Followers

Showing posts with label Projek. Show all posts
Showing posts with label Projek. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Projek D.I.Y

Sejak minggu lepas mulut ni asyik memperkatakan tentang kolam air yang dilihat di rumah seorang teman. Nampak cantik, ada ikan, kura-kura dan bunyi air yang menenangkan. Maka, hasrat hati disuarakan kepada encik suami untuk memulakan misi mengadakan kolam air di rumah yang bukan luas mana pun....sambil-sambil berjalan ke tesco, kami pun surveylah harga-harga kolam hiasan. Humang ai....harganya boleh tahan, seribu ke atas.....Nampaknya rancangan tinggal rancangan sajalah...........

Dua hari lepas encik suami ajak survey ke "Elephant" di tepi Lebuhraya Pasir Gudang. Lagilah melantun harganya. Kemudian, ada pula teman yang syorkan satu lagi tempat betul-betul bersebelahan 'The Elephant" tu. Jadi hari ini saya memulakan misi untuk 'riki' harga.....Sampai di sana, bukan kolam yang menjadi perhatian, tetapi benda ni.....

Nampak sangat simple, pancuran air sahaja tanpa kolam yang besar. Terus nampak idea nak buat perkara yang sama, tak perlu ruang yang besar. Jadi selepas berfikir sejenak dan tak berapa nak panjang, saya pun belilah barang-barang ini....Beli je, yang angkat semuanya orang lain....hehe.

Tempayan

Pasu yang menjadi pertikaian dalam pemilihan warnanya...nak hitam ke coklat...akhirnya saya pilih coklat!!!!!!! Encik suami silalah redha ye....hihihihi

Pokok bunga, beli lima percuma 1.

Batu refleksologi

Draf dekorasi

Bila dah susun bunga di keliling tempayan, encik suami uruskan air

Tambah sikit batu-batu berwarna....akhirnya,final touch...

Pandangan sisi

Kos pembuatannya tak sampai separuh dari harga yang ditawarkan untuk buat kolam hiasan yang cantik tetapi puas sebab buat sendiri...Biarpun sangat ringkas, sekurang-kurangnya ada dekorasi di rumah yang merupakan idea sendiri dan yang penting, impian nak dengar bunyi air yang menenangkan tercapai. Sekurang-kurangnya bila letih buat kerja, bolehlah lepak depan air ni, duduk di kerusi kayu layan desiran air.......Kalau kaki sakit, boleh jalan atas batu refleksologi tu, dua dalam satu....meredakan tekanan dan untuk kesihatan....Inilah projek DIY yang paling menyeronokkan setakat ni....Selamat menjamu matalah ye kawan-kawan.....

Ok sambung sikit entri yang dah dipost ni ye.....setelah projek ni siap, saya muat naik ke dalam FB. Rupa-rupanya ramai sahabat yang baik memberikan info bahawa pokok yang saya fikir cantik ni rupanya boleh mendatangkan bahaya pada kanak-kanak menerusi getahnya dan dikatakan beracun. Saya ni bukanlah pakar tanaman, rasa cantik je beli...rupa-rupanya ada hitam di sebalik kecantikannya. Risau juga sebab anak-anak sukakan air ni, pasti dekat dengan pokok-pokok ni, risaulah terkena getahnya. Justeru kerana itu, saya pun pergilah semula ke nursery itu untuk menukarnya pagi tadi. Mula-mula kakak tu refused jugak nak tukar tapi lepas saya pujuk dan nyatakan kekhuatiran saya, beliau setuju. Namun begitu, beliau menyatakan bahawa pokok yang saya beli itu sebenarnya tidaklah begitu berbahaya, ada sejenis lagi yang beracun getahnya. Masih ada perkataan 'berbahaya' yang membuatkan saya takut mengambil risiko dan membahayakan orang lain. Tukar tetap tukar!!!!!!

Bila dah tukar, inilah hasilnya.....TARA...............

Bolehlah bunga ni kot..........janji ado......

Saturday, April 14, 2012

SAYA BANGGA DENGAN KAMU....KAMU......KAMU!!!!!!!!!.........

Semalam air mata saya mengalir lagi. Dua hari berturut-turut air mata kegembiraan mengalir daripada sepasang mata yang sepet ini. Bertambah sembam dan sepetlah mata saya akibat gagal membendung air mata yang keluar. Pertama, menangis bahagia kerana mendapat tatapan daripada mata sang anak syurga. Kedua....menangis bangga dan gembira dengan kejayaan anak-anak didik menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan.

Kalau nak cerita rentetan kebahagiaan itu, panjang sangat, saya pendekkan walaupun nantinya tetap akan kelihatan panjang jugak. Anak-anak didik saya adalah pelajar pekak. Mereka ini sering saja dipandang sebelah mata. Mungkin orang lain menafikan, tapi saya yang mengajar mereka sudah sepuluh tahun memang tahu ianya berlaku. Nak naikkan nama, pandai saja cari kelebihan pelajar khas tetapi bila nak suruh buat sesuatu untuk pelajar khas...hmmmmmm.......banyak sangat cakap belakangnya, banyak sangat birokrasinya......

Bila dilihat pada kurikulum pelajar-pelajar ini pada peringkat awal, rasa macam entah apa-apa saja kan. Lebih banyak teori daripada praktikal. Susah juga nak salahkan siapa yang gubal kurikulum ini pada peringkat awal sebab mereka adalah individu yang hebat dalam bidang fesyen tetapi mereka tidak tahu keperluan, batasan dan kemampuan pelajar khas. Kalau teori...memang 'lambat'lah sikit tetapi mereka wajar di'henyak'dengan subjek-subjek praktikal kerana di situlah kekuatan mereka. Bila dibuat perbandingan dengan kurikulum pelajar normal, ada sesuatu yang pelikdi situ. Mengapa pelajar normal belajar ini tetapi tidak pelajar khas? Maka bila peluang penjajaran semula kurikulum dilakukan, inilah masanya untuk kami bertindak! Beberapa subjek dijumudkan dan diganti dengan subjek baru. Mereka belajar membuat sampel jahitan, belajar jahitan kreatif, belajar sulaman dan mereka perlu menyiapkan PROJEK pada semester akhir! Sama seperti pelajar normal, tetapi dibataskan kepada hanya sehelai pakaian supaya pelajar dapat merasai sendiri bagaimana proses buat kajian, buat design. buat pola, menyiapkan toile dan seterusnya menyiapkan pakaian akhir langkah demi langkah. Mereka perlu belajar dan melalui pengalaman itu!!!

Selepas dua tahun, hasil pertama dapat saya lihat semalam. Walaupun banyak kata-kata sindiran, kata-kata sinis daripada pensyarah lain terhadap kemampuan pelajar khas, saya sangat BANGGA dengan Norazreen Ibrahim dan Syiema yang berusaha sehabis daya untuk memimpin anak-anak ini untuk menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan saya. Saya tak pernah mengharapkan mereka menghasilkan sesuatu yang SUPERB  kerana faham dengan batasan dan kudrat mereka. Tetapi apabila mereka berjaya membuktikan bahawa mereka setara dengan pelajar normal, wajarlah air mata saya mengalir. Biarpun mungkin mereka 'biasa-'biasa' saja pada mata orang lain, tetapi pada mata saya, mereka amat HEBAT dan ISTIMEWA!!!!!

Mereka tidak tidur malam, bersengkang mata. Kadang-kadang pensyarah dah tertidur keletihan, mereka tetap berusaha menyiapkan pakaian. Walaupun hanya 9 daripada 12 pelajar yang dapat menyiapkan pakaian mereka secara keseluruhannya, baki 3 orang lagi pun saya percaya hingga ke hari inimasih berusaha menyiapkan baki-baki terakhir usaha mereka. Mereka tidak akan berhenti sehingga pakaian itu mampu disiapkan. Saya pasti ibu bapa mereka pasti akan berasa bangga sebagaimana saya berasa bangga dengan mereka. Tidak adil kalau nak dibandingkan dengan pelajar normal kerana anak-anak saya adalah pelajar sijil. Seandainya mereka diberikan setahun lagi, saya percaya tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan keupayaan mereka. Kalau ada juga kata-kata sinis yang keluar.....saya pasti bahawa orang itu tiada 'RASA' dalam jiwanya...

Saya pamerkan bukti bahawa meskipun mereka pekak, mereka adalah insan-insan istimewa di hati saya......entah berapa kali mahu saya ucapkan:SAYA BANGGA DENGAN KAMU!!!!!!!!!

Sembilan daripada 12 rekaan yang berjaya dipamerkan










Cuma sedikit sedih, LO yang bertugas pada pameran semalam tidak langsung mengiring VVIP (Pengarah) Polieknik untuk menjenguk ke bilik pameran pelajar khas. Saya sendiri sangat terkejut dengan ruangan yang diberikan untuk pelajar ini mempamerkan pakaian mereka. Nampak agak tidak sesuai....ups....mulut tak ada insuran ni kan..........memang pun......bak kata Salleh Yaacob....."Have I care?"....Mentang-mentanglah mereka pelajar khas, ruang pameran pun ala-ala semberono je kan..........Ini tidak adil!!!!!!...Kepada pihak-pihak yang berkenaan.....sila timbang kembali, renung-renungkan dan selamat take action!!!!!!!!

Entah di mana datangnya idea saya..saya usulkan kepada Norazreen untuk gamit pengarah yang kebetulan baru saja usai menikmati hidangan tengah hari untuk ke ruang pameran. Norazreen pun tanpa berfikir panjang terus menjemput Pengarah dan Ketua Jabatan ke ruang pameran. Huhuhuhu sedih saya terlewat masuk, depa turun ikut tangga lain, saya tunggu di tangga lain. Sampai-sampai lawatan habis sudah........

Pelajar-pelajar bertanyakan kepada saya siapakah yang datang melawat. Saya katakan beliau ialah Pengarah Politeknik dan saya mahu pengarah tahu kewujudan pelajar-pelajar ini serta keupayaan mereka. Saya dapat lihat riak gembira dan bangga di hati mereka kerana pengarah sudi melawat pameran mereka. Mereka batch pertama untuk kursus projek, pastilah mereka akan bangga.......sayangnya gambar tak ada..huhuhuhu..Yang penting pengarah tahu ada komuniti kecil di sini yang perlu diberikan perhatian.....

Saya perlihatkan juga pelajar-pelajar kesayangan saya dengan hasil mereka..

Nur Liyana

Rohayati

Raja Rostam

Huey Chen

Muzaini

Akmal

Pooi Yen

Siti Aminah

Siti Hajaratullaili

Ada di antara mereka memenangi anugerah..

Adam Muzaini (kiri)- Anugerah Jahitan Teknikal Terbaik
Nur Liyana -Anugerah Rekaan Terbaik
Norhayatie- Anugerah Keseluruhan Terbaik
Raja Rostam-Anugerah Port Folio Terbaik

Ada juga yang menangis bila tak menang. Kenalah memujuk.....kalah memang itu adat pertandingan. Bagi saya, mereka buat yang terbaik sudah cukup membanggakan......Lagipun hadiah ada empat saja, mestilah ada yang tak dapat kan...........


Betapa bangganya saya dengan mereka. Sayangnya lepas ini saya dah tak berpeluang jumpa mereka. Hanya bertemu di laman muka bukulah nampaknya.....Namun kami sempat bergembira semalam. Bahagia....


Wajah-wajah ceria.........

SAYA BANGGA DENGAN KAMU!!!!~~~~~~~~

Friday, March 30, 2012

Projek bandana bip

Bila cerita pasal bandana bip..teringat bandana bip untuk Yusof, anak seorang sahabat yang masih tak terhantarkan lagi. Bila tengok semula bandana bip tu, pegang-pegang, materialnya agak keras, almaklumlah cotton biasa saja. Puas fikirkan kalau nak cuba buat yang baru, material apa yang paling sesuai. Dok bersembang dengan encik suami, mata terpandang pada tuala yang biasa digunakan buat lap muntah/air liur Haziq....terus je nampak mentol depan mata.Toing-toing!!! Idea dikemukakan pada encik suami dan encik suami pun proceedlah untuk cuba buat lagi bandana bip, tapi gunakan tuala sebagai material.

Jadi projek hari ini ialah pi SAKAN dulu, cari tuala yang sederhana besarnya, harganya RM7.90. Dapatlah dua warna, merah kecoklatan dan biru. Lepas tu ke kedai kain MEWAH di Masai. Sasarannya dah tentulah kain cotton. Antara yang sempat saya sambar ni dia.....ikutkan hati tu memang banyak yang menjadi perhatian, bajet...bajet........sorrylah gambar guna digital kamera cap ayam je ni..so tak jelas sangat..


beserta tuala biru yang bakal menjadi mangsa guntingan....tuala merah dah selamat dah....

Pattern bandana bip tu saya ambil saja dari internet tapi entah di mana letaknya, cari-cari tak jumpa. Maka terpaksa gunakan bandana yang dah siap sebagai asas ukuran..letak je atas tuala dan kain...potong.....sebenarnya kalau pandai menjahit tak jadi masalah, senang saja tapi sebab dah lama tak menjahit..mesin pun mulalah merajuk. Tekan-tekan suis tak mahu hidup....Nasib baiklah ada bantuan encik suami..jimat sikit tak payah hantar ke kedai......

Bila dah siap, pikir pulak nak test kat siapa. Apa lagi....anak-anaklah jadi modelnya....

design yang terhasil.....tiga design je sebenarnya..cuba tengok betul-betul....

Haziq ni asyik gerak je..payah nak suruh jadik model..huhuhu

yang ni guna tuala (depan)

yang ni guna cotton depan belakang

yang ni pun sama, cotton depan belakang

ha yang ni...tuala tadi tu  tapi bahagian belakang...boleh guna dua-dua bahagian...

Kredit kepada anak sulung, Amirul Rahimi yang sukarela jadik model sambilan malam ni. Terima kasih ye sayang mama...Kepada sesiapa yang minat bolehlah menjahit bandana bip ni untuk anak-anak, senang bila time anak-anak makan, dah takyah bawak tuala lagi. pasangkan aje kat leher..tapi kalau Haziq....mau belengas..mau menjerit dia panas....hukhukhuk....Jimat pun jimat....