Followers

Tuesday, May 15, 2012

Saya yang tak faham ke atau mereka yang tak jelas????

Pagi ini ada satu perbualan telefon yang membuatkan saya ketawa di penghujung perbualan sehingga mungkin menjengkelkan penerima panggilan saya. Bunyinya begini:

Saya: (Selepas mengenalkan diri dan memberi salam). Saya ingin bertanya mengenai BR1M untuk OKU. Adakah pemohon yang menerima EPC sahaja layak menerima sebab saya dengar daripada bekas pelajar saya bahawa BR1M itu diberikan kepada penerima EPC (Elaun Pekerja Cacat).

A: Ya, penerima EPC layak menerima BR1M dengan syarat memohon melalui LHDN.

Saya: Saya ingin tahu, apakah semua OKU dalam semua kategori layak menerima tanpa mengira umur, contohnya kecil atau dah bekerja?

A: Kalau yang kecil dan terlantar, penjaga boleh memohon dengan syarat pendapatan/gaji di bawah RM3,000. Kita pun ada bantuan untuk OKU terlantar (macamlah saya tak tahu kan...).

Saya: Jadi, bukanlah kerana mereka OKU, mereka layak terima BR1M tu, kena ada syaratlah jugak ye.

A: takde, untuk OKU memang tak ada syarat, semua boleh mohon, janji pendapatan kurang 3K dan kena mohon melalui LHDN. JKM hanya menjadi penyalur bantuan tersebut.

Saya: Itu syaratlah tu.........

A: Eh tak......

Saya: (sambil ketawa) tak apalah...saya nak tahu tu saja...terima kasih.

Sempat saya dengar A letakkan telefon macam bengang.........Haruslah saya tertawa sebab 'syarat' yang dinyatakan sendiri tak diakui sebagai syarat.........kelakarlah tu kan? Macam-macam....Maksudnya....untuk OKU di mana ibu bapanya berpendapatan lebih RM3K....tak perlulah meletakkan harapan agar JKM dapat memberikan service yang hebat untuk mereka. Kitalah sebagai ibu bapa kena kerja kuat untuk memastikan peningkatan kualiti kehidupan anak syurga kita..............Ya Allah...kau berkatilah segala usaha kami untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kami. Anugerahkanlah kesihatan yang baik agar kami dapat mengabdi kepadaMu dan melalui hari-hari mendatang dengan redha dan syukur kepadaMU....

No comments:

Post a Comment