Followers

Wednesday, June 20, 2012

Perginya seorang anak.....

Belum sampai setengah jam saya menerima berita pemergian seorang anak sahabat yang baru sahaja melihat dunia semalam. Belum sempat kami menatap wajah ahli syurga ini,beliau telah dijemput menjadi tetamuNya di syurga lebih awal. Ibunya seorang sahabat saya yang hanya saya kenali di alam maya, dan kami berkongsi kasut yang sama.

Diberitakan beliau tidak menangis sewaktu lahir dan kondisinya kritikal pagi tadi sebelum diberitakan telah menemui penciptaNya. Ibunya juga mengalami sesak nafas dan muscle cramps. Semoga ibu beliau Pn Rafizah tenang, kuat semangat dan merelakan pemergian buah hati yang telah dikandung beliau selama 9 bulan. Mati itu pasti. Itu janji Allah. Anak yang putih, bersih fitrahnya itu sudah pasti Syurga tempatnya....Al-Fatihah...............

Tuesday, June 19, 2012

Ilmu dari Allah...

ilmu1

Setinggi mana ilmu yang kita ada, ingatlah bahawa ada insan lain yang lebih hebat dari kita. Ilmu meninggikan darjat manusia namun bila berada di puncak tinggi, jangan pula kita terlupa memandang ke bawah melihat rumput di bumi. Biarlah kita mengikut resmi pada, makin berisi makin menunduk. Usah bersikap seperti tin kosong yang berbunyi berdentam dentum tapi sayangnya tidak berisi.....Ingatlah hanya Yang Maha  Esa Pemilik Segala Ilmu Pengetahuan.....
(Peringatan untuk diri sendiri yang selalu terlupa)




Sunday, June 17, 2012

Bila anak daraku masuk dapur

Assalamualaikum...
Entri kali ini berkenaan saya yang buat pertama kalinya membenarkan anak dara yang berumur 7 tahun masuk ke dapur. Bukan dulu-dulu sengaja tak mahu bagi, tapi anak dara yang seorang ini terlebih kreatif. Kalau dibiarkan, ada saja yang bakal dibuatnya. Harus dipantau setiap masa.Inovatif sangat......

Bila tengok ada sikit baki nasi makan tengahari tadi, teringin pulak buat nasi goreng untuk makan malam.Cukuplah untuk dua orang. Cukup untuk anak-anak, mama dan ayah tak kisah sangat. Memang jarang pun makan malam. Kalau masak pun sebab anak-anak memang dah mula nak makan, al-maklumlah balik sekolah petang..lapar!!!!

Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili sebiji, ikan bilis...dah siap bumbunya. Baru je nak tumis tiba-tiba anak dara masuk dapur dan minta izin nak belajar masak. Saya pandang mukanya, saya tenung...lepas tu terus saya serahkan sudip untuk dia menumis.


Tiba-tiba ada dialognya yang buatkan saya nak gelak tapi saya tahan.

"Ha...kalau tak belajar masak, nanti dah besar macam mama, siapa nak kena masak? Suami yang kena masak kan...Ha, takyah fikirlah pasal kahwin dulu, lama lagi, belajar dulu lagi bagus," sambungnya lagi. Sambil saya masuk ke dalam rumah, saya tersenyum sendiri. Dialog budak 7 tahun tu!!! Kadang-kadang puteri saya yang satu-satunya ni memang cara bercakapnya tak diduga apa yang bakal keluar dari mulutnya. Agaknya sebab diajar bercakap cara dewasa..tu yang kadang-kadang macam orang besar je cakapnya.

kacau sikit-sikit...

Jangan lupa masukkan telur

Bila dah masuk nasi

Inilah hasilnya...............Nasi goreng telur Amira Sofiyah....

Bila suruh rasa, pedas sikit dah tak mahu. Anak-anak ni memang tak diajar makan pedas. Jadinya mama dan ayah pun memang jaranglah makan pedas....pedas je sikit, air ditonggak beria-ia...haish......
Tak apalah, ini percubaan pertama, kalau anak dara ni baik sikit, tak menjerit-jerit...lain kali mama boeh ajar lagi Kalau tidak.............Jangan harap!!!!!
Oklah, mama dia mahu rasa nasi goreng itu sekarang sedap atau tidak. Jom makan malam.....




Saturday, June 16, 2012

Nak kena tinggal???

Assalamualaikum......
Lama dah rasanya tak menjenguk laman ni. Nyaris tak bersawang..Sekadar nak sembang-sembang berkenaan tajuk entri kali ini. Semalam saya ke UTM setelah hampir dua bulan 'TIDUR'. Dengan anak-anak yang kurang sihat berganti-ganti, diri sendiri pun baru saja buat minor operation, bak kata encik suami jauh dari jantung. Baik operation suara pulak hilang dua minggu. Masih ada baki-baki suara rock Ella ni....

Al-kisahnya bila jumpa 'cikgu atau sifu' semalam, biasalah.....sifu saya sangat baik dan sangat memahami TETAPI perkhabaran yang dibawanya membuatkan saya dah mula resah gelisah. Saya perlu cari semula momentum yang dah lari. Tapi tulah, sifu saya ni setiap kali kalau saya pergi jumpa dia, mesti dia suntik kembali motivasi untuk terus bergerak. Beliau 'push' saya untuk bergerak laju sebab saya bakal ditinggalkan oleh beliau yang bakal ada urusan di luar negara..Lama pula tu......Saya dah tepuk dahi, alamat TIDUR nyenyaklah saya tapi JANGAN HARAP!!! Beliau tak mahu serahkan saya pada sifu lain. Maka, beliau dan saya berbincang apakah strategi yang perlu dilakukan sebelum saya ditinggalkan. NGERI!!!! Tapi saya dah kena bangun...dah tak boleh nak tidur-tidur..dah tak boleh nak malas-malas. Saya pun tak mahulah hampakan harapannya yang besar terhadap saya. InsyaAllah saya akan cuba walaupun beliau hanya akan bertindak sebagai CCTV saya dari jauh....

Bila balik sembang dengan encik suami, terkejutlah dia mendengar saya bakal ditinggalkan. Namun saya mula mengatur strategi yang membolehkan sifu saya bakal berasa lega biarpun perlu meninggalkan saya agak lama. Saya doakan beliau berjaya dalam perancangan beliau dan saya berjaya mencapai target yang ditetapkan. Tinggal pun tinggallah asalkan saya masih berada di bawah bimbingan beliau.....Beliau sangat sporting.....jadi sebagai anak murid, saya berusaha untuk tidak mensia-siakan kepercayaan yang diberikan.Semoga saya terus menjadi insan yang berada dalam keadaan Positive Head Development (PhD) yang konsisten. Tak mahu Permenant Head Damaged atau kesal Pilih Hidup Derita bak kata-kata yang selalu didengar. Hidup sentiasa penuh dengan pilihan. Tugas kita perlu memilih apa yang baik dan terbaik. Pastikan kita "mumayyiz" dalam mencapai kecemerlangan hidup......