Followers

Thursday, March 18, 2010

KURSUS ASAS BAHASA ISYARAT, 16-17 MAC 2010

Alhamdulillah, dua hari yang berlalu dipenuhi dengan aktiviti pengendalian bengkel asas bahasa isyarat untuk staf-staf Politeknik iaitu pensyarah dan beberapa staf sokongan. Gembira melihatkan sambutan yang diterima. Seramai 35 peserta hadir walaupun ada juga yang on off, tak apalah, yang penting instruktor dapat menyampaikan apa yang ingin disalurkan. Memang terasa agak sukar bagi peserta untuk 'menangkap' semua yang dipelajari dalam masa yang cukup singkat dan terbatas ini. Namun, sekurang-kurangnya, mereka dapat mengetahui perkara-perkara asas dalam komunikasi dengan golongan pekak.

Sangat mengujakan bila berada di kalangan staf yang aktif, terlebih vitamin sampai banyak apa yang dirancang terpaksa diubah secara spontan. Instruktor pun kena jadi proaktif bila dapat peserta yang begini. Dalam kepala ni macam-macam nak dibuat tapi kena ubah juga di saat-saat akhir kerana pencapaian peserta yang cukup memberangsangkan. Setiap slot dipenuhi dengan pembelajaran kod-kod isyarat. Ada yang berkerut, ada yang pening, ada yang give up, semua ada.Di akhir slot pastinya ada cabaran yang menanti..

 Latihan melembutkan jemari...

Cabaran pertama, saja je buat-buat lupa bila suruh nyanyikan lagu ABC. Mesti diorang berharap yang hutang tu tidak diingat. Memang betullah..bila dah banyak aktiviti, terlupa langsung yang 'itu'. Syukur...selamat korang ye....Cabaran kedua nampak memang senang sungguh! Pelakon belum sempat lagi melakonkan watak, peserta dah membuat tekaan. Belum sempatlah member di depan beraksi, jawapan dah ada. Senang bebeno kata orang Perak....

Masuk cabaran ketiga, baru dia tau!!!! Cabaran yang dipanggil telefon karat. Nampak mudah. Moral of the storynya....bila maklumat disampai kepada orang lain dan disampaikan kepada orang lain dan seterusnya, maklumat boleh jadi tidak tepat. Atau maklumat boleh jadi lari terus daripada yang asal. Masa ni ada yang siap terguling-guling ketawa sebab nak menyampaikan maklumat.  Ha tulah dia...cabaran 2 senang sangat, kena cabaran 3 baru tercabar!!!.

Gaya Hanim dan En.Chok yang bersungguh-sungguh menyampai dan menerima maklumat.Haru.....

 Puaslah si Halim ni mengeja...kukakiku kaku...kakiku kuku kaka...lalala...baru tau....
"tension aku!!!...kata Abg Amy (agaknya...)ahaks.....

Ini baru telefon karat....Bila tiba cabaran 4, Jangan Tak Dengar. bunyi cabarannya. Ketua akan memberikan arahan. Ahli dalam kumpulan akan melakukan seperti yang diarahkan. macam-macam hal jugak. Lupa pula nak snap gambar. Ada yang kena cakap "Saya sayang anda semua!!!!", kerusi letak di depan bilik seminar dihantarnya ke luar, bersusah payah cari kertas...ada yang kena pinjam meminjam..begitulah keadaannya bila hendak memberikan arahan kepada golongan pekak. Kita mungkin susah nak memberikan arahan dan mereka mungkin sukar untuk faham arahan. Jadi, kenalah kreatif ......
 
Bila masuk cabaran 5, mereka lagi teruja. Pejabat tanah jadi gali kuburlah, mayatlah, hartalah.....mak bapak mati rebut hartalah....lepas tu eh..macam-macam ada!!! Yang paling best, aku sendiri tak terfikir macam manalah dua orang peserta tu boleh berdiri silang tangan untuk membentuk
KLCC.Mula-mula kami ni terfikir jugak macam mana diorang nak buat KLCC tapi dengan 'kekreatifan' yang mereka ada, mereka berjaya merealisasikan Cabaran 5 iaitu..Susah ke Senang???.


Cabaran 5: Pejabat tanah yang jadi penggali kubur, tanam sayur..tah hapa-hapa....maaflah gambar tak berapa cun...


Habis cabaran 5, sebelah petang peserta diuji dengan Uji minda. Tak banyak, 45 patah perkataan sahaja yang diuji. Alhamdulillah, sebenarnya hampir separuh yang berjaya melepasi lebih 25 perkataan yang betul. Satu pencapaian yang cukup mengujakan kami sebagai instruktor. Terkejut juga mereka.Apa...ingat belajar, cabaran..ulang-ulang itu sahaja? Tak ada maknanya kengkawan......Jadi Uji Minda ini dilakukan sebagai sebahagian daripada idea spontan dan busuk kami..ahaks....tipah terkena.........

Sebagai penutup kursus selama dua hari ini, cabaran terakhir adalah mari berhibur. Seronok, ada lagu wonder pets, Sepohon kayu, labah-labah panjat perigi, lagu indon..lupa lagu apa tapi sedap lagu tu sebab cerita moral kanak-kanak di TV9 suatu ketika dulu. Ingat lirik ni??.."Diwaktu sihat...ingat pada Allah, di waktu sakit..ingat pada Allah, di waktu lapang ingat pada Allah, di waktu sempit ingatlah pada Allah...". Memang best lagu ni. Kalau ada lirik, boleh buat jangan lupa lirik pula....Akhir sekali, kumpulan yang menjuarai cabaran ini adalah kumpulan miau-miau dengan lagunya...gembira. Kalau nak tengok video...sila ke laman facebook saya iaitu http://www.facebook.com/sitisuhaila.

 Kumpulan miau-miau selaku juara keseluruhan.Alamak kenyang!!!eerrrkkkk..........

Cuma apa yang diharapkan, ilmu yang dikongsikan bersama dapat dimanfaatkan. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain, lebih-lebih lagi untuk anak didik kita. Jangan takut untuk menggunakan jemari yang ada kerana latihan kelembutan jari telah diajar..ahaksss......Jangan takut salah menggunakan kod-kod yang diajar kerana kita masih dalam proses belajar. Usah malu belajar daripada pelajar kerana sememangnya mereka adalah guru yang terbaik. Kalau kita rasakan kita adalah budak  yang baru belajar, janganlah takut kalau salah, kena jolok.....Mohon seribu kemaafan kepada semua teman-teman sekiranya ada kami tersalah kata, terkasar bahasa dan tingkah laku dan semoga semua mendapat manfaat daripada kursus ini.


No comments:

Post a Comment