Followers

Friday, May 17, 2013

Jejak kasih....

Assalamualaikum dan salam sejahtera................

Hmm....bangun pagi-pagi ni tiba-tiba teringat pulak nak menulis entri baru dalam laman sendiri. Kalau lagi lama disimpan, makin lupa pulak....Nak cerita episod jejak kasih semalam. Eh tak....tak....dah dua episod jejak kasih sebenarnya.....sabo...sabo....baca pelan-pelan.......

Bulan lepas, biasalah bila dok mengadap muka buku, ternampak seorang kawan punya post.....mengatakan beliau berpindah ke tempat di mana saya bermastautin sekarang. Di daerah yang kaya dengan asap dari kilang-kilang industri, dekat dengan laut. Selidik punya siasat, rupa-rupanya pindah alahai......dekat je dengan taman tempat saya tinggal. Nak kata sepelaung tu nampak le nipunya.....tapi kalau bawak kereta, haruslah tak sampai 10 minit dah sampai.....Maka bertemulah dua insan yang dah tak berjumpa sejak habis SPM tahun 1995. Ce kira.....berapa tahun dah tu....Sekali jumpa, si member memang jenis peramah.....ui betapa bahagianya kami bersembang.......apa yang pasti, masing-masing udoh beranak pinak.....anak pun dah tiga orang....samalah dengan saya....sekolah pun satu sekolah....alahai.....maka dengan ini diisytiharkan bahawa saya dan rakan saya telah berjaya mengukuhkan kembali ikatan persahabatan dari dulu....di alam maya dan secara realitinya udah ketemu!!!!! 

Seronok sangat bila dapat jumpa kawan lama. Sembang punya sembang, terkeluarlah pertanyaan tentang keberadaan seorang lagi rakan lama yang tidak dapat dikesan sejak menamatkan STPM pada 1997. Sebenarnya kami dah lama kenal. Kalau saya, dah kenal sejak kecil, sekolah tadika sama-sama hinggalah ambil STPM. Selalu bonceng motor saya kalau ke sekolah hari Sabtu sebab saya ni brutal, kira terer bawak motor time tu. Elok pulak rakan saya tu memang kategori wanita ayu jelita, tak tau bawak motor, maka membonceng sayalah dianya.......Cuma lepas STPM, tup-tup dia menghilang............Nak cari di mana pun tak tahu. Senyap..sepi...Kahwin pun tak jemput, raya pun tak adalah nak datang rumah....kita pulak serba salah nak ke rumahnya...Apa yang berlaku, tak ada siapa yang tahu......Walhal kami sekampung, sejalan!!! 

Ada orang kata FB ni mainan Yahudi. Langsung taknak bukak akaun FB. Bagi saya, bergantung kepada kita. Kalau kita dah tahu kebijaksanaan Yahudi, kita kenalah lebih bijak. Gunakan FB untuk tujuan yang baik, sebarkan ilmu, sebarkan hikmah.....Ada baiknya juga FB pada saya. Medium yang mempertemukan saya dengan ramai rakan-rakan lama yang berjauhan. Paling tidak, masih dapat berhubung dan tau perkembangan masing-masing. Selain daripada tu, pandai-pandailah kau nak....... FB jugalah yang menjadi asbab jejak kasih saya dengan rakan sekampung tu. Semuanya secara tak sengaja dan saya bertekad untuk mencarinya semalam. Kebetulan semalam hari guru, saya sengaja mahu buat surprise. Biar dia terkejut dengan kehadiran saya. Biarlah saya rahsiakan sahaja namanya....

Seawal jam 4 pagi saya dah bangun sebab nak masakkan kek kukus untuk cikgu kelas anak-anak. Hari guru kan....nak test skill memasak pun ye...Saya buat empat bekas. Dua untuk cikgu anak-anak, satu untuk pengasuh anak-anak yang jadi guru mengaji dan ibu kedua anak-anak dan satu sengaja saya simpan untuk saya hadiahkan pada rakan saya tatkala berjumpa. Maka saya pun dengan hati yang sangat teruja, memulakan misi jejak kasih di lokasi yang saya telah kenalpasti.  Rakan saya ni juga seorang guru. Guru tadika.....Tak kisahlah, yang penting guru. Tiba di tempatnya, tiba-tiba rasa berdebar-debar, macam nak jumpa bakal mak mertua kali pertama pun iya, macam nak nikah pun iya, macam nak dating kali pertama pun ada. Laju betul jantung ni berdegup....dup dap....dup dap.......Hai hati...rileks...rileks.....

Bila memberi salam, memperkenalkan diri dan meminta untuk bertemu rakan saya tu, salah seorang guru pun memanggilkan rakan saya untuk keluar. Ayat pertama..."Ei.....macam mana kau boleh cari aku kat sini?".....Muka takyah ceritalah....Kalau anak-anak muda mesti akan kata 'terkejut beruk!".  "Dunia ni kecik, aku jugak yang akhirnya berjaya menjejak ko'," saya membalas. Dia sempat berkata pada rakannya..."ni nak investigate how she can find me here"...saya hanya tergelak....Tatkala bersalaman, genggaman tangan kami begitu erat, saya sedar ada air mata yang bertakung tapi saya cuba tahankan. Ada getar yang mengganggu kotak suara saya tapi saya cuba selindungkan. Ya Allah.....15 tahun kami tak bertemu!! Rakan yang famous dengan gelaran Maria Farida masa zaman sekolah ni tetap maintain.....pipi je yang makin 'Cap Jempol!!!!". Kalaulah dia terbaca entri ni, mesti teringat-ingat "Cap Jempol!!!".....

Sayangnya, pertemuan kami tak lama sebab dia ada kelas. Yelah, saya pun redah je time sekolah....Saya sempat hadiahkan kek kukus coklat yang saya masak sendiri. Saya cuma nak dia ingat, andaikata selepas pertemuan kami ni dia nak melarikan diri lagi, sekurang-kurangnya dia ingat ada kawan yang sanggup mencari dia dan dia teringatkan kek kukus saya.....Harap-harap  pertemuan ini tak terhenti di sini. Mungkin orang tak faham, kami berkawan sejak kecil.....Mana mungkin nak lupa kami membesar sama-sama.....Dia pun cukup kenal saya cuma saya yang tak begitu mengenali dia....Hmmm......kadang-kadang sukar nak dijelaskan. Rakan saya ni perahsia sangat orangnya. Tegas. Kalau A, A lah jawapannya..Kalau tidak, tidaklah yang akan kita terima. Malah dia taknak berkongsi apa pun dengan saya. Sekadar tahu perkembangan terkini. Anak dah dua orang...dah besar dan yang perempuan tu cantik....macam ibunya.....Tak apalah, kita kena hormat pendirian orang tapi satu permintaannya yang saya takkan penuhi iaitu memaklumkan perkembangannya kepada rakan-rakan yang merinduinya!!!Biarlah saya yang akan kecoh tapi cukup sekadar itu. Cuma di mana dia bekerja, saya takkan dedahkan melainkan yang mana dah tahu.....mereka tahu menerusi FB jugak....hehehehe....

Sepanjang perjalanan pulang saya rasa senyuman tak lekang dari bibir saya. Indahnya pertemuan itu tapi sorrylah no picture sebab saya tahu dia tak akan mahu....Akaun FB tak ada dan dia memang tak mahu dicari dan mencari. Sebabnya? Kenalah tanya dia sendiri.....So, kenalah juga hormat that part....Mujur dapat no telepon.........Buat kawan-kawan yang mengenali sahabat yang kita cari-cari ni...jom kita pakat pi redah rumah dia....hikhikhik........Semoga pertemuan ini kembali mengikatkan hati-hati yang terpisah sekian lama....

2 comments:

  1. can imagine kesedapan kek buatan super duper hebat ctsue nih..
    indahnyer pertemuan... :) walau x tau sapa.. ma doakan semoga ukhwah yg terjalin bpanjangan..

    ReplyDelete
  2. Ma....i'm not sure you still remember her or not.I don't think we're in a same class...ko kat 3RK1....kami 3RK2 kalau tak silap. Do you still remember Irah? the only one Maria Farida in SDBD that time? she's the one who're dissapeared almost 15 years without any reason....just gone with the wind.....i'm so grateful to see her again.....

    ReplyDelete