Followers

iklan..iklan......

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar: siapakah pemuda hebat ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam penghargaan buat semua yang masih sudi memperuntukkan masa menelusuri laman tintajemari ini. Jujurnya entri ini sepatutnya saya coretkan semalam usai menonton sebuah video yang benar-benar memberi kesan yang mendalam, namun Allah menguji saya dengan migrain sepanjang hari. Ujian kecil ini membantutkan perancangan saya untuk menulis. Alhamdulillah, hari ini terasa sedikit segar dan ingin saya kongsikan tentang apa yang seharusnya saya luahkan.

Saya menonton sebuah video berdurasi hampir 25 minit. Kalau ikutkan hati, memanglah tak larat nak menonton video dalam keadaan yang tidak bermaya namun entah mengapa saya mampu gagahkan diri untuk menonton video tersebut hingga akhir, sehingga terasa bulu roma saya meremang dan ada satu rasa aneh yang menyelinap...sukar hendak dijelaskan...beberapa hari ini tersebar video tersebut dan saya bagaikan terpanggil-panggil untuk sama-sama menonton. Seolah ada sesuatu yang memanggil-manggil saya untuk menontonnya.

Saya tidak terlalu terkesan dengan tayangan seawal kelahiran anak muda bernama Ahmad Ammar ini yang telah bertemu Sang Pencipta pada 1 Muharram 1435H di bumi Uthmaniyyah, Turki, bumi di mana beliau melanjutkan pengajian. Namun begitu, rasa aneh itu mula datang tatkala saya melihat perkembangan  anak muda yang boleh dikategorikan sebagai adik ini daripada usianya di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan setiap inci perkembangannya hingga kepada penglibatan beliau dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Saya sendiri tidak mempunyai kekuatan dan semangat sepertinya. Bila melihat dan merenung wajahnya, seakan-akan terasa begitu dekat dengan diri kita.Sukar saya nak ungkapkan bagaimana...

Almarhum meninggal kerana dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Turki. Saat paling menyentuh ruang hati saya yang paling dalam ialah tatkala melihat ketenangan wajah almarhum sebelum dimandikan, seakan-akan sedang tidur dan lena dengan begitu lena. Terasa sangat indah apabila melihat wajah Almarhum kala itu. Lebih mengesankan apabila melihat peluh yang masih keluar di keliling mata dan dahi Almarhum dan ianya adalah salah satu tanda kematian husnul khotimah...yang memang dinanti-nantikan bagi hambaNya yang terpilih. Ini mengingatkan saya dengan pemergian almarhum ibu mertua saya yang dapat saya saksikan di depan mata, berpeluh-peluh dan masih terasa hangat tubuhnya sewaktu jenazah hendak dimandikan. Allahu Akbar!

Banyak momen yang menyentuh hati saya. Bayangkan entah berapa ramai yang memberikan hadiah solat jenazah untuk Almarhum. Berebut-rebut orang mahu mengusung keranda beliau hingga ke tempat pemakaman. Dari sudut mata kasar saya, jenazah almarhum bagaikan kapas yang ringan kerana tidak terlihat bebanan yang mengusung malah seakan terlalu ringan. Beruntunglah ibu bapa yang melahirkan anak ini...Impiannya untuk syahid di bumi Syria namun Allah tangguhkan agar dapat syahid di bumi Uthmaniyyah...bumi di mana para sahabat Anbiya disemadikan. Indahnya perjalanan anak muda ini yang hakikatnya langsung tidak saya kenali.

Tiada setitis air mata abahnya yang saya lihat menitis sepanjang rakaman video. Begitu juga ibu atau umminya. Mana mungkin tiada sedih di hati kehilangan putera tercinta namun berbahagialah kerana jelas kelihatan pengakhiran yang baik untuk almarhum. Kita sama-sama doakan almarhum mendapat darjat tertinggi di sisi Allah. Mengembara dan berkelanalah untuk lebih memahami apa yang perlu kita lakukan, apa yang perlu kita sumbangkan sebagai khalifah Allah. Allahurabbi...terasa banyak kekurangan diri dibandingkan dengan anak muda ini...terasa banyak lagi yang perlu dilakukan....Allahurobbi.......

Wednesday, November 6, 2013

'Ter'sauk jugak.....RESEPI PEMAKANAN RASULULLAH"...

Assalam dan kembali bersiaran...

Hari ni saya nak kongsikan tentang buku yang baru saja saya 'sauk' di kedai buku. Sebenarnya melayankan anak-anak....Bila keluar dengan ayah...dah di'paw'nya ayah...keluar dengan mama...depa tau mama kalah dengan muka pussy cat dalam cerita shrek tu...mulalah depa minta dikasihani...nyampah....mama pun bila jejak je kaki di kedai buku, hmmm....tewas jugak...lagi pula anak-anak memang sukakan buku...lebih-lebih lagi sang puteri...mujur suka buku...kalau suka yang entah apa-apa...lagi haru....kesian kat adik-adik ipar yang menunggu...serik join kakak ipar dan anak-anak saudara kalau ke kedai buku....itu baru kedai buku kecik....Dapat kedai buku besar...mama tak larat poket jelah....

Berbalik cerita tentang buku yang menjadi 'saukan' saya. Biasa kan kita dengar..."don't judge the book by its cover"...biasa kan? Tapi hakikatnya...bila nak membeli memang tengok cover dulu pun. Bila tengok 'macam cantik jerr...macam comel jerr...macam menarik jerr'...barulah lihat muka belakang buku...kemudian barulah selak-selak isi kandungannya. Puas ke hulu ke hilir...ke depan ke belakang...mundar mandir...akhirnya sepasang mata saya ni terpaku pada sebuah buku....

Ha ini buku yang mencuri perhatian sang mata. Covernya pun dah kelihatan menarik kan? Bila lihat isinya....lagi teruja untuk menjadikan buku ini sebagai salah satu koleksi buku di rak buku di rumah.

Buku yang mengandungi petua pemakanan Rasulullah serta resepi-resepi berasaskan pemakanan Baginda. Sangat berbaloi-baloi!!!

Mungkin Tuan Puan bakal teruja juga mendapatkan buku ini nanti. Sedikit yang mahu saya kongsikan berkenaan "CARA MAKAN RASULULLAH"....

1. Cara duduk Rasulullah ketika makan
Baginda duduk dalam posisi 'mutawarikan" iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit, atau duduk seperti tahiyyat awal.

Apabila dihidangkan makanan....
Baginda membaca "Alhamdulillahi hamdan kathiran thoyyiban mubarokan fihi, ghaira muwadda'iw wa la mustaghnan 'anhu Robbana" (Segala puji bagi Allah, puji yang baik lagi berkat padanya, puji yang tidak pernah berhenti dan puji tidak akan mampu lisan menuturkannya, Ya Allah Rabbal 'Alamin). Sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kanan dan apa yang ada di hadapanmu (HR Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

2. Makan makanan yang terdekat.

3. Mulakan makan dari tepian, bukan tengah kerana keberkatan turun daripada puncaknya (ke bawah)

4. Sebelum makan, Baginda mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingking lalu Baginda menghisap garam itu. Kemudian baru Rasulullah makan makanan itu.

  • garam ialah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan
  • Dua cecah garam bersamaan satu liter air mineral
  • Garam sebagai penawar paling mujarab untuk merawat keracunan
  • Garam berfungsi menghalang sihir dan gangguan makhluk halus

5. Elakkan makan dan minum sambil berdiri

6. Baginda tidak pernah mencela atau mengaibkan makanan. "Apabila suapan seseorang kamu terjatuh, maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudaratan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah ia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).

7. Menghindari isrof iaitu membazir ketika makan. Cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Sabda Rasulullah "Cukuplah bagi manusia itu beberapa suapan makanan, walaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk nafasnya (HR Muslim)

8.Gemar makan dalam dulang  bagi mewujudkan kemesraan dan tingkakatkan kasih sayang.

9. Berbual-bual ketika makan iaitu membicarakan hal baik-baik.

10. Baginda tidak makan makanan yang panas.

11. Menjilat tiga jari selepas makan (jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari). :Apabila seseorang sudah makan hendaklah ia menjilat jari-jarinya kerana sesungguhnya diatidak tahu mana satu makanannya yang berkat. Mengunyah 40 kali untuk memastikan makanan benar-benar hancur supaya mudah diproses sistem pencernaan.

InsyaAllah entri akan datang saya kongsikan cara minum Rasulullah ye.Allahu Akbar!!

Saturday, November 2, 2013

Susah nak percaya?: Testimoni BVSM Edisi 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua yang melawat laman saya? sihat? Mudah-mudahan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berterusan....

Menjengah ke laman blog sendiri...baru perasan bahawa sudah lama saya tidak mengemas kini apa yang sepatutnya. Kali ini saya masih lagi dok nak kongsikan kebaikan tentang BVSM. Maaflah yek kalau ada yang tak suka...bolehlah singgah laman lain dan jangan lupa singgah semula laman saya bila-bila berkesempatan ye.....saya tiada masalah dengan itu. Kepada yang masih terus mahu menantikan bait-bait taipan hingga ke noktah terakhir...saya doakan semoga kalian terus diberikan kesihatan yang berterusan.

Kenapa asyik-asyik nak cerita pasal BVSM ni? Hebat sangat ke produk ni? Ada yang kata...selimut je pun......bukan selimut Jepun ye....Sebenarnya kalau korang nak tau...(pandang kiri kanan tengok ada orang skodeng ke tak..hihihi). Saya masih belum puas kongsikan kebaikan BVSM ke seluruh alam sebab alam ni besar....luas....nak share dengan kawan-kawan pun tak habis lagi tau...itu belum lagi yang tertelan air liur, terjegil bijik mata dengar harganya...belum lagi yang sindir menyindir...tak kira lagi yang pandang sebelah mata..jeling-jeling ekor mata. Bak kata saya..."ada aku 'k'? hihihihi...Bukan apa...berkongsi perkara yang baik itu fardhu kifayah. Ada ketikanya boleh menjadi wajib sekiranya ia mampu mendatangkan kemaslahatan untuk seluruh alam. Kalau bukan kita yang dah merasa...dah melihat kesannya....nak harapkan siapa? Nak harapkan orang lain bercerita bagai nak rak tapi tak pernah pun guna? Salah kaedah perkongsian tu sayang......

Saya cuma nak bagi bayangan kat you all...ini memang belum masuk story pasal testimoni. Ini cerita soal percaya atau tidak....Cuba pegang handphone masing-masing. Kalau tidak pun duduk je depan komputer. Anda percaya semua devices tu memberikan kesan radiasi dan mempengaruhi kesihatan. Radiasi tu sampai pada kita bagaimana agaknya ye? Percaya ke kalau saya kata radiasi tu boleh sampai berdasarkan gelombang frekuensi alat-alat tersebut. Kita tak nampak pun gelombang tu tapi kita boleh percaya ianya membawa kesan radiasi. Saya percaya. Tak tahulah kalian percaya atau tidak kan.....tepuk dada..jawablah sendiri ye sama ada percaya atau tidak. Itu situasi yang pertama....

Situasi kedua...saya percaya Allah kurniakan matahari untuk manfaat alam terutama matahari yang mengeluarkan cahaya pagi yang sangat penting untuk proses fotosintesis bagi tumbuhan...proses pemulihan sel-sel manusia...meningkatkan metabolisme tubuh...membekalkan vitamin E dan sebagainya dan dibuktikan oleh sains. Banyak lagi manfaat cahaya pagi ni terutama cahaya pada waktu Dhuha. Kalau tidak, manakan disebut-sebut dalam Al-Quran...Saya percaya...kalian? sekali lagi mohon jawab sendiri. Kita tak nampak pun bagaimana cahaya tu boleh sampai kepada kita tapi kita tahu soal halaju cahaya. Kita tahu tenaga cahaya tu boleh sampai kepada tubuh kita dan memberi kesan kepada kualiti kesihatan kita menerusi gelombang cahaya. Eh saya percaya juga ni. Tuan-tuan dan puan-puan percaya ke tidak? Kita percaya banyak unsur alam yang dimanfaatkan menerusi pelbagai teknologi yang dicipta oleh genius-genius seluruh dunia untuk tujuan kebaikan. Saya percaya....anda? Cuba bezakan dua situasi ini. Bila saya selalu sebut soal BVSM...kadangkala ramai yang lupa tentang dua situasi ini atau mungkin buat-buat lupa atau memang tak mahu menerima kenyataan. Soalannya senang benau.....kalau kita boleh percaya gelombang radiasi boleh memberi kesan negatif....mengapa kita susah percaya tenaga cahaya boleh menyumbang kepada sesuatu yang positif? Isunya sama....kita tak nampak pun gelombang itu tapi kita tahu ianya memberikan kesan sama ada positif atau negatif....setuju? tak setuju takpe......fikir-fikirkan je dulu.......

Baru masuk soal testimoni....

Mungkin ramai yang terlupa atau taknak ambil tahu pun. Prinsip saya mudah...kalau kita nak kongsi sesuatu...mesti kita sudah melalui pengalaman tentang apa yang kita kongsikan. Jika tidak...itu TIDAK JUJUR namanya. Soal mahu menerima atau tidak...bukan kerja saya menentukannya. Tugas saya...kongsikan kebaikan ke seluruh alam. Kali ini saya kongsikan hanya beberapa testimoni sahaja. Mungkin ada yang sudah baca entri terdahulu saya mengenai perubahan-perubahan yang dialami oleh para pengguna BVSM a.k.a selimut ajaib, dengan izin Allah jua...

Testimoni 1 (Aiman Haziq, anak sendiri)
Diagnosis: Spastic Quadriplegic Cerebral Palsy with Global Development Delayed (GDD)
Masalah: 1. Sawan
              2. Tersentak-sentak waktu tidur (siang atau malam)
              3. Sembelit
              4. Mata tak fokus
              5. Tak berapa akhtif
Kesan penggunaan:
1. Tidur lebih lena
2.Tersentak waktu tidur dah tak ada, alhamdulillah.
3. Sawan sangat berkurangan dalam tempoh 3 bulan, hanya 2 kali serangan sawan berbanding dulu 3-4 kali sebulan.
4. Lebih aktif, mata semakin fokus
5. Lebih responsif pada persekitaran
6. Masalah sembelit berkurangan

Testimoni 2 (Diri sendiri)
Diagnosis: Konon-konon sihat...
Masalah: 1. Migrain
              2. Badan selalu letih, lesu, tidur tak cukup
              3. Sembelit
Kesan penggunaan:
Alhamdulillah....semua masalah yang dialami boleh dikatakan berkurangan 90%! Tipulah kalau kata 100 peratus. Kadang-kadang sakit jugak.....

Testimoni 3 (Abah saya sendiri)
Diagnosis: Pesakit kencing manis sejak tahun 80an, mujurlah pemakan ubat tegar..tak ada potong-potong setakat ni
Masalah: 1. Vertigo (badan tak seimbang bila berjalan)
              2. Badan selalu letih, bangun tidur nak berpicit baru boleh bangun
              3. Muka pucat, darah tak jalan dengan cantik...
Kesan penggunaan:
1. Abah tidur nyenyak...lena tidur, nak bangun pun senang
2. "Eh...abah bangun dah tak payah berpicitlah!", kata abah. Mau saya tak suka?
3. Muka dah mula naik kemerahan..badan nampak lebih bertenaga

Testimoni 4 (Ayah mertua)
Diagnosis: Pesakit kencing manis
Masalah: 1. Vertigo (badan tak seimbang bila berjalan)
           
Kesan penggunaan:
1. Badan terasa segar, tidur rasa puas.
2.Paling tak tahan....bangun pagi-pagi boleh menyanyi (perlahan)..tak pernah-pernah!!

Seorang sahabat memberikan testimoni penggunaan BVSM yang beliau sendiri tidak jangkakan hasilnya...

Puan A: 
"Akak berikan pada mak akak berumur 84 tahun..dah tua...sakit-sakit kaki, tak larat nak berjalan, makan pun tak berapa berselera. Paling sebak bila suatu hari mak call suami akak beritahu mak nak datang rumah akak!!Sebelum ni tak mahunya ke rumah anak-anak sebab tak larat!
Akak bawa pergi sarapan, hampir sepinggan makanan di pinggan habis! Berselera!...sebelum ni dia tak macam tu...
Minggu depannya mak telefon lagi nak ke rumah akak. Alhamdulillah dah larat berjalan..dan paling mengejutkan...
Esok mak akak mintak bawak dia pergi Muar!! Allahu akbar! Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui rahsia setiap kejadian dan hikmah di sebaliknya. BVSM hanya asbab kesembuhan tetapi sekiranya Puan A tidak terdetik dan berusaha memberikan peluang kepada ibunya untuk menikmati tidur dan kesihatan yang lebih baik...mungkin kegembiraan ini belum dapat dinikmati... 


Banyak lagi testimoni yang nak saya kongsikan tapi kita tunggu edisi ke-2 nanti ye. Tak ada apa yang nak diceritakan selain kepuasan bila dapat kongsikan perkara yang baik. Apa-apa pun kena buka minda untuk bersangka baik...tak salah berfikiran negatif tetapi biarlah rasional.....Saya tak kata BVSM ini yang menyembuhkan penyakit. Ia hanya asbab kesembuhan DENGAN IZIN ALLAH JUA...yang ini kena percaya.



Tidur yang berkualiti menjamin kepada peningkatan kualiti kesihatan. Bukan saya yang kata tetapi boleh minta bantuan pakcik google kalau tak percaya.

Nantikan testimoni dari saya bagi Edisi ke -2 ye. Tunggu........................