Followers

iklan..iklan......

Wednesday, July 20, 2011

Nak ke tak nak??

Seminggu dua ni rasanya berserabut sikit, sikit ajerr...biasalah bila kelas dah mula..nak mengadap anak-anak murid yang baru, melayan kerenah mak bapaknya sekali, melayan kerenah teman-teman kat pejabat yang kadangkala seronok dilihat, banyak kalanya merimaskan, lemas, tak kuasa. Jadinya tak pasal-pasal diri dilanda stress yang akar pokoknya langsung tak menarik untuk dijadikan sebab. Sudahnya terpaksalah memanjat tingkat 3 flat di Taman Cendana untuk mendapatkan rawatan urutan. Legaaaaaa rasa......terasa ringan sikit badan. Rupanya dek gara-gara stress, bukan sahaja tekanan darah turun lagi, malah urat-urat pun dah mula membengkak. Menyeringai jugaklah bila kena urut...nak menangis, hishh......malulah dah besar kan....

Baru-baru ini (minggu lepas) kalau tak silap, dikejutkan dengan satu berita yang kurang menyenangkan. Alamak, apa nak buat ni? Hari pertama dapat berita tu terdiamlah jugak. Minda macam terhenti sekejap untuk cari jawapan kepada persoalan yang berlegar-legar di kepala. Masuk hari berikutnya, keadaan hati dah makin tenang, dah boleh fikir apa sebenarnya yang terjadi? Mula mencari punca dan mula menyusun perancangan baru. Akhirnya soalan baru yang keluar, nak ke taknak???? Susahnya nak cari jawapan pada soalan yang satu ini walaupun jawapan itu memang sentiasa ada,tinggal nak pilih saja.

Hidup diteruskan seperti biasa. Bila dah dapat tahu punca berita itu diterima, hati mula goyang. Asyik teringat kata-kata seorang teman untuk siap sediakan dua kotak kalau nak menetapkan jawapan bagi soalan yang terkeluar tadi tu. Kaki kanan nak masuk satu kotak, kaki kiri pulak nak masuk kotak yang satu lagi, dah...payah....kalaulah dua-dua kaki masuk satu kotak yang sama, kan senang! nak atau taknak, mudah je kan? Cakap memanglah senang, cuba buat keputusan tu, belum tentu senang!!!! Apa yang boleh dibuat, jalani hidup macam biasa, tersenyum, buat macam tak ada apa-apa berlaku. Bila tiba masa dan keadaan yang perlu, barulah situasi sebenar dijelaskan satu persatu supaya orang keliling belajar memahami situasi yang sedang dilalui sekarang. Orang lain pula ternyata lebih beria-ia sedangkan tuan punya diri?????

Saban waktu soalan tu terus bermain di kepala sampai nak buat apa pun susah. "Jambu" kata.."apa pun tak boleh!"....Bakal melaksanakan Plan B esok, mudah-mudahan dipermudahkan. Hati kata tak payahlah...tak ada masalah pun kalau taknak buat benda tu. Kenapa? Bila duduk pandang dinding rumah yang terpampang ayat 1000 dinar, kena yakin bahawa Allah telah menentukan rezeki kita dari arah yang tidak disangka-sangka andai kita bertaqwa kepadaNya dan Dia juga pasti mencukupkan keperluan kita sekiranya kita bertawakkal kepadaNya. Rezeki ada di mana-mana, tugas dan amanah serta tanggungjawab kita adalah berusaha ke arah itu...seketika hati berasa nyaman dengan maksud ayat itu. Tetapi bila asyik diasak dengan soalan-soalan yang malas hendak dijawab, kadang-kadang hati goyah juga. Penatlah nak buat penjelasan sebab tak semua orang akan faham dengan keputusan yang akan kita ambil.

Nak ke taknak? Masih lagi ditimbang-timbangkan atas dacing sedar. Hidup adalah pilihan. Pilihan itu yang menentukan apa yang bakal ditempuhi pada masa akan datang. Dapatkah kau rasa sepertiku? Kurasa hari-hari ku tak menentu.........lirik lagu apa tah ni...minta maaflah pada Ketua Jabatan yang terpaksa meluluskan cuti bagi staf yang sedang di bawah tekanan ini....ehehehehe....bukan apa, biasanya cuti diambil kerana anak sakit..tapi kali ini terpaksa ambil cuti untuk merehatkan minda, 'recharge' tenaga yang mula menghilang, mencari semangat yang mula terbang dan menggali motivasi agar tertanam kian dalam. Rupa-rupanya dalam pada mencari kerehatan buat minda, fizikal masih tidak rehat sebab Haziq tak sihat!!!! huhhuhuhu....memang cuti untuk jaga anaklah juga jawabnya di rumah....tak apalah, dah namanya anugerah yang perlu dijaga sebaik mungkin, amanah itu jangan disiakan.....lagi senang dan tenang dapat bergolek sama-sama, balik hospital boleh tidur bersama-sama, main air dalam besen sama-sama, makan nasi lembik sama-sama...best sungguh!!!!

Esok lembaran baru bakal dibuka. Sekiranya perancangan yang ini juga tidak berjaya, mungkin satu tindakan drastik yang bakal mengejutkan semua akan diambil. Harap-harap berjaya supaya sasaran yang pernah diletakkan satu ketika dulu dapat juga dicapai meskipun mungkin sedikit tersasar. Sekiranya masih tidak memperlihatkan jalan dan peluang yang cerah, satu lagi lembaran baru bakal dibuka tanpa sepalit kesalan dan usaha yang giat bakal diusahakan ke arah itu supaya sasaran yang satu lagi ini berjalan sesuai mengikut rencananya. Terima kasih kepada seorang hamba Allah yang telah membukakan minda saya untuk berjuang dalam mendapatkan apa yang saya inginkan. Kadang-kadang kita perlu rela melepaskan sesuatu sekiranya kita ingin mendapatkan sesuatu. Kita jangan menjadi terlalu tamak untuk mengejar duniawi. Orang dulu-dulu kata, orang tamak selalu rugi..........ingat tu ye kawan-kawan.....

Semoga segala apa yang saya dan kalian usahakan, akan dimakbulkan dan mencapai sasaran kita dengan syarat, jangan sesekali kita menindas orang lain, menyusahkan orang lain atau mencantas orang lain semata-mata untuk mengejar apa yang kita inginkan. Kita kena ingat bahawa dunia ini berputar mengikut paksinya dan ada kalanya kita berada di atas dan tidak mustahil satu masa kita akan terduduk di bawah. Kita perlu menyediakan diri untuk pelbagai situasi. Apa yang saya pegang ialah berbuat baik dengan semua orang meskipun saya tahu tak ramai yang berani nak mendekati saya sebab lihat muka saya serius. Tak kenal maka tak cinta, justeru jadikan diri kita insan yang seadanya kita. Nak ke taknak??????????



Friday, July 8, 2011

Nostalgia aiskrim kacang...

Cuba angkat tangan, siapa yang suka makan aiskrim? Cuba ikut gaya Usop Wheelcha.... 'Saya'!!!!!!!!!!..Sudah pastinya kan. Alah..tak payahlah nak malu-malu, tak perlulah nak 'cover' konon tak suka makan aiskrim, boleh percaya ke??? Hehehe...Saya pasti mesti korang semua suka makan aiskrim tak kiralah aiskrim coklat ke, roti aiskrim ke, aiskrim potong ke, aiskrim mangkuk ke, aiskrim cawan ke.....mesti suka kan? kan?..aha....jangan tipu tau...tak baik, dosa.....masuk neraka, seksa....(ayat budak-budak....kikikikiki) Tulah, nak cerita pasal aiskrimlah ni...

Dua hari lepas saya makan aiskrim. (Hmmm...cerita macam tak pernah makan kan...)..sambung..sambung.....Lepas makan semangkuk mee udang, encik suami yang tiba-tiba terasa nak makan aiskrim potong sebab tengok ada seorang perempuan makan aiskrim tu dengan penuh nikmat. Saya pun joinlah dua kaki...kalau join sekaki saya jatuh, sebab tak balance......(silalah senyum). Saya ni punyalah kolot, tak tahu pun ada aiskrim yang dipanggil aiskrim potong. Teruk kan? Suami beli dua, satu untuknya dan satu lagi pasti untuk buah hati kesayangannya, sayalah tu.....Bila saya bukak je plastik aiskrim tu, terus saya tersenyum....La....aiskrim kacang rupanya! Aiskrim yang selalu kita makan masa budak-budak dulu....masa tu harganya baru 20 sen tapi sekarang harganya seringgit, tengok pada jenamalah pulak. Kalau Cremo, seringgit, kalau Nestle RM1.50...hahaha pecahlah rahsia saya makan dua jenis dalam satu hari.........

Ini yang pertama saya makan

Rasanya.....hmmmm sebiji macam rasa zaman kanak-kanak. tekstur aiskrimnya, warna dan rasanya tak berubah. Terasa seakan kanak-kanak yang dihadiahkan dengan aiskrim bila tengah penat-penat, tak terkata!!! Cukup penuh dengan kacang merah, tak terlampau manis. Rasa macam nak makan lagi tapi nak patah balik ke tempat tadi, tidaklah jawabnya.

tak teringin ke nak makan aiskrim ni????

Kebetulan suami nak singgah di Petronas isi gas kereta, saya pun apa lagi...chup.....lari mencari aiskrim potong lagi. Dapat!!!! Kali ni tak sama seperti tadi.

Ha...yang ini versi Nestle..

Bila aiskrim yang ini masuk ke tekak, suami geleng kepala. Tak sama...tak sama....rasa yang tadi lebih asli. Yang ini lebih mahal, lebih manis, kacang merahnya sedikit di bahagian atas sahaja. Dek kerana tak tahan kemanisannya, suami terpaksa membuangnya. Saya pula tetap menghabiskannya...hahaha..tak sayang badan betul, kata encik suami....Saya senyum jelah, dah memang macam kemaruk nak makan aiskrim ni kan, bedal aje lah.....lepas tu cari air suam bilas.......hehehehe....tak sesuai....

Apa-apa pun, aiskrim ni memang mengingatkan saya sewaktu zaman budak-budak dulu. Masa tu zaman yang penuh dengan keseronokan, yelah dah nama pun budak-budak.Nak main saja kerjanya....dapat pula aiskrim yang sedap...fuh......

oklah, ni nak pergi cari lagi aiskrim kacang tu..orang sebut aiskrim potong, saya tetap dengan aiskrim kacang..........

Friday, July 1, 2011

Cerita Telok Gorek Siri 2

 Ekspedisi Gunung Arong

Pada hari pertama sampai, sedikit mesyuarat jawatankuasa dibuat bagi pembahagian tugas urusetia dan dimaklumkan bahawa pada hari kedua, cabaran kepada para peserta kem adalah pendakian ke Gunung Arong. Gunung Arong?? Terus sajalah saya kata nak ikut!!!!!. Pengetua asrama pun berbesar hatilah sebab ada warden wanita yang nak ikut bersama-sama..hehehe…bukan apa, ibarat mengantuk disorongkan bantal….kebetulan sangat saya memang teringin nak ke Gunung Arong kalau berkesempatan sebab katanya cantik. Dah 11 tahun tak mendaki semenjak kali terakhir sampai ke puncak Gunung Ledang pada tahun 2000. Lagi pula semangat tengah membara nak mengambil gambar. Saya ingat Gunung Arong tu ala-ala Gunung Pulai aje, rupa-rupanya………..

Di sebelah pagi, sempatlah ber ‘aerobik’ bersama pelajar-pelajar. Sempat juga menikmati panorama melihat matahari terbit, sungguh indah. Kemudian sempat berbasikal, konon-konon nak tambah stamina walhal dah lama tak bersenam. Tak apalah, yang penting keluar peluh. Jam 9.00 pagi perjalanan dimulakan dengan berjalan kaki sejah kira-kira 2.5km merentasi kawasan kampung sebelum sampai ke kaki gunung. Ha…yang ini ‘warm up’ yang sebenarnya. Sampai di kaki gunung masing-masing dah tercungap termasuk saya. Tapi tetap berkobar-kobar memulakan pendakian.

Indah sungguh panorama matahari terbit awal pagi

senamrobik sebelum panjat gunung..

Inilah laluan masuknya...

Jalan dan terus berjalan...

satu-satunya air terjun kecil di kaki gunung sebelum memulakan pendakian


Trek daripada pandangan atas

Daki dan terus mendaki. Rasanya laluan naik ke ke atas kira-kira 45 darjah. Jenuh juga, kaki tak payah ceritalah, rasanya semua macam nak tertanggal, tiba-tiba semuanya rasa jadi longgar. Bernafas pun dah guna mulut..rupa-rupanya lagi penat kalau bernafas ikut mulut kerana akan memberi tekanan yang kuat pada dada untuk mengepam darah. Patutlah tiba di satu ketinggian, saya rasa sesak di dada, rasa macam tak boleh bernafas dah…tapi gagahkan jugaklah. Kena buktikan pada para pelajar bahawa walaupun saya seorang wanita, ibu beranak tiga, dah lama tak mendaki, saya masih membawa semangat itu hingga ke puncak. Kena tanam dalam hati bahawa kita mampu dan jangan lupa berdoa agar urusan kita dipermudahkan dan diberikan kekuatan semangat yang tidak putus.

kaki ketika masih bersemangat..

separuh perjalanan...

Konon-konon sasarannya nak ambil gambar keunikan gunung Arong tapi dek kerana dah tercungap-cungap, hilang dah nak ambil gambar punya cerita. Asyik mendongak aje dan tertanya-tanya, bila nak sampai??? Pada waktu tu saya tak putus-putus berdoa agar saya berjaya sampai ke puncak. Saya tak mahu episod di Gunung Angsi 10 tahun dulu (2001) berulang di mana saya dah tinggal hanya lebih kurang 20 minit untuk sampai ke puncak, saya menyerah kalah. Saya telah menyusahkan seorang senior yang terpaksa memandu saya turun ke kaki gunung. Pada masa itu saya tak tahu kecondongan Gunung Angsi dikatakan hampir 90 darjah. Tanpa latihan dan persediaan yang cukup, saya naik dan akhirnya saya gagal. Kali ini saya pastikan saya akan sampai ke puncak.

Alhamdulillah…walaupun sakit di dada, tiba di satu ketinggian, seorang pelajar membantu saya dengan info ’bernafas menggunakan hidung sahaja’. Saya mencuba, walaupun agak sukar bagi saya tetapi ianya idea yang cukup bernas. Pernafasan saya lebih teratur dan perlahan-lahan sesak di dada berkurangan. Pokok di kiri kanan semakin kecil menandakan semakin hampir ke puncak. Melihat awan yang semakin mendekat dan kelibat wakaf yang tidak jauh di hadapan, saya semakin lega dan bersyukur kerana akhirnya sekali lagi saya dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah dari puncak gunung. Siapa sangka saya yang berbadan besar ini, seorang ibu juga berjaya ke puncak gunung dalam usia 33 tahun. Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah memudahkan segala urusanku selama ini.
Alhamdulillah, sampai ke puncak Arong tanpa sebarang masalah...puncak pertama


pandangan dari puncak..
Pulau-pulau kecil..
Indahnya alam ciptaan Allah..
Puncak kedua, hanya laluan sempit...

Melihat keindahan teluk yang sayup mata memandang, indahnya sehingga tidak terucap dengan kata-kata.Terasa seolah tak percaya saya berada di tempat yang tinggi. Pengalaman ini amat berharga sebagai suntikan semangat kepada adik-adik belia remaja dan anak-anak satu ketika nanti. Tak lama berada di puncak, kami meneruskan perjalanan ke puncak kedua yang agak sempit, tetapi ada tempat bersandar untuk ambil gambar, jadilah. Perjalanan turun juga mencabar tetapi ada 4 pelajar lelaki yang setia menjadi pengawal di barisan belakang. Melepas lelah dengan memeluk pokok yang memerlukan kira-kira 3 orang untuk memeluknya, sekadar posing dalam hutan….

tak muat nak peluk...
dalam perjalanan turun, berhenti seketika...

Kalau tak berhati-hati, laluan turun juga agak bahaya kerana curam. Mujur ada banyak tali yang diikat di pokok dan memudahkan kami berpaut. Saya tabik pada penghulu kem ini. Meskipun berbadan besar, lebih besar daripada saya, tetap bersemangat mendaki dan menuruni gunung yang penuh cabaran. Kami turun di bahagian tepi laut dan melalui muara sungai sebelum tiba semula ke chalet. Berjalan kaki pula dari pesisiran pantai kira-kira 1 kilometer. Kaki dah goyang, rasa kejang pun ada tapi bila dah nampak bayang chalet, teruskan juga perjalanan hingga ke destinasi terakhir.

Alhamdulillah, selamat turun di tepi pantai kepenatan..
melepas lelah di laluan berbatu...panjat memanjat batu ke muara sungai...

kena panjat batu...


Bersama Fiza dan Ima...

menyusur pantai menuju ke chalet...perhentian terakhir

Empat jam ekspedisi bukanlah tempoh yang pendek. Rasanya kalau balik sah encik suami kata dah kurus sikit…tapi kurus di kuku jelah…hehehehe…Badan terasa sangat letih, sempatlah lelap setengah jam. Sebelah petang masih boleh melayan aktiviti perang pelajar, dan malam jam 1.00 pagi baru saya tidur selepas menelan 2 biji panadol actifast, alhamdulillah berkesan….

Cerita Telok Gorek Siri 1


Pilih satu lagu dan nyanyi bersama-sama!

Program hari pertama pembinaan pasukan Jawatankuasa Pelajar Kamsis bersama-sama para warden kolej kediaman Politeknik Johor Bahru memang menyeronokkan. Bekerja sambil menghirup udara telok yang kuat dan menikmati panorama ciptaan Allah untuk setiap hamba yang mendiami bumiNya. Telok Gorek Mersing  menjadi pilihan dalam menyatukan hati-hati kami dalam melaksanakan amanah. Kepenatan perjalanan tiga jam hilang dibawa puputan bayu laut dan ketenangan ombak yang memukul pantai.

Sesi pengenalan dimulakan dengan aktiviti personaliti pasukan, kalau nama biasa yang kita gunakan ‘ice breaking’. Dapat melihat personaliti pemimpin-pemimpin pelajar di asrama. Ada yang pendiam, pemalu, pintar menyusun kata dan bicara, tak kurang juga yang menjadi penyeri sesi tersebut. Pelbagai ujian diberikan oleh urusetia antaranya ujian membaca tulisan jawi yang jelas memperlihatkan generasi muda sekarang semakin melupai tulisan jawi. Mungkin ada yang tak tahu membaca langsung. Mungkin…..Bila sebut tulisan jawi aje, mesti rakyat Johor yang menjadi pilihan untuk membacanya. Kenapa ek?? Sudah geharu cendana pula, sudah tahu buat-buat bertanya pula…..hehehe

warden tengah cari idea...

Khusyuk menulis jawi konon nak uji para pemimpin pelajar...


Cerita berkenaan tajuk entri belum lagi kan?? Ha…ni baru nak bercerita. Pasukan pelajar yang terdiri daripada 31 kekuatan ini diberikan tugasan terakhir dengan menyanyikan dua buah lagu. Satu lagu pilihan urusetia dan satu lagu pilihan pelajar-pelajar. Lagu pilihan urusetia…lagu Politeknik!!!hahahaha..ada hati nak kenakan pelajar, mana tahu ada pelajar yang tak tahu lagu politeknik kononnya….Penuh semangat pelajar menyanyikannya, siap ada formasi goyang kanan dan goyang kiri yang akhirnya goyang jadi tak tentu hala…

“Ha….saya bagi kamu 1 minit, bincang satu lagu yang kamu tahu dan kamu suka serta kamu boleh nyanyikan dengan bersemangat,” arahan yang keluar daripada Ketua Jawatankuasa Modul, En Khairul Nazry Talib. “ Dah Encik..” “Aik, kejapnya, ha lagu apa?, tanya urusetia. Tau apa dijawabnya? “Rahsia……..”. Ai..main aci aci pulak mereka ni. Ha..dah, 1, 2,3!!!...”Negaraku….!!!!!”. Budak-budak ni!!!!.Kelam kabutlah urusetia bangun sambil ada yang dah tergelak. Tamat sahaja lagu kebangsaan yang dinyanyikan dengan penuh semangat, saya terus mengeluarkan kenyataan untuk teman-teman. “Ha tulah, bayar ‘cash’ tau di dunia sekarang, tak  ada tunggu-tunggu dah…..konon nak kenakan mereka, kita kena semula!,” sambil tergelak kami terus menuju dewan makan untuk mengisi perut yang lapar dek kerana ketawa dengan telatah pelajar-pelajar….