Followers

iklan..iklan......

Sunday, February 10, 2013

Bagai dihentak si tukul besi!!!

Assalamualaikum.....

Dah lama betul tak jenguk blog ni. Al-maklumlah bila dah mula sibuk, bab tulis blog ni dah jadi bahan sampingan ajerr...buat bila sempat bak kata orang sebab ada perkara yang perlu didahulukan, kenalah didahulukan. Terasa sangat rugi sebab seolah dah menghabiskan masa setahun secara statik, tak bergerak ke depan. Puncanya? kerana inginkan kesempurnaan konon-kononnya.......padahal tak ada sesiapa pun yang sempurna. Takut sangat hendak melakukan kesilapan sedangkan kesilapan itu mengajar erti kesabaran dan memacu kepada kejayaan. Selagi ketakutan itu tidak dibuang, selagi itulah posisi statik itu akan kekal. Itulah masalah yang cuba diselesaikan. Kita tak boleh mengharapkan orang akan memahami situasi yang sedang kita alami kalau mereka tidak berada di dalam kasut kita. Apa yang penting, kena bersihkan hati dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan......

Bila dah setahun statik...motivasi pun dah mula merudum. Semangat dah mula terbang melayang. Rasa gusar dah mula bertandang dan bertanya khabar.....Hai..buat apa tu.....bila nak maju ke depan.....semuanya bermain-main di mata, bermain-main di minda. Orang lain dah berlari, bila lagi awak nak melangkah??? Memang rasa nak melangkah tapi kaki tu bagaikan dipasak dengan paku, lekat selekatnya di bumi. Inikan pula nak meniti laluan yang entah bagaimana permukaannya, tak terjangkau dek akal! Apa saja yang dikatakan oleh orang lain hanya sekadar angin lalu yang berpuput lembut. Menerpa pipi yang tak berapa nak gebu dan terus hilang meninggalkan bahang semata-mata. Bila nak gerak? Bila nak gerak?? Itulah soalan yang entah di mana jawapannya bersembunyi.

Ramai yang mengatakan saya mampu melakukannya. Apa yang menjadi halangan hanyalah keyakinan diri yang jatuh menjunam tanpa sebab dan punca yang jelas. Tidak sesekali menyalahkan sesiapa. Tidak juga menunjukkan kesilapan orang lain, sebaliknya hanya kesilapan dan kekurangan diri yang amat dikesali dan terkesan di hati. Sehinggalah pada suatu ketika hadirnya seorang sahabat yang menjadi 'tukang sentap' bagi saya. Saya amat menghargainya. Benarlah, hanya yang melalui jalan ini yang memahaminya. Perjuangan yang harus diselesaikan ini sebenarnya mengajar saya tentang banyak perkara. Ianya adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang tak akan mati. Pada waktu inilah kita akan belajar mengenal dan memahami kerenah dan sikap manusia-manusia yang ada di sekeliling kita. Ada yang jujur, ada yang plastik, ada yang transparent dan ada juga yang bermuka-muka. Masa inilah kita kenal siapa sahabat kita. Kadang-kadang kita tidak boleh meletakkan diri kita sebaris dengan orang lain kerana kita bergerak sesuai dengan kemampuan dan keupayaan kita. Mereka mahu berlari? Silakan......saya akan menyusul dengan cara saya sendiri.....Biar cepat asalkan selamat....yang penting............jangan berburu ke padang datar, akan dapat rusa berbelang kaki. Kalau berguru kepalang ajar, jadilah kita ibarat bunga yang kembangnya tak jadi.....

Oh ya, bercerita tentang perjalanan ini dan peranan sahabat....saya percaya dengan kekuatan doa. Bak kata salah seorang sahabat saya juga, usah berdoa untuk dapat apa yang kita inginkan....kita akan dapat tetapi entah bila. Sebaliknya berdoa dengan bersungguh-sungguh agar dipermudahkan urusan untuk mendapat apa yang kita inginkan. Sifu saya kata yang penting mesti ada DUIT (Doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal, bukan tawakkul yerrr)....Sahabat yang saya maksudkan itu sebenarnya bukanlah lama saya kenali, hanya dikenali sebaik sahaja memulakan pengajian...namun mungkin perwatakannya dan penerimaannya membuatkan saya rasa selesa. Saya sendiri tak perasan, ada satu sesi perbualan dengan beliau yang membuatkan saya bagaikan terhentak dengan penukul yang menyebabkan saya tersedar dari lena. Bukanlah macam si Hentak dalam filem Pontianak vs Orang Minyak tu!!!! Beliau hanya menyuntik saya dengan kata-kata semangat dan motivasi. Orang lain pun pernah berikan perkara yang sama tetapi Allah tu Maha Kuasa. Bertitik tolak dari perbualan itu, saya tiba-tiba bagaikan sedar daripada lena yang cukup panjang, SETAHUN EMPAT BULAN!!!!!!!!!!!!!!!! Mujur saya tak nyenyak terus............jadi saya perlu berjalan, berjogging,berlari dan memecut!!!! Rasanya mungkin tak sempat berjalan dan berjogging, sebaliknya sudah perlu berlari dan memecut pantas!

Dalam mamai-mamai akibat baru sedar daripada lena yang cukup indah dengan mimpi yang sebenarnya menakutkan................Saya mula bangkit dan melawan unsur negatif yang pernah cuba membina sarang sedikit demi sedikit dalam hati kecil yang sememangnya kecil ini. Bangun dengan minda yang lebih positif, cuba sentiasa berbaik sangka dengan harapan saya dapat memulakan langkah perjuangan saya kembali. Alhamdulillah....meskipun sudah terlewat,saya sudah mula menemui rentak. Saya sudah ada tempat untuk saya bersandar. Saya telah menemui jaringan yang sangat membantu saya untuk melengkapkan impian itu. Mudah-mudahan impian penyelia saya akan menjadi kenyataan kerana terlalu besar harapan yang diletakkan. Berperang dengan diri sendiri adalah peperangan yang paling sukar dalam hidup kerana nafsu-nafsu negatif itu akan sentiasa cuba untuk menguasai hati seorang anak Adam yang lemah. Hanya Kepada Allah Berserah.................

Perjuangan masih belum selesai..........

Friday, February 1, 2013

Anak mama jadi pengawas????


Assalamualaikum....salam sejahtera

Ha. entri kali ni memang saja letak gambar dulu kat atas tu ha. Mesti ada yang kenal budak dalam gambar tu kan? Satu-satunya puteri kepada Siti Suhaila dan Ruzaini.....Punyalah gumbira, melenting-lenting bila dapat pelantikan jadi pengawas. Mama dan ayah dia garu kepala. Sofiyah jadi pengawas? Geleng kepala pun iya jugak......Budak yang bijak, cantik, manja tapi ada sikit baran,ngada-ngada dan suka menjerit sampai nak pecah gegendang telinga yang mendengar. Jadi pengawas? Macam tak percaya je..bukan mak bapak dia je tak percaya, mak sedare dia pun tak percaya. Kalau kat rumah ni ya ampun...............suara dia boleh buatkan mama dia yang ada low blood pressure ni bertukar jadik tarzan jugak, terus boleh kena high blood pressure.(Mohonlah dijauhkan....). Mana tidaknya, asal diamenjerit aje, mama dia sakit kepala.Sangat sensitif mendengar jeritan dengan pitchingnya yang berterabur, bersepah-sepah...Kalau Azmeer dengar ni, mesti dia kata..you get out, sakit telinga aku dengar!!!!

Tapi sebenarnya mama dia bangga sebab kalau kerana dia tak layak, mesti cikgu tak lantik kan? Mama dia tahu, kat sekolah budak ni baik aje, cerdik,cerdas..cuma kat rumah je dia tunjuk taring. Mama ada syarat sebelum beri izin jadi pengawas. Mesti tunjuk contoh yang baik,mesti solat, mesti rajin mengaji, kurangkan jeritan yang boleh memecahkan jiwa raga seisi keluarga.......kalau semua boleh dipenuhi, maka izin akan diperolehi. Biasalah....budak-budak..terus berjanji tapi memang belum sampai 'maqam' satu Malaysia janji ditepati.......Cepat beno dia lupa janji.....Tugas mama dan ayah untul sering mengingatkan anak dara mama ni......

Cuma iyalah, budak-budak memang teruja dengan sesuatu yang baru. Anak dara seorang ni memang lain sifatnya dengan si abang. She is an explorer,kadang-kadang tak boleh nak jangka apa yang ada di fikirannya dan apa tindakan yang akan dilakukan. Redha jelah. Semoga dengan amanah baru ini, anak mama akan lebih matang, bertanggungjawab dan mampu menjadi contoh kepada orang lain dengan keperibadian yang baik dan mengekalkan prestasi.....Barulah boleh jadi pengawas contoh.....Semoga anak ini tumbuh cemerlang dunia dan akhirat selain membahagiakan kedua orang tuanya tanpa meninggalkan kewajipannya kepada Yang Maha Esa....

Roti kat kedai tak sedap.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, hari ini memulakan hari dengan bunga-bunga mekar di taman hati kerana dapat menunaikan hajat sendiri. Hajat apalah tu yek.....hahaha aje giler, tiba-tiba aje terpikir nak meroti. Apa benda pulak meroti tu? Aik...meroti pun tak tau? Kalau orang terer masak dengar ni, mau kena hukum pancung kat papan pemotong kalau tak tau meroti tu apa kebendanya.......itu kalau orang terer masak....kalau kita-kita yang baru nak belajar mengasapkan dapur ni biasa ler kalau tak tau meroti tu apa....apa ke halnya.....buat roti....................................itulah meroti...hehehe

Mana pernah le akal fikiran yang cerdas ni pernah terfikir nak buat roti. Selalu memang beli roti kat kedai aje. Sama ada bun, roti gardenia, atau beli je roti yang mix vege tu kat King's. Kali ni hajatnya nak belajar buat roti sendiri. Roti sosej pulak tu,sebab anak bujang suka sosej. Apa yang dimintanya, sosej dan telur. Hari-hari telur, tak jemu-jemu! Dek kerana boring dah asyik kena goreng telur tiap-tiap hari, mama dia pun pandailah janji nak buat sesuatu yang menarik dengan sosej tu, tapi tanpa  telur. Konon kalau budak2 dah tidur nanti baru nak sibuk buat sebab tak ada gangguan. Rupa-rupanya??????? Mama dia 'syahid' dulu........................boleh harap!!!!!

Allah tu Maha Mendengar isi hati hambaNya. Jam 3.45 pagi tersedar sebab Haziq menyanyi minta susu. Lepas suakan susu, saya pun start congak-congak masa, eh cukup sesuai untuk mula meroti. Bahan-bahan memang dah siap-siap beli. Yang paling kelakar, yelah..orang tak biasa masak yang pelik-pelik, yeast pun tak tau apa bentuknya, bread softenerlah, bread improverlah.....masa nilah "BAKE WELL" kat belakang KIPMART lama tu jadi sahabat baik. Nak cari bahan-bahan buat kek ke, biskut ke, kuih muih ke, roti ke, inshaAllah semua akan ditemui di situ tanpa ragu.Kalau tak jumpa jugak...pandai-pandailah kau Jah oi.................

Udahnya, pagi-pagi celik kat dapur dah berbunyi ketang ketung, mesti jiran-jiran pun pelik. Apa bendalah dibuatnya pagi-pagi amat camni kan? Tak kesah, yang penting pagi ni sarapan roti sosej hasil tangan sendiri. Tengah teruja nak buat tu, lupa nak ambil gambar. Terima kasihlah kat Mat Gebu, owner blog Dapur Tanpa Sempadan atau http://www.tiffinbiru.blogspot.com yang menjadi rujukan utama kerja-kerja meroti pagi ni. Pukul 7 pagi semuanya selesai dan yang paling penting encik suami kata LULUS! LEMBUT!SEDAP! Bila tanya anak-anak.....sedap, roti kat kedai tu tak sedap....Wah...terus ada bunga ros berkembang mekar, penuh taman astakona mak!!!

Terus bersemangat bila anak-anak puji. Bukan apa, bila anak-anak membesar, depa dah mula nak makan. Balik sekolah je tanya, mama masak apa? Walaupun kadang-kadang tu tak sempat nak masak, sesekali hidangkan diorang dengan makanan kesukaan diorang seperti spagheti dan nasi ayam hasil tangan sendiri, puasnya lain macam.....Bagus jugak, mama dia kena kreatiflah lepas ni. Bukan aje kreatif, kena aktif juga di dapur. Semuanya demi anak-anak.....

Inilah gambar roti sosej yang berjaya dihasilkan. Mungkin ada yang akan komen tak berapa jadi, hangus, tak cantik, tak naik gebu.....tak apa, percubaan pertama mana ada yang sempurna, dan tak akan sempurna sebab kita pun tak sempurna. Cuma akan ada penambahbaikan, inshaAllah.......

Tara.......saja tak letak mix-vege sebab nanti anak-anak kosek-kosek, buang......sosej aje.....

Hasil keras tangan seorang mama di dapur...............