasa penuh. Habuannya,kalau berpuasa penuh sehari, saya hadiahkan RM3. Bersungguh-sungguh anak bujang saya berpuasa kerana sudah ada 'target' dalam kepalanya item yang mahu diperoleh dengan habuan yang bakal diterima. Alhamdulillah, penuh sebulan berpuasa. Mahu tak mahu kenalah mamanya koyakkan poket sebab dah berjanji. Anak dara pula dapat dua hari saja penuhnya, yang lain sampai tengahari, pukul 3.....jenuh memujuk. Manjanya bukan kemain.......

Tahun ini juga tahun yang istimewa sebab kami suami isteri dapat duit raya!!!!!!!


Duit raya dari adik bongsu yang baru mendapat pekerjaan di sebuah syarikat kontraktor. Semua adik beradik, mak abah dan ipar duai merasalah duit rayanya. Walaupun tak banyak, kami sangat berterima kasih atas ingatan ini. Mula-mula encik suami pun tercengang dapat duit raya, tetapi selepas dijelaskan ianya adalah niat adik, kami menerima dengan besar hati. Masih tersimpan rapi di dalam sampul, sayang pula hendak digunakan. Terima kasih Maya!!!! Terima kasih daun keladi......Seronok dapat duit raya, terkenang zaman budak-budak. Rasa itu kembali......penuh bermakna aidilfitri kali ini............

Thursday, August 2, 2012

Isi hati anak....

Pagi-pagi lepas selesai uruskan anak-anak ke sekolah, rutin biasa mengemas rumah. Dah pandailah sikit nak rasa rimas kalau rumah berselerak. Dulu semuanya encik suami yang buat, sekarang bak kata seorang sahabat...."baru dapat hidayah"....naik semak mata tengok rumah bersepah. Nampaknya naluri kewanitaanku sudah mula menebal....eceh...ceh..ceh....Kemas punya kemas, ternampak sehelai kertas A4 dilipat dua. Tajuknya "For my family" dengan tulisan pen merah. Teruja juga mahu melihat isi kandungannya.

Ha...nak sangat tengok kan. Berjujai air mata yang keluar apabila menyaksikan hasil tulisan anak sulung. Terlihat jelas keikhlasannya. Budak 8 tahun, apalah sangat yang dia tahu tapi melihatkan ayat-ayat yang ditulis membuatkan saya terkedu, tidak mampu berkaa apa-apa. Kalaulah anak saya ada ketika saya membaca kertas itu, sah saya akan berikan dia pelukan kasih sayang....anak-anak cukup suka kalau ditawarkan pelukan kasih sayang atau suapan kasih sayang. Berebut-rebut mahukan tindakan yang berakhir dengan kasih sayang.

Inilah hasil rasa hati Amirul Rahimi yang membikin air mata saya berlinangan....

Wednesday, August 1, 2012

Permintaan encik suami.....

Hari ni encik suami meminta saya masakkan ayam masak merah ikut cara Kak Long minggu lepas. Tapi minggu lepas masa di kampung, Kak Long buat masak merah udang galah. Udang galah Sungai Pahang....terbaik!!!!! Puas makan tapi sayangnya encik suami cuma makan sambalnya saja sebab tak minat udang galah. Masih teringat-ingat lagi ikan talapia goreng, patin masak asam rebus dan masak merah udang galah hasil tangan Kak Long. Rasanya memang meletop!!!!

Sambil-sambil berbuka tu, sempat juga bersembang dengan Kak Long resepi masak merah dia yang nampak simple sangat tapi hingga menjilat jari. Kak Long pun cakaplah resepinya. Jadi hari ni nak try buat. Bahan-bahan dia memang sangat mudah.

Bahan-bahan ayam masak merah.

7-8 ketul ayam yang digoreng dengan kunyit dan garam (saiz potongan 16).
1 labu bawang besar yang dipotong bulat

3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
10 tangkai lada kering
2 biji tomato dipotong dadu
Sedikit kunyit serbuk
Selain ayam, kesemua bahan ini dikisar. 

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak
2. Masukkan semua bahan kisar tadi setelah minyak panas kira-kira 10-15 minit
3. Masukkan bawang yang dipotong bulat
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan ayam dan gaul sebati hingga pecah minyak. Taburkan daun sup/daun bawang sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

InsyaAllah sedap.......

Encik suami baru terperasan beliau tidak membeli sebarang kuih untuk iftar hari ni. Saya kata tak ada masalah sebab saya buatkan pengat pisang tanduk. Sayang, dah masak pisang yang dibawa dari kampung Ahad lepas. Justeru saya buatkan pengat pisang, alhamdulillah anak-anak pun suka......

Rezeki kami hari ini. Ayam masak merah permintaan suami, pengat pisang, sayur kobis goreng, sup ayam permintaan anak-anak, buah tembikai dan air ribena. Alhamdulillah!!!

Tart buah kesukaan anak-anak

Semalam terasa mahu belajar sesuatu yang baru. Nak belajar buat tart buah. Kenapa tart buah yang jadi pilihan? Mana tidaknya, teringatkan keletah anak-anak kalau  beli tart buah. Mula-mula beli satu, ingat anak-anak tak suka.Rupa-rupanya, satu tart kena kongsi 3 orang. Lepas tu setiap kali beli, kena belikan satu tiap seorang. Itupun masih bergaduh, banyak buahlah, nak buah itulah, buah inilah...kadang-kadang naik serabut dibuatnya. Jadinya saya pun merancanglah konon-konon nak buat tart. Biasalah, internetlah jadi sumber rujukan yang terkini dan sensasi. Myresepi.com saya selongkar, dapur tanpa sempadan saya intai untuk dapatkan resepi. Bila dah berkenan , kebetulan barang-barang memang dah ada di rumah, cuma nak buat saja...

Barang-barang ni, seakan tak percaya boleh berada di dapur rumah saya...hahahaha


Maka, misi pun bermula untuk menghasilkan tart buah....Nak resepinya? Saya sertakan sekali yek....



TART BUAH/FRUIT TART
Bahan-bahan (9-12 orang)

Tepung gandum  1 cawan (200g), guna cawan je senang
Gula aising ¼  cawan ( 50 g)
Garam secukup rasa
½ biji telur
Mentega ½ cawan (100g)
Esen vanilla 1 sudu the @ 1 penutup

Krim kastard
Tepung kastard 1 ½ sudu besar
Gula kastor 1 ½  sudu besar
Secawan susu segar
1 sudu besar butter
2 sudu kecil esen vanilla

Inti: buah-buahan mengikut kesesuaian/minat contoh: anggur, peach, strawberry, nanas, laici dan sebagainya.

Cara penyediaan (acuan tart)
1.      Masukkan tepung, mentega, gula aising, garam, telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Tepung tak perlu diayak.
2.      Gaulkan semua bahan sehingga rata dan jadikan doh.
3.      Gunakan acuan tart (keras) untuk membentuk tart. Gunakan acuan sederhana,jangan terlalu kecil atau terlalu besar.
4.      Bentukkan tart mengikut acuan, kira-kira ½ cm, jangan terlalu tebal supaya kulit tart akan rangup.
5.      Setelah membentuk acuan, gunakan garpu dan buatkan lubang-lubang kecil di atas acuan (bahagian bulat) supaya menjadi laluan udara semasa dibakar. Gunakan pisau rata untuk mencantikkan muka dan tepi acuan.
6.      Bakar acuan dengan suhu 150’c selama 10-12 minit (oven kecil), suhu 190’c bagi oven besar (10 minit).
7.      Selepas bakar, keluarkan, sejukkan dan masukkan ke dalam acuan kertas. Tak masuk pun tak mengapa.
8.      Sediakan krim kastard.

Penyediaan krim kastard
1.      Masukkan bahan-bahan krim kastard kecuali butter dan esen vanilla ke dalam periuk kecil.
2.      Kacau dengan api perlahan sehingga pekat.
3.      Padamkan api, tuang esen vanilla dan butter, kacau rata dan biarkan sejuk.

Setelah krim sejuk, boleh tuangkan di atas acuan tart mengikut kesesuaian sebelum diletakkan hirisan buah-buahan mengikut citarasa masing-masing. Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan....

Pertama kali buat, memang tak berapa nak menjadi. Resepi pertama saya ikut, kastardnya langsung tak menjadi, kalau baling ke dinding mesti tertepek je kat dinding tu. Resepi kastard kedua yang saya ikut baru menjadi. Acuan kastardnya pulak agak tebal, jadi taklah begitu rangup. Lepas tu, oven saya kecil,saya gunakan api besar sebab masih tak berapa nak pandai adjust panas, dah ada yang hangit.....sempat saya trim takmo kasi nampak hitam legam...hihihi

Hasilnya?

nampak sedap kan?

Beria-ia si abang makan tart buah hasil tangan pertama mama dia.......

Encik suami kata kastardnya sedap. Anak sulung kata..terbaik!!!Tu yang request buat lagi tu.....Harap-harap lepas ni mama dia makin rajin ke dapur. Dalam kepala dah tak sabar nak belajar buat lasagna pulak nih...hihihihihi.......