Followers

iklan..iklan......

Sunday, December 11, 2011

Telur berdiri tatkala gerhana bulan 10 Disember 2011

Subhanallah......malam tadi dapat menyaksikan hebatnya kuasa Sang Pencipta. Fenomena gerhana bulan yang berlaku sejak jam 7.30 malam tadi dan dijangka berakhir lebih kurang jam 10.00 malam. Sesungguhnya inilah masa yang ditunggu-tunggu. Mana tidaknya, fenomena ini bukan selalu terjadi. Sayanglah kalau terlepas momen indah yang entah bila akan dapat disaksikan kembali. Sekejap-sekejap menjenguk ke luar rumah. Indahnya sang bulan dengan cahaya yang memancar dan menyinari malam. Cuaca pula terasa sedikit dingin. Terpaksa memakai baju sejuk kerana sering menghadapi masalah dengan cuaca yang dingin sebegini. Capai mana yang sempat saja. Ingin rasanya duduk lama-lama di luar rumah menyaksikan sendiri proses gerhana berlaku. Sayangnya, sang kupu-kupu syurga juga perlu diperhatikan. Sementelah baru sahaja habis menyusu, kalau tersedak nanti tak perasan pula. Justeru, keluar sekejap, masuk semula. Lepas tu keluar semula..begitulah dek kerana tak mahu terlepas saat-saat gerhana.

Rupa-rupanya...proses gerhana berlaku agak pantas pada perkiraan saya. Usai mengajar anak mengaji,dah masuk jam 8 malam. Tengok keluar rumah,macam tak nampak apa-apa sangat....masuk semula ke dalam rumah. Sempat menjeling ke arah telefon bimbit. Ada mesej rupanya. Ingatan seorang sahabat agar saya melaksanakan solat sunat gerhana. Terus saya kerjakan walaupun tak biasa melakukannya. Ikut yang mana mudah. Islam itu kan indah dan tidak pernah menyusahkan. Syukran ya sahabat.........khusus buat Puan Dina Khalik kerana mengingatkan...Sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila berjaya menunaikan solat sunat gerhana. Bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi seakan ada satu perasaan yang payah nak diterjemahkan tiba-tiba menyelinap di sudut hati. Saya sendiri tak tahu apakah ia. Sampai ke detik entri ini ditulis, saya masih tidak mampu mentafsirkan apakah perasaan yang saya rasakan itu. Subhanallah....hanya itu yang mampu terkeluar dari bibir....

Sempat jugalah saya forwardkan ingatan tersebut buat insan-insan yang dekat dengan saya. Sempat juga saya mengajar bakal pemimpin dalam rumah saya untuk sama-sama menunaikan solat sunat gerhana. Tengok jam di tangan sudah jam 9.45 malam. Saya baca di internet, gerhana penuh akan berlaku di antara jam10.00 hingga 11 malam, rupa-rupanya di antara 9 hingga 10 malam. Bergegas saya keluar menyaksikan gerhana bersama adik ipar yang dah lama ada di luar rumah. Tiba-tiba telefon berdering...

"Cuba pergi ambil telur dan cuba pacakkan di atas tile, kalau gerhana, telur akan berdiri," pesan suami melalui telefon. Bergegas adik ipar mengambil telur dan kami pun memulakan eksperimentasi. Cuba lihat gambar-gambar di bawah sebagai buktinya:

gambar  pertama eksperimen dengan sebiji telur...

yang ni guna kamera telefon blackberry..cantik sikit

Dari sudut atas..kalau tak berdiri sepatutnya dia lonjong kan?

cuba dengan tiga biji telur...SUBHANALLAH.....

cantik kan guna teknik ambil gambar guna flash orang lain....hehe

Ada saintis berpendapat bahawa sewaktu gerhana, antara matahari dan bumi terdapat garis-garis medan graviti yang dapat mempengaruhi elektron-elektron dalam telur menjadi stabil dan membolehkannya berdiri. Selepas pukul sepuluh lebih sikit, cuba jugalah dirikan lagi tapi tak berjaya....huhuhu..

Memang benarlah bahawa Maha besarnya kuasa Allah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk sekalipun. Adakah kita masih tidak beriman? Masih tidak mahu mempercayainya?. 

Itu cerita gerhana.....sesuatu yang sangat penting telah saya dan suami lupa pada hari ini dek kerana hari ni daftar anak ke sekolah baru, suami pula sibuk kerja lebih masa. Puaslah fikir seoalah-olah ada sesuatu yang kami tertinggal hari ini. Fikir punya renung punya tenung punya fikir, rupa-rupanya.................................................................................semalam BIRTHDAY AMIRA SOFIYAH!!!!! Dah enam tahun anak mama dan mama terlupa!!!!!!!!!Ayah pun terlupa!!!!!!!!!!!! Mujurlah Sofiyah tak ingat, kalau tak tengah-tengah malam maunya dipaksa kami cari kek. Mana nak cari??? Nampaknya hari ni kenalah buat apa yang patut......huhuhuhuhuhuhuhuhhu...sorry ye anak mama..................................