Followers

Wednesday, July 31, 2013

Roadshow Majlis Kebangsaan Bagi OKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semuanya? Sudahkah dapur berasap untuk berbuka? Dapur saya masih lagi tidak berbau apa-apa. Hanya akan berbau selepas titik noktah bagi entri kali ini. Saya ingin berkongsi pengalaman tentang roadshow Majlis Kebangsaan bagi OKU (MKOKU) yang saya hadiri semalam di Johor Bahru. Majlis bersama komuniti tempatan ini bertujuan untuk mengumpulkan segala isu/usul/cadangan dan pandangan daripada OKU, NGO dan pihak-pihak berkepentingan untuk kebaikan/kebajikan dan hak OKU dalam negara. Roadshow ini dijalankan serentak di seluruh negara. Wakil MKOKU di Johor ialah Prof. Dr Ruzita Mohd Amin, penyarah di UIAM yang juga merupakan OKU fizikal.

Jemputan diterima menerusi hebahan di Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP). Saya katakan pada diri, saya mesti pergi! Inilah masanya dan inilah platform yang sangat tepat untuk kami ibu bapa OKU terlantar seperti Aiman Haziq untuk menyuarakan isu yang membelenggu kami agar ianya dapat didengari dan dibawa ke mesyuarat Majlis. Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Dato' Rohani yang telah mengusulkan roadshow ini dibuat dalam tempoh tak sampai sebulan selepas penyerahan resolusi di Persidangan Incheon Strategy (New Decade for People With Disability:Make it Real) di Berjaya Convention Centre awal Julai lepas. Saya yang hadir sebagai peserta dalam persidangan tersebut berharap agar resolusi yang diserahkan akan mendapat maklumbalas dan tindakan proaktif daripada pihak kerajaan dalam memperjuangkan hak OKU di Malaysia.

Ok, bercerita tentang roadshow semalam.......

Apa yang saya lihat, pesertanya ramai daripada agensi kerajaan saya rasa, dari hospital, PDK dan mungkin juga dari jabatan-jabatan yang berkepentingan. Sayangnya tak ramai golongan OKU yang hadir. Apa yang saya dapat lihat, OKU penglihatan ada lah dalam 3-4 orang, individu pekak 2 orang, OKU fizikal dalam 3-4 orang dan kami ibu bapa anak OKU terlantar yang mewakili Persatuan Rakan Celik P.I.P.I. Sewaktu pendaftaran, saya lihat pesertanya seolah dah tahu lama program ini akan berlangsung tetapi OKU sendiri pula yang tidak ramai. Isunya...bagaimana mereka menghebahkan program ini kepada golongan sasaran? Kami hadir kerana mahu isu kami diutarakan, diperbincangkan, bukan isu bagi institusi tertentu melainkan melibatkan OKU. Kami bukan nak dengar perdebatan atau penyelesaian masalah, sebaliknya kami mahu isu kami didengar. Mungkin ada sesuatu yang kurang pada hebahan.Hmmm.....


Wakil Celik P.I.P.I bersama Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin dan Dr Sharon, pakar rehabilitasi Hospital Sultan Ismail, Johor.

Prof. Ruzita mengendalikan sesi dengan sangat baik. Tiada agenda yang melalut, sekadar ucapan aluan dari Pengarah JKM Johor dan sesi terus dibuka dengan mendengar isu yang dikemukakan hadirin. Saya sendiri mengemukakan tiga isu utama iaitu:

1. Penguatkuasaan (sejauh mana penguatkuasaan dilaksanakan terhadap pelanggaran hak OKU contohnya dalam isu yang sangat mudah, parking kenderaan). Kerajaan perlu tegas dalam isu penguatkuasaan kerana meskipun dasar dan Akta telah ada, tanpa penguatkuasaan tak bermakna apa-apa.

2. Penubuhan pusat khusus di setiap daerah untuk OKU terlantar lengkap dengan kemudahan rawatan seperti fisioterapi/OT dan sebagainya sebagai usaha pengesanan awal dan pemulihan.

3. Kajian semula/semakan semula dasar pemberian Bantuan OKU Terlantar (RM300) sebulan. Pemberian seharusnya atas kapasiti sebagai OKU terlantar, bukan atas dasar status ibu bapanya.

Antara lain usul yang dikemukakan ialah:

1. Semakan semula prosedur kerja di JKM yang menyebabkan urusan pelanggan terganggu/tergendala akibat kehilangan dokumen

2. Standard pengubahsuaian kenderaan untuk OKU diseragamkan di seluruh negara.

3. Kajian terhadap elaun makan bagi OKU di Sekolah Spastik Johor.

4. Program memupuk kesedaran masyarakat dengan lebih meluas (masukkan dalam silibus di peringkat sekolah tentang kesearan terhadap OKU sama ada dalam subjek sivik atau pendidikan moral)

5. Isu bantuan terhadap pesara OKU

6. Aksesibiliti bagi OKU penglihatan dan OKU buta

7. Pengangkutan awam

8. Kemudahan jurubahasa dan skim jurubahasa isyarat yang masih tiada dalam SPA

9. Isu telekomunikasi (pengurangan caj 3G untuk OKU pekak)

10. Cadangan meningkatkan elaun kepada OKU di sekolah spastik dilanjutkan sehingga usia 21 tahun bagi OKU yang berada di bengkel terlindung.

11. Cadangan menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga.

Saya sekali lagi secara peribadi penuh harapan agar segala isu dan usul dapat dibawa ke mesyuarat majlis sebagai bukti usaha MKOKU dan usaha menempatkan OKU dalam masyarakat secara lebih intensif dan inklusif tanpa sebarang diskriminasi sesuai seperti yang tercatat dalam AKTA OKU 2008. Semoga masyarakat di luar sana menyedari kehadiran komuniti kecil kami dan berikan kami peluang untuk BERNAFAS serta menikmati segala yang telah ALLAH pinjamkan buat anak-anak kami............


Tuesday, July 23, 2013

Kerabu mangga via telepati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ok...hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Alhamdulillah mesti semua dah kenyang kan berbuka. Petang tadi  sempatlah saya coretkan sesuatu di laman tintajemari saya ni dan baru sempat di muatnaik. Hmmm....kali ini pasal cerita kerabu mangga. Sebelum itu, kredit pada www.dapurbello.blogspot.com kerana saya pinjam gambar kerabu mangga ini berdasarkan carian melalui bantuan pakcik Google petang tadi. Saya rasa inilah gambar kerabu mangga yang paling menarik perhatian sepasang mata saya.



Kenapa kerabu mangga jadi pilihan sebagai topik entri saya kali ni ye? Nak tahu? Saya masih ingat kata-kata Dato' DMFK.. Kenal tak siapa beliau? Kenal ke tidak......Mesti kenal kan? Satu Malaysia kenal beliau. Kalau tak kenal......might be something goes wrong somewhere...alamak....tertelan keju petang-petang ni…. Ei....puasa hokey!!! Kata Dato' DR Mohd Fadzillah Kamsah a.k.a DMFK, kalau ikatan jiwa antara suami isteri tu kuat...kita dapat rasa apa yang dia rasa, kita dapat fikir apa yang dia fikir dan dia dapat rasa apa yang terdetik dalam hati kita. La....cerita pasal suami isteri pulaklah kan. Apa kaitannya dengan kerabu mangga?

Nak ceritalah ni......

Petang tadi sewaktu menonton drama Hujan, sempat juga saya belek-belek majalah Mingguan Wanita yang menjadi majalah langganan tetap saya setiap minggu. Belek punya belek, ternampak di ruangan masakan tu ada kerabu mangga. Terlioq jugak bak kata orang Kedah tapi taklah sampai menjejes air liur….hihihi. Siap terbayang-bayang keenakannya kalau dibuat sendiri. Al-maklum mangga di depan rumah pun dah besar-besar. Saya bayangkan mangga tu diracik-racik, potongkan tomato, lada cili, bawang besar, letak kacang tumbuk sikit, letak cuka sikit, garam, gula….pergh......mesti sedapkan. Lebih lagi bila air tangan sendiri. Sayangnya hari ni saya gantung kuali, tanak nasi je sebab menu dah dirancang, nak makan ayam golek aje. Jadi suami beli ayam golek, sayur tengoklah apa yang dibeli encik suami.

Untuk ke bazaar ramadhan….masih kuat lagi tekad saya untuk tidak jejakkan kaki ke sana. Suami je yang beli…yang penting saya tak ke sana. Matlamat baru Ramadhan tahun ini…alhamdulillah!! Jadi, dipendekkan cerita, encik suami sampai di rumah hampir pukul 6, lepas ambil anak-anak dari sekolah. Saya pun taklah banyak bertanya apa yang dibeli sebab saya dah tahu apa yang akan dibeli. Tiba-tiba… ‘Yang, abang beli kerabu mangga,” suami saya bersuara. Terus saya bangun dari sofa dan menghampiri encik suami sambil menyatakan betapa saya gembira sebab seolah-olah dia tahu apa yang terdetik dalam hati saya. Saya pun hadiahkan encik suami dengan hadiah yang biasa dia dapat sebelum pergi kerja tiap-tiap hari, sebuah ciuman di pipi tanda terima kasih dan penghargaan. Pada detik itu saya percaya bahawa memang ada ikatan yang kuat antara pasangan sehingga dapat menebak apa yang ada di fikiran pasangan walaupun hanya secara kebetulan. Mungkin benar bahawa wujud 'telepati' iaitu seseorang itu boleh merasakan sesuatu dari jarak jauh. Mungkin saya mengungkapkan keinginan melalui perasaan dan perasaan atau gelombang itu dapat diterima suami walaupun beliau tiada berdekatan dengan saya. Subhanallah!! Hebatnya percaturan Allah!!!


Mahu tak suka? Baru fikir, makanan dah ada depan mata…alhamdulillah! Kerabu mangga oh kerabu mangga…..
rezeki saya untuk juadah berbuka hari ini....

Monday, July 22, 2013

Nak main bunga api!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Alhamdulillah, dah masuk pun kita ke fasa kedua Ramadhan. Kita telah melalui fasa rahmah pada 10 malam pertama Ramadhan dan kini meniti fasa keampunan bulan yang penuh barokah ini. Pohonlah keampunan ke atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan dengan tulus,insyaAllah Allah itu Maha Mendengar (Ingatan buat diri yang selalu terlupa)....

Sejak 3-4 hari lepas, saya sering menyuarakan keinginan untuk bermain bunga api kepada encik suami. Pening juga encik suami membayangkan bunga api yang saya inginkan. Setelah mendapat respon teman-teman dan bantuan pakcik Google yang baik hati...maka dapatlah saya tahu bahawa bunga api yang saya inginkan tu ialah bunga api cap kucing!!! Konon nak mengimbau nostalgia jaman kanak-kanak tapi nama bunga api pun tak tahu! Yelah, nama pun zaman kanak-kanak, manalah nak ingat. Bila dah kahwin,anak pun dah bersusun 3 orang (macam ramai sangat..hihihi), mana ada peluang nak main bunga api. (Sebenarnya boleh aje tapi entah kenapa tak minat)....Tiba-tiba pulak raya tahun ni mengidam nak main bunga api ni.

Inilah dia bunga api cap kucing tu. Ada jual lagi ke tahun ni?

best kan....cantik..bunyinya 'sssssssssssssssssssss'....

Walaupun sekejap tapi seronok kalau main ramai-ramai....

Rasa macam nak kembali ke zaman kanak-kanak. Apakan daya, inilah perjalanan sebuah kehidupan. Fasa itu sudah berlalu tetapi mana tahu kita sempat melaluinya untuk kali kedua kan. Pada ketika itu mungkin hayat kita dipanjangkan Allah tetapi daya pemikiran kita mungkin kembali ke zaman anak-anak...Wallahu A'lam....

Pagi ini sekali lagi saya suarakan hasrat nak cari bunga api ni. Mudah-mudahan hasrat ini tercapai....BUNGA API?????????

Friday, July 19, 2013

BERANGAN.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dulu masa zaman kecik-kecik kalau duduk termenung orang kata berangan
Bila dah besar sikit, buat silap sikit orang kata sebab banyak sangat berangan
Bila makin dewasa lagilah suka berangan
Berangan nak masuk universiti...
Berangan nak dapat kerja yang bagus...
Siap boleh berangan nak pilih pasangan yang ikut citarasa
Lepas tu berangan nak beli kereta
Dah dapat kereta, nak rumah pulak....
Semuanya bermula daripada sikap suka 'berangan'
Jadi impian yang besar dan tersimpan kemas
Agar satu hari dapat direalisasikan....

Siapa kata berangan kena bayar?
Tak adalah....
Berangan tu percuma je
Beranganlah apa pun yang kita suka
Beranganlah apa pun yang kita inginkan
Asalkan tidak tersasar dari landasan
Sesiapa pun boleh berangan
Bila-bila, di mana-mana tanpa ada siapa yang boleh mencegahnya
Kerana angan-angan itu tidak dapat dilihat
Hanya bermain di dalam minda....

Hari ini banyak angan-angan yang dah jadi realiti
Nak kereta dah dapat...
Nak suami baik dah dapat....
Nak rumah? Alhamdulillah cukup sebagai tempat berlindung...
Nak kerja yang baik? Dah dapat jugak
Tapi masih juga berangan-angan
Angan-angan yang bukan keperluan
Memenuhi kehendak yang tiada batasan
Semoga angan-angan ini menjadi kenyataan
AAAMIIIIINNN.....................
Berangan lagi?
Ih ih ih...............

Wednesday, July 17, 2013

Cobaan!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Diam tak diam dah masuk hari ke lapan kita umat Islam berpuasa kan. Cepat sungguh masa berlalu. Tau-tau nanti eh...dah nak raya? Setiap hari kita mak-mak ni mesti berpikir apa nak makan untuk sahur dan apa nak masak untuk berbuka...setiap hari okey! Payah-payah sangat, gantung kuali dan pergi je bazaar Ramadhan beli apa yang patut. Masalahnya bila dah tiba bazaar Ramadhan, benda yang tak patut pun dibeli jugak. Itu yang parah.....

Semenjak dua menjak ada facebook atau muka buku ni, ramailah yang update status tiap-tiap hari berbuka apa. Masak sedap-sedap lepas tu upload. Terliur tau.......Inilah cobaan yang boleh menggugat jiwa. Ramadhan kali ini saya menetapkan beberapa matlamat antaranya:

1. Cuba memperbaiki amalan yang kurang
2. Memperbanyak baca Al-Quran
3. Cuba tak jejak kaki ke bazaar Ramadhan (setakat hari ke lapan,alhamdulillah....)
4. Tekad takkan post gambar makanan/masakan untuk iftar sepanjang Ramadhan di facebook (setakat ini  alhamdulillah masih bertahan)....

Biarlah matlamat saya ni kecil tapi nak melaksanakannya Ya Allah.....semoga diberikan kekuatan!!! Semua ini COBAAAAAANN!!!!!!!!!! Tapi cobaan gagal bila melibatkan blog sebab tetap jugak nak share.... 

Ingat, semua ini cobaan!!! Kalau tak tahan jangan tengok!!!!

cubaan masak nasi mandy tapi encik suami kata bukan seleranya, kering sangat nasi mandy ni...ok...saya juga sependapat sebab tak ada lauk berkuah....

cubaan buat puding roti butterscotch...suami kata sedap, Haziq makan pun banyak...

cubaan masak nasi ambeng...huhuhuhu nama je anak Jawa tapi tak pandai masak sambal Jawa...uhuk3....
cubaan masak gulai Terengganu, resepi adik sepupu. Encik suami kata "A"...hihihihi....

Hmmm nampaknya lepas ni kena banyak lagi belajar memasak. Walaupun yang banyak makannya kami berdua, anak-anak taklah makan banyak mana pun...tetapi menggembirakan insan-insan kesayangan adalah kebahagiaan yang tidak bisa terucapkan. Selamat menjamu mata dan selamat berpuasa!!!!


Friday, July 12, 2013

Dari lubuk hati jernih sang puteri.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Ini entri kedua saya pada penghulu segala hari, Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini. Sekadar menceritakan detik-detik indah mendapat pujian dan penghargaan dari seorang anak yang bisa melunturkan hati seorang ibu. Tak percaya? PERCAYALAH>>>>>>>bak kata Dato' Siti Norhaliza...

puteri satu-satunya.....

Saya cuma ada seorang anak perempuan, puteri kedua satu-satunya yang berusia lapan tahun. Abah kata, perangainya sebiji macam saya sewaktu kecil, saling tak tumpah! Tapi kadang-kadang saya tak mengaku sebab saya masih ingat perangai saya sewaktu kecil. Ada bahagian yang saya tak boleh tidak mengiyakan sebab mana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan. Sikit tu tetap ada....Nak berkongsi cerita, anak kedua saya ni memang manja, suka melepek di badan saya atau suami, suka menjerit sampai kadang-kadang tu memang mengaku tak tahan mendengar jeritannya. Boleh kata hampir setiap hari mesti ada sahaja yang hendak digaduhkan dengan saya. Orang kata....bukan saya kata ye....Budak-budak kalau kecil-kecil nakal, dah besar dia jadi sebaik-baik orang. Mudah-mudahan benarlah kata-kata orang tu. Lagi bagus kalau dari kecil sampai ke besar terus jadi anak yang baik. Sejuk perut mak-mak yang bertarung nyawa nak melahirkan seorang insan kecil ke dunia......

Ok, balik cerita pasal anak dara saya, puteri saya yang seorang ni. Dalam manja-manja, mengada-ngada, menjerit-jerit, dia seorang anak yang kreatif. Ada saja yang terlintas dalam kepala dia yang kadang-kadang saya pun tak pernah terfikir akan dia lakukan. Dia juga seorang yang penuh dengan kejutan!!! Puas dimarah, diherdik, dipukul, tak lama lepas tu, kembali kepada keadaan seperti tak pernah buat salah apa-apa. Pandai pula nak sejukkan hati mama yang marah. Pernah sekali bila abah masuk hospital, anak dara saya bertanya..."mama, atuk masuk hospital sebab naik darah eh?".  Sambil tergelak saya jawab " Naik darah tu marahlah....atuk masuk hospital sebab darahnya naik, tekanan darah atuk tinggi sangat. Kalau naik darah tu selalu mamalah tu, nak mama naik darah?". "Eh tak..tak," anak saya hanya tersengih-sengih.

Kejutan yang dibuat anak dara saya ni memang selalunya akan membuat saya tergelak sendiri. Entah berapa banyak kertas A4 saya yang dah jadi mangsa. Paling kelakar, kalau dia beri saya hadiah, hadiah itu adalah sesuatu yang pernah saya berikan kepadanya. Lagi satu, pandai pula selitkan surat atau hadiah di bawah laptop cooler saya semenjak dua menjak ni supaya senang saya ternampak katanya.....

Paling menarik dan menyentuh hati saya ialah kejutan yang diberikan puteri saya pada pagi ini. Nak tau apa dia? Nak tau ke tidak..........ehem-ehem.....TARA............

Kejutan di bawah laptop cooler

Tulisan yang paling menyentuh rasa....

Benarlah bagai dikata, sentuhan, pelukan dan ciuman kepada seorang anak akan membuatkan anak merasai disayangi, dikasihi dan dihargai. Mana pernah kita terfikir mereka akan menyatakan penghargaan dalam bentuk ini kan? Mungkin ibu-ibu lain juga mempunyai momen yang manis dan indah dikenang dengan anak-anak, namun bagi saya....penghargaan dan kejutan begini lebih membuatkan seorang ibu rasa dihargai. Kita tak pernah meminta balasan tetapi anak-anak generasi Z sekarang ni akalnya mendahului kita......Marah bagaimanapun kita, peluklah dan ciumlah anak-anak kita setiap hari kerana ia akan menjadi ubat yang paling mujarab..Ibu-ibu....buat tak? Saya pun bukanlah ibu yang terhebat tetapi saya usahakan untuk mencium mereka setiap hari sewaktu mereka nak ke sekolah. Sekurang-kurangnya mereka dapat rasa sentuhan dan dakapan kasih sayang ibu walaupun sekejap....Jom kita buat sama-sama........


Dah buat salah pandai je mintak maaf.....

Kata-kata pujian, minta maaf selalu mencairkan hati seorang ibu..........

Mama dapat keronsang dan keychain.......

Hahahaha nak cerita pasal hadiah ni. Macam saya beritahu tadilah, biasanya saya akan dapat hadiah barang-barang yang pernah saya berikan pada anak dara saya tulah. Cuma kali ni ada keychain yang dibeli sendiri di sekolah. Keronsang tu saya beli untuk dipakai di baju kebaya yang saya jahitkan untuknya semasa buat persembahan tarian lagu "Bunga Melati" sewaktu usianya 6 tahun di tadika. Dah hampir dua tahun berlalu, rupanya masih disimpan keronsang tersebut. Tergelak saya bila dapat hadiah ini...

Ini saya dapat lebih awal, minggu lepas...

Engkaulah ratu hatiku...........so speechless...

Ini juga sangat membahagiakan.............

Banyak lagi kejutan yang pernah diberikan kepada saya sebelum ini. Cuba kira berapa helai agaknya A4 paper saya yang telah digunakan? Belum lagi sampul surat yang saya simpan untuk tujuan rasmi kajian saya yang diambil setelah mendapat tahu di mana lokasi penyimpanannya. Nak marah macam mana kalau dah bertulis bagai......hmmmm redha jelah....Melayan anak punya fasal.....

Moral of the story:
1.Peluk dan cium anak-anak kita tiap-tiap hari.
2.Ucapkan terima kasih atas apa saja usaha mereka untuk menunjukkan penghargaan kepada kita.
3. Marah-marah jugak.....sayang tetap kena curahkan....
4. Hidup kena selalu ceria....baru bahagia tercipta...ewah....
5. I love you my sweet little princess......................................

Mudah-mudahan satu ketika kalau sang puteri terbaca hasil nukilan saya, dia juga perlu tahu bahawa saya sangat menyayanginya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bicara Ramadhan 1434H

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman tinta jemari. Semoga pada Jumaat yang barokah ini semuanya berada di dalam lindungan, rahmat dan kasih sayangNya selalu...Diam tak diam, sudah 3 hari umat Islam di Malaysia berpuasa kan...Bagaimana dengan puasa Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian?

Bercerita tentang Ramadhan....tahun ni sudah 35 tahun saya menghirup udara pinjamanNya. Entah mengapa Ramadhan kali ini dirasakan mungkin Ramadhan yang terakhir. Tak tahu mengapa perasaan itu wujud. Setiap hari saya memanjatkan doa agar saya berpeluang bertemu Ramadhan akan datang. Terasa umur juga semakin singkat. Entah bila saya akan dipanggil bertemuNya....Rasa sayu bertandang tanpa henti, tanpa ada yang menyekat, tanpa ada batasan. Kalau mengenangkan entahkan sempat saya bertemu Ramadhan akan datang, pastinya ada air hangat yang tiba-tiba membasahi pipi. Allahu Akbar!!Temukanlah hambaMu ini dengan Ramadhan akan datang!!!!

Berbicara soal Ramadhan, pastinya bila sudah berkeluarga, banyak perkara nak difikirkan. Bila anak-anak dah bersekolah, ragam berpuasa memang menguji kesabaran hati seorang mama. Nak bersahur apa, nak berbuka apa, semuanya perlu ada dalam fikiran sebab nak melatih anak berpuasa. Kalau mak ayahnya dah tak perlu nak susah-susah, bersahur dengan tiga biji tamar pun sudah cukup untuk kekal cergas hingga ke petang tetapi bila bersangkut soal anak-anak, mahu tak mahu kena juga gagahkan diri untuk menyediakan makanan untuk alas perut mereka supaya tidak terlepek keletihan sebelum tiba waktu berbuka. Melayankan permintaan anak-anak, mengusahakan menyediakan apa yang diinginkan sebagai booster kepada mereka untuk terus bersemangat bukanlah perkara yang mudah. 

Ramadhan kali ini saya tetap berusaha untuk memujuk anak-anak agar mahu makan buah tamar atau kurma. Masih belum lagi berjaya walaupun telah dikatakan buah kurma itu makanan Rasulullah, rasanya manis dan sebagainya. Cabaran apabila buah tersebut seumpama racun saja gamaknya bila disuruh makan. Sedang memikirkan cara atau kaedah apakah yang terbaik agar anak-anak mahu menjamah buah kurma. Rasanya usaha ini sudah bertahun-tahun dicuba tetapi masih menuju di jalan buntu, mujur belum jumpa jalan mati atau terus patah semangat!! Cabaran tetap ada namun itulah Ramadhan, bulan yang bukan sahaja menguji kesabaran menahan lapar dan dahaga, kerenah anak-anak dan sebagainya, sebaliknya menguji mental dan spiritual secara holistik.

Sudah tiga hari berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu kan...Kalau masa zaman kanak-kanak, kita selalu rasa lambatnya puasa hendak berlalu tetapi hari kian hari tanpa kita sedar sebenarnya masa terlalu pantas berlari meninggalkan kita. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  (Surah Al-Asr:1-2). Rugi kan kita kalau tak memanfaatkan Ramadhan yang hadir dengan menjaga lidah, hati dan perbuatan kita. Banyak lagi yang harus dijaga dan inilah peluang kita untuk sama -sama menggandakan amalan di penghulu segala bulan ini. Saya sendiri terasa terlalu banyak kekurangan diri yang harus diperbaiki dari semasa ke semasa. Terlalu banyak dosa yang dilakukan, entahkan terampun entahkan tidak, cuma doa dan doa dan hanya kepadaNya tempat untuk kita meminta.

Bila bercakap soal Ramadhan, pasti terjebak dengan bicara hari raya kan....takkan berpisah Ramadhan dan Syawal dalam hidup kita sebab Syawal adalah bulan meraikan kemenangan selepas berjaya melalui Ramadhan selama sebulan. Meskipun merindui Ramadhan yang pergi, Syawal tetap dinanti penuh bahagia. Berdebar-debar lebih-lebih lagi bila nak dengar pengumuman raya walaupun dah boleh agak dah raya bila kan. Syawal tahun ini Syawal yang seadanya. Belum berfikir sibuk nak beli kuih rayalah, baju raya anak-anaklah...cuma sampul duit raya dah beli...over kan? Kalau nak ikutkan persiapan rumah, hmmmm tak ada apa pun. Semuanya apa yang ada. Langsir? Tu ha...sejak masuk rumah ni tahun 2006/7, itulah langsir yang kami pakai pun...selagi masih elok, insyaAllah tak bertukar melainkan nanti kalau rasa kondisinya agak tidak menyelerakan, barulah fikir sama ada mahu berwajah baru atau pun tidak. Bila memikirkan sempat atau tidak mahu menjahit, biasanya impian, harapan dan angan-angan tu tetap menjadi angan-angan semata-mata.....

Apa yang diharapkan ialah agar Ramadhan kali ini penuh dengan 'makna' dan dapat dilalui dengan sempurna kerana belum pasti Ramadhan akan datang sempat untuk saya bertemunya. Semoga Ramadhan kali ini memberikan hikmah yang tiada taranya. Semoga saya dapat membahagiakan insan-insan kesayangan saya. Semoga saya dapat memberikan yang terbaik untuk semua yang mengenali saya. Mungkin belum terlambat untuk saya memohon kemaafan di atas segala salah silap saya, keterlanjuran bicara dalam gurau saya tanpa saya sedar, mungkin saya pernah mengundang rasa tidak senang di kalangan para sahabat, saudara mara dan sebagainya, halalkan makan dan minum saya dan keluarga dan semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat saya.....................

Salam Ramadhan 1434H.......

Thursday, July 11, 2013

Persidangan Incheon Strategy 2013 -2022: A New Decade for Persons with Disabilities in Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak entri terakhir tentang keberadaan saya di Kuala Lumpur kerana menghadiri satu persidangan, Inilah hasilnya setelah saya mendapat email daripada pihak jawatankuasa. Saya masih menunggu resolusi persidangan dan akhirnya............Inilah yang dirumuskan dan diserahkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sewaktu majlis penutup di Berjaya Convention Centre. Sebak bila resolusi ini dibacakan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti awam tempatan yang juga seorang OKU. Oh ya...mohon diingat, dalam persidangan tersebut telah diputuskan istilah OKU ialah "Orang Kurang Upaya" dan bukan istilah lain-lain yang kononnya jadi penyeap bahasa. Istilah ini bertepatan dengan Akta OKU 2008 dan diiktiraf oleh wakil-wakil OKU yang hadir di dalam persidangan tersebut. Justeru, istilah kelainan upaya dan sebagainya secara rasmi seharusnya tidak digunapakai sama ada dalam penulisan atau percakapan.

Berharap dengan resolusi yang dijanjikan akan dikemukakan di dalam kabinet akan mendapat perhatian setiap ahli dewan agar kebajikan dan hak OKU di Malaysia akan terpelihara sebagaimana insan lain.

The Resolution of the Conference on the “Incheon Strategy 2013 -2022: A New Decade for Persons with Disabilities in Malaysia
on 1st - 2nd July 2013,
at the Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre,
Kuala Lumpur, Malaysia

We, the delegates of the Conference declare our collective statements as follows;

1. Recognize the Government’s commitment via their presence in this Conference.
2. Support the Malaysian Government on the endorsement of the Ministerial Declaration on the Asian and Pacific Decade of Persons with Disabilities, 2013-2022, and the Incheon Strategy to “Make the Right Real” for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific as it provides the Asian and Pacific region, and the world, with the first set of regionally agreed disability-inclusive development goals.
3. Believe the Incheon Strategy will enable Malaysia, as part of the Asian and Pacific region, to track progress towards improving the quality of life, and the fulfillment of the rights, of Malaysia’s persons with disabilities.
4. Believe the Incheon Strategy comprising of 10 goals, 27 targets and 62 indicators which is built on the Convention on the Rights of Persons with Disabilities and the Biwako Millennium Framework for Action and the Biwako Plus Five, will move us towards an Inclusive, Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific.
The Incheon Strategy goals and targets are time-bound. To facilitate the achievement of the goals and targets in the new Decade, 2013-2022, the Government will need to put in concerted and coordinated efforts and we recommend the following:

1. REDUCE POVERTY AND ENHANCE WORK AND EMPLOYMENT PROSPECTS
 More awareness programs on minimum wage.
 The government has to ensure elements of security and working conditions for PWDs to be implemented.

2. PROMOTE PARTICIPATION IN POLITICAL PROCESS AND IN DECISION-MAKING
 Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) to relook at systems/mechanisms in place to enable all PWDs to exercise their rights as a citizen.
 SPR to redesign Form A to capture PWD’s registration to vote.
 SPR to work with Disabled Persons Organisations (DPOs), Self Help Groups (SHGs) and NGOs to address the PWDs needs during election.

3. ENHANCE ACCESS TO THE PHYSICAL ENVIRONMENT, PUBLIC TRANSPORT, KNOWLEDGE, INFORMATION AND COMMUNICATION
 Highlight the importance of pressure groups for advocacy.
 Recommend the Government to commit to have in place an effective accessible national transport policy with involvement of PWDs.

4. STRENGTHEN SOCIAL PROTECTION
 Ensure productive welfare approach to be effectively implemented.
 Government agencies to work together with NGOs to strengthen all efforts focusing on both availability and accessibility of social protection.

5. EXPAND EARLY INTERVENTION AND EDUCATION OF CHILDREN WITH DISABILITIES
 Strengthen early detection network within relevant agencies (Ministry of Education, Ministry of Heath, Ministry of Women, Family and Community Development).
 Enhance access to early intervention services.
 Enhance service quality and effectiveness.
 Captured data immediately upon diagnosis in Ministry of Health to be shared with Ministry of Education and Ministry of Women, Family and Community Development.
 Ensure enrolment of 75% of children with disabilities into inclusive school setting by 2025.

6. ENSURE GENDER EQUALITY AND WOMEN’S EMPOWERMENT
 Advocate education opportunities for women with disabilities.
 Advocate equal opportunities for women with disabilities in employment.
 Ensure health care professionals are equipped with the knowledge on the needs of disabled women’s diseases and medical needs.
 Educate families and societies on violence against disabled women.

7. ENSURE DISABILITY-INCLUSIVE DISASTER RISK REDUCTION AND MANAGEMENT
 To educate related authorities to incorporate skills and knowledge in handling PWDs in rescue and emergency situations.
 To establish a monitoring system to ensure building by-laws are adhered to.
 To allocate resources to equip PWDs in disaster preparedness.

8. IMPROVE THE RELIABILITY AND COMPARABILITY OF DISABILITY DATA
 The Government to consider the suggestion to make the registration of PWDs mandatory.

9. ACCELERATE THE RATIFICATION AND THE IMPLEMENTATION OF THE CONVENTION ON THE RIGHTS OF PERSONS WITH DISABILITIES AND THE HARMONIZATION OF NATIONAL LEGISLATION WITH THE CONVENTION
 To establish a task force for strengthening and reviewing:
a) Existing law related to Disability/PWDs.
b) Federal Constitution (Article 8) to include no discrimination to PWDs.
 To establish Disability Right Tribunal at National/Local level.
 To set-up information centre to collect and promote disability right to the community.
 To strengthen enforcement on existing law.
To continue giving cooperation at sub-regional, regional and interregional levels, for facilitating mutual support including through sharing lessons learned, good practices and innovative solutions.
The NGOs will work together with the government to come up with a Malaysian Report on the progress of the Incheon Strategy.

Meskipun isu-isu yang diketengahkan adalah isu-isu lapuk yang tidak berkesudahan, sekurang-kurangnya persidangan ini memberi ruang dan pentas kepada OKU untuk menyuarakan masalah, kekangan serta cabaran yang dihadapi dalam memastikan penglibatan mereka secara aktif dalam masyarakat. Mereka tidak mahu kerajaan atau pihak-pihak berwajib melakukan sesuatu untuk mereka sebaliknya.....LAKUKAN SESUATU BERSAMA-SAMA MEREKA! Participation itu sepatutnya sudah lama berlaku kerana hanya mereka yang memahami apa yang mereka alami. Saya yang datang sebagai seorang pelajar rasa seronok sebab sekurang-kurangnya saya mendapat bahan untuk kajian saya. 

Tatkala saya hadir sebagai seorang ibu kepada OKU, hati sebak, semuanya bercampur aduk. Sukarnya mereka hendak memperjuangkan nasib mereka....Janganlah kita beria-ia hendak menjadi peneraju tanpa membuat kajian terlebih dahulu hanya kerana ingin dilihat berada di depan, sebaliknya tidak melihat ke dasar masalah. Kadang-kadang kita pandai membuat sesuatu yang baru, inovasi kononnya tetapi kita tidak terfikir siapakah sasaran kita, apakah halangan yang akan dihadapi dan apakah sesuai inovasi tersebut dihasilkan? Begitu jugalah dengan usaha untuk menyediakan dekad baru untuk OKU. Apakah selama ini usaha kerajaan masih belum cukup? JAWAPANNYA PASTI BELUM sehingga perlu bersetuju untuk pelaksanaan Incheon Strategy. Tidaklah mengatakan ianya tak bagus tetapi biar ada hasilnya yamg mahu dilihat....Kayu ukurnya ialah apabila OKU mendapat hak yang sewajarnya dan tidak perlu lagi melaung ke sana-ke sini menuntut hak seakan mengemis di bumi sendiri. Itu juga yang saya rasakan sebagai seorang ibu kepada anak OKU. Terlalu banyak cabaran yang dilalui hingga ada kalanya hati kecil ini tewas dengan persekitaran, bukan kerana lemahnya semangat yang sedikit.

Semoga ada dekad baru yang lebih cerah dan membahagiakan buat setiap warga OKU di negara bertuah ini..............