Followers

Tuesday, June 21, 2011

Seminar Celik PIPI 2011

Sabtu lepas berlangsung Seminar Celik CP di Dewan Seminar University Monash Johor Bahru. Kali ini terasa rugi sebab tak dapat menyumbang tenaga sepanjang penganjuran seminar. Selepas keluar berkursus sebulan di Kedah, sambung pula dengan 2 minggu tugas luar di Melaka, di Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2011. Hari Jumaat, Tasya maklumkan seminar berjalan seperti dirancang dan saya diundang menjadi MC bersama-sama Asrin, anak Kak Siti Salmiah. Saya bersyukur sangat sebab akhirnya Asrin kata boleh jalan sendiri, lega..dapatlah kali ini saya hanya duduk mendengar dan jadi jurukamera.Seronok!!!!!

MC of the day....terima kasih Asrin ye....

Bukanlah nak mengelak daripada tanggungjawab, tapi sebenarnya secara perlahan-lahan nak melepaskan copong yang selama ini dipegang untuk orang-orang baru. Lagipun, ada agenda lain yang perlu difokuskan secara berdikit-dikit. Saya sangat gembira kerana seminar ini berjaya dijalankan. Seperti dirancang tahun sudah, kalau boleh team Celik CP.......eh sudah tukarlah..Rakan Celik PIPI (Perkembangan Fizikal, Intelektual, Psikologi dan Intervensi) bakal mengadakan 3 seminar sepanjang tahun ini yang dibuka untuk ibu bapa yang memiliki anak-anak kelainan upaya.

Kali ini gembira sebab ada slot untuk penyebaran maklumat kepentingan menjaga kesihatan tulang belakang a.ka.a sakit pinggang di kalangan ibu bapa anak-anak istimewa. Maklumlah, kerja-kerja nak mengangkat anak-anak istimewa ini bukannya mudah. Salah teknik boleh tergeliat tulang, urat, malah boleh jadi kronik. Penerangan daripada jurupulih anggota HSA, Mohd Fendi Abdul Halam menjadi slot yang paling meriah dengan gaya bersahajanya.

Dia datang.......

Baik bos......

Angkat lagi....imbang..imbang...

Senaman untuk bapa-bapa yang sakit pinggang...

Eh..buat sendirilah.....

Teknik yang betul mengangkat anak istimewa...

Teknik mengangkat dan meletakkan anak CP di atas kerusi

Bersungguh-sungguh...

Sedikit info mengenai slot ini telah saya muatkan di http://www.ketukpc.wordpress.com. Kalau sudi singgahlah baca ye....Slot kedua berkenaan saringan penilaian kelewatan perkembangan anak-anak menggunakan Denver II yang disampaikan oleh Cik Nurulhuda, Jurupulih Cara Kerja HSA, orang kuat team kami juga. 

Cik Nurul yang sentiasa tersenyum...

Laparlah pulak...

Baru semangat nak bagi talk....perut dah kenyang.....

Seminar kali ini juga memperlihatkan kerjasama antara pihak kumpulan Rakan Celik PIPI dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana Prof Dr Azizah dan seorang pelajarnya telah menyediakan prototaip dan mendemonstrasi aplikasi penggunaan laman web yang boleh membantu ibu bapa dalam memantau perkembangan anak istimewa. Menerusi laman web ini, ibu bapa boleh melihat sendiri tahap perkembangan anak-anak dan mengimplimentasi pelbagai teknik stimulasi yang dicadangkan sekiranya anak-anak dikesan mengalami kelewatan perkembangan tanpa perlu menunggu temujanji dengan pasukan perubatan. Segala perkembangan boleh direkodkan dan data disimpan sebagai rujukan kepada pakar. Inovasi ini sangat membantu dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak agar aplikasi ini dapat disebarkan kepada ibu bapa seluruh negara yang mempunyai anak-anak istimewa.


Prof Dr Azizah

pelajar UTM...lupa pula namanya...maaf ye...

Aplikasi yang menarik...

Alhamdulillah kali ni ramai juga ibu bapa baru yang sama-sama mendapatkan info. Terharu apabila melihat sepasang datuk dan nenek yang sanggup datang demi cucunya....Paling mengharukan apabila di penghujung seminar, ada kejutan untuk ayah-ayah sempena Hari Bapa....

Sebahagian bapa-bapa yang hadir..yang lain malu nak turun...

Anak-anak dah sedia buat surprise....

Sorang-sorang keluar..paling happy Syikinlah....

Kek istimewa untuk ayah-ayah...

Potong sama-sama...

Kucupan kasih seorang ayah untuk anak yang datang berikan kad hari bapa...

kek dah selesai..nasib baik sempat ambik gambar nie....

Kali ini, seronok juga sebab dapat jemput seorang teman FB yang selama ini hanya berinteraksi di alam maya. Nur Khairiyah dan Puteri Nur Iman Qistina (Baby Q)....dapat bersua muka akhirnya. Memang gebu Baby Q. Harap-harap Nur dapatlah sedikit info dalam seminar ini ye..kalau ada lagi, pasti kami akan panggil lagi untuk sama-sama mendapat manfaat untuk anak-anak kita...

Baby Q tidur dengan nyenyaknya........

Harap seminar kedua yang dirancang pada September nanti akan membawakan pakar-pakar dari multidisiplin yang lain supaya dapat memberikan pendedahan yang lebih luas kepada ibu bapa berkenaan penjagaan dan pengurusan anak-anak, permata hati kita, insyaAllah....



No comments:

Post a Comment