Followers

Friday, May 17, 2013

Jejak kasih....

Assalamualaikum dan salam sejahtera................

Hmm....bangun pagi-pagi ni tiba-tiba teringat pulak nak menulis entri baru dalam laman sendiri. Kalau lagi lama disimpan, makin lupa pulak....Nak cerita episod jejak kasih semalam. Eh tak....tak....dah dua episod jejak kasih sebenarnya.....sabo...sabo....baca pelan-pelan.......

Bulan lepas, biasalah bila dok mengadap muka buku, ternampak seorang kawan punya post.....mengatakan beliau berpindah ke tempat di mana saya bermastautin sekarang. Di daerah yang kaya dengan asap dari kilang-kilang industri, dekat dengan laut. Selidik punya siasat, rupa-rupanya pindah alahai......dekat je dengan taman tempat saya tinggal. Nak kata sepelaung tu nampak le nipunya.....tapi kalau bawak kereta, haruslah tak sampai 10 minit dah sampai.....Maka bertemulah dua insan yang dah tak berjumpa sejak habis SPM tahun 1995. Ce kira.....berapa tahun dah tu....Sekali jumpa, si member memang jenis peramah.....ui betapa bahagianya kami bersembang.......apa yang pasti, masing-masing udoh beranak pinak.....anak pun dah tiga orang....samalah dengan saya....sekolah pun satu sekolah....alahai.....maka dengan ini diisytiharkan bahawa saya dan rakan saya telah berjaya mengukuhkan kembali ikatan persahabatan dari dulu....di alam maya dan secara realitinya udah ketemu!!!!! 

Seronok sangat bila dapat jumpa kawan lama. Sembang punya sembang, terkeluarlah pertanyaan tentang keberadaan seorang lagi rakan lama yang tidak dapat dikesan sejak menamatkan STPM pada 1997. Sebenarnya kami dah lama kenal. Kalau saya, dah kenal sejak kecil, sekolah tadika sama-sama hinggalah ambil STPM. Selalu bonceng motor saya kalau ke sekolah hari Sabtu sebab saya ni brutal, kira terer bawak motor time tu. Elok pulak rakan saya tu memang kategori wanita ayu jelita, tak tau bawak motor, maka membonceng sayalah dianya.......Cuma lepas STPM, tup-tup dia menghilang............Nak cari di mana pun tak tahu. Senyap..sepi...Kahwin pun tak jemput, raya pun tak adalah nak datang rumah....kita pulak serba salah nak ke rumahnya...Apa yang berlaku, tak ada siapa yang tahu......Walhal kami sekampung, sejalan!!! 

Ada orang kata FB ni mainan Yahudi. Langsung taknak bukak akaun FB. Bagi saya, bergantung kepada kita. Kalau kita dah tahu kebijaksanaan Yahudi, kita kenalah lebih bijak. Gunakan FB untuk tujuan yang baik, sebarkan ilmu, sebarkan hikmah.....Ada baiknya juga FB pada saya. Medium yang mempertemukan saya dengan ramai rakan-rakan lama yang berjauhan. Paling tidak, masih dapat berhubung dan tau perkembangan masing-masing. Selain daripada tu, pandai-pandailah kau nak....... FB jugalah yang menjadi asbab jejak kasih saya dengan rakan sekampung tu. Semuanya secara tak sengaja dan saya bertekad untuk mencarinya semalam. Kebetulan semalam hari guru, saya sengaja mahu buat surprise. Biar dia terkejut dengan kehadiran saya. Biarlah saya rahsiakan sahaja namanya....

Seawal jam 4 pagi saya dah bangun sebab nak masakkan kek kukus untuk cikgu kelas anak-anak. Hari guru kan....nak test skill memasak pun ye...Saya buat empat bekas. Dua untuk cikgu anak-anak, satu untuk pengasuh anak-anak yang jadi guru mengaji dan ibu kedua anak-anak dan satu sengaja saya simpan untuk saya hadiahkan pada rakan saya tatkala berjumpa. Maka saya pun dengan hati yang sangat teruja, memulakan misi jejak kasih di lokasi yang saya telah kenalpasti.  Rakan saya ni juga seorang guru. Guru tadika.....Tak kisahlah, yang penting guru. Tiba di tempatnya, tiba-tiba rasa berdebar-debar, macam nak jumpa bakal mak mertua kali pertama pun iya, macam nak nikah pun iya, macam nak dating kali pertama pun ada. Laju betul jantung ni berdegup....dup dap....dup dap.......Hai hati...rileks...rileks.....

Bila memberi salam, memperkenalkan diri dan meminta untuk bertemu rakan saya tu, salah seorang guru pun memanggilkan rakan saya untuk keluar. Ayat pertama..."Ei.....macam mana kau boleh cari aku kat sini?".....Muka takyah ceritalah....Kalau anak-anak muda mesti akan kata 'terkejut beruk!".  "Dunia ni kecik, aku jugak yang akhirnya berjaya menjejak ko'," saya membalas. Dia sempat berkata pada rakannya..."ni nak investigate how she can find me here"...saya hanya tergelak....Tatkala bersalaman, genggaman tangan kami begitu erat, saya sedar ada air mata yang bertakung tapi saya cuba tahankan. Ada getar yang mengganggu kotak suara saya tapi saya cuba selindungkan. Ya Allah.....15 tahun kami tak bertemu!! Rakan yang famous dengan gelaran Maria Farida masa zaman sekolah ni tetap maintain.....pipi je yang makin 'Cap Jempol!!!!". Kalaulah dia terbaca entri ni, mesti teringat-ingat "Cap Jempol!!!".....

Sayangnya, pertemuan kami tak lama sebab dia ada kelas. Yelah, saya pun redah je time sekolah....Saya sempat hadiahkan kek kukus coklat yang saya masak sendiri. Saya cuma nak dia ingat, andaikata selepas pertemuan kami ni dia nak melarikan diri lagi, sekurang-kurangnya dia ingat ada kawan yang sanggup mencari dia dan dia teringatkan kek kukus saya.....Harap-harap  pertemuan ini tak terhenti di sini. Mungkin orang tak faham, kami berkawan sejak kecil.....Mana mungkin nak lupa kami membesar sama-sama.....Dia pun cukup kenal saya cuma saya yang tak begitu mengenali dia....Hmmm......kadang-kadang sukar nak dijelaskan. Rakan saya ni perahsia sangat orangnya. Tegas. Kalau A, A lah jawapannya..Kalau tidak, tidaklah yang akan kita terima. Malah dia taknak berkongsi apa pun dengan saya. Sekadar tahu perkembangan terkini. Anak dah dua orang...dah besar dan yang perempuan tu cantik....macam ibunya.....Tak apalah, kita kena hormat pendirian orang tapi satu permintaannya yang saya takkan penuhi iaitu memaklumkan perkembangannya kepada rakan-rakan yang merinduinya!!!Biarlah saya yang akan kecoh tapi cukup sekadar itu. Cuma di mana dia bekerja, saya takkan dedahkan melainkan yang mana dah tahu.....mereka tahu menerusi FB jugak....hehehehe....

Sepanjang perjalanan pulang saya rasa senyuman tak lekang dari bibir saya. Indahnya pertemuan itu tapi sorrylah no picture sebab saya tahu dia tak akan mahu....Akaun FB tak ada dan dia memang tak mahu dicari dan mencari. Sebabnya? Kenalah tanya dia sendiri.....So, kenalah juga hormat that part....Mujur dapat no telepon.........Buat kawan-kawan yang mengenali sahabat yang kita cari-cari ni...jom kita pakat pi redah rumah dia....hikhikhik........Semoga pertemuan ini kembali mengikatkan hati-hati yang terpisah sekian lama....

Tuesday, May 14, 2013

Cheese cake untuk anak bujang...........

Assalamualaikum.....

Sebenarnya cerita ni patutnya saya kongsikan awal-awal bulan hari tu tapi ntah lerr....tak tau le apa yang dibuatnya sampai tak tertulis-tulis entri ni. Kenapa pulak cerita pasal cheese cake plak ni? Yelah, gambar dah upload masuk facebook tapi ceritanya tak ada pun....

Nak jadikan cerita macam mana cheese cake tu boleh terhasil.....ini adalah kerana my sweet anak bujang tak boleh makan coklat atau makanan yang ada unsur koko dan milo. Coklat putih pun tak boleh,nanti mulalah dia start ehem..ehem....yang tu tak best mendengonyerr.....tanda-tanda syemput!!!!.....So puas le mikio nak buatkan apa untuk sambutan hari lahir dia tahun ni. Biasanya beli je kat King's...senang...hulur duit terus dapat kek. Siap boleh dapat diskaun 10 hengget lagi sebab ahli...tapi kali ni rasa macam nak buat sesuatu yang different pulak....

Kebetulan tarih 4hb Mei tahun ni hari Sabtu. Kami memang dah rancang nak balik kampung sebab esoknya tu hari mengundi. marilah mari...kita mengundi.......selesai sudah tanggungjawab. Balik pada cerita....Pikir punya pikir, terasa nak buat cheese cake. Sebenarnya, ini kali kedua saya buat cheese cake. Kali pertama hodoh ghopernya.....tak berapa nak menjadi sebab selalu je nak derhaka...taknak ikut cakap sifu....hasilnya?

Ini hasil tangan kali pertama......

Siap ada hangus-hangus gitu....kikiki. Jadi percubaan kali kedua, saya dah call dah sifu-sifu yang biasa dalam bab masak memasak ni....Mudah-mudahan menjadi. Kemudian saya fikir nak buat blueberry muffin. Taknak beli-beli, semua nak bagi anak rasa air tangan mama dia...Biarlah tak sedap mana pun, tak cantik mana pun...yang penting anak-anak suka nak makan....

Seawal pagi saya dah bangun semata-mata nak siapkan muffin. Cheese kek tu saya mulakan projek bila anak bujang dah tidur, saja nak buat surprise bila dia bangun tidur. Siap dah belikan kotak macam beli kat kedai betul-betul!! Bikin surprise!!!!!

Happy Birthday to My Boy.....

Blueberry muffin....3 biji dia bedal on the way balik kampung.....

Sambut hari lahir di kampung.......

Alhamdulillah, kali ni cheese cake menjadi!!!Dapatlah orang dua kampung merasa sorang sikit.....hehehe..... Semoga anak mama ni akan jadi seorang pemimpin yang tegas, adil, pengasih sesuai dengan namanya AMIRUL RAHIMI.........semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada mama dan ayah serta adik-adik.........

Selamat Hari Ibu......

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sebenarnya banyak yang mahu diceritakan sampai tak tahu nak kongsikan yang mana dulu. Hmmmm kita ceritalah pasal sambutan hari ibu ye.....Sebenarnya sambutan hari ibu ni kita sambut tiap-tiap hari cuma ada satu hari yang kita sambut dengan isitimewa bagi meraikan ibu-ibu kita. Jujurnya, saya adik beradik tak pernah menyambut hari ibu dan tak pernah diajar untuk menyambut hari ibu. Sampailah bila dah kahwin dan ada 3 orang anak, tak pernah kisah pun pasal hari ibu.....

Cuma tahun ni ada sedikit perbezaan. Rasa sebak bila diraikan oleh terapist dari HSA yang buat surprise sewaktu program Persatuan Sokongan Keluarga (Persatuan Rakan Celik P.I.P.I) sewaktu program riadah di Taman Merdeka, JB pada 11 Mei yang lalu. Anak-anak tipikal diberikan kad untuk menyatakan ucapan selamat hari ibu buat ibu masing-masing. Ibu-ibu pula ada surprise upacara memotong kek....terasa sebak sekejap....oh macam ni rasanya diraikan masa hari ibu....hukhukhuk.....seronok sangat bila anak-anak hulur kad, hulur bunga....rasa diri sangat berharga........

surprise!!!!

mak-mak kasi potong!!!!

Setiap seorang dapat bunga....yuhu......

Part ni yang paling syahdu.....

dari anak bujang.....

dari puteri satu-satunya....

Sesi bagi kad

special delivery.....
Yelah, pertama kali sambut hari ibu, lain macam aje rasanya sebab tak pernah sambut. Tahu sana sini sibuk sambut hari ibu tapi bagi saya, tak sambut pun tak apa sebab hari ibu tu boleh sambut bila-bila pun.....apa-apa pun, untuk semua ibu.........SELAMAT HARI IBU!!!!!

Monday, May 6, 2013

Cerita politik---Versi pandangan peribadi

Assalamualaikum........salam sejahtera......

Terima kasih kepada semua pembaca yang masih lagi sudi melayari laman sesawang saya ni ha. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi dan sudahpun menunaikan tanggungjawab untuk memilih pimpinan kerajaan yang baru. Siapa yang cakap berdegar-degar macam nak pecah dinding rumah tu tapi tak mengundi, apatah lagi daftar mengundi,saya rasa wajar kalau Tuan-tuan/Puan-puan  rasa tak tergamak untuk komplen sana, komplen sini mengalahkan orang yang membuang undi..hihihihi....tak syesyuaiii.......

Musim PRU13 kali ni, kali ke-3 saya membuang undi di kampung halaman saya. Selepas 5 tahun, dah banyak perubahan yang saya tengok di pusat mengundi iaitu sekolah rendah saya dulu sampai masuk-masuk sekolah dah lain pintu masuknya. Bangunan pun dah bertambah. Dulu setingkat sekarang dah 3 tingkat...ahaks.... Aha....ini cerita personal saya ye....jangan jadikan isu pulak.....takmo...takmo....jangan jadi PAPA JAHAT eh.....Kali ini entah kenapa saya rasa debarnya lain macam...Encik suami siap menyabarkan saya sebab dia kata saya ni macam lebih pulak tak sabar berbanding dia. Entahlah, mungkin sebab takut apa yang saya jangkakan akan berlaku sebaliknya. Hmmm....hmm.....Musim kempen.....MasyaAllah......naik takut saya dibuatnya. Korang faham-faham sendirilah.....tahu kan apa yang berlaku. "Perang" di sana sini.....Poster, bendera, ceramah, semuanya tak henti-henti..........sampailah ke detik tamat waktu berkempen pun eh......kat alam maya memang tak pernah berhenti. Itu yang sampai saya pun mula men'delete' rakan-rakan FB yang saya rasa tak sesuai memunculkan diri di wall saya. Mak pening dik................

Hmmm....cerita pasal mengundi, anak-anak pun tanya saya undi siapa. Saya kata undi mama rahsia. Eh...budak-budak zaman sekarang ni cerdiknya tak boleh kita nak cong....dia pun dah pandai jadi pemerhati tak rasmi, pemerhati tak bertauliah.....asal ada peluang aje, dia pandai aje nak korek rahsia....hmmm memang susah nak 'auta'kan anak-anak generasi 'z'....Bagi saya, memang politik ni tak ada yang bersih pun. Semuanya sama sahaja....sebab kita manusia. Kita banyak kelemahan di sana sini. Kelemahan itu yang perlu diperhalusi dan diperbaiki. Isu racist, perkauman, semuanya mencanak jadi bahan utama kempen politik di sana sini....hmmm lagi.....

Kalau dulu saya memang menyokong side A (contohlah....) tetapi lama kelamaan ideologi saya berubah setelah 3 penggal, lama juga tu kan....hampir 15 tahun sebab sepenggal kan 5 tahun....Dulu menyokong kerana masa tu rasa itulah yang betul. Sekarang saya memilih berdasarkan rasional. Al-maklum, dulu zaman muda-muda....sekarang bila dah masuk series cam kereta BMW.....pemikiran lebih terbuka dan banyak sumber yang boleh dijadikan rujukan agar pemilihan yang dibuat adalah pemilihan yang tepat dan tiada rasa serba salah dalam hati saya.

Nak cerita pengalaman saya. Ini pengalaman benar saya 8 tahun dulu.Bukan rekaan atau propa semata-mata. BENAR!!!! Waktu tu saya mengandungkan anak kedua saya. Ketika itu saya di kampung suami saya. Entah kenapa, waktu tu saya teringin sangat nak makan pelam epal....saya tengok memang tengah musim pelam epal dan ada satu rumah tu banyak sangat buahnya, pokoknya rendah dan buahnya berjuntai-juntai lebatnya. Saya pun minta tolong encik suami untuk minta barang sebiji, sekadar untuk melunaskan keinginan saya itu. Tak berjaya. Mode: sedihlah kan.....Kemudian, saya sendiri pergi berjumpa tuan rumah memujuk untuk membeli sebiji buah pelam epal kalau dia tak mahu berikan secara percuma. Sungguh-sungguhlah tuan rumah tu taknak berikan buah pelam epal tu walaupun saya merayu dengan alasan buah-buah itu untuk anak-anaknya yang mahu pulang dari Singapura. Sedih sangat....saya merayu, beli pun tak apa...sebiji sahaja!!! Itupun tak ada toleransi. Tak kasi can langsung!!!!..Mujur.....puas encik suami mencari dan terlihat ada sepokok di bengkel rakannya dan meminta jasa baik rakannya untuk mendapatkan sedikit buah pelam epal itu. Kali ini bukan sebiji, tapi SEPLASTIK saya dapat!!! Puasnya......insiden ini tiba-tiba mencelikkan mata saya dan saya terus buka mata seluas-luasnya hinggalah saya berjaya memangkah calon pilihan semalam.

Bukan hanya kerana sebiji pelam epal tetapi banyak lagi sebenarnya keadaan yang berlaku di sekeliling kita memberikan kita pengalaman yang tidak ternilai. Perhalusi, duduk dan renungkan. Mungkin hari ini kita akan terfikir apakah pangkahan kita itu berdasarkan rasional ataupun emosi. Mungkin ada antara kita akan tetap mengatakan pendirian masing-masing adalah pendirian yang utuh, itu pandangan dan ideologi masing-masing. Saya menghormatinya. Saya cukup takut kalau politik menjadikan ada yang memutuskan kasih saudara, ada ikatan persahabatan yang terlerai, ada ukhwah seagama yang tercerai...hanya kerana ideologi yang tidak sehala. Saya nampak itu melalui pengalaman saya. Kadang-kadang kita kena akui sukar hendak mengubah mentaliti seseorang sekiranya apa yang difikirkan seseorang itu dirasakan betul. Kita kena respect apa sahaja pendapat orang lain kalau kita juga inginkan respect daripada orang lain. Saya cukup pantang kalau kerana politik, orang sanggup hentam menghentam, kutuk mengutuk, caci mencaci, fitnah memfitnah. Sebab saya juga berlandaskan rasional dalam memperkatakan soal politik dan pilihan masing-masing.

Mungkin ada pandangan saya yang tak selari dengan orang lain. Mungkin juga pangkahan saya tidak sama sebagaimana diharapkan oleh orang-orang yang mengharapkan saya berada di pihak mereka. Hak masing-masing, sila belajar untuk saling menghormati dan menghargai. Buka mata, ikhlaskan setiap apa yang berlaku. Kepada yang menang, tak perlulah nak bermegah kerana berjaya mentadbir negara. Sangat besar tanggungjawab yang diberikan kepada pihak yang memerintah. Banyak lagi tuntutan yang perlu dipenuhi. Kalau benar rakyat didahulukan, SILA DENGAR PANDANGAN RAKYAT....Kepada YB-YB (Yang Bertugas)...sila tunaikan tanggungjawab kalian. Bawa pandangan kami kepada pihak yang sewajarnya, jangan diperam kerana kepercayaan rakyat adalah sangat penting. JANGANLAH SYOK SENDIRI...JANGANLAH RASA SANGAT BERKUASA.....Kemenangan ini UJIAN.........

Kepada pihak yang menang dan berjaya membentuk kerajaan, saya tetap akan BISING dan BISING dan BISING..Tuntut tetap tuntut.....Bukan sahaja sebagai seorang kakitangan awam tetapi lebih utama, sebagai seorang ibu yang MEMILIKI ANAK KURANG UPAYA. Kalau sebagai penjawat awam, saya rasanya tak ada apa sangatlah yang saya nak tuntut....(buat masa inilah)......Tapi kalau sebagai ibu kepada SEORANG OKU TERLANTAR.......Saya ulang....IBU KEPADA SEORANG OKU TERLANTAR!!!!!!!.....Masih banyak yang saya mahu tuntut. Masih banyak ruang-ruang yang perlu ditambah baik. Masih banyak yang perlu dilakukan. Masih banyak yang KERAJAAN PERLU DENGAR WALAUPUN ANAK SAYA TAK LAYAK MENGUNDI. ANAK SAYA JUGA RAKYAT MALAYSIA YANG PERLU MENDAPATKAN HAKNYA MENERUSI IBU BAPANYA KERANA DIA TIDAK MAMPU MENYUARAKAN HAKNYA!!!! Jangan banned saya pulak lepas ni sebab saya punya hak bersuara bagi pihak anak saya......karang tak pasal-pasal i kena blacklist....takmo!!!!!! Kata rakyat bebas bersuara....REDHO JERLAH....... 

Kepada pihak yang tewas, kekalahan ini juga UJIAN. Kalian tak kalah, cuma BELUM MENANG.......Allah sudah menetapkan ini bukan masanya untuk kalian menang. Maksudnya LAIN KALILAH.....Jangan salah faham.......Mungkin Allah nak beri ruang kepada pihak yang kalah untuk duduk dan berfikir mengapa kekalahan ini diterima. Allah Maha Tahu apa yang terbaik. Buatlah macam mana pun, kalau Allah kata tak menang, tak menanglah jugak.....Buatlah macam mana pun, kalau Allah takdirkan menang, tetap akan menang jugak....Jadi fikirkanlah, terimalah hakikat bahawa KEMENANGAN DAN KEKALAHAN ITU KEDUA-DUANYA ADALAH UJIAN.....

Kita sama-sama lihat apa yang akan berlaku dalam kerajaan yang baru dipilih hari ini. Kalau nak bangkang, ikutlah saluran yang betul. Kalau nak protes, buatlah dengan cara yang betul. Di situlah letaknya nilai diri kita. Nak kata saya ni tahu dan pandai tentang politik....oh tidak....jauh sekali. Cuma pandangan dari sisi pemerhati....Kadang-kadang malu tengok sikap insan-insan yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi namun penggunaan bahasanya sungguh menyedihkan. Allah berikan kita akal dan fikiran untuk menilai mana baik dan mana yang buruk. Sama-sama muhasabah diri. Kita manusia biasa. Manusia mudah lupa. Lihatlah semula makna 'An-nasi' itu sendiri iaitu lupa. Tegur saya kalau saya tersalah....oleh kerana kita ni selalu terlupa, maka kita kena saling mengingatkan tapi perlulah dengan cara yang sesuai.....takmo kata-kata cerca...takmo kata-kata hina menghina kerana ia akan merendahkan nilai diri kita tau!!!!

Hmmmm...cukuplah sembang-sembang politik saya. Karang lebih banyak menulis, tak perasan pulak saya tersakitkan hati orang lain. Takmo...takmo....oklah, kita jumpa di hasil tulisan akan datang ye.....