Followers

iklan..iklan......

Monday, July 27, 2009

MARI KITA BERKONGSI PETUA

Rasa lega dapat datang bekerja. Sepatutnya masih lagi dalam travelling day sebab malam tadi, hampir pukul satu sampai ke rumah. Anak pula tiba-tiba macam hendak demam. Jadinya, seolah tidur-tidur ayamlah sepanjang pagi. Namun aku gagahkan juga ke kelas kerana tak larat hendak mengganti kelas. Minggu depan kena out station lagi.
Habis sahaja kelas...aku diarah ke dewan besar kerana ada saringan H1N1. Ada pula 2 orang pelajar pekak yang mempunyai simptom selain 80 orang yang lainnya. Jadi perantaralah macam biasa. Tengahari duduk menghadap komputer riba. Hari ini aku buka folder-folder yang melambak dalam komputer riba. Terperasan pula satu fail yang aku rasa ingin aku kongsikan bersama. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada kita.

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

PERJALANAN YANG PANJANG



Bengkel Penulis Super di Wisma DPI-Invergold Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur
25-26 Julai 2009
Dup..dap...dup..dap....pukul 6.20 petang semalam aku masih lagi di Wisma DPI. Hati kecil tertanya-tanya dalam debar, sempat ke aku sampai ke Pudu? Demi meredakan hati yang resah, aku membuat kira-kira masa perjalanan. Dari Pudu ke Bandar Tasik Selatan cuma 15 minit, ada pula insan yang sudi menghantar ke stesen LRT, naik bas pukul 7.30 malam, kalau tak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, pasti aku sempat sampai. Huh.....lega, dalam perkiraanku, aku akan sampai dengan jayanya ke Pudu tanpa sebarang halangan, mudah-mudahan.....


Aku percaya kalau setiap tindakan yang dimulakan dengan niat yang baik kerana Allah, pasti akan dipermudahkan segala urusan. Hati dah tak sabar-sabar nak sampai ke JB, nak bertemu anak-anak yang sudah seminggu ditinggalkan. Rindu pada ayah anak-anak jangan ceritalah. Tambahan pula anak bongsu mencapai usia setahun tapi mamanya tiada di sisi. Mahu menitis air mata kalau ingatkan anak-anak. Aku bersyukur sangat kerana En Fauzul Naim sudi menghantar aku ke stesen LRT. En. Zamri Mohamad pun join sekali. Meskipun aku tahu sah-sah dia lebih muda daripada aku, tapi aku tetap hormat dia sebagai seorang mentor penulis yang berjaya.




Bersama En Zamri Mohamad dengan bukunya " Tips Menjadi Penulis Bestseller"








Berbual dalam kenderaan meredakan gelisah di hati. Rasa seronok sepanjang dua hari mengikuti bangkel penulisan yang dianjurkan oleh PTS Publication. Berpeluang pula bertemu penulis yang telah mencipta nama. Mungkin ada yang kenal, mungkin ada yang tidak. Tapi bagi aku, penulis ini tidak asing lagi kerana seringkali aku mendapat emel berkenaan penulisan daripadanya atau hebahan aktiviti yang dilakukannya. Berjaya pada usia muda....aku kena angkat tabik hormat pada insan-insan sepertinya. Rendah diri, rasa macam tak percaya bila melihat pada penampilannya selepas waktu bekerja. Sah orang tak percaya itulah dia!


Aku gembira dengan apa yang aku nikmati. Semua ini memang telah diaturkan dengan begitu indah dan tersusun mengikut kronologi masa dan perjalan hidup yang telah disuratkan. Hari ini aku berada di kalangan golongan penulis dan bakal penulis yang selama ini langsung tidak terjangkau dek akal fikiran biasaku sebagai seorang pendidik.


Aku ada satu rahsia yang ingin aku kongsikan bersama. Maksudnya, selepas ini ianya bukan lagi rahsia. Lainlah macam Dato'Siti, biarlah rahsia....tapi kali ni aku nak bongkarkan rahsia. Aku sebenarnya dah jumpa En Fauzul ni 8 tahun dulu. Mesti, confirm dia pun dah tak ingat. Waktu tu aku baru setahun lebih kerja. Dia datang ke tempat kerja aku buat promosi berkenaan PTS. Kalau tak silap, tahun 2002-2003. 2003 lah kot. Aku pun masih study part time waktu tu. Dia bagi name card, ambil.......tapi tidaklah pulak aku mengendahkannya.


Tapi lihatlah dunia.....selepas 8 tahun, akhirnya aku bertemu sekali lagi dengannya dalam suasana dan situasi yang berbeza. Maha Suci Allah yang telah mengaturkan segalanya dengan begitu cantik sekali perjalanannya. Aku bersyukur kerana mungkin ini juga jalan yang telah Allah dorong dan lorongkan untukku.




Bersama En fauzul Naim Ishak


Sambung cerita....... . Jam 7.20 aku sampai di Pudu, fuh......leganya jangan ceritalah. Macam lipas kudung dari stesen LRT menuju terminal bas. Dalam pada itu, sempat pula beli waffel dan hotdog sebagai santapan malam. Guna bahasa istanalah pula...Bila sudah naik bas, perasaan gembira, letih, puas, tak sabar, semua bercampur aduk menjadi satu. Tiba-tiba......................................

Aku terus capai handphone. Idea datang!!!!!!!! Kena ikut cakap tok guru, bila ada idea, terus tulis. Selagi tak tulis, tidaklah ianya dinamakan penulisan. Pantas jemariku menulis idea yang datang secara tiba-tiba. Mana sangka kan.Tiba-tiba...................


Aku rasa mengantuk sangat. Penat agaknya. Aku kemaskan langsir tingkap, aku lunjurkan kaki, aku baca doa tidur.......apa lagi......fikirlah sendiri apa tindakan selanjutnya.......zzzzzzzzzz.........


Sunday, July 26, 2009

OHTAHARA SYNDROME

Jarang kita mendengar jenis penyakit ini. General doctor pun terpaksa surf internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan penyakit ini.Kes ini jarang berlaku di negara kita. Boleh dikatakan kes terpencil. Penyakit ini berlaku pada bayi seawal usia 10 hari( dalam pantang) yang disebabkan oleh gangguan aliran elektrik di dalam otak. Bayi diserang sawan sama ada sawan seluruh atau separuh. Kecederaan di bahagian otak boleh menyebabkan gangguan neurologikal. Bayi akan menghadapi risiko kelewatan perkembangan fizikal dan mental. Rawatan yang tepat dan seawal mungkin dapat mengurangkan risiko yang lebih buruk. Ujian pendengaran, fisioterapi, occupational terapi perlu dilakukan seawal mungkin bagi menggalakkan perkembangan fizikal. Semakin lewat rawatan dimulakan, perkembangan anak-anak akan menjadi semakin lambat. Segala ujian yang berkaitan perlu dilakukan seawal mungkin untuk memantau perkembangan fisiologi bayi dan kanak-kanak.
Ibu mana yang tega bila mendengar anaknya kurang upaya. Ayah mana yang sanggup menerima hakikat bahawa permata hati mereka tidak seperti insan biasa. Namun, apa yang dipegang ialah....Tuhan hanya memberikan Ujian kepada hamba yang mampu menerimanya. Mungkin juga sebagai kifarah segala dosa, mungkin juga sebagai bukti kasih sayangNya. Hanya dia yang mengetahui segala-galanya. Sebagai insan, kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal. Selebihnya, kita serahkan pada yang empunya maya pada ini.
Meskipun berdepan kemungkinan yang tidak diduga pada bila-bila masa, pengetahuan akan membantu kita menghadapi suasana yang tidak terduga. Sindrom ini mempunyai kemungkinan akan berubah corak menjadi lebih buruk atau sebaliknya. Bagi kebanyakan kes, kanak-kanak yang dapat melalui fasa kritikal ini akan berjuang dan terus hidup walaupun berisiko hilang upaya. Namun begitu, tidak dinafikan sesetengah kes kanak-kanak akan meninggal pada usia muda. Anda pernah terdengar atau terfikir tentang West Gestault Syndrome atau Lennox Syndrome? Saya yakin anda pasti tidak pernah mendengarnya. Bagi yang tidak mempunyai keyakinan untuk mengetahui kebenaran sindrom-sindrom ini, saya nasihatkan tak perlulah membacanya di internet. Sekiranyan anda berminat,silalah cari supaya anda mendapat pengetahun berkaitan dengannya dan perlu dingat, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana jua pada bila-bila masa.

Terasa kerdilnya diri ini

Masih lagi di bengkel penulisan di Wisma DPI-Invergold Bandar Tasik Selatan. Sememangnya perjalanan ke mari telah ditakdirkan dan bukannya kebetulan. Terasa kecil sungguh diri ini. Ingatkan banyak perkara yang kita dah tahu tetapi hakikatnya masih banyak lagi perkara yang kita tak tahu dan kena ambil tahu. Hendak menulis pun mesti berguru supaya kita tidak salah tujuan. Mencari guru pun perlulah guru yang dapat memberi ilmu yang dapat diwariskan supaya tidak tersasar haluan. Bengkel ini membuatkan aku terasa masih lagi jauh perjalanan yang harus kutempuhi, masih lagi banyak perkara yang perlu aku pelajari dan banyak lagi liku-liku hidup yang bakal aku harungi. Impian bertemu insan-insan yang hebat dalam dunia penulisan sedikit demi sedikit dapat aku gapai peluang itu. Indahnya perjalanan hidupku.Alhamdulillah ya Allah. Kau berikan aku pelangi yang indah.

Ilmu itu seluas lautan

Maha Suci Allah yang telah mendorong aku sebagai hambanya untuk terus menuntut ilmu dalam meneruskan perjalanan kehidupan. Sebagai manusia, kadang-kadang kita meminta ros yang berbunga kembang, namun sering kita diberi kaktus berduri.Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari yang kita dambakan namun sebenarnya Dia ingin menghadiahkan kita sang pelangi yang indah. Subhanallah. Kemahuan dan kehendak manusia itu ada peringkat dan batasnya. Selagi kita bertindak berlandaskan pemikiran yang waras, perjalanan itu akan menjadi cantik dan menyeronokkan. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Nikmat Allah adalah ujian. Dugaan Allah adalah ujian. Sama ada kita sedar atau tidak, Allah hanya menguji hamba-hambaNya sesuai dengan kemampuannya. Syukur kupanjatkan dengan ingatan seorang teman:


Bacalah Bismillahirrahmanirrahim.....setiap memulakan sebarang tindakan.
Sebutlah Alhamdulillah......selesai menyudahkan sesuatu yang dilakukan,
Astaghfirullah...tatkala melakukan kesilapan dan kesalahan..
Subhanallah.......ketika melihat keajaiban dan sesuatu yang menakjubkan
InsyaAllah......ketika akan mengerjakan sesuatu pada masa hadapan...
Innalillahiwainnailaihira..ji'un... sewaktu mendengar perkara-perkara buruk dan kematian....

Kita selalu lupa dan leka dengan kalimah-kalimah Allah. Mudah-mudahan pintu hati kita akan terus terbuka untuk menerima hidayah dan kasih sayang dariNya.....

Friday, July 17, 2009

Salam. Pertama kali mencuba sebagai blogger. Memang dah lama sangat teringin nak menulis dan publish dan hari ini, seorang rakan yang boleh dikira 'heroin' datang menghulur bantuan untuk set upkan blog yang seadanya ini.