Followers

Friday, March 5, 2010

Kursus Pengurusan dan Ketrampilan Diri

Alhamdulillah, semalam telah menguji keupayaanku untuk bercakap di hadapan orang ramai. Syukur kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan ceramah kepada 150 pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sek.Men.Keb.Simpang Renggam. Mula-mula tu terasa juga gentarnya, entahkan mampu entahkan tidak persoalan yang sering berlegar-legar dalam ruang fikiran. Apabila tiba harinya, perasaan itu hilang sedikit demi sedikit. Mungkin kerana telah cukup persediaan. Mungkin....

Tiba di sekolah tersebut, dua orang guru kaunselor telah sedia menunggu iaitu Cikgu Aidahani dan Cikgu Hasnah Sara.Terlupa langsung hendak mengambil gambar kenang-kenangan. Dimaklumkan peserta cermah adalah pelajar dari kelas-kelas hujung. Hmmm....bila mendengar kata-kata guru mereka, terdiam sejenak.Memikirkan kaedah yang paling sesuai untuk menarik perhatian mereka.

Topik yang dibincangkan, dibincangkan dalam suasana yang tidak begitu formal. Kadang-kadang, bila bercakap dengan 'budak-budak', kita pun kenalah gunakan aras bahasa mereka untuk menarik perhatian. Terdengar juga bunyi-bunyi ala-ala langau tapi intonasi yang turun naik sekejap membuatkan mereka menumpukan perhatian dan sekejap lagi mereka pula berceramah dalam kumpulan masing-masing. Cabaran betul!!!

Bila masuk topik ketrampilan diri, barulah mereka mula menumpukan perhatian. Maklumlah, ada demonstrasi. Pada waktu inilah ada diantara pelajar dijadikan model untuk dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Keberanian yang ditunjukkan dihargai dengan sedikit cenderahati yang dibawa sekadar yang ada. Tujuannya untuk memberi motivasi kepada adik-adik ini supaya terus menyerlahkan potensi diri pada masa hadapan.

Seronok juga bila ada yang datang bersalam dan cium tangan sebagai tanda hormat. Tiba-tiba terasa macam dah tualah pulak.Hehehehe...Seronok, puas dan gembira. Gembira kerana akhirnya satu kelebihan yang ada pada diri akhirnya berjaya diserlahkan. Sengaja menerima pelawaan ULPL kerana sebenarnya ingin mencabar diri. Saja nak tengok mampukah berdiri memberi ceramah dalam tempoh 2 jam??? Alhamdulillah...sedar tak sedar masa itu sebenarnya memang terlalu cepat berlalu.

Pulang semula ke Politeknik jam 5.30 petang. Lega rasa kerana satu amanah telah berjaya ditunaikan. Walaupun tak sihat, kepala pening kerana cuaca yang tidak menentu, kerana tidak ingin menghampakan pihak sekolah, cabaran itu perlu disahut.Kita kena cuba sesuatu yang baru dan mengambil risiko kerana kita akan tahu di mana tahap keupayaan diri yang sebenar. Walaupun hidup rasa kelam kabut tetapi bila kita melakukan sesuatu perkara yang menjadi kegemaran dan kesukaan kita, banyak perkara yang mendatangkan tekanan akan dapat dilalui dengan mudah.

Apa yang penting...cuba dan terus mencuba...kerana kejayaan yang dicapai adalah dimulakan dengan langkah pertama....

No comments:

Post a Comment