Followers

Wednesday, July 20, 2011

Nak ke tak nak??

Seminggu dua ni rasanya berserabut sikit, sikit ajerr...biasalah bila kelas dah mula..nak mengadap anak-anak murid yang baru, melayan kerenah mak bapaknya sekali, melayan kerenah teman-teman kat pejabat yang kadangkala seronok dilihat, banyak kalanya merimaskan, lemas, tak kuasa. Jadinya tak pasal-pasal diri dilanda stress yang akar pokoknya langsung tak menarik untuk dijadikan sebab. Sudahnya terpaksalah memanjat tingkat 3 flat di Taman Cendana untuk mendapatkan rawatan urutan. Legaaaaaa rasa......terasa ringan sikit badan. Rupanya dek gara-gara stress, bukan sahaja tekanan darah turun lagi, malah urat-urat pun dah mula membengkak. Menyeringai jugaklah bila kena urut...nak menangis, hishh......malulah dah besar kan....

Baru-baru ini (minggu lepas) kalau tak silap, dikejutkan dengan satu berita yang kurang menyenangkan. Alamak, apa nak buat ni? Hari pertama dapat berita tu terdiamlah jugak. Minda macam terhenti sekejap untuk cari jawapan kepada persoalan yang berlegar-legar di kepala. Masuk hari berikutnya, keadaan hati dah makin tenang, dah boleh fikir apa sebenarnya yang terjadi? Mula mencari punca dan mula menyusun perancangan baru. Akhirnya soalan baru yang keluar, nak ke taknak???? Susahnya nak cari jawapan pada soalan yang satu ini walaupun jawapan itu memang sentiasa ada,tinggal nak pilih saja.

Hidup diteruskan seperti biasa. Bila dah dapat tahu punca berita itu diterima, hati mula goyang. Asyik teringat kata-kata seorang teman untuk siap sediakan dua kotak kalau nak menetapkan jawapan bagi soalan yang terkeluar tadi tu. Kaki kanan nak masuk satu kotak, kaki kiri pulak nak masuk kotak yang satu lagi, dah...payah....kalaulah dua-dua kaki masuk satu kotak yang sama, kan senang! nak atau taknak, mudah je kan? Cakap memanglah senang, cuba buat keputusan tu, belum tentu senang!!!! Apa yang boleh dibuat, jalani hidup macam biasa, tersenyum, buat macam tak ada apa-apa berlaku. Bila tiba masa dan keadaan yang perlu, barulah situasi sebenar dijelaskan satu persatu supaya orang keliling belajar memahami situasi yang sedang dilalui sekarang. Orang lain pula ternyata lebih beria-ia sedangkan tuan punya diri?????

Saban waktu soalan tu terus bermain di kepala sampai nak buat apa pun susah. "Jambu" kata.."apa pun tak boleh!"....Bakal melaksanakan Plan B esok, mudah-mudahan dipermudahkan. Hati kata tak payahlah...tak ada masalah pun kalau taknak buat benda tu. Kenapa? Bila duduk pandang dinding rumah yang terpampang ayat 1000 dinar, kena yakin bahawa Allah telah menentukan rezeki kita dari arah yang tidak disangka-sangka andai kita bertaqwa kepadaNya dan Dia juga pasti mencukupkan keperluan kita sekiranya kita bertawakkal kepadaNya. Rezeki ada di mana-mana, tugas dan amanah serta tanggungjawab kita adalah berusaha ke arah itu...seketika hati berasa nyaman dengan maksud ayat itu. Tetapi bila asyik diasak dengan soalan-soalan yang malas hendak dijawab, kadang-kadang hati goyah juga. Penatlah nak buat penjelasan sebab tak semua orang akan faham dengan keputusan yang akan kita ambil.

Nak ke taknak? Masih lagi ditimbang-timbangkan atas dacing sedar. Hidup adalah pilihan. Pilihan itu yang menentukan apa yang bakal ditempuhi pada masa akan datang. Dapatkah kau rasa sepertiku? Kurasa hari-hari ku tak menentu.........lirik lagu apa tah ni...minta maaflah pada Ketua Jabatan yang terpaksa meluluskan cuti bagi staf yang sedang di bawah tekanan ini....ehehehehe....bukan apa, biasanya cuti diambil kerana anak sakit..tapi kali ini terpaksa ambil cuti untuk merehatkan minda, 'recharge' tenaga yang mula menghilang, mencari semangat yang mula terbang dan menggali motivasi agar tertanam kian dalam. Rupa-rupanya dalam pada mencari kerehatan buat minda, fizikal masih tidak rehat sebab Haziq tak sihat!!!! huhhuhuhu....memang cuti untuk jaga anaklah juga jawabnya di rumah....tak apalah, dah namanya anugerah yang perlu dijaga sebaik mungkin, amanah itu jangan disiakan.....lagi senang dan tenang dapat bergolek sama-sama, balik hospital boleh tidur bersama-sama, main air dalam besen sama-sama, makan nasi lembik sama-sama...best sungguh!!!!

Esok lembaran baru bakal dibuka. Sekiranya perancangan yang ini juga tidak berjaya, mungkin satu tindakan drastik yang bakal mengejutkan semua akan diambil. Harap-harap berjaya supaya sasaran yang pernah diletakkan satu ketika dulu dapat juga dicapai meskipun mungkin sedikit tersasar. Sekiranya masih tidak memperlihatkan jalan dan peluang yang cerah, satu lagi lembaran baru bakal dibuka tanpa sepalit kesalan dan usaha yang giat bakal diusahakan ke arah itu supaya sasaran yang satu lagi ini berjalan sesuai mengikut rencananya. Terima kasih kepada seorang hamba Allah yang telah membukakan minda saya untuk berjuang dalam mendapatkan apa yang saya inginkan. Kadang-kadang kita perlu rela melepaskan sesuatu sekiranya kita ingin mendapatkan sesuatu. Kita jangan menjadi terlalu tamak untuk mengejar duniawi. Orang dulu-dulu kata, orang tamak selalu rugi..........ingat tu ye kawan-kawan.....

Semoga segala apa yang saya dan kalian usahakan, akan dimakbulkan dan mencapai sasaran kita dengan syarat, jangan sesekali kita menindas orang lain, menyusahkan orang lain atau mencantas orang lain semata-mata untuk mengejar apa yang kita inginkan. Kita kena ingat bahawa dunia ini berputar mengikut paksinya dan ada kalanya kita berada di atas dan tidak mustahil satu masa kita akan terduduk di bawah. Kita perlu menyediakan diri untuk pelbagai situasi. Apa yang saya pegang ialah berbuat baik dengan semua orang meskipun saya tahu tak ramai yang berani nak mendekati saya sebab lihat muka saya serius. Tak kenal maka tak cinta, justeru jadikan diri kita insan yang seadanya kita. Nak ke taknak??????????



No comments:

Post a Comment