Followers

Monday, June 27, 2011

Taka Melor konon.......

Bila mak telefon minggu lepas beritahu durian dah mula gugur buang-buang busuk, hati ni macam biasalah, mengelitik aje nak balik kampung. Sayangnya belum ada yang gugur pun, setakat sebiji, dapatlah merasa seulas, alhamdulillah...Nampaknya kena tunggu seminggu dua lagi baru gagat gugurnya. Kebetulan pulak hujung minggu lepas memang dah plan nak berkumpul adik beradik dan adik beradik sebelah mak, nak buat tahlil sikit untuk insan-insan kesayangan yang telah pergi meninggalkan kami. Adalah buat makan-makan sikit, barbeque ayam, daging, ikan dan sotong. Masak pula nasi goreng Cina, Sup tulang dan sikit-sikit air tangan mak-mak saudara yang sama turut berewang dari petang. Sempat jugalah buat acara potong memotong dan melicinkan 2kilo kek secret resipi...pergh...hingga menjilat jari, licin!!!

Esoknya konon dah merancang nak ke Taka Melor, nak ambil gambar untuk pertandingan fotografi, sambil-sambil 'riki'riki' best ke tidaknya tempat tu. Katanya masih suci lagi..Maka pergilah berdua dengan adik bongsu. Fuhhh...jauh juga dari Pekan Labis tu. Masuk hingga melalui Felda dan Kampung Tenang, masuk lagi ke dalam. Memang jalan pun sempit gilerr..muat-muat untuk sebiji kereta saja. Mujurlah ada seorang pemotong rumput, orang kampung situlah yang baik hati tunjukkan kami jalan. Masuk punya masuk, terus punya terus, agak 'scary' jugalah sebab lalu jalan yang sempit, kebun-kebun orang. Sungguh tidak sessuai kalau setakat nak pergi berdua atau bertiga. Nak bawa anak-anak pun fikir banyak kali. Siap lalu jambatan kayu, anak sungai..view sepanjang perjalanan boleh tahan cantik tapi entah kenapa rasa tak sampai-sampai....

Tiba-tiba tatkala menuruni sat bukit, alamak!!!! jalan runtuh!!!!! Jalan tu memang terbelah dua. Ada sebiji kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan. Memang tak boleh lepas, rasanya dah tak jauh daripada Taka Melor. Punyalah payah nak 'reverse' kereta sebab jalannya dahlah kecil, ada pulak sebiji kenderaan di situ. Tiba-tiba hati jadi takut, rasa tak berapa enak. Kami pun patah balik dan terjumpa salah seorang penduduk kampung dan bertanyakan arah lain nak ke Taka Melor. Rupa-rupa hanya itulah satu-satunya jalan ke Hutan Lipur Taka Melor. Hmmmm terbantut rancangan....Sempat singgah di simpang yang ada papan tanda Taka Melor, ambil gambar sebagai bukti dah sampai ke kawasan tu. Punyalah geram bila banyaklah encik-encik serangga memberi salam pengenalan. Aishhh.....

Baliklah semula ke rumah dengan sedikit rasa hampa sebab misi tak berjaya. Nasib baik tak digelakkan oleh encik suami sebab apa yang berlaku di luar daripada dugaan dan perancangan. Ha...nak sangat Taka Melor, akhirnya........Taka Melor sangat.........Saya pasti tempat tu mesti cantik sebab adik bongsu pernah sampai ke sana. Dah bukan rezeki namanya....Punya geram, sempat shopping kain di Tangkak bila singgah di rumah bapa mertua....hehehehehehe....

1 comment:

  1. Dah pergi mggu lepas pun kecewa..lagi sedih samapi sana dah mlm tau2 jalan mati..kali last pergi 2010..memng best sana..sayang x repair

    ReplyDelete