Followers

Sunday, July 26, 2009

OHTAHARA SYNDROME

Jarang kita mendengar jenis penyakit ini. General doctor pun terpaksa surf internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan penyakit ini.Kes ini jarang berlaku di negara kita. Boleh dikatakan kes terpencil. Penyakit ini berlaku pada bayi seawal usia 10 hari( dalam pantang) yang disebabkan oleh gangguan aliran elektrik di dalam otak. Bayi diserang sawan sama ada sawan seluruh atau separuh. Kecederaan di bahagian otak boleh menyebabkan gangguan neurologikal. Bayi akan menghadapi risiko kelewatan perkembangan fizikal dan mental. Rawatan yang tepat dan seawal mungkin dapat mengurangkan risiko yang lebih buruk. Ujian pendengaran, fisioterapi, occupational terapi perlu dilakukan seawal mungkin bagi menggalakkan perkembangan fizikal. Semakin lewat rawatan dimulakan, perkembangan anak-anak akan menjadi semakin lambat. Segala ujian yang berkaitan perlu dilakukan seawal mungkin untuk memantau perkembangan fisiologi bayi dan kanak-kanak.
Ibu mana yang tega bila mendengar anaknya kurang upaya. Ayah mana yang sanggup menerima hakikat bahawa permata hati mereka tidak seperti insan biasa. Namun, apa yang dipegang ialah....Tuhan hanya memberikan Ujian kepada hamba yang mampu menerimanya. Mungkin juga sebagai kifarah segala dosa, mungkin juga sebagai bukti kasih sayangNya. Hanya dia yang mengetahui segala-galanya. Sebagai insan, kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal. Selebihnya, kita serahkan pada yang empunya maya pada ini.
Meskipun berdepan kemungkinan yang tidak diduga pada bila-bila masa, pengetahuan akan membantu kita menghadapi suasana yang tidak terduga. Sindrom ini mempunyai kemungkinan akan berubah corak menjadi lebih buruk atau sebaliknya. Bagi kebanyakan kes, kanak-kanak yang dapat melalui fasa kritikal ini akan berjuang dan terus hidup walaupun berisiko hilang upaya. Namun begitu, tidak dinafikan sesetengah kes kanak-kanak akan meninggal pada usia muda. Anda pernah terdengar atau terfikir tentang West Gestault Syndrome atau Lennox Syndrome? Saya yakin anda pasti tidak pernah mendengarnya. Bagi yang tidak mempunyai keyakinan untuk mengetahui kebenaran sindrom-sindrom ini, saya nasihatkan tak perlulah membacanya di internet. Sekiranyan anda berminat,silalah cari supaya anda mendapat pengetahun berkaitan dengannya dan perlu dingat, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana jua pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment