Followers

Friday, July 1, 2011

Cerita Telok Gorek Siri 2

 Ekspedisi Gunung Arong

Pada hari pertama sampai, sedikit mesyuarat jawatankuasa dibuat bagi pembahagian tugas urusetia dan dimaklumkan bahawa pada hari kedua, cabaran kepada para peserta kem adalah pendakian ke Gunung Arong. Gunung Arong?? Terus sajalah saya kata nak ikut!!!!!. Pengetua asrama pun berbesar hatilah sebab ada warden wanita yang nak ikut bersama-sama..hehehe…bukan apa, ibarat mengantuk disorongkan bantal….kebetulan sangat saya memang teringin nak ke Gunung Arong kalau berkesempatan sebab katanya cantik. Dah 11 tahun tak mendaki semenjak kali terakhir sampai ke puncak Gunung Ledang pada tahun 2000. Lagi pula semangat tengah membara nak mengambil gambar. Saya ingat Gunung Arong tu ala-ala Gunung Pulai aje, rupa-rupanya………..

Di sebelah pagi, sempatlah ber ‘aerobik’ bersama pelajar-pelajar. Sempat juga menikmati panorama melihat matahari terbit, sungguh indah. Kemudian sempat berbasikal, konon-konon nak tambah stamina walhal dah lama tak bersenam. Tak apalah, yang penting keluar peluh. Jam 9.00 pagi perjalanan dimulakan dengan berjalan kaki sejah kira-kira 2.5km merentasi kawasan kampung sebelum sampai ke kaki gunung. Ha…yang ini ‘warm up’ yang sebenarnya. Sampai di kaki gunung masing-masing dah tercungap termasuk saya. Tapi tetap berkobar-kobar memulakan pendakian.

Indah sungguh panorama matahari terbit awal pagi

senamrobik sebelum panjat gunung..

Inilah laluan masuknya...

Jalan dan terus berjalan...

satu-satunya air terjun kecil di kaki gunung sebelum memulakan pendakian


Trek daripada pandangan atas

Daki dan terus mendaki. Rasanya laluan naik ke ke atas kira-kira 45 darjah. Jenuh juga, kaki tak payah ceritalah, rasanya semua macam nak tertanggal, tiba-tiba semuanya rasa jadi longgar. Bernafas pun dah guna mulut..rupa-rupanya lagi penat kalau bernafas ikut mulut kerana akan memberi tekanan yang kuat pada dada untuk mengepam darah. Patutlah tiba di satu ketinggian, saya rasa sesak di dada, rasa macam tak boleh bernafas dah…tapi gagahkan jugaklah. Kena buktikan pada para pelajar bahawa walaupun saya seorang wanita, ibu beranak tiga, dah lama tak mendaki, saya masih membawa semangat itu hingga ke puncak. Kena tanam dalam hati bahawa kita mampu dan jangan lupa berdoa agar urusan kita dipermudahkan dan diberikan kekuatan semangat yang tidak putus.

kaki ketika masih bersemangat..

separuh perjalanan...

Konon-konon sasarannya nak ambil gambar keunikan gunung Arong tapi dek kerana dah tercungap-cungap, hilang dah nak ambil gambar punya cerita. Asyik mendongak aje dan tertanya-tanya, bila nak sampai??? Pada waktu tu saya tak putus-putus berdoa agar saya berjaya sampai ke puncak. Saya tak mahu episod di Gunung Angsi 10 tahun dulu (2001) berulang di mana saya dah tinggal hanya lebih kurang 20 minit untuk sampai ke puncak, saya menyerah kalah. Saya telah menyusahkan seorang senior yang terpaksa memandu saya turun ke kaki gunung. Pada masa itu saya tak tahu kecondongan Gunung Angsi dikatakan hampir 90 darjah. Tanpa latihan dan persediaan yang cukup, saya naik dan akhirnya saya gagal. Kali ini saya pastikan saya akan sampai ke puncak.

Alhamdulillah…walaupun sakit di dada, tiba di satu ketinggian, seorang pelajar membantu saya dengan info ’bernafas menggunakan hidung sahaja’. Saya mencuba, walaupun agak sukar bagi saya tetapi ianya idea yang cukup bernas. Pernafasan saya lebih teratur dan perlahan-lahan sesak di dada berkurangan. Pokok di kiri kanan semakin kecil menandakan semakin hampir ke puncak. Melihat awan yang semakin mendekat dan kelibat wakaf yang tidak jauh di hadapan, saya semakin lega dan bersyukur kerana akhirnya sekali lagi saya dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah dari puncak gunung. Siapa sangka saya yang berbadan besar ini, seorang ibu juga berjaya ke puncak gunung dalam usia 33 tahun. Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah memudahkan segala urusanku selama ini.
Alhamdulillah, sampai ke puncak Arong tanpa sebarang masalah...puncak pertama


pandangan dari puncak..
Pulau-pulau kecil..
Indahnya alam ciptaan Allah..
Puncak kedua, hanya laluan sempit...

Melihat keindahan teluk yang sayup mata memandang, indahnya sehingga tidak terucap dengan kata-kata.Terasa seolah tak percaya saya berada di tempat yang tinggi. Pengalaman ini amat berharga sebagai suntikan semangat kepada adik-adik belia remaja dan anak-anak satu ketika nanti. Tak lama berada di puncak, kami meneruskan perjalanan ke puncak kedua yang agak sempit, tetapi ada tempat bersandar untuk ambil gambar, jadilah. Perjalanan turun juga mencabar tetapi ada 4 pelajar lelaki yang setia menjadi pengawal di barisan belakang. Melepas lelah dengan memeluk pokok yang memerlukan kira-kira 3 orang untuk memeluknya, sekadar posing dalam hutan….

tak muat nak peluk...
dalam perjalanan turun, berhenti seketika...

Kalau tak berhati-hati, laluan turun juga agak bahaya kerana curam. Mujur ada banyak tali yang diikat di pokok dan memudahkan kami berpaut. Saya tabik pada penghulu kem ini. Meskipun berbadan besar, lebih besar daripada saya, tetap bersemangat mendaki dan menuruni gunung yang penuh cabaran. Kami turun di bahagian tepi laut dan melalui muara sungai sebelum tiba semula ke chalet. Berjalan kaki pula dari pesisiran pantai kira-kira 1 kilometer. Kaki dah goyang, rasa kejang pun ada tapi bila dah nampak bayang chalet, teruskan juga perjalanan hingga ke destinasi terakhir.

Alhamdulillah, selamat turun di tepi pantai kepenatan..
melepas lelah di laluan berbatu...panjat memanjat batu ke muara sungai...

kena panjat batu...


Bersama Fiza dan Ima...

menyusur pantai menuju ke chalet...perhentian terakhir

Empat jam ekspedisi bukanlah tempoh yang pendek. Rasanya kalau balik sah encik suami kata dah kurus sikit…tapi kurus di kuku jelah…hehehehe…Badan terasa sangat letih, sempatlah lelap setengah jam. Sebelah petang masih boleh melayan aktiviti perang pelajar, dan malam jam 1.00 pagi baru saya tidur selepas menelan 2 biji panadol actifast, alhamdulillah berkesan….

No comments:

Post a Comment