Followers

Sunday, February 10, 2013

Bagai dihentak si tukul besi!!!

Assalamualaikum.....

Dah lama betul tak jenguk blog ni. Al-maklumlah bila dah mula sibuk, bab tulis blog ni dah jadi bahan sampingan ajerr...buat bila sempat bak kata orang sebab ada perkara yang perlu didahulukan, kenalah didahulukan. Terasa sangat rugi sebab seolah dah menghabiskan masa setahun secara statik, tak bergerak ke depan. Puncanya? kerana inginkan kesempurnaan konon-kononnya.......padahal tak ada sesiapa pun yang sempurna. Takut sangat hendak melakukan kesilapan sedangkan kesilapan itu mengajar erti kesabaran dan memacu kepada kejayaan. Selagi ketakutan itu tidak dibuang, selagi itulah posisi statik itu akan kekal. Itulah masalah yang cuba diselesaikan. Kita tak boleh mengharapkan orang akan memahami situasi yang sedang kita alami kalau mereka tidak berada di dalam kasut kita. Apa yang penting, kena bersihkan hati dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan......

Bila dah setahun statik...motivasi pun dah mula merudum. Semangat dah mula terbang melayang. Rasa gusar dah mula bertandang dan bertanya khabar.....Hai..buat apa tu.....bila nak maju ke depan.....semuanya bermain-main di mata, bermain-main di minda. Orang lain dah berlari, bila lagi awak nak melangkah??? Memang rasa nak melangkah tapi kaki tu bagaikan dipasak dengan paku, lekat selekatnya di bumi. Inikan pula nak meniti laluan yang entah bagaimana permukaannya, tak terjangkau dek akal! Apa saja yang dikatakan oleh orang lain hanya sekadar angin lalu yang berpuput lembut. Menerpa pipi yang tak berapa nak gebu dan terus hilang meninggalkan bahang semata-mata. Bila nak gerak? Bila nak gerak?? Itulah soalan yang entah di mana jawapannya bersembunyi.

Ramai yang mengatakan saya mampu melakukannya. Apa yang menjadi halangan hanyalah keyakinan diri yang jatuh menjunam tanpa sebab dan punca yang jelas. Tidak sesekali menyalahkan sesiapa. Tidak juga menunjukkan kesilapan orang lain, sebaliknya hanya kesilapan dan kekurangan diri yang amat dikesali dan terkesan di hati. Sehinggalah pada suatu ketika hadirnya seorang sahabat yang menjadi 'tukang sentap' bagi saya. Saya amat menghargainya. Benarlah, hanya yang melalui jalan ini yang memahaminya. Perjuangan yang harus diselesaikan ini sebenarnya mengajar saya tentang banyak perkara. Ianya adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang tak akan mati. Pada waktu inilah kita akan belajar mengenal dan memahami kerenah dan sikap manusia-manusia yang ada di sekeliling kita. Ada yang jujur, ada yang plastik, ada yang transparent dan ada juga yang bermuka-muka. Masa inilah kita kenal siapa sahabat kita. Kadang-kadang kita tidak boleh meletakkan diri kita sebaris dengan orang lain kerana kita bergerak sesuai dengan kemampuan dan keupayaan kita. Mereka mahu berlari? Silakan......saya akan menyusul dengan cara saya sendiri.....Biar cepat asalkan selamat....yang penting............jangan berburu ke padang datar, akan dapat rusa berbelang kaki. Kalau berguru kepalang ajar, jadilah kita ibarat bunga yang kembangnya tak jadi.....

Oh ya, bercerita tentang perjalanan ini dan peranan sahabat....saya percaya dengan kekuatan doa. Bak kata salah seorang sahabat saya juga, usah berdoa untuk dapat apa yang kita inginkan....kita akan dapat tetapi entah bila. Sebaliknya berdoa dengan bersungguh-sungguh agar dipermudahkan urusan untuk mendapat apa yang kita inginkan. Sifu saya kata yang penting mesti ada DUIT (Doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal, bukan tawakkul yerrr)....Sahabat yang saya maksudkan itu sebenarnya bukanlah lama saya kenali, hanya dikenali sebaik sahaja memulakan pengajian...namun mungkin perwatakannya dan penerimaannya membuatkan saya rasa selesa. Saya sendiri tak perasan, ada satu sesi perbualan dengan beliau yang membuatkan saya bagaikan terhentak dengan penukul yang menyebabkan saya tersedar dari lena. Bukanlah macam si Hentak dalam filem Pontianak vs Orang Minyak tu!!!! Beliau hanya menyuntik saya dengan kata-kata semangat dan motivasi. Orang lain pun pernah berikan perkara yang sama tetapi Allah tu Maha Kuasa. Bertitik tolak dari perbualan itu, saya tiba-tiba bagaikan sedar daripada lena yang cukup panjang, SETAHUN EMPAT BULAN!!!!!!!!!!!!!!!! Mujur saya tak nyenyak terus............jadi saya perlu berjalan, berjogging,berlari dan memecut!!!! Rasanya mungkin tak sempat berjalan dan berjogging, sebaliknya sudah perlu berlari dan memecut pantas!

Dalam mamai-mamai akibat baru sedar daripada lena yang cukup indah dengan mimpi yang sebenarnya menakutkan................Saya mula bangkit dan melawan unsur negatif yang pernah cuba membina sarang sedikit demi sedikit dalam hati kecil yang sememangnya kecil ini. Bangun dengan minda yang lebih positif, cuba sentiasa berbaik sangka dengan harapan saya dapat memulakan langkah perjuangan saya kembali. Alhamdulillah....meskipun sudah terlewat,saya sudah mula menemui rentak. Saya sudah ada tempat untuk saya bersandar. Saya telah menemui jaringan yang sangat membantu saya untuk melengkapkan impian itu. Mudah-mudahan impian penyelia saya akan menjadi kenyataan kerana terlalu besar harapan yang diletakkan. Berperang dengan diri sendiri adalah peperangan yang paling sukar dalam hidup kerana nafsu-nafsu negatif itu akan sentiasa cuba untuk menguasai hati seorang anak Adam yang lemah. Hanya Kepada Allah Berserah.................

Perjuangan masih belum selesai..........

No comments:

Post a Comment