Followers

Friday, July 1, 2011

Cerita Telok Gorek Siri 1


Pilih satu lagu dan nyanyi bersama-sama!

Program hari pertama pembinaan pasukan Jawatankuasa Pelajar Kamsis bersama-sama para warden kolej kediaman Politeknik Johor Bahru memang menyeronokkan. Bekerja sambil menghirup udara telok yang kuat dan menikmati panorama ciptaan Allah untuk setiap hamba yang mendiami bumiNya. Telok Gorek Mersing  menjadi pilihan dalam menyatukan hati-hati kami dalam melaksanakan amanah. Kepenatan perjalanan tiga jam hilang dibawa puputan bayu laut dan ketenangan ombak yang memukul pantai.

Sesi pengenalan dimulakan dengan aktiviti personaliti pasukan, kalau nama biasa yang kita gunakan ‘ice breaking’. Dapat melihat personaliti pemimpin-pemimpin pelajar di asrama. Ada yang pendiam, pemalu, pintar menyusun kata dan bicara, tak kurang juga yang menjadi penyeri sesi tersebut. Pelbagai ujian diberikan oleh urusetia antaranya ujian membaca tulisan jawi yang jelas memperlihatkan generasi muda sekarang semakin melupai tulisan jawi. Mungkin ada yang tak tahu membaca langsung. Mungkin…..Bila sebut tulisan jawi aje, mesti rakyat Johor yang menjadi pilihan untuk membacanya. Kenapa ek?? Sudah geharu cendana pula, sudah tahu buat-buat bertanya pula…..hehehe

warden tengah cari idea...

Khusyuk menulis jawi konon nak uji para pemimpin pelajar...


Cerita berkenaan tajuk entri belum lagi kan?? Ha…ni baru nak bercerita. Pasukan pelajar yang terdiri daripada 31 kekuatan ini diberikan tugasan terakhir dengan menyanyikan dua buah lagu. Satu lagu pilihan urusetia dan satu lagu pilihan pelajar-pelajar. Lagu pilihan urusetia…lagu Politeknik!!!hahahaha..ada hati nak kenakan pelajar, mana tahu ada pelajar yang tak tahu lagu politeknik kononnya….Penuh semangat pelajar menyanyikannya, siap ada formasi goyang kanan dan goyang kiri yang akhirnya goyang jadi tak tentu hala…

“Ha….saya bagi kamu 1 minit, bincang satu lagu yang kamu tahu dan kamu suka serta kamu boleh nyanyikan dengan bersemangat,” arahan yang keluar daripada Ketua Jawatankuasa Modul, En Khairul Nazry Talib. “ Dah Encik..” “Aik, kejapnya, ha lagu apa?, tanya urusetia. Tau apa dijawabnya? “Rahsia……..”. Ai..main aci aci pulak mereka ni. Ha..dah, 1, 2,3!!!...”Negaraku….!!!!!”. Budak-budak ni!!!!.Kelam kabutlah urusetia bangun sambil ada yang dah tergelak. Tamat sahaja lagu kebangsaan yang dinyanyikan dengan penuh semangat, saya terus mengeluarkan kenyataan untuk teman-teman. “Ha tulah, bayar ‘cash’ tau di dunia sekarang, tak  ada tunggu-tunggu dah…..konon nak kenakan mereka, kita kena semula!,” sambil tergelak kami terus menuju dewan makan untuk mengisi perut yang lapar dek kerana ketawa dengan telatah pelajar-pelajar….

No comments:

Post a Comment