Followers

iklan..iklan......

Friday, September 30, 2011

Sulaman reben

Pagi tadi mengajar student buat sampel sulaman reben  untuk tugasan mereka. Sambil-sambil tu tugasan tersebut bakal dijadikan bahan untuk pameran dalam simposium keusahawanan orang kurang upaya (USAHA'KU 2011) yang bakal diadakan selama seminggu di UTM Ogos ini. Alhamdulillah sampai ke petang, sampel cikgunya pun siap jugak. Release tension bila duduk menyulam ni. Rasa hilang masalah, rasa hilang tekanan...

Sekadar kongsikan hasil saya hari ini dan hasil lama yang entah bila nak diframekan...

chantek tak? hihihi

Ini hasil yang dah lama siap...

Buat dalam kelas sejak pagi, sempat jugak siapkan di pejabat petang tadi...nasib baik petang tak ada kelas....sampel untuk pelajar.....

Lepas ni cadangnya kalau ada masa nak buat lagi sampel. Buat pattern bunga yang lain pula. Kena buka buku dulu, tengok kaedah membuatnya, baru apply untuk jadikan sampel. Best....nak settlekan sulam reben dulu, lepas ni bakal fokus pada sulam benang pulak.

Dalam hati ingat nak bukak kelas untuk sulaman manik, reben dan benang tapi tak tahulah ada ke yang berminat?????...

Wednesday, September 28, 2011

Selepas 10 tahun

Malam tadi antara momen yang sukar dilupakan apabila beberapa ornag bekas anak murid yang pernah menjadi anak didikku datang beraya. Biarlah raya dah habis pun tetapi ingatan itu yang sangat dihargai. Salah seorangnya adalah anak murid kacukan Arab..memang cantik. Bayangkan selepas 10 tahun, baru bertemu secara berdepan...Masih lagi anak dara tau.....

Beberapa yang lainnya dah beranak pinak, ada yang dah ada 3 orang anak, ada yang baru seorang...Rasa terharu sebab masih diingati dan mereka tetap mencari bila tiba raya. Rasanya kalau mereka selalu datang pun tak apa. Mereka ni siap mesej tanya kita ada kat rumah atau tidak....bila boleh datang...Rasanya kalau ada pensyarah yang lama-lama masih ingat wajah mereka ini...tapi gambar tak berapa nak cantik.Angle salah..hihihi..

Dua beradik, si kakak Yusyanelah bekas pelajar tahun 2002, adiknya tahun 2005.

Makan sambil bersembang.Seorang dah tergolek tak sihat..

Meriah..seronok...enjoy tengok mereka makan...

Inilah dia Azliza Rahmatullah

Cikgu dengan murid dah sama aje...

Lagi satu angle yang tak bagus....huhuhu

Lamalah jugak bersembang. Dari pukul 9 lebih, pukul 11 lebih baru mereka balik. Walaupun hari ini kerja, hilang mengantuk sebab kedatangan mereka. Walaupun mereka ni tak boleh mendengar tetapi penghargaan buat saya apabila mereka masih mengingati....

Monday, September 26, 2011

Seminar Celik PIPI (Physical,Intervention, Pshchological, Intelectual) Siri II 2011

Alhamdulillah, semalam sekali lagi persatuan Celik PIPI berjaya merealisasikan seminar kedua sebagaimana yang disasarkan bagi tahun 2011 sekali dengan sambutan hari raya Aidilfitri. Macam biasa, Dewan Seminar Monash University menjadi venue tetap kami. Terima kasih kepada Dr Ngim Chin Fang di atas kerjasama yang diberikan kepada seluruh tenaga kerja Persatuan Celik PIPI yang belum didaftarkan secara rasmi ini. Jangan risau, usaha sedang dijalankan ke arah itu. Mudah-mudahan berjaya. Senanglah kami hendak bergerak walaupun kebanyakan warga kerjanya bekerja, atau suri rumah menjaga anak-anak super di rumah.

Seminar kali ini membawa dua orang pakar dalam bidang rehabilitasi dan juga pakar kanak-kanak.

Dr Paul Fullerton
Peads Specialist @Monash University
Dr Leong Be Kim
Pakar Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail

Sedikit perkongsian daripada kedua-dua speaker yang boleh dikongsikan bersama ibu bapa anak-anak CP:

Dr Leong bercerita mengenai bagaimana menilai dan pengurusan kanak-kanak CP untuk berjalan. Seperti yang kita tahu,CP merupakan keadaan di mana kanak-kanak mempunyai masalah perkembangan otak di bawah usia 2 tahun menyebabkan kebanyakan kes melibatkan lemah anggota dan posture tubuh yang tidak betul. Masalah yang sering melanda kanak-kanak CP ialah sawan, masalah pendengaran, masalah mata, perkembangan motor dan sebagainya. Dalam 1000 kelahiran, biasanya akan terdapat 1 atau 2 kes anak-anak CP.Sekiranya kes yang berlaku dikesan sewaktu usia kanak-kanak di bawah 2 tahun, kebarangkalian untuk dipulihkan adalah tinggi.

Punca CP antaranya disebabkan oleh 3 faktor utama iaitu sebelum kelahiran (70%), semasa kelahiran dan selepas kelahiran.

Sebelum kelahiran:
-jangkitan dalam kandungan
-stroke
-genetik
-metabolik

Semasa kelahiran: 
-jangkitan kuman
-kekurangan oksigen
-pra matang

Selepas kelahiran:
-meningitis
-kecederaan otak
-jaundis
-kesan ubatan/dadah

Tipografi kanak-kanak CP: Hemiplegia (sebelah badan sama ada kiri atau kanan), Diplegia (kedua-dua kaki atau tangan), Quadriplegia( melibatkan 3 anggota), Athetoid, Dystonic dan ataxic.

Fungsi kanak-kanak CP:
Level 1- Boleh berjalan tanpa dibantu, kecuali pergerakan tahap tinggi seperti melompat
Level2 - Boleh berjalan tanpa dibantu, tetapi memerlukan bantuan alat pada mulanya.
Level3- Memerlukan bantuan alat untuk berjalan
Level4- Memerlukan kerusi roda, tetapi boleh menolak sendiri, ada peluang untuk berjalan, lebih masa atas  
             kerusi roda
Level5- Susah duduk, memerlukan pertolongan sepenuhnya.

(Di mana tahap anak-anak kita? Anak saya masih di Level 5) dan saya yakin suatu hari nanti dia akan sampai ke Level 3 sebelum terus ke level yang lebih tinggi.)Amin Ya Allah...

Kebanyakan kes CP adalah diplegia (masalah di bahagian kaki) di mana ada yang dua-dua kaki lurus ke bawah, ada juga kaki yang lurus tapi lutut bengkok. Ada kes juga pergelangan kaki nampak lurus tapi sebenarnya 90% dan ada kaki yang bengkoknya 30%. Biasanya doktor akan lihat keadaan kaki anak-anak sama ada memerlukan bantuan kasut khas ataupun memerlukan injection botox. Jalan terakhir adalah pembedahan bagi masalah urat pendek dan aligtment yang tak betul. Kita biasa juga tengok kaki anak-anak CP yang bersilang, berjalan menjingkit atau berjalan dalam keadaan terhincut-hincut. Biasanya doktor akan nilai dulu apakah rawatan yang boleh diberikan atau apakah alat yang paling sesuai digunakan bagi membantu anak-anak CP.

Dr Paul pula membincangkan berkenaan masalah perut anak-anak CP. Payah juga nak faham walaupun Dr Paul dah bercakap sebiji-sebiji....mana tidaknya, slang dia yang tak tahan tu....have jadi macam half....bowel dengar macam towel...like jadi macam loike...tapi buat-buat faham jelah....Kena akui bahawa anak-anak CP kita selalu ada masalah berkaitan perut. Kadang-kadang perut kembung, kadang-kadang muntah-muntah, masuk-keluar,masuk -keluar..kadang-kadang beraknya keras...kadang-kadang coroi......nak telan makanan susah, kadang-kadang makanan dah masuk ke perut, tiba-tiba keluar semula....

Kalau kita perhatikan, anak-anak CP kebanyakannya kurus aje. Masalah-masalah di atas boleh menyebabkan kekurangan zat, kanak-kanak jadi lemah, tidak berminat untuk bermain apatah lagi untuk menjalani sesi terapi. Kanak-kanak yang ada masalah untuk menelan biasanya dah menghadapi masalah ini sejak lahir. Bila ini berlaku, kita sebagai mak bapak pun kadang-kadang takut nak beri mereka makanan lebih-lebih lagi, akan mengambil masa yang lama untuk beri mereka makan. Akhirnya, ibu penat dan anak pun penat.

Bagi anak-anak yang selalu beraknya keras, kadang-kadang berbiji-biji macam tahi kambing (Kena akui ni)...biasanya sebab anak-anak kurang cecair dalam badan. Kanak-kanak juga lambat mengawal otot bawah badan dan sukar untuk meneran. Kesian tengok kalau Haziq meneran,merah-merah muka......jadi mak ayah kena ubah diet anak. Lebihkan serat...kalau anak-anak tak boleh makan makanan pejal, nak taknak kenalah bagi dalam bentuk cecair..jus ke..bubur ke...yang penting anak-anak makan. Cuma makanan yang cair ni memerlukan banyak kali anak-anak perlu diberi makan sebab tak sekenyang makanan pejal. 

Sebenarnya susah juga nak kata apa yang boleh,apa yang tak boleh dalam soal pemakanan anak-anak CP ni. Tak ada banyak kajian yang menyatakan saranan perubatan itu sesuai untuk kanak-kanak CP. Apa yang penting, jangan takut nak bagi anak-anak makan seawal mungkin kalau anak-anak itu tak ada masalah menelan. Tak perlu sekat-sekat..cuma kena ikut kesesuaian. Kalau tak boleh telan, boleh guna tiub. Kalau tak mahu yang keras, kita bagi yang lembik. Kalau tak boleh teran, kita kasi pelincir lactalose...begitulah...sebagai parent kita kena sendiri berani try and error...kadang-kadang apa yang kita buat juga melangkaui apa yang pakar-pakar perubatan ni jangkakan. Dr Paul kata, yang penting anak-anak boleh enjoy sewaktu masa makanan dan enjoy dengan rasa makanan yang kita berikan.

Ada juga beberapa jenis rawatan yang boleh digunakan dalam merawat masalah akibat pemakanan di kalangan anak-anak CP antaranya:
i. Gastrostomy (tiub dimasukkan melalui kulit terus ke perut supaya makanan boleh terus masuk ke perut melalui tiub)
ii. Endoskopi (masuk tiub daripada mulut terus ke bahagian perut supaya makanan terus masuk ke perut dan tidak masuk ke paru-paru.
iii. Fundoplication (pembedahan)

Memang seronok sebab ada saja ilmu baru yang dapat diterima. Sedikit gambar sepanjang seminar tersebut. Tak sempat nak  ambil banyak gambar sebab jadi MC, takde can nak jalan-jalan......

Dr Ngim bersama Dr Leong..

sempat bergambar dengan speaker di akhir seminar

Sedondon sekeluarga..

sesi soal jawab

waktu makan-makan...

Ibu dan anak berbaju hijau...

Yang baju merah tu Tasha..OT di HSA..orang paling kuat kerja walaupun orangnya kecik ajerr

Sesi 'tapau'...

Anak-anak yang seronok bermain

Timbalan Pengarah Klinikal HSA
Wakil Rasmi Pengarah dan perasmi seminar

InsyaAllah kalau ada seminar lagi, saya akan war-warkan dan akan kongsikan sedikit sebanyak dengan kalian semua ye....

Friday, September 9, 2011

Manik punya cerita....

Pagi ni kelas sulaman macam biasa. Masih lagi sambung beberapa teknik sulaman manik. Topik sulaman benang dengan sulaman reben dah habis. Tinggal sulaman manik je sebelum semua pelajar kena buat tugasan dan portfolio terakhir. Hari ni ajar 4 teknik lagi. Masa nilah tengok perkembangan budak-budak ni. Ada yang buatnya ok, ada yang subjek lain tak ok, subjek ni ok. Pening jugak kadang-kadang tengok perangai budak-budak ni...Biarlah budak-budak ni dapat kemahiran, paling tak nanti keluar sambil-sambil kerja boleh jugak ambil upah menjahit manik. Boleh tahan jugak upahnya.....

Masa dalam kelas tadi, macam-macam gelagat, macam-macam gaya..tak percaya?

khusyuk...tak sedar pun orang ambik gambar dia..

mau patoh tengkuk nie....

Ini hasil saya setakat hari ini cikgu.....

Yang ini saya punya....


aha..akhirnya.....

ini hasil kerja Salwa, pelajar yang paling kuat berangan dalam kelas...

Sayalah Salwa....hihihi

Dua budak hitam...

Yang ini pulak....asyik menjeling aje kerjanya kalau marah.....

Cuba tengok muncung si Rubaizah ni....

Sukanya Hidayah......

Punyalah mengantuk...keje tak siap....

Kadang-kadang hati yang panas jadi sejuk bila tengok budak-budak ni....kalau tak percaya, cuba ajar diorang ni..mesti tingkat kesabaran akan bertambah....Apa yang penting bila diorang ni keluar nanti, mereka ada kemahiran. Bukan kena bayar pun belajar melainkan beli bahan..teknik, semua dapat FREE aje...taknak??ruginya...............

Thursday, September 8, 2011

Suka....suka..suka....terima kasih cikgu Ain......

Malam semalam hati tergerak nak telefon seorang member yang sama-sama berkongsi kelas untuk mengajar pagi ni. Saja nak pastikan ada ke tidak dia pagi ni. Kalau ada, logo ati den...Kalau dia tak ada, cuak kepala lutut nak mengadap budak-budak dalam kelas nanti. Mana tidaknya? udahnya awak tu bukan orang bidang, kena mengajar subjek bidang. Nak pergi kursus pun asyik le isu bidang dengan bukan bidang yang menjadi halangan. Senang cerita, sengaja taknak bagi peluang pergi sebab tak ada faedahnya kan orang bukan bidang sibuk-sibuk nak belajar...........hmmm...ada aku kesah sekarang????

Mujurlah member tu kata dia akan ada pagi ni. Fuh...fuh..kembang kempis perut ni memikirkan kalaulah dia tak ada. Mau rasanya kelas tu dibatalkan gara-gara cikgu yang tak kompeten. Kan ke kesian dengan anak murid....Masuk je kelas tu, student dah siapkan latihan yang asas-asas. Kalau setakat senang-senang bolehlah ajar tapi bila dah masuk part yang agak berbelit, mau ting tong toing jugak kepala nak menerangkan pada pelajar-pelajar yang tidak mendengar. Sambil-sambil memberikan latihan, aku pun duduk dan mula bermain kertas. Seronoklah pulak..............mula-mula takut-takut, lama-lama seronok. Main-main gunting kertas, tampal-tampal..terus terfikir nak lengkapkan fail pola pakaian yang dah dikumpul sejak bertahun-tahun sejak mula kena mengajar pola pakaian. Dapatlah 5 latihan setelah berguru, alhamdulillah....sangat mengujakan...suka!...suka!!!!

Ni ada masa senggang sikit ingat nak sambung latihan dalam kelas nanti, jadi bolehlah bersedia untuk kelas minggu depan. Sekurang-kurangnya bila pelajar masuk, cikgunya dah bersedia dengan jawapan dan kaedah membuat manipulasi lisu. Macam tak percaya dapat belajar sesuatu yang mulanya dianggap susah tapi berkat sabarnya mak guru yang mengajar, alhamdulillah...Terima kasihlah Cikgu Ain!!!!hehehehehehehe...

Wednesday, September 7, 2011

Marhaban ya Marhaban...

Seminggu berhari raya dengan keadaan anak yang demam agak suram rasanya. Pejabat pula dah memanggil-manggil supaya datang bekerja seperti biasa. Almaklumlah, student dah habis bercuti...kenalah mengajar macam biasa. Di kawasan perumahan pulak akan bermula program marhaban yang saban tahun menjadi rutin semasa musim raya. Di jabatan-jabatan juga telah bermula sejak semalam. Sayangnya semalam tak dapat bersama-sama  kerana berpuasa. Tetapi hari ini alhamdulillah, dapatlah bersama-sama di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Marhaban memuji Rasulullah, puji-pujian mengagungkan Rasul junjungan tanda kasih kita kepadanya. Selain dapat mengeratkan ukhwah antara ahli yang hadir. Cuma apa yang saya perasan, sesuatu yang kurang sesuai dilakukan oleh kita yang dewasa ni. Saya cukup suka dapat berjumpa kawan-kawan lama...dapat berbual..dapat sama-sama melagukan marhaban. Cuma yang kurang seronoknya apabila tiba acara dihidangkan makanan yang sememangnya tersedia di atas meja. Rasa malu pun ada, nak marah???tidak secubit ada di hati cuma kesal dengan sikap rakan-rakan yang sepertinya bertahun-tahun tak nampak makanan. Semuanya menyerbu macam tak cukup makan. Jahat kan kenyataan ni???? Cubalah kita bayangkan rakyat Somalia yang dilanda kebuluran. Tatkala kita berebutkan makanan yang melambak-lambak, mereka di sana berebutkan makanan yang sedikit sekadar untuk mengisi perut yang kosong entah berapa lama.

Bila dilihat dan dihitung-hitung situasi yang berlaku di depan mata, menggeleng saya dibuatnya. Kadang-kadang mereka ni lupa agaknya bahawa setiap rezeki yang dihidangkan kepada kita, ada hak untuk orang lain juga. Kasihan melihat kawan-kawan yang tidak agresif, cukuplah apa yang tinggal...alhamdulillah, inilah rezeki pada hari ini. Jauh sekali hendak mengeluh cuma kesal dengan sikap rakus insan-insan yang memiliki akal tinggi yang dikurniakan Allah. Nikmat marhaban seakan hilang manisnya dengan keadaan yang berlaku. Nampak tak manis, nampak tak sopan hingga rasa malu pula hendak berada dalam majlis sebegini. 

Ya Allah, kau jauhilah aku daripada sikap rakus dan terburu-buru. Kau hindarkanlah aku daripada syak wasangka, Kau izinkanlah aku terus berbaik sangka, Kau bukakanlah hati-hati hambaMu untuk tetap di jalanMu dan kau berkatilah setiap rezeki yang telah Kau kurniakan kepada kami serta Kau jauhilah kami daripada azab nerakaMu ya Allah...

Monday, September 5, 2011

Sofiyah dan kawan barunya......

Rasanya dah beberapa bulan rumah ni disinggahi oleh seekor kucing yang tak faham bahasa. Dah namanya pun kucing kan..mana faham bahasa manusia. Dimarah ke, dibuang ke luar ke...semuanya dia buat tak reti aje. Makin dihalau makin dia menggesel-gesel di kaki. Rimas betul!!! Bukanlah anti kucing, cuma kurang selesa sebab Rahimi kan ada asthma...karang tak pasal-pasal kena cari ubat untuk alahan baru pulak. Lama kelamaan, dah lali dah..ikut suka kaulah kucing..nak datang ke...nak apa ke..janji bahagia. Suami pulak rajinlah pulak belikan makanan kucing. Sofiyah??? Ui...punyalah sukanya bila ada kucing tu....

Akhir-akhir ni datang lagi seekor, yang ni kategori masih anak-anak. Lagilah Sofiyah tak tentu hala dibuatnya dek geramkan kucing tu. Semalam suami bawalah Rahimi dan Sofiyah ke Kipmart beli barang, nak masak sikit sebab mak dan Long nak datang hantar Athirah. Suami kesian pada kucing tu, dok diam bawah tayar lori, nanti karang tak pasal-pasal pulak kitorang kena gali lubang kebumikan kucing. Ei..tak sanggup mak!!!. Suami telefon menyatakan hasrat nak belikan Sofiyah sangkar kucing. Punyalah tolak tak mahu ada kucing di rumah, akhirnya mengalah jugak. Tapi syaratnya mudah, dah ada kucing, tak boleh malas buat kerja sekolah, tak boleh malas pergi sekolah, kena dengar cakap mama dan ayah, kalau tidak....jeng-jeng...'selamatlah' kucing itu bakal disingkirkan. Nampaknya, umpan berjaya setakat hari ini. Fuh.....dah ada bahan untuk mama dan ayah ugut Sofiyah ni.kikikikikikiki....

Yang ni yang dah lama dok bertandang di rumah. Ada orang belai, huh lagi manja menggesel-gesel..tak tahan mak......
Selamat datang kepada tetamu baru siap dengan sangkarnya berharga RM200. Terkorbanlah duit raya Sofiyah..itupun dengan bantuan mama...kalau tak takde can dapat beli sangkar besar ni ha....
Baru-baru datang nak tunjuk garang...Cabut gigi tu karang....

Siap belikan mainan. Sepanjang hari dok melayan kucing ni ha turun naik sangkar yang bertingkat-tingkat. Kononnya....

Sofiyah ni sebijik mamanya. Dulu mama dia pun suka kucing jugak masa zaman budak-budak. Dah besar panjang je malas nak membela dan menjaga. Ayah Sofiyah siap tolong Sofiyah mandikan kucing ni, siap wangi-wangi lagi......Ikutlah korang..janji bahagia....

Saturday, September 3, 2011

Patutlah.....

Semua orang sibuk dengan persiapan menyambut hari raya seminggu lepas. Beli kuih rayalah, kemas rumah beria-ialah..pasang lampu lip lap lip lap...ada yang masih pasang pelita tapi aku masih lagi tak buat apa-apa. Hatta kuih raya pun baru je beli sejenis daripada kawan di pejabat. Tak tahulah kenapa raya kali ini tak meriah rasanya....Baju raya? Pukul 5 pagi, hari Isnin bersamaan 29 Ramadhan baru siap.....dapatlah dua pasang untuk diri sendiri dan anak perempuan. Baju yang lelaki semuanya sempat beli sewaktu balik ke kampung dua minggu sebelum raya dulu....kalau nak ikutkan, tak kuasa nak menjahit tapi memandangkan sunnah memakai pakaian yang baik pada pagi aidilfitri, gagahkan jugalah. Paling tak pun, baju raya pasti akan jadi baju kerja. Dua dalam satulah kiranya.....

Balik sehari sebelum raya, memang tak pernah dibuat sejak 8 tahun berkahwin. Entah kenapa masing-masing pun rasa macam nak taknak je berkemas nak balik beraya. Dengan si Rahimi yang menunjukkan tanda-tanda akan demam, lagilah kurang moodnya....

Sempatlah berbuka pada hari terakhir di rumah abang ipar. Kemas sikit-sikit rumah ayah mertua untuk persiapan pagi raya. Memasak? Birasku punya 'part'...kami cuma tunggu je makanan siap. Sehari beraya, Rahimi dah mula demam. Jadinya...memanglah tak ada hati nak beraya. Malam raya pertama ke Segamat pula. Rahimi demam lagi.Hinggalah ke hari Jumaat Rahimi masih demam. Patutah rasa macam tak seronok nak beraya, rupa-rupanya anak nak demam. Tak ke manalah raya kali ini. Jumaat malam bertolak pulang ke Pasir Gudang, Rahimi masih demam. Bila anak demam, mak bapak pun 'demam' jugalah.......

Patutlah........