Followers

Thursday, September 27, 2012

Ting tong toing toing................

Assalamualaikum.....

Pagi ni dalam keadaan pening-pening lalat, tangan ni masih gatal jugak nak tambah entri baru dalam blog ni. Mana tidaknya, malam tadi sampai rumah hampir jam dua pagi. Rutin macam biasa...ke Batu Pahat lagilah kami sekeluarga...Sampai di Batu Pahat dah hampir jam 9.30 malam gara-gara melayan anak dara seorang yang suka 'meleceh'. Kita bisingkan dia...dia 'sekolahkan' kita semula. Bersiapnya ya ampun.....macam shifut!!!!Lepas tu buat muka tak bersalah....huhuhuhu....sabar jelah....Sampai-sampai di sana, terus masuk dalam pusat rawatan seperti biasa, maklumkan yang kami dah sampai. Sempat jugaklah tengok giliran Haziq ke berapa. Alamak....tak ada nomborlah. Tapi di ruangan OKU, nama Haziq ditulis atas sekali. Takpelah, mudah-mudahan cepat (hati yang bercakap).....Tengok nama encik suami pulak, no 17...confirm-confirm lama lagi tu....

Sempatlah baca majalah sementara menunggu. Kalau baca buku sekolah, sekali lagi confirm mengantuk. Jadi bacalah majalah i-sihat  yang sengaja dibawa bersama. Belum sempat separuh majalah dibaca..."Perhatian...adik Haziq, sila masuk ke katil khas"....sudah pangillah. Cepat-cepat ambil Haziq dari dalam kereta dan bawa ke katil khas dalam sebuah bilik kecil. Hari ni tak buat accupressure, cuma terapi elektrik untuk point kaki supaya kakinya lebih kuat. Sasarannya supaya Haziq boleh cepat berjalan. Mengekek-ngekek mamat tu ketawa. Entah apa yang digelakkannya pun tak tahulah. Geli agaknya dengan aliran letrik tu. Bila mama terpegang wayar tu, opocot!!!!terkejut mak!!!! Tak sakit rupanya, macam rasa bila kena semut-semut, lepas tu kita ketuk tempat yang kena semut-semut tu......hehehehe

Semalam rawatan Haziq memakan masa lebih sejam setengah memandangkan giliran encik suami tak sampai lagi. Bila tiba turn encik suami, saya pun teringin gak nak mencuba, tapi takmo accupressure, nak cuba angin je. Fuhhhh best sungguh bila dapat semburan angin tu kat muka. Segar rasanya.....tumpang............Konon-konon segarkan mata bila nak balik nanti, takut encik suami mengantuk, boleh harap...........ngantuk jugak. Kalau dah memang masa tidur, tak perlulah susah-susah kita nak melawan fitrah ye....Sampai satu tahap, terlelap jugak. Tapi dah dekat sampai Skudai encik suami dah tak tahan mengantuk. Co-pilot pun kenalah memainkan peranan walaupun mamai-mamai. Mujur kenderaan time tu dah tak banyak Maklumlah dah pukul 1 pagi.....Straight ikut EDL, tak sedar pun terlanggar lampu merah kat fly-over ke Kampung Pasir Gudang. Nasib baik encik suami perasan.eeeeeeeekkkkkkk....brek mengejut mak....fuhhhhhh.........

Budak-budak dah nyenyak tidur, terpaksalah kejutkan, suruh sambung tidur dalam rumah bila dah sampai. Kami pun tak tunggu lama, lepas setelkan apa yang patut, tidur terus sebab esok pagi encik suami perlu bekerja lagi. Penat memang penat, rasa macam rutin waktu tidur dah kembali ke satu ketika masa Haziq kena acute fit attack dulu. Tidur tak tentu arah, kepala ting tong bila gi keja..last-last....toing-toing.............Tapi tak apalah, demi Haziq. Sikit je pengorbanan kami ni. Anak-anak yang berkorban besar untuk adik depa.....depa pun ting tong jugak sebab waktu tidur tak betul-betul nyenyak. Tidur dalam kereta mana syiok.....mudah-mudahan pengorbanan diorang berbaloi......

toing toing ting tong, 
demi adik/anak kesayangan, 
biarpun toing toing dan ting tong,
inilah yang dikatakan pengorbanan yang tiada bandingan.............

(Pantun jenis apakah ini?)...hikhikhikhikhik...............

Wednesday, September 26, 2012

Ahli baru kami....

Assalamualaikum, salam sejahtera....

Hari ini saya mahu umumkan kedatangan dua ahli baru dalam keluarga kami. Puteri kesayangan yang seorang tu mesti melonjak-lonjak gembira dengan kehadiran ahli baru yang memang ditunggu-tunggunya sekian lama. Kami tak janji nak berikan jawapan kepada permintaannya sebelum ini tetapi sesudah saya sendiri melihat ahli baru itu, hati saya berkata, ok.....Encik suami pun bersungguh nampaknya hendak menggembirakan hati si anak. Saya ikutkan saja asalkan anak-anak suka. Lagipun bukan selalu dapat menggembirakan diorang, memberi perhatian pada diorang. Takut nanti mereka kecil hati bila mama dan ayah asyik lebihkan adik. Sekurang-kurangnya usaha kecil yang kami buat ini dapat merapatkan kasih sayang kami....

Tara.....



Tak sabar nak lihat reaksi anak-anak bila balik sekolah petang nanti. harap-harap mereka suka!!!!



Sunday, September 23, 2012

Crack pulak.........

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua reader yang sudi singgah kat blog ni....

Huk..huk....ada cerita sedihlah pulak...Kalau ditimbang-timbangkan, taklah sedih mana tapi sedeylah jugak....nak jugak sedey....hukhukhuk...........mana besen nak tadah air mata ni???? Takung ada lerr.....

"Sayang, peliklah, kenapa kolam air terjun tu airnya susut?," pagi semalam encik suami bertanya tanpa melihat pun apa puncanya. Dalam hatiku dah tersengih sebab entah-entah susut kerana ku selalu ceduk air dari dalam tu untuk jirus pokok-pokok bunga yang ada di kelilingnya. Punyalah malas nak ambil air paip kan walhal sekangkang kera je jaraknya.......

"Cubalah abang tengok...," pandai pulak ku memancing ayat. Sekali tengok punya tengok............alamak!!!! Ada crack rupanya!!! Panjang jugak tu. Alahai....baru je nak merasa dengar bunyi-bunyi air selain akuarium yang ada dalam rumah ni....dah crack pulak....Nak tukar kolam yang baru jenis yang sama, takut crack lagi. Kalau tukar kolam bulat tu, kena tukar jugak pasu yang baru je diganti......aduh, pening mak sekejap!!!!

 Ingat lagi dekorasi awal air terjun mini yang kami buat?Inilah dia....

Rupanya dalam tak sedar, saya ni dah berjangkit penyakit encik suami. Saya pun tak sedar sejak bila. Semenjak dua menjak ni, kalau saya nakkan sesuatu, saya akan pastikan saya dapat benda tu. Kalau tak...mulut ni asyiklah dok menyebut benda yang dimahukan sampai suami tegur yang penyakit dia tu dah berpindah pada saya....muahaha, payah jugak kalau dah lekat penyakit ni. Mujurlah penyakit satu lagi tu belum jangkit. Selagi tak puas hati, selagi tulah akan ada pengubahsuaian. Yang itu penyakit yang saya harap jangan le berpindah jugak....tak sanggup mak!!!!! Rasanya dah cantik dah yang kat atas tu, eh tak puas hati jugak..........pokok-pokok yang mendatangkan risiko ditukar ,pasu yang dalam tu pun tukar????

Jadilah macam ni pulak, gaya dekorasi kedua.........

siap tambah aksesori......

Bila berlaku 'crack'., encik suami dah pening pikir apa nak buat, macam mana nak selesaikan masalah. Fikir punya fikir, akhirnya ha............amek kau....muncullah gaya dekorasi ketiga pulak...........Harap-harap lepas ni dah tak adalah perubahan lagi. Kesian pada encik suamilah yang kena bersusah payah, Cik Puan isteri dah tak kisah, janji dapat dengar bunyi air...kuat jugak bunyi air dia....

Jeng..jeng..jeng.................simple banget!!!! tapi bunyi air dia best!!!!

Layan jelah encik suami dengan DIY dia. Dia memang suka buat sesuatu yang akhirnya akan mendatangkan kepuasan buat dirinya. Itulah kelebihan suamiku itu....Bab DIY ni memang lambat tapi hasilnya sangat memuaskan!! Cukuplah kami anak beranak yang puas hati dan dapat menikmati deburan air yang mendamaikan. Pagi-pagi boleh lepak depan rumah baca paper sambil dengar bunyi air, petang-petang bawak Haziq dengar bunyi air....cukuplah, itu pun dah membahagiakan...Terima kasihlah untuk encik suami yang bersusah payah memenuhi hajat Cik Puan isteri ni ye.....You're the best abang!!!!....

Saturday, September 22, 2012

Seminggu 2-3 kali???

Mulai minggu lepas, kami anak beranak memulakan rutin baru. Berulang alik ke Batu Pahat dua hingga tiga kali seminggu. Ceritanya begini......................

Sepatutnya sekarang saya dan anak syurga saya ada di KL, menjalani rawatan intensif akupuntur dengan seorang doktor dari hospital Erkang, Beijing yang dalam siri rawatan seorang anak syurga di Malaysia. Rancangannya nak pergi dua keluarga, bersama-sama seorang lagi kawan yang berada dalam kasut yang sama. Mungkin dah tak ada jodoh kami untuk ke KL sebab anak sahabat saya tu dimasukkan ke hospital akibat pneumonia. Baru sahaja lebih kurang dua minggu di'discharged' dari wad HSA. Jadi kami membatalkan hasrat ke sana sebab mempertimbangkan risiko kesihatan sang puteri. Kebetulan kami dapat tahu ada satu pusat rawatan accuterapy di Batu Pahat dan kami pun berbincang-bincanglah untuk pergi ke sana.

Selepas mengambil keputusan bersama, tarikh sepatutnya kami ke KL, kenderaan kami dilencongkan ke Batu Pahat. Rupa-rupanya pusat rawatan ini dah lama beroperasi, kami je yang baru tahu. Perawatnya adalah MA yang bertugas di Hospital Putra Batu Pahat dan beroperasi di rumah. Waktu rawatan hanya enam jam setiap hari. Kali pertama datang, terkejut juga melihat kenderaan yang penuh di parkir rumah beliau. Menunggu mujurlah tak lama sangat sebab dah setkan awal kedatangan kami. Pesakit yang ramai datang membuat rawatan adalah pesakit strok, tulang belakang dan juga bell palsy. Pesakit kanak-kanak nampaknya macam tidak begitu ramai.

Dari JB, kami datang 3 keluarga, satu dari Pasir Gudang (saya), satu dari JB dan satu dari Bandar Dato' Onn. Pusat rawatan ini menawarkan rawatan terapi elektrik, terapi oksigen, accupressure dan terapi warna. Banyak pakej dalam satu lokasi rawatan. Pemilik pusat rawatan ini, Dr Ismail dibantu oleh tiga orang staf yang sangat komited dengan tugas mereka, kredit to Tok Ajib, Shahrul dan Bang Ngah yang kalau sekali pandang,diorang ni macam tak reti penat. Lepas bekerja, terus je ke pusat rawatan melainkan Ajib yang sepenuh masa menabur bakti di pusat rawatan tu. Samalah dengan Dr Ismail. Saya kadang-kadang fikir, badan diorang ni dibuat daripada apa agaknya? Tulang besi berurat dawaikah mereka? salute dengan komitmen mereka berbakti kepada masyarakat. Tak hairanlah kalau Dr Ismail merupakan penerima P.B.M (Melaka)-Pingat Bakti Masyarakat di atas khidmat bakti yang dicurahkan kepada masyarakat.

Rawatan setiap hari akan bermula pada jam 6 petang-12.00 tengah malam. Khamis dan Ahad adalah hari cuti. Hari Sabtu pula rawatan bermula jam 1 petang hingga 6 petang. Bayangkan dalam tempoh enam jam mereka perlu berhadapan dengan berpuluh-puluh pesakit! Seorang pesakit paling cepat pun sejam, bayangkan sendirilah......

Sambung cerita, rawatan kali pertama adalah sesi pengenalan. Haziq diberikan rawatan terapi elektrik. Nampak tenang. Hari kedua pun sama cuma kadar tenaga elektrik yang dibekalkan ditambah. Hari ketiga dah mula dengan terapi warna....Terapi-terapi yang diberikan bertujuan untuk menguatkan otot, memberi mesej kepada otak, menguatkan organ dalaman dan juga meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan. (Dr Ismail, kalau salah sila betulkan pemahaman saya ye.....hehe). Saya kongsikan sedikit video dan tengoklah gambar-gambar di bawah. Sebagai menghormati permintaan pemilik pusat rawatan, saya tak dapat nak postkan ke FB, cukuplah sekadar saya kongsikan di blog ye, itupun sikit je cukuplah..


Dr Ismail sedang melakukan rawatan

Picit jangan tak picit

Tok Ajib......

Abang Shahrul picit ye......

tepuk jangan tak tepuk bang.....


Ini pulak terapi warna...boleh tidur dia....


video semasa terapi elektrik dilakukan....

Rawatan alternatif ni baru saja kami mulakan sejak minggu sudah. Kata Dr Ismail, kalau nak nampak perubahan cepat,datanglah seminggu 3 kali, kalau nak lambat sikit, datanglah 6 tahun sekali.....Nampak sangat ayat daripada orang yang suka bergurau kan!!! Mujurlah kami ni jenis "Ada aku 'K'?"..hehe..tak kuasanya nak ambik hati ke, kecik hati ke....nak complain apa pun tak ada sebab dah tahu kes anak sendiri yang perlukan masa untuk nampak perubahan. Kami pun rancang-rancang nak pergi seminggu 2-3 kali cuma tak dapatlah nak join dengan ahli team sebab depa anak-anak masih belum sekolah. Kami kena tunggu anak-anak balik sekolah baru bergerak ke Batu Pahat.

Jadi rutin kami, selepas anak-anak balik sekolah jam 6.30 petang, bagi depa makan, mandi then lepas maghrib bergerak ke Batu Pahat. sampai lebih kurang jam 9.30, tunggu giliran, buat rawatan dan balik semula ke Pasir Gudang. Kalau bernasib baik dapat awal, sampai di Pasir Gudang hampir jam 1 pagi. Kalau tidak, confirm jam 2 pagi baru sampai. Anak-anak tipikal tidur dalam kereta. Esok paginya anak-anak ke sekolah dan rutin akan berulang lagi 2-3 kali seminggu. Mujurlah anak-anak faham yang kita ni sedang berusaha memberikan yang terbaik untuk si adik. Mereka tak banyak ragam pun. Masuk-masuk kereta, ada bantal sorang sebiji, ada selimut, kejap je dah belayar ke alam mimpi...

Dua beradik yang setia tidur dalam kereta setiap kali ke Batu Pahat....mama sayang korang!!!!!

Ini usaha kecil yang kami lakukan untuk sang anak syurga. Mudah-mudahan Allah beri kami kekuatan, kukuhkan ikatan kasih sayang keluarga kami dan jadikan kami insan yang sentiasa redha dan berlapang dada dengan ujian yang tiba. Berat mata memandang ujian yang datang, berat juga pahala yang Allah nak hadiahkan pada kita. InsyaAllah, dengan berlapang dada kita takkan rasa terbeban dengan apa yang dilalui sekarang dan pada masa akan datang. Usaha dan terus berdoa...selebihnya bertawakkal.....

Biarpun seminggu 2-3 kali perlu berulang alik, insyaAllah kami mampu melakukannya. Mudah-mudahan kami juga diberikan kesihatan untuk terus menggagahkan diri. Mudah-mudahan perawat-perawat juga tak jemulah tengok asyik muka budak ni je yang muncul kan...kan...hihihi....Terima kasih banyak-banyak kepada you all yang sudi memberikan rawatan untuk Aiman Haziq. You all pun berusaha, selebihnya kita kena percaya semuanya terletak pada Dia yang Maha Kuasa......Kalau nak dilihat ujian orang lain, mungkin ada yang lebih besar daripada apa yang kami lalui. Cuma bagaimana cara menanganinya itu yang penting. Semoga ujian ini menjadi penghapus dosa dan menambah pahala kepada insan-insan yang ikhlas membantu....aamiinn.......

Wednesday, September 12, 2012

Projek D.I.Y

Sejak minggu lepas mulut ni asyik memperkatakan tentang kolam air yang dilihat di rumah seorang teman. Nampak cantik, ada ikan, kura-kura dan bunyi air yang menenangkan. Maka, hasrat hati disuarakan kepada encik suami untuk memulakan misi mengadakan kolam air di rumah yang bukan luas mana pun....sambil-sambil berjalan ke tesco, kami pun surveylah harga-harga kolam hiasan. Humang ai....harganya boleh tahan, seribu ke atas.....Nampaknya rancangan tinggal rancangan sajalah...........

Dua hari lepas encik suami ajak survey ke "Elephant" di tepi Lebuhraya Pasir Gudang. Lagilah melantun harganya. Kemudian, ada pula teman yang syorkan satu lagi tempat betul-betul bersebelahan 'The Elephant" tu. Jadi hari ini saya memulakan misi untuk 'riki' harga.....Sampai di sana, bukan kolam yang menjadi perhatian, tetapi benda ni.....

Nampak sangat simple, pancuran air sahaja tanpa kolam yang besar. Terus nampak idea nak buat perkara yang sama, tak perlu ruang yang besar. Jadi selepas berfikir sejenak dan tak berapa nak panjang, saya pun belilah barang-barang ini....Beli je, yang angkat semuanya orang lain....hehe.

Tempayan

Pasu yang menjadi pertikaian dalam pemilihan warnanya...nak hitam ke coklat...akhirnya saya pilih coklat!!!!!!! Encik suami silalah redha ye....hihihihi

Pokok bunga, beli lima percuma 1.

Batu refleksologi

Draf dekorasi

Bila dah susun bunga di keliling tempayan, encik suami uruskan air

Tambah sikit batu-batu berwarna....akhirnya,final touch...

Pandangan sisi

Kos pembuatannya tak sampai separuh dari harga yang ditawarkan untuk buat kolam hiasan yang cantik tetapi puas sebab buat sendiri...Biarpun sangat ringkas, sekurang-kurangnya ada dekorasi di rumah yang merupakan idea sendiri dan yang penting, impian nak dengar bunyi air yang menenangkan tercapai. Sekurang-kurangnya bila letih buat kerja, bolehlah lepak depan air ni, duduk di kerusi kayu layan desiran air.......Kalau kaki sakit, boleh jalan atas batu refleksologi tu, dua dalam satu....meredakan tekanan dan untuk kesihatan....Inilah projek DIY yang paling menyeronokkan setakat ni....Selamat menjamu matalah ye kawan-kawan.....

Ok sambung sikit entri yang dah dipost ni ye.....setelah projek ni siap, saya muat naik ke dalam FB. Rupa-rupanya ramai sahabat yang baik memberikan info bahawa pokok yang saya fikir cantik ni rupanya boleh mendatangkan bahaya pada kanak-kanak menerusi getahnya dan dikatakan beracun. Saya ni bukanlah pakar tanaman, rasa cantik je beli...rupa-rupanya ada hitam di sebalik kecantikannya. Risau juga sebab anak-anak sukakan air ni, pasti dekat dengan pokok-pokok ni, risaulah terkena getahnya. Justeru kerana itu, saya pun pergilah semula ke nursery itu untuk menukarnya pagi tadi. Mula-mula kakak tu refused jugak nak tukar tapi lepas saya pujuk dan nyatakan kekhuatiran saya, beliau setuju. Namun begitu, beliau menyatakan bahawa pokok yang saya beli itu sebenarnya tidaklah begitu berbahaya, ada sejenis lagi yang beracun getahnya. Masih ada perkataan 'berbahaya' yang membuatkan saya takut mengambil risiko dan membahayakan orang lain. Tukar tetap tukar!!!!!!

Bila dah tukar, inilah hasilnya.....TARA...............

Bolehlah bunga ni kot..........janji ado......