Followers

Monday, July 27, 2009

PERJALANAN YANG PANJANG



Bengkel Penulis Super di Wisma DPI-Invergold Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur
25-26 Julai 2009
Dup..dap...dup..dap....pukul 6.20 petang semalam aku masih lagi di Wisma DPI. Hati kecil tertanya-tanya dalam debar, sempat ke aku sampai ke Pudu? Demi meredakan hati yang resah, aku membuat kira-kira masa perjalanan. Dari Pudu ke Bandar Tasik Selatan cuma 15 minit, ada pula insan yang sudi menghantar ke stesen LRT, naik bas pukul 7.30 malam, kalau tak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, pasti aku sempat sampai. Huh.....lega, dalam perkiraanku, aku akan sampai dengan jayanya ke Pudu tanpa sebarang halangan, mudah-mudahan.....


Aku percaya kalau setiap tindakan yang dimulakan dengan niat yang baik kerana Allah, pasti akan dipermudahkan segala urusan. Hati dah tak sabar-sabar nak sampai ke JB, nak bertemu anak-anak yang sudah seminggu ditinggalkan. Rindu pada ayah anak-anak jangan ceritalah. Tambahan pula anak bongsu mencapai usia setahun tapi mamanya tiada di sisi. Mahu menitis air mata kalau ingatkan anak-anak. Aku bersyukur sangat kerana En Fauzul Naim sudi menghantar aku ke stesen LRT. En. Zamri Mohamad pun join sekali. Meskipun aku tahu sah-sah dia lebih muda daripada aku, tapi aku tetap hormat dia sebagai seorang mentor penulis yang berjaya.




Bersama En Zamri Mohamad dengan bukunya " Tips Menjadi Penulis Bestseller"








Berbual dalam kenderaan meredakan gelisah di hati. Rasa seronok sepanjang dua hari mengikuti bangkel penulisan yang dianjurkan oleh PTS Publication. Berpeluang pula bertemu penulis yang telah mencipta nama. Mungkin ada yang kenal, mungkin ada yang tidak. Tapi bagi aku, penulis ini tidak asing lagi kerana seringkali aku mendapat emel berkenaan penulisan daripadanya atau hebahan aktiviti yang dilakukannya. Berjaya pada usia muda....aku kena angkat tabik hormat pada insan-insan sepertinya. Rendah diri, rasa macam tak percaya bila melihat pada penampilannya selepas waktu bekerja. Sah orang tak percaya itulah dia!


Aku gembira dengan apa yang aku nikmati. Semua ini memang telah diaturkan dengan begitu indah dan tersusun mengikut kronologi masa dan perjalan hidup yang telah disuratkan. Hari ini aku berada di kalangan golongan penulis dan bakal penulis yang selama ini langsung tidak terjangkau dek akal fikiran biasaku sebagai seorang pendidik.


Aku ada satu rahsia yang ingin aku kongsikan bersama. Maksudnya, selepas ini ianya bukan lagi rahsia. Lainlah macam Dato'Siti, biarlah rahsia....tapi kali ni aku nak bongkarkan rahsia. Aku sebenarnya dah jumpa En Fauzul ni 8 tahun dulu. Mesti, confirm dia pun dah tak ingat. Waktu tu aku baru setahun lebih kerja. Dia datang ke tempat kerja aku buat promosi berkenaan PTS. Kalau tak silap, tahun 2002-2003. 2003 lah kot. Aku pun masih study part time waktu tu. Dia bagi name card, ambil.......tapi tidaklah pulak aku mengendahkannya.


Tapi lihatlah dunia.....selepas 8 tahun, akhirnya aku bertemu sekali lagi dengannya dalam suasana dan situasi yang berbeza. Maha Suci Allah yang telah mengaturkan segalanya dengan begitu cantik sekali perjalanannya. Aku bersyukur kerana mungkin ini juga jalan yang telah Allah dorong dan lorongkan untukku.




Bersama En fauzul Naim Ishak


Sambung cerita....... . Jam 7.20 aku sampai di Pudu, fuh......leganya jangan ceritalah. Macam lipas kudung dari stesen LRT menuju terminal bas. Dalam pada itu, sempat pula beli waffel dan hotdog sebagai santapan malam. Guna bahasa istanalah pula...Bila sudah naik bas, perasaan gembira, letih, puas, tak sabar, semua bercampur aduk menjadi satu. Tiba-tiba......................................

Aku terus capai handphone. Idea datang!!!!!!!! Kena ikut cakap tok guru, bila ada idea, terus tulis. Selagi tak tulis, tidaklah ianya dinamakan penulisan. Pantas jemariku menulis idea yang datang secara tiba-tiba. Mana sangka kan.Tiba-tiba...................


Aku rasa mengantuk sangat. Penat agaknya. Aku kemaskan langsir tingkap, aku lunjurkan kaki, aku baca doa tidur.......apa lagi......fikirlah sendiri apa tindakan selanjutnya.......zzzzzzzzzz.........


No comments:

Post a Comment