Followers

Monday, October 24, 2011

Tanjung Balau..steamboat......

Hmm...kali ni memang tak ada canlah nak balik kampung lagi (cerita Sabtu dan Ahad lepas)..Kak Long nak datang sini sebab ada anaknya belaja kat sini. Jadi plan kena ubah lagi. Nampaknya raya haji lah baru dapat balik kampung...hhuhuhuhuu..tapi takpe, paling tak hujung minggu takkan terperap je kat rumah...hihihi

Hari Sabtu pergi jemputan kahwin (tengahari) , lepas tu bawak anak-anak pi TESCO, bukan selalu pun bawak diorang ni pi jalan-jalan.Balik lepak.....malam Kak Long sampai....makan-makan....sembang-sembang..tidur....

Esok paginya, magic betul...Long pagi-pagi dah bangun siapkan sarapan, konon nak bawak pi pantai Tanjung Balau. Hahahaha..kalau bukan ahli rumah, memang payah le nak jumpa barang-barang dapur melainkan tuan punya rumah je yang tahu mana letak duduknya barang-barang..hihihii...siap-siap masak, pukul 7 lebih dah bergerak ke Tanjung Balau. Dalam setengah jam dah sampai. Nak tengok apa yang jadi bila-bila sampai??

nilah dia..bentang tikar terus makan...lapaau bebeno....

Haziq kes special...baring atas tikar

Kak Long dan suaminya..Tuan Zul..hihihihi 

Anak-anak saudara

muka memasing...

ni kaki posing...

alahai si kecik ni makan keropok...

mama dan Haziq..

eleh malu-malu

dengan encik suami...

pose bang....

Pengawal pantai buat pengumuman..."Makluman, hari ini ombak kuat....jangan main jauh-jauh. Oleh kerana korang dah datang..main dekat tepi-tepi saja.."..Tergelak kami dengar pengumuman mereka. "Ha..yang baju kuning tu....jangan main jauh-jauh, apa pun tak boleh......" Lagi sekali kami tergelak.....makanya kami pun main dekat-dekat jelah...

suka Haziq nak masuk air..

jalan semakin rapat

suka benar Haziq dapat cecah air laut...

ayah dengan Sofiyah


Posing...layan....

mama pulak yang suka..Haziq rileks ajerr..

Pak Longnya....

Comelnya...

Macam penat sangat.....

Rahimi dah naik dah...

Apalah yang dipandangnya si kakak nie

Aha.....ni aktiviti memakai baju pantai...

Gara-gara tak bawak baju...nasib baik ada jual baju...tak pasal-pasal Amni dapat baju free..hihi




tukang angkat tikar nak balik..

Balik sempatlah singgah restoran mamak kat Masai, Osman..pergh...lapar rupa-rupanya semua!!! Kasi makan kenyang-kenyang....lepas tu semua terbongkang...........Konon petang nak jalan-jalan, rupanya semuanya melayan badan yang penat...Lepas pekena pancake dengan teh panas...bawaklah diorang pi Tasik Layang-layang....konon-konon nak lepak-lepak....makan kuih siput..sedap......elok je baru duduk...BURRRRRRRRRRRRRRR!!!!! Hujan dah turun!!!! Kelam kabut masing-masing lari. Adik (athirah_ sampai tertonggeng...kuikuikui.......kalaulah sempat amek gambo mesti cute...hihihihi...

Takde canlah nak lepak-lepak. Balik rumah terus mandi. Biasalah, Pasir Gudang ni hujannya hujan asid. Kalau tak mandi mau demam........Sebelum kak Long balik...diorang belanja steamboat. Penduduk sini pun tak pernah makan kat restoran tu...tak senyonyoh kan........Dewasa 17.50, kanak-kanak 6-12 tahun, 8 ringgit. Makan sampai kenyang, sampai puas. Bawak saya? rugi-rugi..badan besar, tangki kecik...Tapi memang salute tengok budak-budak ni makan....pergh.....


daging-daging untuk dibakar

adik mulakan aktiviti..

vegetarianlah kunun...

aha....

ni memang kuat makan...

kakak control ayu tu...

eh manalah nyoroks ni...

makan jangan tak makan....

adik nyerrr....

kesian..tertidur si Aina Sofiah..

urrmmmmm...

menikmati setiap sedutan maggi....hihihi

banyaknya kakak makan.....

Amni Imanina yang comei....

Pertemuan famili berakhir di sini...kak long terus balik ke Segamat dan saya serta anak dara yang sorang tu balik ke rumah lepas menghantar si adik ke asrama....Kenyangnya....Minggu yang sangat seronok.....


Saturday, October 22, 2011

Ragam-ragam manusia

Sesuatu yang menarik nak kongsi tentang ragam manusia: (apa yang pernah dilihat dan dialami)

Ragam 1:
Masih ramai anak-anak muda yang minta derma di depan bank, dan stesen-stesen minyak untuk madrasah-madrasah di Utara. Kononnya untuk mengajar bagaimana anak-anak ini berhadapan dengan orang sambil mengutip derma. Ini bukan eksploitasi ke??? Kesian, sepatutnya waktu ini anak-anak ini berada di sekolah kan.......

Ragam 2:
Masih ada pengemis warga asing yang mengemis di pasar-pasar malam. Bukan tak kesian, tapi lebih baik utamakan warganegara yang susah dahulu...Lebih baik pakcik yang buta mengetuk dram dan menyanyi serta menjual tisu untuk mendapatkan rezeki kalau nak dibandingkan dengan pengemis yang hanya menadah tangan mengharap simpati.....

Ragam 3:
Kalau accident, jalan raya mesti jammed...bukan sebab kemalangan itu sendiri, tapi sebab habit masyarakat Malaysia yang cukup prihatin. Sama-sama perlahankan kenderaan untuk menonton tragedi. Kalau hulur tangan menolong tu lainlah, ini tolong tengok je..lepas tu menyumbang kepada masalah lain pulak...hmmmmm.....

Ragam 4:
Yang ni pun boleh tahan. Sesiapa yang ada anak OKU bersedialah mental ye. Kalau bawak anak-anak syurga ni keluar..pasti banyak mata yang memandang tak berkelip-kelip. Macam pandang alien.....macam tak pernah nampak orang...Kalau datang rapat bertanya khabar tu lain le..ini pandang macam nak terkeluar biji mata.....huh........

Ragam 4:
Pernah tengok di tepi highway (di laluan motosikal)..seorang pemuda dengan penuh yakinnya, duduk di atas jalan, memetik gitar. Skuter ada di sisi...pergh...memang terror mamat ni.....

Ragam 5:
Orang tua kalau bergaduh, bermasam muka bertahun-tahun..memang hodoh.....susah betul nak faham kenapalah payah sangat nak berbaik....tak pasal-pasal kita ni tersepit kat tengah-tengah....ibarat gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit di tengah-tengah...adoyai........

Ragam 6:
Ada orang suka masuk campur hal orang lain. Suka nak tunjuk mereka tu bagus. Cakap berapi-rapi.....dialah hebat, dialah pandai buat kerja, orang lain semua tak bagus, tak pandai buat kerja.....orang macam ini pun ada ka????????? Kalau kita rasa kita hebat, jangan lupa ada orang lain yang lebih hebat daripada kita. Kita kena ingat, kalau meninggi bukan melonjak..dan merendah juga bukan kerana kita menyembah.....faham kerr???

Ragam 7:
Kadang-kadang melihat apek/nyonya tua sorong basikal bawak plastik sampah hitam paling besar, dok mengutip botol/kertas/plastik terbuang. Cuba pi ikut dia sampai ke rumah......silap-silap kereta Honda dok parking kat garaj!!!!! Hebatnya diorang ni.....

Ragam 8:
Anak muda suka bebeno pi konsert......apa yang diorang dapat ek??? Terkinja-kinja...dah macam "b***k" plak bila nengoknya...Harap-harap anak-anakku tidak terjebak apabila mereka dewasa (aminnnn)......

Ragam 9:...
Saya yang tak merokok rasa nak muntah bila tengok kotak rokok. Korang tau kan gambar apa yang ada kat situ? Macam manalah perokok-perokok masih ada 'selera' dengan rokok ni yek.....

Ragam 10:
Ce tengok orang-orang Pakistan yang selalu lalu depan perumahan bawak motor jual kain baju/tikar/karpet....jual mahal-mahal, beli kat Pasar Tiram jugak...hihihihi. Entah-entah kat sini diorang kaya raya sebab senang sangat dapat  menjual barang di mana-mana.....orang kita nak jual barang naik motor???? 

Cukuplah dulu.....saje kongsikan apa yang ada di sekitar kita tiap-tiap hari. Saja nak release tension...saja nak memulakan pagi dengan menulis.....





Sunday, October 16, 2011

Lawatan ke Honsin Apparel Batu Pahat

Cerita ini cerita Khamis lepas. Saya ambil cuti rehat dua hari sebelum memulakan pengajian yang dirancang esok, insyaAllah. Rakan sepejabat pelawa saya jadi pensyarah pengiring bawa student ke kilang pakaian. Memandangkan saya memang bercuti dan tak ada apa sangat nak buat di rumah, saya setuju sajalah. paling tidak cuci-cuci mata, hilangkan tekanan kerja selepas sehari sebelumnya darah saya naik gara-gara manusia-manusia bertopengkan plastik....hahahaha

Cadangnya bergerak pukul 6.30 pagi tapi encik suami kata lambat sikit tak apalah,sebab confirm tak jalan lagi. Saya sampai di poli jam 7 pagi, lewat setengah jam. Bas masih di situ. Saya ingat sayalah orang yang paling lambat, rupanya.....masih ada pelajar yang lambat!!! Duduk di asrama pulak tu....Budak-budak ni......

Sampai di Batu Pahat jam 9.30 pagi, diberikan sedikit welcome talk daripada En Arif, salah seorang General Affair Officer di sana, lepas tu ada pengenalan keselamatan daripada En Razak dan daripada Mr Lau juga.....sayangnya tak  adalah gambar boleh masuk sebab kami tak dibenarkan mengambil gambar. Kalau nak, beritahu mereka dan mereka akan ambil untuk kita. Kami dibahagi kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan pihak kilang sediakan seorang jurukamera. Cakap je nak ambil gambar apa....

Mula-mula kami di bawa ke bahagian fabric inspection, teruja sangat dapat tengok mesin daripada dekat. Kain dibentangkan dan diukur, diperiksa kalau-kalau ada kerosakan, warna yang tak serata, ada lubang ke....ada 3 kali inspection sepanjang proses pengeluaran. Kemudian kami di bawa ke bahagian stor aksesori. Penuh dengan kotak-kotak. Lepas ke stor, kami di bawa ke bahagian manual cutting. Di sini ada spreading machine. Kain-kain dibentangkan. Sebelum itu kain-kain akan direhatkan dalam ruangan khas. Ada juga band knife cutting machine kalau tak silap saya untuk memotong bahagian-bahagian pakaian berdasarkan pola sedia ada secara manual. Saya memang teruja. Taulah sikit-sikit sebab pernah mengajar subjek organisasi pengeluaran.....

Selepas di bahagian manual cutting, kami di bawa ke bahagian sewing room. Sebelum tu, bahagian-bahagian kain yang dipotong akan diikat dalam bentuk bundle dan dihantar ke sewing room menggunakan rail dengan bakul besar. Nak masuk pun boleh dalam bakul tu..tapi yang kecik-kecik bolehlah. Kalau saya??? Ish3..jangan bayangkan yek........Dah sampai sewing room, masa ni nampaklah ramai giler pekerja asing sebab kebanyakan pekerja mereka adalah warga Nepal dan Myanmar. Kenapa? Kos buruh yang lebih murahlah apa lagi kan...Proses menjahit pakaian dilakukan secara berkumpulan. Saya lupa apa namanya. Orang ni jahit poket, nanti orang lain jahit lengan dan begitulah sehingga pakaian siap, dibuangkan sisa benang yang ada, dipasangkan label dan dibungkus.

Di sini mereka ada 5 sewing room dari A hinggalah sewing room E. Dah puas ke sewing room, dapat jugak jenguk embroidery section. Lagilah saya jakun melihat proses menenun logo Nike...fuhhh...cantiknya....selepas itu kami di bawa ke heat transfer condition process. Sangat teruja melihat proses yang dilakukan di sini. melihat sampel pada label dipindahkan ke atas fabrik menggunakan kepanasan.Ala...kalau kita tengok baju-baju sukan yang ada tulis "DRI-FIT" tu....saya dapatlah tengok macam mana frasa tu dilekatkan di atas baju tersebut. Sangat teliti. Walaupun kami di bawa ke bahagian-bahagian yang secara kasarnya tunggang terbalik, tapi puas jugak...

Lepas tu kan..kami pergi pula ke bahagian bilik sampel. Di sini sampel-sampel pakaian di buat sebelum di hantar kepada pembeli untuk diperikasa kesesuaiannya sama ada mengikuti spesifikasi ditetapkan atau sebaliknya. Sekiranya diluluskan barulah mereka akan buat dengan jumlah yang lebih besar. Kemudian kami di bawa ke bahagian merchandising......tapi tak boleh beli sebab mereka dapat full licence untuk company yang berurusan dengan mereka sahaja iaitu Nike dan apa satu lagi tu ye..yang ada armour2 hujungnya..lupa.....

Kami juga dibawa ke bahagian QC di mana produk yang siap akan diperiksa lagi. Di bahagian ini juga ada satu bilik dipanggil final room. Dalam bilik inilah wakil syarikat akan datang memeriksa stok yang dipesan, cukup ke tidak, puas hati ke tidak sebelum dibungkus dan dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

Pergi jugalah bahagian washing, light lab dan penerangan ringkas GSD, macam mana nak kira kos sehelai baju berdasarkan tempoh pembuatan dan bagaimana nak tentukan upah pekerja. Huh 3 jam yang penat dan puas.....bagi sayalah..tak tahulah pelajar-pelajar ni kan.....Sangat berterima kasih pada mereka yang sudi menerima kedatangan kami. Mereka juga bersedia untuk menerima pelajar bagi latihan industri. Terima kasihlah Miss Soffi, En Khairul, En Razak, Mr Lau dan semua staf yang terlibat dan sentiasa tersenyum melayan kami. Terima kasih daun keladi....

Dah penat, ada pula refreshment....walaupun BP Mall hanya di seberang jalan, permintaan untuk ke sana tidak dilayan walaupun dengan surat menyurat, hihihihihihi....Habis perancangan lawatan, terus bertolak pulang. Jam 4 petang sampai di politeknik.Lega....................boleh difikirkan kolaborasi yang boleh dijalinkan dengan kilang ini, latihan industri, training for trainer....hmmm....

Monday, October 10, 2011

Cerita belanjawan

Minggu lepas semua orang dok sibuk tunggu apa yang bakal disampaikan oleh PM waktu belanjawan. Semua dah standby depan tv agaknya sebab ofis kosong sebelah petang..hihihi kantoilah diorang ni...Tak sampai 10 minit belanjawan dibentangkan, berpusu-pusu komen, ulasan yang mencanak naik dalam wall facebook terutamanya. Itu belum kira dalam blog lagi. Blogger kita sekarang ni memang 'heavy metal
 punya blogger. Cepat aje dapat info dan cepat aje tersebar....Sampaikan keluar surat khabar hari ini yang 60,000 golongan pelajar kita ketagih facebook. Amek kau.....

Banyak jugak bahana facebook ni. Buku entah ke mana, belajar entah ke mana, famili tunggang langgang...hmmm macam-macamlah. Eh...berbalik pada cerita belanjawan...saya pun sibuk jugalah nak mengulas. Suami kata, jangan kata apa-apa, jangan dengar khabar angin yang dibawa angin puputan. Ni bukan angin puputan, ni puting beliung ni...macam-macam khabar angin yang keluar....Akhirnya bila mendengar sendiri belanjawan yang dibentangkan, saya terdiam. Suami tegur, hai..macam tak bersyukur je.....Saya pun terdiam lagi...ye ke??? Alhamdulillah, tetap ada bahagian untuk saya, suami dan anak-anak. Mudah-mudahan sentiasa dibukakan pintu rezeki dari pelbagai arah yang tidak disangka-sangka dan diberkati.Aminn.....

Bila dicongak-congak, alhamdulillah...ringanlah beban ibu bapa yang ada anak bersekolah. Saya turut tumpang gembira dengan kakak yang tak bekerja, suaminya hanya pekerja kilang, dapatlah one off bantuan persekolahan RM500 untuk anak-anak mereka. Syukur....anak-anak pula dapat bantuan belanja sekolah RM100. Dua orang anak dah ada bahagian RM200.Alhamdulillah lagi...saya dan suami?? Alhamdulillah, bonus setengah bulan gaji..siapa nak bagikan rezeki yang terbentang depan mata....Dapatlah kami bayar ansuran kereta yang agak selesa. Walaupun bukan kereta baru, yang penting selesa untuk anak-anak, bayaran pun tak tinggi. Kereta tualah, tak cantiklah....ada aku kesah??? Kami yang pakai, kami yang bayar...kami yang tanggung semuanya. Kenapa?? Sebab kami jenis ukur baju di badan sendiri. Tak perlulah beli kereta besar-besar sangat, mahal giler...lepas tu terpaksa ikat perut sebab banyak yang nak dipotong-potong...mak tak rela........

Mudah-mudahan ada rezeki kami,ada jugalah rezeki untuk insan-insan di sekeliling kami. Belanjawan kali ini sememangnya cukup buat kami. Cukuplah agar kami tidak meminta-minta dan kami bahagia dengan apa yang ada. Ini adalah pelangi yang indah buat kami .....

Indahnya makhluk ciptaanNya

Tengahari tadi waktu ke pejabat suami untuk mengajaknya makan tengahari....saya terlihat sesuatu. Eh cantik......saya sempat mematikan langkah dan tertonggek-tonggek dibuatnya sebab nak ambil gambar sesuatu yang amat menarik perhatian saya. Suami saya kata tak cantik lighting pada waktu itu sebab mendung. Saya tetap nak ambil gambar jugak sebab bagi saya belum tentu lain kali saya akan dapat tengok lagi creatures sebegitu.

Sekadar berkongsi sesuatu yang indah..unik..cantik bagi saya...Kalau tengokkan figuranya,
pasti rasa macam tak percaya. Ingatkan bahagian yang rendah tu kepalanya. salah rupanya...Jemputlah menikmati keindahan ini....








Kencing kotor??


Mendengar istilah kencing kotor membuatkan hati seorang ibu berasa cuak. Stigma mengatakan bahawa kanak-kanak yang menghidapi kencing kotor berisiko menghidapi penyakit buah pinggang masih melekat dalam fikiran. Walaupun melalui pembacaan dapat diketahui bahawa ianya bukanlah faktor kepada penyakit buah pinggang, rasa takut itu tetap bersisa. Ini bukan lagi dengar, sedang melalui masalah yang sama!! Bukan pada saya, sebaliknya pada anak sulung saya. Sejak dua hari lepas, anak sulung sering mengadu asyik-asyik nak terkencing. Sehari lebih 5 kali keluar masuk bilik air. Hinggakan semalam, waktu membawa mereka ke KFC, dek kerana tak tahan, anak sulung saya berlari mencari bilik air kerana nak terkencing. 

"Rasa macam tak puaslah ma..", katanya. "Sakit tak?, saya bertanya. "Taklah sangat," jawabnya. Saya ni memang cukup tak gemar kalau keluar berjalan-jalan, masa itulah sibuk nak ke bilik air. Puas diingatkan supaya lunaskan apa yang patut sebelum keluar berjalan supaya tidak mengganggu proses berjalan-jalan di luar. Rupa-rupanya....anak saya sedang menanggung sakit yang hanya dia sahaja yang mengetahui bagaimana rasanya. Sebak pula mendengar daripada suami pagi ini bila anak sulung kencing bercampur darah dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Doktor sahkan anak saya mengalami kencing kotor. Terkejutlah saya dibuatnya!! Setelah diberikan ubat, nampaknya dah tidur petang ini. Diberikan cuti rehat selama dua hari. Nampaknya perlu digalakkan minum air masak dengan lebih banyak supaya air kencing menjadi jernih. nampaknya juga, cuti sekolah akan datang akan tersenarailah nama anak sulung saya dalam list yang bakal disunatkan...

Balik ke pejabat tengahari tadi, saya pun search mengenai kencing kotor. Banyak juga laman web yang mengandungi info kencing kotor. Kredit buat http://www.sakitanda.com kerana saya dah copy paste maklumat yang ada untuk saya kongsikan juga kepada sesiapa sahaja yang melayari blog saya ini.

Tajuk: KENCING KOTOR
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.Air kencing biasanya kuning atau kuning pekat.

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  1. Kekurangan air dalam badan
  2. Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  3. Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  4. Pesakit kencing manis (diabetes)
  5. Mengandung
  6. Pengambilan sesetengah ubatan
  7. Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  8. Batu karang dalam saluran kencing
  9. Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.
Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkakprostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.
Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  1. Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  2. Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  3. Air kencing nampak kotor,
  4. Kadang-kadang air kencing berdarah,
  5. Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  6. Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.
Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).
Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang

Sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama. Mudah-mudahan kita dapat sedikit ilmu dan mem
praktikkan demi kesihatan yang berkekalan...

Tuesday, October 4, 2011

Puas dimarah..ini yang keluar..

Seperti biasa hari-hari nak kena bebel..naik penat dibuatnya. Masuk kelas semalam nak tengok kerja student siap kononnya..eh ...masih tak siap-siap jugak!!! Mulalah nak naik hangin tapi nasib baiklah ada beberapa orang yang dah nak siap kerjanya, terubat sikit hati. Mana tidaknya, dah kelam kabut nak menunggu hasil kerja diorang supaya dapat diframekan untuk dibawa ke pameran dan jualan minggu depan. Huh..payah benar....sehingga 2 jam kelas....beberapa orang je yang siap. Jom kita tengok hasil mereka:

macam ni nak....

Fadilah dan hasilnya...

Si Rubaizah yang sentiasa senyum...

Shakinah pun dah nak siap...

Payah nak suruh budak ni sambung keje dia...

saja ambil gambar kenangan..

tengok muka Rubaizah ni lama-lama..sejuk je hati...

Lima orang yang berjaya siapkan tugasan

Cikgu masuk barisan!!!

Ada iras tak?

Malu Shakinah bila dipeluk..

Yang ni dah tinjit pun tak boleh lawan ketinggian dia..huhuhu

                                                                Hasil-hasil pelajar secara close up..





Masih lagi menunggu tugasan pelajar-pelajar lain yang datang berdikit-dikit.sempat ke tidak nak hantar pergi frame ni??? aduh budak-budak ni...kadang-kadang geram, membebellah banyak mana pun...sekejap je ingat, lepas tu mudah lupa...hangin..hangin..hangin..hangin.....tapi sekurang-kurangnya dapat tengok hasil diorang,sedikit sebanyak tercapai objektif P&P. Kalau nak lebih banyak teknik, kena mintak cikgunya pergi belajar kat luar dulu. Mahal seh.....

Apa-apa pun, selamatlah menikmati hasil pelajar-pelajar KFP1 Sesi Jun 2011...