Followers

Wednesday, July 31, 2013

Roadshow Majlis Kebangsaan Bagi OKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semuanya? Sudahkah dapur berasap untuk berbuka? Dapur saya masih lagi tidak berbau apa-apa. Hanya akan berbau selepas titik noktah bagi entri kali ini. Saya ingin berkongsi pengalaman tentang roadshow Majlis Kebangsaan bagi OKU (MKOKU) yang saya hadiri semalam di Johor Bahru. Majlis bersama komuniti tempatan ini bertujuan untuk mengumpulkan segala isu/usul/cadangan dan pandangan daripada OKU, NGO dan pihak-pihak berkepentingan untuk kebaikan/kebajikan dan hak OKU dalam negara. Roadshow ini dijalankan serentak di seluruh negara. Wakil MKOKU di Johor ialah Prof. Dr Ruzita Mohd Amin, penyarah di UIAM yang juga merupakan OKU fizikal.

Jemputan diterima menerusi hebahan di Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP). Saya katakan pada diri, saya mesti pergi! Inilah masanya dan inilah platform yang sangat tepat untuk kami ibu bapa OKU terlantar seperti Aiman Haziq untuk menyuarakan isu yang membelenggu kami agar ianya dapat didengari dan dibawa ke mesyuarat Majlis. Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Dato' Rohani yang telah mengusulkan roadshow ini dibuat dalam tempoh tak sampai sebulan selepas penyerahan resolusi di Persidangan Incheon Strategy (New Decade for People With Disability:Make it Real) di Berjaya Convention Centre awal Julai lepas. Saya yang hadir sebagai peserta dalam persidangan tersebut berharap agar resolusi yang diserahkan akan mendapat maklumbalas dan tindakan proaktif daripada pihak kerajaan dalam memperjuangkan hak OKU di Malaysia.

Ok, bercerita tentang roadshow semalam.......

Apa yang saya lihat, pesertanya ramai daripada agensi kerajaan saya rasa, dari hospital, PDK dan mungkin juga dari jabatan-jabatan yang berkepentingan. Sayangnya tak ramai golongan OKU yang hadir. Apa yang saya dapat lihat, OKU penglihatan ada lah dalam 3-4 orang, individu pekak 2 orang, OKU fizikal dalam 3-4 orang dan kami ibu bapa anak OKU terlantar yang mewakili Persatuan Rakan Celik P.I.P.I. Sewaktu pendaftaran, saya lihat pesertanya seolah dah tahu lama program ini akan berlangsung tetapi OKU sendiri pula yang tidak ramai. Isunya...bagaimana mereka menghebahkan program ini kepada golongan sasaran? Kami hadir kerana mahu isu kami diutarakan, diperbincangkan, bukan isu bagi institusi tertentu melainkan melibatkan OKU. Kami bukan nak dengar perdebatan atau penyelesaian masalah, sebaliknya kami mahu isu kami didengar. Mungkin ada sesuatu yang kurang pada hebahan.Hmmm.....


Wakil Celik P.I.P.I bersama Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin dan Dr Sharon, pakar rehabilitasi Hospital Sultan Ismail, Johor.

Prof. Ruzita mengendalikan sesi dengan sangat baik. Tiada agenda yang melalut, sekadar ucapan aluan dari Pengarah JKM Johor dan sesi terus dibuka dengan mendengar isu yang dikemukakan hadirin. Saya sendiri mengemukakan tiga isu utama iaitu:

1. Penguatkuasaan (sejauh mana penguatkuasaan dilaksanakan terhadap pelanggaran hak OKU contohnya dalam isu yang sangat mudah, parking kenderaan). Kerajaan perlu tegas dalam isu penguatkuasaan kerana meskipun dasar dan Akta telah ada, tanpa penguatkuasaan tak bermakna apa-apa.

2. Penubuhan pusat khusus di setiap daerah untuk OKU terlantar lengkap dengan kemudahan rawatan seperti fisioterapi/OT dan sebagainya sebagai usaha pengesanan awal dan pemulihan.

3. Kajian semula/semakan semula dasar pemberian Bantuan OKU Terlantar (RM300) sebulan. Pemberian seharusnya atas kapasiti sebagai OKU terlantar, bukan atas dasar status ibu bapanya.

Antara lain usul yang dikemukakan ialah:

1. Semakan semula prosedur kerja di JKM yang menyebabkan urusan pelanggan terganggu/tergendala akibat kehilangan dokumen

2. Standard pengubahsuaian kenderaan untuk OKU diseragamkan di seluruh negara.

3. Kajian terhadap elaun makan bagi OKU di Sekolah Spastik Johor.

4. Program memupuk kesedaran masyarakat dengan lebih meluas (masukkan dalam silibus di peringkat sekolah tentang kesearan terhadap OKU sama ada dalam subjek sivik atau pendidikan moral)

5. Isu bantuan terhadap pesara OKU

6. Aksesibiliti bagi OKU penglihatan dan OKU buta

7. Pengangkutan awam

8. Kemudahan jurubahasa dan skim jurubahasa isyarat yang masih tiada dalam SPA

9. Isu telekomunikasi (pengurangan caj 3G untuk OKU pekak)

10. Cadangan meningkatkan elaun kepada OKU di sekolah spastik dilanjutkan sehingga usia 21 tahun bagi OKU yang berada di bengkel terlindung.

11. Cadangan menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga.

Saya sekali lagi secara peribadi penuh harapan agar segala isu dan usul dapat dibawa ke mesyuarat majlis sebagai bukti usaha MKOKU dan usaha menempatkan OKU dalam masyarakat secara lebih intensif dan inklusif tanpa sebarang diskriminasi sesuai seperti yang tercatat dalam AKTA OKU 2008. Semoga masyarakat di luar sana menyedari kehadiran komuniti kecil kami dan berikan kami peluang untuk BERNAFAS serta menikmati segala yang telah ALLAH pinjamkan buat anak-anak kami............


2 comments:

  1. semoga Allah mempermudahkan jalan ya ibu..

    ReplyDelete
  2. Aaminnn.....terima kasih Ma atas segala sokongan selama ni....

    ReplyDelete