Followers

Saturday, March 27, 2010

DUA HARI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Minggu lepas, seminggu aku berkampung di Maytower, Kuala Lumpur kerana tugasan yang menuntut menyiapkan penjajaran kurikulum sijil kemahiran khas politeknik. Kalau tak buat, entah bila kurikulum tu akan siap, entah bila pula nak diiktiraf oleh MQA. So, kenalah fight to get something better for our students. Tapi biasalah, bila dikatakan yang kita ni bukan bidang, kadang-kadang pendapat kita dibakulsampahkan, saranan kita dipandang sebelah mata, yelah...kita ni bukan orang penting..orang bidang jauhlah sekali kan...Kena respek orang-orang bidang kerana mereka lebih hebat daripada banyak segi. Kita ni siapa.......

Malaslah bercerita benda-benda yang ada kaitan dengan pendidikan khas ni. Apa yang nak diceritakan adalah keseronokan dengan suasana di PWTC sewaktu mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lalu. Sampai di KL 22hb(Isnin). Bila check in, kepala dah terpikir PWTC aje. Dah tak sabar rasanya nak ke sana. Esoknya (Selasa), usai meeting sebelah petang, aku, Kak Ida dan Kak Umi terus meredah renyai-renyai menuju ke PWTC. 


Sampai di sana, kami berpecah. Kak Ida ngan Kak Umi leka di Basheer, aku ni jenis tak boleh dok menunggu, so aku pun ambil langkah merayap-rayap. 


Teringat kata-kata Mastura tentang personalitiku melalui rahsia tarikh lahir yang dikiranya. Aku ni jenis orang yang selalu mengalami kebocoran wang. Wang selalu mengalir untuk perkara-perkara yang tak sengaja. Betullah agaknya tu. Mana tidaknya...singgah di gerai Utusan Publication, dapatlah sambar 1 buku. Lepas tu terus ke Hall 2, ke gerai PTS, dapatlah sambar beberapa buku. Tak terfikir pula nak telefon Tuan Fauzul bila dah ada di sana. Yang penting, dapat buku Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah, tengok cover buku pun dah tertarik...beli lagi. Beli buku untuk anak-anak juga...Rasanya hampir dua ratus habis untuk buku hari tu tapi aku tak menyesal. Duit boleh dicari tapi kepuasan beli buku tu..aku rasa tak rugi langsung!!! Lepas ke PTS, aku ke Karangkraf, beli buku yang dipesan Azlina. Dapat!!! Lepas tu dok pusing-pusing, kebetulan terjumpa Tuan Fauzul. Boraklah pasal kereta Innova dia pulak yang masih tersadai di bengkel di Yong Peng. MAsih dalam urusan pembaikian. Mungkin dua minggu lagi baru selesai semua urusan.

Kebetulan Tuan fauzul sedang menanti teman-temannya dari penerbit buku Indonesia, Gramedia. Elok saja mereka sampai, dapatlah kami posing gambar bersama juga dengan Pengarah Urusan Buku Prima, Puan Sharah.
Tuan Fauzul (berdiri berbaju hitam, di sebelahnya sahabat beliau, Pn Sharah, Pengarah Urusan Buku Prima (duduk) dan dua orang teman penerbit dari Gramedia, Indonesia.

Mungkin ada benarnya personaliti aku yang dikatakan mempunyai aura VIP..hehehe...Maksudnya, senang berurusan dengan orang atasan dan mudah diletakkan kepercayaan. Alhamdulillah, kalau itu memang benar, mungkin ada banyak hikmah di sebaliknya. Macam-macam gelagat orang di pesta buku. Buku tak perlu ceritalah..melambak-lambak. Tak puas ranya kalau sehari, apatah lagi cuma dua jam!. Nak pusing kesemua 860 gerai? Mana mungkin..melainkan diberi ruang selama dua hari khusus ke pesta buku tersebut.

Ini wajah-wajah penggila buku....


Cari buku untuk anak saudara....

Sempat bergaya di depan pentas Karangkraf. DJ siap announce suruh naik atas pentas. Malu ah....

Bila tengok buku banyak memang geram!!!


Balik hotel dengan kepuasan. Lebih-lebih lagi Kak Umi. Soalan dia bila keluar dewan Karangkraf tu,"korang rasa apa yang aku rasa sekarang?".."Rasa apa?, kami bertanya. "Rasa bahagia...."..La, ingatkan apa...Cuba tengok riak orang bahagia ni...

Memang bahagia betullah......

Bila sampai bilik, belek punya belek, eh banyak juga aku membeli rupanya...Tak sedar pun. Tak percaya? Inilah 'hasil tangkapan"....



Kalau ikutkan nafsu, banyak lagi yang nak dibeli, tapi akal berkata, bertindak secara rasional.....Jadi, masih lagi pulang dengan kepuasan. Dua hari kemudian, aku ke PWTC sekali lagi. Dalam hujan lebat, berbasahan, semata-mata hendak bertemu rakan lama yang sudah lama tidak berjumpa. Seronok mempermainkan teman-teman bahawa aku hendak bertemu kekasih gelapku...Cubalah fikirkan, kalau ada manusia hendak bertemu kekasih gelap, mahukah perkara itu diwar-warkan?. Mesti tidak kan. Sementara menunggu temanku itu, siapa lagi kalau bukan Fauzi..Teman sewaktu masih belajar di UKM. Zi, kredit ni, nama hang aku masuk dalam blog aku ni.Hehehehe....

Sementara menunggu mamat ni yang sedikit lewat, aku singgah juga di Karangkraf. Eh, tangan ni tetap gatal nak membeli. Dapatlah capai dua buah buku lagi. Buku langsir, praktikal dan bergaya serta buku buatmu wanita tulisan Suzana Ghazali, teman kakak sulungku semasa di UM dulu. Masa yang ada cukup terbatas. Teman sampai, kami minum-minum dan berbual dalam masa lebih kurang empat puluh lima minit. Selepas itu, aku bergegas pulang ke hotel untuk meneruskan tugas yang diamanahkan. Terima kasih buat teman yang banyak memberikan informasi untuk aku terus memperbaiki kualiti hidup. Apabila banyak idea dalam kepala, kadang-kadang buntu juga hendak bermula di mana. Sekarang ni aku terfikir semula saranan terbaru Tuan Fauzul. Itu rahsia.....

Selepas itu terus balik ke hotel.Alhamdulillah, lega rasanya puas hati dapat bertemu teman dan dapat juga membeli buku lagi. Harap-harap istiqomah dalam membaca...Semoga selepas ini aku diberi kekuatan untuk meneruskan misi-misi yang telah dirancang. Amin....

Wednesday, March 24, 2010

SEHARI BERSAMA KOMUNITI

Sabtu lalu (20 Mac 2010), Unit Pendidikan Khas Politeknik Johor Bahru telah mengadakan satu program kemasyarakatan yang melibatkan pelajar khas pekak dengan komuniti setempat. Lokasi pilihan ialah Kampung Cahaya Baru. Dekat je.....percubaan pertama.......Bila celik mata pagi, hati berdetik. Alamak...hujanlah pulak!!!. Rancangan tetap berjalan walaupun dalam cuaca yang sejuk, mendung dan renyai-renyai, cuma ada program yang akan diubah pada saat-saat akhir. Pelajar-pelajar diarah berkumpul jam 7.45 pagi. Eh.....ada juga yang datang berlenggang!!!!! Nak buat macam mana....fahamlah dah 'nature'nya memang begitu....

 Sebelum bertolak..
Sampai di perkarangan masjid Kampung Cahaya Baru jam 8.15 pagi. Hujan renyai-renyai. Orang kampung telah menunggu (yang perempuanlah), yang lelaki belum nampak bayang waktu tu. Hati berbisik lagi "ai....tak ada orang yang sambut ke?".

 Beberapa orang kampung yang menyambut kedatangan kami...

Macam tahu-tahu, tak lama lepas tu baru muncul seorang demi seorang. Alhamdulillah ramai juga pelajar yang dapat menyertai, 49 orang. Termasuk staf, hampir 60 orang jugalah.....Lepas tu bermulalah majlis perasmian. memang sempoi, tak adanya formal-formal, apa yang ado....tapi semuanya berjalan lancar. Perasmian disempurnakan oleh En.Sahul Hamed bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Johor Bahru. Pengarah tak dapat bersama kerana ada urusan lain. Mula-mula hasratnya hendak memohon perasmian dilaksanakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, nampaknya tidak berkesempatan kerana Datuk Seri padat dengan aktiviti beliau yang lebih awal dirancang.

 Selepas perasmian program

Usai perasmian, peserta sarapan pagi.Alhamdulillah...bab makan ditaja oleh orang kampung. Makanannya?memang sedap!!! Nasi lemak, cukup lemak, sambal cukup masak, rasa nak tambah-tambah tapi  malu..Ahaksss....Makanandisediakan untuk pagi, tengahari serta minum petang. Sukalah budak-budak ni sementelah diorang memang kuat makan. Hujan pula tu........Kalau pekena teh O panas cicah biskut kering pun sodap!!!!!!.

sedap giler...

Selepas 'isi minyak' pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan gotong royong. Ada kumpulan masjid, surau, persatuan gerakan wanita dan bilik gerakan UMNO. Maka bertebaranlah pelajar-pelajarku ini mengikut 'supervisor' masing-masing. Apa yang membanggakan..para belia kampung turut turun padang bersama menjayakan aktiviti ini.
 Menunggu 'turn' untuk dibersihkan..


Pukul 1, berhenti rehat, makan tengahari, nasi ambang..pergh...terliur lagi!!!!. Selepas rehat dan solat, aktiviti sebelah petang dipenuhkan dengan permainan dalaman. Ada yang main ceper, main dam haji, main congkak, stack'em, batu seremban pun ado!! Seronok tengok macam mana budak-budak kampung berkomunikasi dengan pelajar pekak. Ini adalah kali pertama mereka menerima peserta program yang tidak boleh bercakap. Mereka bilang amat mengujakan...Macam-macam gaya boleh dilihat.

 
 Soh Zhi Kun tekun dengan dam hajinya.

Juara stack'em
Batu seremban pun ado...

Batu seremban pun ado...

Penat main permainan dalam, cuba melihat ke luar, alhamdulillah, hujan telah berhenti...Maka, agenda seterusnya dilaksanakan. Permainan bola sepak dan bola jaring. Yang ni lagi best, main tak ada undang-undang. Satu court netball, 30 orang sekali masuk. Gaya ragbi pun keluar. Ada yang kepit bola bawa lari, ada yang main peluk-peluk, ada yang bawa bola lari,ada yang siap goyangkan tiang gol!!! Main 15 minit memang tak puas, kami yang duduk di tepi jadi penonton ni sampai sakit-sakit pipi asyik dok gelak. Apa yang penting, orang kampung suka, pelajar-pelajar pun puas hati.......


yeah....gol!!!!


Habis permainan bola jaring, hero-hero bola sepak pulak menunjukkan aksi masing-masing. Team ni dipanggil banyak lawan sikit. Peserta poli ramai, belia sedikit, saja nak tengok siapa boleh menang...Kalau tengok aksi-aksi mereka, macam tak percaya team yang ramai boleh kalah!!!huhuhuhu..Tapi best giler....depa siap sediakan pengadil pakai suit complete!!! Siap ada keluar kad kuning lagi!!!!Yang jatuh tergolek ada, yang pakai seluar kontot ada...cukuplah ramuannya!!! ...Akhirnya......team belia Kg.Cahaya Baru yang menang!!!!!.



 Fawwaz kejar bola...

 Kami juara!!!!

Referee bola sepak..

Jam menunjukkan 6.20 petang. Tamat permainan, sesi penyampaian hadiah dan penutup. Semua gembira...Semua puas hati.Lepas ni kena plan untuk program sebegini setiap semester. Mesti seronok!!!!!!! Tak percaya???cuba tengok....






Thursday, March 18, 2010

KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT, 16-17 MAC 2010

Alhamdulillah, dua hari yang berlalu dipenuhi dengan aktiviti pengendalian bengkel asas bahasa isyarat untuk staf-staf Politeknik iaitu pensyarah dan beberapa staf sokongan. Gembira melihatkan sambutan yang diterima. Seramai 35 peserta hadir walaupun ada juga yang on off, tak apalah, yang penting instruktor dapat menyampaikan apa yang ingin disalurkan. Memang terasa agak sukar bagi peserta untuk 'menangkap' semua yang dipelajari dalam masa yang cukup singkat dan terbatas ini. Namun, sekurang-kurangnya, mereka dapat mengetahui perkara-perkara asas dalam komunikasi dengan golongan pekak.

Sangat mengujakan bila berada di kalangan staf yang aktif, terlebih vitamin sampai banyak apa yang dirancang terpaksa diubah secara spontan. Instruktor pun kena jadi proaktif bila dapat peserta yang begini. Dalam kepala ni macam-macam nak dibuat tapi kena ubah juga di saat-saat akhir kerana pencapaian peserta yang cukup memberangsangkan. Setiap slot dipenuhi dengan pembelajaran kod-kod isyarat. Ada yang berkerut, ada yang pening, ada yang give up, semua ada.Di akhir slot pastinya ada cabaran yang menanti..

 Latihan melembutkan jemari...

Cabaran pertama, saja je buat-buat lupa bila suruh nyanyikan lagu ABC. Mesti diorang berharap yang hutang tu tidak diingat. Memang betullah..bila dah banyak aktiviti, terlupa langsung yang 'itu'. Syukur...selamat korang ye....Cabaran kedua nampak memang senang sungguh! Pelakon belum sempat lagi melakonkan watak, peserta dah membuat tekaan. Belum sempatlah member di depan beraksi, jawapan dah ada. Senang bebeno kata orang Perak....

Masuk cabaran ketiga, baru dia tau!!!! Cabaran yang dipanggil telefon karat. Nampak mudah. Moral of the storynya....bila maklumat disampai kepada orang lain dan disampaikan kepada orang lain dan seterusnya, maklumat boleh jadi tidak tepat. Atau maklumat boleh jadi lari terus daripada yang asal. Masa ni ada yang siap terguling-guling ketawa sebab nak menyampaikan maklumat.  Ha tulah dia...cabaran 2 senang sangat, kena cabaran 3 baru tercabar!!!.

Gaya Hanim dan En.Chok yang bersungguh-sungguh menyampai dan menerima maklumat.Haru.....

 Puaslah si Halim ni mengeja...kukakiku kaku...kakiku kuku kaka...lalala...baru tau....
"tension aku!!!...kata Abg Amy (agaknya...)ahaks.....

Ini baru telefon karat....Bila tiba cabaran 4, Jangan Tak Dengar. bunyi cabarannya. Ketua akan memberikan arahan. Ahli dalam kumpulan akan melakukan seperti yang diarahkan. macam-macam hal jugak. Lupa pula nak snap gambar. Ada yang kena cakap "Saya sayang anda semua!!!!", kerusi letak di depan bilik seminar dihantarnya ke luar, bersusah payah cari kertas...ada yang kena pinjam meminjam..begitulah keadaannya bila hendak memberikan arahan kepada golongan pekak. Kita mungkin susah nak memberikan arahan dan mereka mungkin sukar untuk faham arahan. Jadi, kenalah kreatif ......
 
Bila masuk cabaran 5, mereka lagi teruja. Pejabat tanah jadi gali kuburlah, mayatlah, hartalah.....mak bapak mati rebut hartalah....lepas tu eh..macam-macam ada!!! Yang paling best, aku sendiri tak terfikir macam manalah dua orang peserta tu boleh berdiri silang tangan untuk membentuk
KLCC.Mula-mula kami ni terfikir jugak macam mana diorang nak buat KLCC tapi dengan 'kekreatifan' yang mereka ada, mereka berjaya merealisasikan Cabaran 5 iaitu..Susah ke Senang???.


Cabaran 5: Pejabat tanah yang jadi penggali kubur, tanam sayur..tah hapa-hapa....maaflah gambar tak berapa cun...


Habis cabaran 5, sebelah petang peserta diuji dengan Uji minda. Tak banyak, 45 patah perkataan sahaja yang diuji. Alhamdulillah, sebenarnya hampir separuh yang berjaya melepasi lebih 25 perkataan yang betul. Satu pencapaian yang cukup mengujakan kami sebagai instruktor. Terkejut juga mereka.Apa...ingat belajar, cabaran..ulang-ulang itu sahaja? Tak ada maknanya kengkawan......Jadi Uji Minda ini dilakukan sebagai sebahagian daripada idea spontan dan busuk kami..ahaks....tipah terkena.........

Sebagai penutup kursus selama dua hari ini, cabaran terakhir adalah mari berhibur. Seronok, ada lagu wonder pets, Sepohon kayu, labah-labah panjat perigi, lagu indon..lupa lagu apa tapi sedap lagu tu sebab cerita moral kanak-kanak di TV9 suatu ketika dulu. Ingat lirik ni??.."Diwaktu sihat...ingat pada Allah, di waktu sakit..ingat pada Allah, di waktu lapang ingat pada Allah, di waktu sempit ingatlah pada Allah...". Memang best lagu ni. Kalau ada lirik, boleh buat jangan lupa lirik pula....Akhir sekali, kumpulan yang menjuarai cabaran ini adalah kumpulan miau-miau dengan lagunya...gembira. Kalau nak tengok video...sila ke laman facebook saya iaitu http://www.facebook.com/sitisuhaila.

 Kumpulan miau-miau selaku juara keseluruhan.Alamak kenyang!!!eerrrkkkk..........

Cuma apa yang diharapkan, ilmu yang dikongsikan bersama dapat dimanfaatkan. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain, lebih-lebih lagi untuk anak didik kita. Jangan takut untuk menggunakan jemari yang ada kerana latihan kelembutan jari telah diajar..ahaksss......Jangan takut salah menggunakan kod-kod yang diajar kerana kita masih dalam proses belajar. Usah malu belajar daripada pelajar kerana sememangnya mereka adalah guru yang terbaik. Kalau kita rasakan kita adalah budak  yang baru belajar, janganlah takut kalau salah, kena jolok.....Mohon seribu kemaafan kepada semua teman-teman sekiranya ada kami tersalah kata, terkasar bahasa dan tingkah laku dan semoga semua mendapat manfaat daripada kursus ini.


Saturday, March 13, 2010

Meluah rasalah pulak.....

Hari ini hari bersama keluarga datang lagi. Dua -tiga hari ni memang terasa gelisah, risau sebab Haziq demam panas. Paling menakutkan bila malam Jumaat lepas, agaknya panasnya terlalu tinggi, kaki dan tangannya sejuk kebiru-biruan.Badannya pula lemah semacam. Hati dah jadi tak keruan dibuatnya. Walaupun dah diberi ubat, masih tak kebah.Mujur di rumah memang dah standby SubPCM, ubat yang dimasukkan melalui dubur, jadi bila suhu badannya jejak 38'C, terus guna ubat tersebut. Paling kesian, dalam pada demam, kena pula cirit. Doktor sarankan berhentikan susu, kesian sangat rasanya. setakat minum minuman yang manis memanglah sedap tapi tak senikmat minum susu seperti kebiasaan.

Alhamdulillah, keesokannya keadaan Haziq membaik. Demamnya macam nak bertukar bulan. Nak cerdik kata orang...Memang nampak perkembangannya, dia dah belajar nak menairap!!! seronok melihat perkembangan Haziq walaupun lewat. Demamnya juga mungkin disebabkan 2 batang gusi tumbuh dan 4 batang gigi lain. Sekali naik 6 batang, maunya tak demam!!!!! Selera makan pun alhamdulillah, dah boleh makan bubur yang keras sikit sebab dah seronok nak mengunyah agaknya....

Hati mama dia pun lega sikit. Bolehlah mengadap laptop. Banyak lagi tugas yang tertunggak. Masalah betul bila tak pandai nak mintak tolong kat orang ni........Bukan apa, malaslah nak menyusahkan orang. Selagi boleh buat sendiri, rasanya lakukan sendiri lebih menyenangkan hati. Bila terpaksa minta bantuan orang lain, harap sangat orang lain dapat membantu. Minggu depan ada 3 aktiviti penting yang perlu dilaksanakan. Isnin, hendak ke HKL. Selasa dan Rabu perlu mengendalikan Kursus Asas Bahasa Isyarat, Then hujung minggu ada program sehari bersama komuniti. Banyak lagi urusan yang belum selesai ni. Nak confirmkan perasmi, nak buat kad jemputan, nak tempah banner, nak buat buku program, nak setelkan barang stor, urusan sponsor dari koop....fail2 kursus tak selesai lagi..alahai........

Kononnya hari ni nak berjalan-jalan tapi semua perancangan ditunda ke hari esok. Walaupun keluarga nombor satu, kerja tetap kerja.....komitmen perlu diberikan sehabis baik. Mungkin juga aku ni kurang komitmen pada keluarga tapi tidaklah bermakna mengabaikan keluarga. Yang penting restu suami. Tidaklah juga sampai tak boleh buat kerja kerana terlalu mementingkan keluarga...ha...dalam maknanya ni...makan dalam......harap-harap ada yang sudi datang menghulur tangan. Nak harap aku sendiri asyik nak mencari bantuan, penatlah juga.....faham-faham sendirilah ye......

Nasib baik suamiku pandai melayan kerenahku. Nak apa..dimanjakannya aku..disuruh beli itu dan ini, semuanya dapat...untung dapat Ruzaini ni, ahakss....Tiba-tiba teringin nak makan pulut mangga. Terus minta tolong Zaini belikan bahan-bahan, esok baru boleh buat sebab hari ni masing-masing dah kekenyangan. Tak sabar rasanya...kalau ada ikan masin pun sedap juga. Masih terbayang-bayang keluarga pakcikku yang datang suatu ketika dulu, duduk menghadap hidangan mulut kukus ikan masin. Sedap....kata mereka. Aku teringat makanan tesebut sewaktu praktikal di bumi kelantan 10 tahun dulu. Memang sedap..tak percaya cuba. Kalau nak lagi sedap, letaklah sedikit kelapa, lepas tu di atas pinggan, letak pula durian. Confirm!!!! mesti sampai menjilat jari!!!!

Alahai...nak terliur bila bercerita bab makan.Aku ni memang tak pandai sangat memasak macam orang lain. Setakat untuk keluarga bolehlah. Nak masak kek pun tak tahu..apatah lagi nak buat biskut raya!!! Namanya saja anak kampung tapi tak minat sangat memasak. Orang kata nak pikat suami kenalah ikat melalui perutnya. Bagi aku itu cuma stigma. Kalau nak ikat suami kenalah kena cara memikat hatinya,yang ni ikut cara masing-masinglah....tak semestinya makanan saja....Kadang-kadang kita rasa kita ni hebat memasak tapi kita kena ingat..di mana sekalipun kehebatan kita, pasti ada orang lain yang juga lebih hebat dalam bidang masing-masing kan.......jadi, kenalah jadi padi, makin berisi sepatutnya makin tunduk.....

 Hmmm.....petang ni bersantai je di rumah dengan suami dan anak-anak. Anak sulung ke rumah penjaga. Dapatlah aku menyelesaikan sedikit sebanyak tugas yang belum selesai sebelum nak minta tolong orang lain menyelesaikan tugas-tugas yang tertunggak ni. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku. Kau lembutkanlah hati-hati insan-insan yang bekerjasama denganku, kau perkuatkanlah tingkat kesabaranku menghadapi pelbagai kerenah manusia di sekelilingku, kau ampunkanlah dosaku seandainya ada hati-hati yang terluka dan terguris dengan tutur kata dan tingkah lakuku, kau berkatilah perjalanan hari-hariku dan teman-temanku dan kau kukuhkanlah ikatan kasih sayang antaraku dan suamiku dan jadikanlah kami pemimpin bagi insan-insan yang bertaqwa..Amiiin...

Sunday, March 7, 2010

Berjaya!!!!!

Salam perjuangan.

Terima kasih yang tak terhingga buat Redha1989 yang telah membantu saya menyelesaikan masalah saya berkaitan blog. Lega rasanya bila keadaan telah kembali kepada sedia kala. Barulah rasa seronok nak update semula entri terdahulu.

Thanks again Redha!!!!!

Saturday, March 6, 2010

Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah

Tarikh 6 Mac 2010 adalah tarikh yang penting kerana hari ini usiaku meningkat setahun lagi. Syukur dipanjatkan kerana diberi kesempatan menghirup udara segar di bumi Allah ini.

Hadiah dari suami dan anak-anak.

Hari yang istimewa ini diisi dengan pengisian yang sangat menyeronokkan. Menghadiri Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah anjuran Akademi Penulis Sdn.Bhd. Mula-mula tu ada juga rasa berbelah bahagi sama ada hendak menghadiri bengkel tersebut atau sebaliknya tetapi akhirnya, dengan harapan akan memperolehi input-input baru, maka dengan rasa teruja mendaftarkan diri sebagai salah seorang peserta.

Begitu besar cabaran yang harus dilalui oleh penceramah, Tuan Fauzul Naim dan pembantunya Tuan Qahhar untuk sampai ke destinasi. Kenderaan dipacu iaitu Innova terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Machap. Mujur kenderaan sahaja yang remuk di sebelah kiri. Pemandu dan penumpang terselamat.Akhirnya sampai ke Jati Inn jam 11 malam selepas menerima bantuan beberapa individu iaitu Tuan Azman dan Puan Khatijah.

Sesi seharian sangat mengujakan. Penceramah terus bersemangat. Antara potret kenangan sepanjang bengkel yang sempat dirakam:

Tuan Fauzul yang senantiasa bersemangat.

Macam-macam gaya..............

Gaya khusyuk....

Ada beberapa keping gambar lagi yang gagal diuploadkan kerana setting blog yang tiba-tiba berubah. Perlu cari penyelesaian dahulu baru boleh kembali kepada keadaan sedia ada. Penyertaan juga dibuka kepada peserta dari Jabatan luar dan disambut baik. Bermacam input yang dapat dikongsikan bersama. Bagaimana berfikir di luar kebiasaan, teknik KJ Method, Akta hak Cipta dan sebagainya diharap dapat membantu diri sendiri dan teman-teman untuk memulakan langkah pertama.

Masalah blog berjaya diselesaikan dan dapatlah entri ini dikemaskini akhirnya.Terima kasih kepada pelajar saya, Mohd Redha kerana telah membantu. Barulah dapat upload beberapa keping gambar lagi.... 

Muka-muka peserta yang ceria..
koyak jangan tak koyak....
 
Kak Hanipah mula 'mengocok' kad-kadnya...


80 kad dengan setiap perkataan yang berbeza..


Perkataan disusun mengikut bahagian


Hasilnya...hanya beberapa bahagian utama bab terhasil


Ini saya punya................


Pose maut nih...
Apa yang kelakar, sepanjang sesi, duduk di sebelah Zura. Bila sesi pengenalan, terpecahlah rehesia yang si Zura ni rupanya budak Segamat juga. Susur punya susur punya susur, rupanya duduk kat bandar dan akan pindah ke Bukit Siput. Dekat pula dengan rumah penghulu. Haaaaa..baru jumpa regu!!!!

 
Anak jati Segamat..yieehaa.....
Jam 6.00 petang ,bengkel berakhir. Rasa terlalu cepat masa berlalu. Seakan tidak puas kerana sememangnya dalam tempoh yang sangat singkat ini tidak banyak yang dapat dikongsikan.Mudah-mudahan akan ada ruang di masa lain untuk terus mendekati dunia penerbitan. Penceramah terus bertolak kembali ke Kuala Lumpur usai bengkel berakhir. Harap-harap mereka tidak serik walaupun terpaksa mengharungi cabaran yang bukan sedikit. Sementelah aku terus ke rumah baby sitter untuk mengambil anak bongsuku yang ditinggalkan di sana sejak pagi. Sampai di sana, rumah berkunci.La....ke mana? Rupa-rupanya suamiku telah mengambil anakku tetapi lupa memberitahuku.

Terus pulang ke rumah. Sebelah malamnya baru celebrate hari lahirku dengan kek seperti yang kalian lihat diawal entri...Hmmm...hari yang mengujakan, memenatkan dan menyeronokkan!!!!...lalalalalalalalala  ahaks....

Friday, March 5, 2010

Kursus Pengurusan dan Ketrampilan Diri

Alhamdulillah, semalam telah menguji keupayaanku untuk bercakap di hadapan orang ramai. Syukur kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan ceramah kepada 150 pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sek.Men.Keb.Simpang Renggam. Mula-mula tu terasa juga gentarnya, entahkan mampu entahkan tidak persoalan yang sering berlegar-legar dalam ruang fikiran. Apabila tiba harinya, perasaan itu hilang sedikit demi sedikit. Mungkin kerana telah cukup persediaan. Mungkin....

Tiba di sekolah tersebut, dua orang guru kaunselor telah sedia menunggu iaitu Cikgu Aidahani dan Cikgu Hasnah Sara.Terlupa langsung hendak mengambil gambar kenang-kenangan. Dimaklumkan peserta cermah adalah pelajar dari kelas-kelas hujung. Hmmm....bila mendengar kata-kata guru mereka, terdiam sejenak.Memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk menarik perhatian mereka.

Topik yang dibincangkan, dibincangkan dalam suasana yang tidak begitu formal. Kadang-kadang, bila bercakap dengan 'budak-budak', kita pun kenalah gunakan aras bahasa mereka untuk menarik perhatian. Terdengar juga bunyi-bunyi ala-ala langau tapi intonasi yang turun naik sekejap membuatkan mereka menumpukan perhatian dan sekejap lagi mereka pula berceramah dalam kumpulan masing-masing. Cabaran betul!!!

Bila masuk topik ketrampilan diri, barulah mereka mula menumpukan perhatian. Maklumlah, ada demonstrasi. Pada waktu inilah ada diantara pelajar dijadikan model untuk dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Keberanian yang ditunjukkan dihargai dengan sedikit cenderahati yang dibawa sekadar yang ada. Tujuannya untuk memberi motivasi kepada adik-adik ini supaya terus menyerlahkan potensi diri pada masa hadapan.

Seronok juga bila ada yang datang bersalam dan cium tangan sebagai tanda hormat. Tiba-tiba terasa macam dah tualah pulak.Hehehehe...Seronok, puas dan gembira. Gembira kerana akhirnya satu kelebihan yang ada pada diri akhirnya berjaya diserlahkan. Sengaja menerima pelawaan ULPL kerana sebenarnya ingin mencabar diri. Saja nak tengok mampukah berdiri memberi ceramah dalam tempoh 2 jam??? Alhamdulillah...sedar tak sedar masa itu sebenarnya memang terlalu cepat berlalu.

Pulang semula ke Politeknik jam 5.30 petang. Lega rasa kerana satu amanah telah berjaya ditunaikan. Walaupun tak sihat, kepala pening kerana cuaca yang tidak menentu, kerana tidak ingin menghampakan pihak sekolah, cabaran itu perlu disahut.Kita kena cuba sesuatu yang baru dan mengambil risiko kerana kita akan tahu di mana tahap keupayaan diri yang sebenar. Walaupun hidup rasa kelam kabut tetapi bila kita melakukan sesuatu perkara yang menjadi kegemaran dan kesukaan kita, banyak perkara yang mendatangkan tekanan akan dapat dilalui dengan mudah.

Apa yang penting...cuba dan terus mencuba...kerana kejayaan yang dicapai adalah dimulakan dengan langkah pertama....

Motivasi diri

Dua minggu kebelakangan ini, HKL menjadi rumah kedua kerana rawatan susulan Aiman Haziq yang masih belum selesai. Selagi punca penyakitnya tidak ditemui, macam-macam ujian akan dilakukan ke atasnya. Dua minggu lalu, HAziq menjalani MRI namun hasil ujiannya masih belum diperolehi. HArap-harap pertemuan hujung bulan jun nanti akan dapat memberikan jawapannya. Pertemuan dengan doktor Januari lalu betul-betul meruntun hati seorang ibu. Mana tidaknya, doktor memberi perkhabaran bahawa ada masalah dengan kromosom anakku itu. Kemungkinan ada masalah Rett Syndrome. Penyakit ini jarang dihidapi oleh kanak-kanak lelaki, mungkin anakku adalah insan-insan terpilih. Puaslah aku search di internet berkaitan penyakit ini dan hasilnya....kalau siapa yang tak mampu nak belajar menghadapi kenyataan, usah dicari berkenaan penyakit ini. Aku sendiri belum tentu betul-betul mampu dan bersedia menghadapinya.

Kemudian, minggu ini pun aku baru sahaja balik dari HKL untuk pertemuan dengan doktor neuro dan metabolik di HKL. Perkhabaran agak baik pula aku dengar. Ujian darah kedua pula mengatakan kebarangkalian mungkin tak ada Rett Syndrome itu tapi doktor tak berani menyatakan 100% tak ada. Sekurang-kurangnya aku sedikit lega. Doktor neuro pun dah tak kisah kalau aku nak mencuba apa jenis rawatan sekali pun. Usaha tu yang penting kan.

Dua minggu lagi aku dikehendaki datang semula untuk ambil darah dan urin sekali lagi untuk dihantar ke Australia. Kali ini ujian untuk mengesan sama ada terdapat kekurangan enzim dalam sel darh putih anak kesayanganku itu. Sekiranya hampir kesemua ujian telah dibuat dan kesemuanya jawapannya negatif, langkah terakhir adalah pengambilan air tulang belakang atau Lumbar Puncture Procedure akan dibuat dan ujian akan dilakukan sama ada di Australia atau Switzerland untuk mengesan penyakit neurotransmitter. Penyakit yang ini, aku pun amsih blur-blur lagi, kabur..terlalu banyak perkara yang nak diingat..

Mudah-mudahan ada sesuatu yang akan dapat ditemui oleh kumpulan doktor-doktor pakar ini. Walaupun prosesnya memakan bertahun-tahun, aku sanggup turun naik ke HKL kerana di sanalah rawatan terbaik untuk pesakit seperti Aiman Haziq. Kalau hendak memotivasikan diri, menguatkan semangat dan menanamkan sifat ketabahan, jemputlah berkunjung ke Institut Pediatrik HKL.

Di sana anda akan dapat melihat pelbagai jenis rupa bentuk kanak-kanak dengan pelbagai jenis penyakit. Boleh melihat ketabahan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dirundung malang ini. Anda boleh melihat kanak-kanak microchephalus (kepala kecil), down sindrom (merat-rata), tulang rapuh, hydrocephalus (kepala besar), penyakit-penyakit pelik, datang dengan kereta sorong, kepala, tangan, kaki, kejang,...dan ketika itu apabila anak-anak kita sakit yang tidak seberapanya, kita akan mengangkat tangan tanda syukur kerana rupa-rupanya ada lagi kanak-kanak lain yang lebih menderita.

Suka hendak dikongsikan bersama, satu keluarga Cina yang mempunyai 3 orang anak lelaki yang lebih kurang umur 8 tahun, menghidap peyakit tak boleh berjalan. Lembik, dua daripada anak mereka itu meninggal dunia dalam tempoh dua hari. Bayangkan perasaan mereka. Mereka masih ada seorang lagi anak yang berkeadaan begitu dan seorang lagi anak lelaki mereka pula terlampau aktif. MAcam mana agaknya mereka melalui semua ini sukar untuk dibayangkan. Sewaktu anakku menjadi penghuni HKL selama dua minggu tahun 2008, adik itu menjadi teman di sebelah katilku. Dan ketika lawatan terakhir minggu ini, kebetulan bertemu semula dengannya, jadi banyak cerita yang dikongsikan bersama.

Suamiku pula bertemu seorang wanita Cina. Mula-mula kami melihat begitu sayangnya dia pada kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 2-3 tahun. Diberi makan, disediakan tempat duduk khas dibeli dari Toy's R Us, dilapkan..penuh aksih sayang. Bila aku bertemu doktor, suamiku sempat berbual-bual dengannya. Subhanallah....besar nikmat kasih sayang yang Allah berikan padanya walaupun berbangsa Cina. Anak yang dibela hanyalah anak angkat yang telah ditinggalkan ibu kandungnya di sebuah hospital di Ampang sewaktu usianya 8 bulan.Wanita ini belum berkahwin tetapi sanggup memikul tanggungjawab yang kurasakan belum tentu kita dapat melakukannya!!!..

Semoga pengalaman yang dilalui ini dapat terus menyuntik semangat dan memberi kekuatan buat kami sekeluarga. Kita kena bersyukur kerana sebesar mana dugaan ang dilalui, harus diingat bahawa ada insan lain yang sedang melalui dugaaan yang lebih hebat dan besar.MasyaAllah.....