Followers

Sunday, November 1, 2020

Tukang urut

 Assalamualaikum dan salam  sejahtera buat semua

Untuk sekian kalinya, laman blog ini sesekali ada entrinya, haha. Kadang terlupa yang diri sendiri pernah ada blog. Nak update saja yang punyalah tak berapa nak rajin.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini untuk keluar daripada kemalasan yang menggunung!

Kali ni nak bercerita tentang aktiviti balik ke kampung.

Kalian pun tahu, kawasan Johor Bahru baru saja diumumkan sebagai zon merah dek keganasan si covid. Reda sajalah. Tawakkal, semoga yang baik-baik saja.

Dua hari sebelum mendengar pengumuman tu, kami sekeluarga balik ke kampung. Memang rutin biasa setiap hujung bulan jika tidak ada halangan, akan usahakan untuk balik ke kampung. Ziarah mak dan adik beradik yang ada kat sana. Kebetulan juga Kak Ngah dari Batu Pahat pun plan nak balik. Cantiklah tu. Kak Long je yang tak ada sebab balik ke kampung suaminya di Pahang.

Kesempatan yang ada digunakan untuk berkumpul, makan-makan di Restoran Makyot Tenang, tapi letaknya di Segamat Baru. Ala...restoran milik mak mentua Achey tu...Satay dia sedap. Sambal sotong dia sedap. Sup ceker dia pun sedap. Memang puas hati makan kat situ dengan keluarga. 

Ha, part yang tu pun ada ceritanya. Nantilah, next entri.

Nak hiking ke Bukit Cinta pun tak jadi sebab bila dengar je kawasan JB dah zon merah, banyak acara tergendala. Kena balik awal supaya kemungkinan tersekat dalam arahan rentas daerah tak akan dilalui. Semoga tak berlaku teruslah. payah!

Kisahnya balik kali ni, Kak Ngah request nak minta diurut. Alahai...sedaplah tu pernah diurut adik dia ni, makanya minta diurut sekali lagi. Mak pun minta diurut.

Wah, dah ada dua orang customer nampaknya, haha. Jadi tukang urut keluarga nampaknya lepas ni.

Kisahnya, mana ada kemahiran mengurut, cuma cuba praktikkan mengikut keselesaan tangan dan cara biasa diurut. Setahun tiga empat kali mesti manjakan diri dengan berurut. Badan dah tua. Skru dah longgar. Senang pegel-pegel, jadi kena cari tukang urut.

Bila sedap diurut, saja cuba urut adik beradik. Eh, selesa pulak. Tetiba jadi tukang urut keluarga, haha. 

Boleh tahan juga penatnya jadi tukang urut ni ya. Entah macam manalah letihnya tukang urut di luar sana. Ish, kagumlah. Bukan calang-calang orang yang nak jadi tukang urut. Perlu ada 'isi'nya. Bukan main urut 'kosong' saja.

Cukuplah sekadar urut ahli keluarga. Dapat juga memberikan khidmat bakti sementara masih ada. Antara khidmat yang boleh diberikan sesama ahli keluarga yang memerlukan. Itu pun jadi satu punca kebahagiaan, insya-Allah.

Yelah, sebelum kita bantu orang lain, lebih elok kita bantu ahli keluarga dulu. tak gitu?