Followers

Tuesday, June 14, 2011

gara-gara coklat.....

SIPMA Melaka 2011 memberi satu kenangan pahit. Biasanya orang familiar dengan lagu Awie..tragedi Oktober...tapi yang ni tragedi Jun punya cerita. Nak cerita pun ala-ala tak sanggup tapi tetap gak nak cerita. Semuanya berkenaan dark coklat yang mula menjadi kegemaran. Asal cakap je pasal dark coklat, perut mulalah ngada-ngada, terus rasa mual...mengalahkan mak buyung pulak.

Al-kisahnya macam mana mula-mula minat kat dark coklat ni. Ni saranan seorang sahabat ketika kami pi berkursus di Kedah bulan April lalu. Ada peluang pergi Bukit Kayu Hitam, nampaklah coklat murah..buy 1 free 1....member tu kata cubalah dark coklat, sedap......Cubalah, eh memang sedap......jadinya detik itu bermulalah minat kepada coklat hitam ni....Sampai ke Melaka di tesco Cheng, ternampak coklat hitam buy 1 free 1 jugak. Dengan harapan tempoh expired sebulan lagi, masih bolehlah coklat itu dimakan. Alang-alang murah, belilah...10 hengget kalau tak silap harganya...

Balik ke bilik taklah terus makan, sempat jugak peram dua hari. Kebetulan hari nak makan tu black out...jadi tak perasanlah keganjilan yang ada pada coklat tu. Ada jugaklah 3-4 orang yang dah makan hampir 4 bar...Elok je terang, kononnya nak offer kat seorang lagi member tapi bila tengok-tengok...eh apasal lain macam ni? siap ada sawang macam sawang labah-labah. Kuis-kuis sikit, terkuislah pulak ulat!!!!!!! Ulat dah mati...iesshhh meremang bulu roma i!!! Masa tu dah puas makan dah, ada sorang lagi member memang hantu coklat pun boleh tahan jugak dia makan....Sudah.....masa tu perut dah mula beri bayangan keloyaan....Alamak!!!!!!!! Psikologi...psikologi......

Dalam setengah jam kemudian........perut makin rasa tak selesa, mual-mual, loya-loya....akhirnya.............terkeluar semua isi perut sehingga yang paling akhir, sampai dah keluar darah, luka agaknya tekak. Hangin punya fasal, teruslah carik info syarikat, call dan complain. Hari ni akan settle di Pasir Gudang. Rupa-rupanya, ada seorang lagi sahabat yang lebih derita sebab 'beri-beri'...lagilah lembik badan sebab banyak keluar air...macam nak minak pampasan je....yelah, kita sehari lebih tak boleh nak kerja, member sampai dekat 2 hari lembik, apa cerita???


ini tak nampak magggot hitam tu..kalau nampak?????

Masa tu rasa dah flat sangat...pulak tu sebelah petang kena jadik announcer untuk bola sepak, badan dah lembik...gagahkan jugaklah. Dapat setin gatorade...lega!!!!! Malamnya perut masih lagi tak ok, terpaksa mintak bantuan medical team yang standby di hotel. "Yarkkk...eat maggots!!..siap tergelak-gelak lagi doktor dengan MA yang standby. Nak buat macam mana, redhalah, siap boleh gelak-gelak geli bersama-sama lagi......Dapatlah ubat tahan muntah, ubat sakit perut dan serbuk garam untuk tambah cecair garam dalam badan. Haru...haru....Nampaknya, blacklistlah TUDOR GOLD DARK CHOCOLATE ALMOND lepas ni.....................Kalau beli coklat lain sekalipun, akan ku pastikan bukak semua balutan coklat, pastikan 'clear' dulu baru masuk kasi tekak. Kalau tidak..............................

Ish3....kali pertama melalui pengalaman macam ni. Serik rasanya........tapi tetap jugak pikir macam mana nak hilangkan fobia ni...mak pening......pening...pening....



1 comment:

  1. semalam pun beli coklat dekat tesco dekat Petaling Jaya, suruh diorang delivery ke rumah terus. So, saya tak tengok la packaging dia macam mana. dalam website just tunjuk kotak je. Biasa kalau packaging yang tak seal betul2,seal kedap udara, memang try avoid beli sebab byk kes coklat berulat pernah dengar especially ferrero roche. Sebagai hantu coklat, sy pun dulu research kenapa mende ni terjadi. So, conclusion dia possibility dari kilang tu maybe, tp, maybe storage dekat gudang pemborong mcm TESCO pun might be the problem, sebab ferrero roche kan dia pun packaging dia mcm loose. just wrap dengan the gold wrap. takde gam2. Walaupun cover pulak dengan plastik bekas tu, still ada ruang utk larva2 telur maggot ni masuk.

    Sy beli coklat Fazer Geisha Dark Hazelnut Filling Dark Chocolate With Soft 295g, dia wrap macam gula2, satu satu. then, letak dalam kotak kertas tu. Mmg dah lama tak hadap coklat, makan tak tengok ape mende lah. dah dekat separuh makan. tetibe, rasa nak usha2 before sumbat dalam mulut, tengok2 satu ni, ada mende putih bertenggek. nasib pas beli tu terus letak dalam freezer. so, mmg dah kejung la member tu. kalau nampak dia gerak2, mungkin dah muntah hijau kot. ngeh3 link is the gambar member kejung tu. Hati2 all, coklat ni RM39 satu kotak 41 pieces, so almost 1 ringgit satu. coklat ni asal finland. dekat negara omputih agak rare terjadi sebab sejuk. so, packaging coklat import ni mmg kebanyakan loose,tak kedap udara, espeseli brand2 jarang dengar. ferrero roche, ntah tak tahu la kenapa tak tukar2 lagi packaging dia, brand dah lama international. same problem reported every year dari negara2 panas like us. gambar : http://prnt.sc/elej5o

    ReplyDelete