Followers

Sunday, October 16, 2011

Lawatan ke Honsin Apparel Batu Pahat

Cerita ini cerita Khamis lepas. Saya ambil cuti rehat dua hari sebelum memulakan pengajian yang dirancang esok, insyaAllah. Rakan sepejabat pelawa saya jadi pensyarah pengiring bawa student ke kilang pakaian. Memandangkan saya memang bercuti dan tak ada apa sangat nak buat di rumah, saya setuju sajalah. paling tidak cuci-cuci mata, hilangkan tekanan kerja selepas sehari sebelumnya darah saya naik gara-gara manusia-manusia bertopengkan plastik....hahahaha

Cadangnya bergerak pukul 6.30 pagi tapi encik suami kata lambat sikit tak apalah,sebab confirm tak jalan lagi. Saya sampai di poli jam 7 pagi, lewat setengah jam. Bas masih di situ. Saya ingat sayalah orang yang paling lambat, rupanya.....masih ada pelajar yang lambat!!! Duduk di asrama pulak tu....Budak-budak ni......

Sampai di Batu Pahat jam 9.30 pagi, diberikan sedikit welcome talk daripada En Arif, salah seorang General Affair Officer di sana, lepas tu ada pengenalan keselamatan daripada En Razak dan daripada Mr Lau juga.....sayangnya tak  adalah gambar boleh masuk sebab kami tak dibenarkan mengambil gambar. Kalau nak, beritahu mereka dan mereka akan ambil untuk kita. Kami dibahagi kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan pihak kilang sediakan seorang jurukamera. Cakap je nak ambil gambar apa....

Mula-mula kami di bawa ke bahagian fabric inspection, teruja sangat dapat tengok mesin daripada dekat. Kain dibentangkan dan diukur, diperiksa kalau-kalau ada kerosakan, warna yang tak serata, ada lubang ke....ada 3 kali inspection sepanjang proses pengeluaran. Kemudian kami di bawa ke bahagian stor aksesori. Penuh dengan kotak-kotak. Lepas ke stor, kami di bawa ke bahagian manual cutting. Di sini ada spreading machine. Kain-kain dibentangkan. Sebelum itu kain-kain akan direhatkan dalam ruangan khas. Ada juga band knife cutting machine kalau tak silap saya untuk memotong bahagian-bahagian pakaian berdasarkan pola sedia ada secara manual. Saya memang teruja. Taulah sikit-sikit sebab pernah mengajar subjek organisasi pengeluaran.....

Selepas di bahagian manual cutting, kami di bawa ke bahagian sewing room. Sebelum tu, bahagian-bahagian kain yang dipotong akan diikat dalam bentuk bundle dan dihantar ke sewing room menggunakan rail dengan bakul besar. Nak masuk pun boleh dalam bakul tu..tapi yang kecik-kecik bolehlah. Kalau saya??? Ish3..jangan bayangkan yek........Dah sampai sewing room, masa ni nampaklah ramai giler pekerja asing sebab kebanyakan pekerja mereka adalah warga Nepal dan Myanmar. Kenapa? Kos buruh yang lebih murahlah apa lagi kan...Proses menjahit pakaian dilakukan secara berkumpulan. Saya lupa apa namanya. Orang ni jahit poket, nanti orang lain jahit lengan dan begitulah sehingga pakaian siap, dibuangkan sisa benang yang ada, dipasangkan label dan dibungkus.

Di sini mereka ada 5 sewing room dari A hinggalah sewing room E. Dah puas ke sewing room, dapat jugak jenguk embroidery section. Lagilah saya jakun melihat proses menenun logo Nike...fuhhh...cantiknya....selepas itu kami di bawa ke heat transfer condition process. Sangat teruja melihat proses yang dilakukan di sini. melihat sampel pada label dipindahkan ke atas fabrik menggunakan kepanasan.Ala...kalau kita tengok baju-baju sukan yang ada tulis "DRI-FIT" tu....saya dapatlah tengok macam mana frasa tu dilekatkan di atas baju tersebut. Sangat teliti. Walaupun kami di bawa ke bahagian-bahagian yang secara kasarnya tunggang terbalik, tapi puas jugak...

Lepas tu kan..kami pergi pula ke bahagian bilik sampel. Di sini sampel-sampel pakaian di buat sebelum di hantar kepada pembeli untuk diperikasa kesesuaiannya sama ada mengikuti spesifikasi ditetapkan atau sebaliknya. Sekiranya diluluskan barulah mereka akan buat dengan jumlah yang lebih besar. Kemudian kami di bawa ke bahagian merchandising......tapi tak boleh beli sebab mereka dapat full licence untuk company yang berurusan dengan mereka sahaja iaitu Nike dan apa satu lagi tu ye..yang ada armour2 hujungnya..lupa.....

Kami juga dibawa ke bahagian QC di mana produk yang siap akan diperiksa lagi. Di bahagian ini juga ada satu bilik dipanggil final room. Dalam bilik inilah wakil syarikat akan datang memeriksa stok yang dipesan, cukup ke tidak, puas hati ke tidak sebelum dibungkus dan dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

Pergi jugalah bahagian washing, light lab dan penerangan ringkas GSD, macam mana nak kira kos sehelai baju berdasarkan tempoh pembuatan dan bagaimana nak tentukan upah pekerja. Huh 3 jam yang penat dan puas.....bagi sayalah..tak tahulah pelajar-pelajar ni kan.....Sangat berterima kasih pada mereka yang sudi menerima kedatangan kami. Mereka juga bersedia untuk menerima pelajar bagi latihan industri. Terima kasihlah Miss Soffi, En Khairul, En Razak, Mr Lau dan semua staf yang terlibat dan sentiasa tersenyum melayan kami. Terima kasih daun keladi....

Dah penat, ada pula refreshment....walaupun BP Mall hanya di seberang jalan, permintaan untuk ke sana tidak dilayan walaupun dengan surat menyurat, hihihihihihi....Habis perancangan lawatan, terus bertolak pulang. Jam 4 petang sampai di politeknik.Lega....................boleh difikirkan kolaborasi yang boleh dijalinkan dengan kilang ini, latihan industri, training for trainer....hmmm....

No comments:

Post a Comment