Followers

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Hujung minggu yang padat

Hari ini aktiviti akan berjalan seperti biasa selepas dua hari hujung minggu yang padat. Jadi superwoman hujung minggu lepas. Semuanya bermula pada Jumaat malam. Kami sekeluarga pulang ke Tangkak kerana Sabtu pagi super mak dah kena drive ke Bangi dek kerana menghadiri satu kursus sehari di sana. Lepas subuh, jam 6 pagi dah bertolak.Sampai ngam-ngam setengah jam sebelum kursus bermula. Dapatlah parking betul-betul depan dewan. Mengimbas kembali kampus setelah 12 tahun ditinggalkan. Kebetulan nak kena tolong bawa satu alatan belajar merangkak untuk anak syurga di Segamat, jadi bawaklah UNSER, besar sikit. Barang tu datangnya dari Kulim, di bawa ke KL dan dihantar pula ke Bangi oleh seorang sahabat untuk disampaikan kepada super mak sebelum diserahkan kepada pemiliknya di Segamat. Jauh perjalanan creeper crawler tu......
Sempat juga bertemu dan minum bersama-sama seorang teman yang dah 12 tahun jugalah tak jumpa. masing-masing dok tersengih-sengih melihat 'perkembangan' masing-masing. Nostalgia.......

Habis je kursus, bergegas pulang ke Tangkak. Sampai di Tangkak jam 7 malam. Melepas lelah seketika,usai solat semuanya, terus bergerak ke Segamat pula untuk menghantar alatan tersebut sekaligus pulang ke kampung di Segamat pula. Berpusing-pusing juga mencari kampung di dalam bandar dan mencari taman di dalam taman. Alhamdulillah, misi terlaksana walaupun tersesat sekejap..hihihi...Suka benar anak syurga itu mendapat alatan baru yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidupnya.

Sampai di rumah jam 10 malam. Tak tunggu lama, masing-masing 'pengsan'. Esok paginya, bersiap-siap ke Gemas pula. Kali ni bawa adik bongsu yang akan tunjukkan jalan untuk mencari perubatan alternatif (tabib tulang) untuk mengubati kami-kami yang perlu mendapatkan 'servis tubuh'. Nenek pun diangkut sekali sebab sakit kaki katanya. Mujurlah anak-anak yang dua orang tu mahu ditinggalkan bersama-sama pakcik dan makcik diorang yang ala-ala sebaya. Taklah super mak depa serabut sangat.....Sempat bersarapan pagi di Nasir Soto di Bandar Utama. Boleh pulak ternampak udang galah, besar-besar....geram aje. Bila tanya harga paling murah seekor RM10 siap masak. Tertelan jugaklah air liur sendiri. Humang air hargo eh......

Siap-siap order makanan, tiba-tiba terbau sesuatu yang sedap jugak. Meleleh air liur den nengok setray ikan baung masak lomak cili api. Yang ni takdo eh den nak tunggu. Amek jugaklah sekepala..,kongsi 4 orang. Mabeles!!!!Kelas....encik suami dah tau dah apa yang ada dalam kepala Cik Puan isterinya. Sah-sah balik je Segamat lepas ni, kedai ni yang dipujuk nak disinggahi...Cik Puan isteri memang pandai.....hehehe. Memang sedap!!Thumbs up!!!

Siap makan, terus bergerak ke Gemas dan taknak panjang-panjang cerita, masing-masing dapatkan rawatan. Paling banyak penyakit rupanya super mak!! Hamek kau kena bekam angin sampai lima! Tak pernah-pernah berbekam, panas, perit semua ada.....lepas ni kena datang selalu untuk buat overhaul...maklumlah badan nak pakai lama.......

Balik-balik sampai rumah jam 1.30. Terus pula dengan agenda selanjutnya jam dua petang. Ke Sungai Chodan kita!!!!! Memancing dengan adik lelaki, adik bongsu, dua orang anak saudara, anak-anak yang dok merengek nak ikut dan abang ipar. Huh, lepas ni kalau nak mancing tokleh bawak budak-budak..payah, kalau anak sungai takpe jugak, ni sungai besar...asyik lari sana, lari sini....pening nak menjaganya pulak...Ayah dia jaga si kecik kat rumah sebab ayah tak minat memancing......

Ayah dan anak siapkan joran

siap sedia...

Layan anak...

Ni lah sekor je dapatnya...

Yang ni pulak keje merajuk ajerr

Sorang buat keje sekolah, sorang bawak nak jahit baju...sorang kejap lagi dah tidoq....

Penolong Penguasa Balai Bomba Bahagian, Muar...penyelamat kami kalau apa-apa jadi...dapat siput plak tu....

Nasib baik ada jeti kecik..sempat posing walaupun panas...

Sampai pukul 5 seekor je dapat, kitorang pun balik....balik rumah Kak Long dulu, pekena nasi goreng sayur dengan char koey yang dia menjerit sebab kuihnya menjadi. Tah apa-apa ntah Kak Longku itu.....Dah kenyang...balik ke kampung konon nak sambung memancing di kolah ikan talapia abah pulak. Tapi masing-masing dah longlai. Kemas-kemas barang, lepas maghrib terus bertolak ke Pasir Gudang.....lepak...mujurlah   anak-anak cuti sekolah agama...kalau tak mesti pagi-pagi super mak stress....tapi dapat berita gembira pulak pagi ni, terus rasa BERSEMANGAT!!!!!!!!....beginilah cerita saya di hujung minggu....Kita jumpa lagi kalau ada cerita best nak kongsi ye.....


Monday, May 7, 2012

Udang oh udang

Minggu sudah balik kampung. Lama rasanya tak balik, hampir dua bulan disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan. Bila dah ada peluang, jangan tunggu!!!! Seperti biasa, bila balik dua hari je, kenalah pandai-pandai bajet nak balik mana dulu. Balik Sabtu, tidur semalam di Tangkak, pagi-pagi Ahad, pukul 9 dah sampai di Segamat. Anak-anak yang besar awal-awal dah ditinggalkan di rumah 'nyang' mereka sebab ramai pakcik-pakcik kecik yang boleh melayan diorang main. Siap ada arahan, tolong jemput diorang petang sikit. Hamboi.....

Dek kerana anak-anak dah ada agenda sendiri, tetiba pulak muncul idea yang entah datangnya dari mana...Best jugak kalau pergi memancing ni. Dah berbelas tahun tak ke sungai. Kali terakhir rasanya 18 tahun dulu....itupun dengan kenangan yang tak berapa best sebab 'tercebur' dalam sungai gara-gara tak dapat imbang badan waktu nak naik ke tebing daripada dalam perahu...huhuhu...Saja nak mengembalikan nostalgia lama....

Boleh pulak hujan!!!! Rancangnya pukul 2 petang nak pergi. Sebelum pergi tu sempatlah kosek-kosek sikit rumah mak tu, siapkan nasi Haziq, bagi Haziq makan...nanti kalau ditinggalkan dengan ayahnya di rumah dah senang.....Ayah cuma tinggal bagi susu je. Ayah duduk rumah jaga anak, mama gi mancing, boleh gitu??? Hikhikhik boleh aje.......Adik beradik perempuan lain tak layan mancing, yang sorang ni ok je...cuma dah lama tak pegang batang pancing........Mak siap galikan cacing. Adik lelaki sorang tu yang akan bawak ke sungai....dia siap cari umpun-umpun.....Ala.......bab umpun-umpun ni kalah sikit......geli sikit nak megangnya sebab warna dia pink dan panjang. Kalau cacing tu tahan le lagi.....

Ni ha rupa bentuk si umpun-umpun:

kena potong kecik-kecik dari bahagian ekor, kalau potong dari kepala dulu, cepat mati.....

Lepas zohor kami pun bertolak. Tak jauh ke sungai dalam Estate Labis, dalam 15 minit kami sampailah ke lubuk pertama. Hujan renyai-renyai. Bawak 3 batang joran udang, sebatang untuk ikan. Sampai-sampai boleh terperasan tak bawak baldi!!!! Pandai-pandailah nampaknya!!!!

Kerja meletak umpan memang kerja adik. Dah siap-siap baling ke sungai, kami tunggu aje.

Driver dan tukang pasang umapan, mak duduk je kat sebelah tolong jaga...

Umpan cacing....kalau cacing gelang lagi best ni....

Umpan sawit.

Tenang je air sungai

Setengah jam menunggu, tetiba rasa joran ditarik-tarik. Rupanya udang tak tarik macam ikan, perlahan je joran tu ditarik. Kalau ikan kan terus disentap......Seronok rasa udang menarik joran dan hasilnya......TARA!!!!!!

Inilah dia udang pertama....

Nak jugak.....

Mujur ada net ni kat bonet kereta. Kuikat hujung dengan hujung.....duduklah diam-diam yek....

Gaya memegang selepas membaling joran

Sempat posing di perahu kecil milik jiran yang ditinggalkan di sungai...nak naik pun takut-takut....Tuan lebih besar daripada perahu...hihihi

pemandangan sungai

Sejam di lubuk pertama, itulah seekor udang yang dapat. Kami berpindah lubuk..

lubuk kedua...

Sampai ke sudah, tu je le seekor....ibarat udang selamat datang......maklum le dah dekat 20 tahun tak jengah sungai.......

Laluan balik. Habis kereta kancil bercalar balar....

Balik posing lagi...walaupun sepit tak berapa nak biru, nak jugaklah bergambar lagi....


Sampai di rumah, udang yang seekor dijadikan sambal. Makan ramai-ramai.....sedap!!!!!mengimbau kembali zaman dulu-dulu....kalau dapat sambal ni ,berebut!!!!!

Rasanya tak puas bila dapat memancing. Lepas ni ada can balik kampung, geng dah ada. Abang-abang ipar kaki memancing, adik pun kaki memancing. Encik suami tak boleh diajar...boleh tengok ajerr....Lepas ni boleh plan memancing dan berpiknik sekali. Adik kata ada 'lubuk' yang best, boleh bawa famili. Tenang je rasa hati mengadap sungai yang mengalir. Best!!! Best!!! Best!!!.walaupun seekor....Udang oh udang..............



Monday, March 26, 2012

Kopi kapal api dan biskut kering Munchy's

Beberapa hari kebelakangan ni hujan sebelah petang di Pasir Gudang hinggakan rumah pun trip dibuatnya pada petang Sabtu. Waktu itu kami di kampung. Sudahnya awal kami pulang ke Pasir Gudang dari kampung bila memikirkan peti ais dan ikan kesayangan encik suami. Petang semalam pun hujan. Apa kaitan hujan dengan tajuk entri saya kali ni yek?

Biasalah..time-time hujan macam ni, mesti sedap kalau pekena kopi panas kan? Nak kongsi satu rahsia....(ceh macam iklan oreo pulak)..kat rumah ni mana ada serbuk kopi...sebab kami sekeluarga memang minat teh o je. Susu pun tak ada..hihihihi....Bila pergi rumah adik sepupu di Subang beberapa minggu lepas, saya dihidangkan dengan kopi panas cecah biskut kering Munchy's. Sedaplah pulak!!!!

Kebetulan semalam hujan dan saya pi econsave, tiba-tiba teringat nak minum kopi. Mujur dapat biskut tapi pusing-pusing tak jumpa kopi kapal api. Nasib baik jumpa di mini market. Kalau tidak, meleleh air liur mak.....hehehe. Balik rumah, terus jerang air ...........tapi tak terus buat. Tunggu pukul 9..sambil-sambil layan mentor, sambil makan biskut cecah kopi panas.Heaven sangat!!!!! Lepas ni nampaknya bakal jadi penggemar kopilah pulak....time hujan jer....

blur sikit.... Ni gambar masa kat rumah adik sepupu....

Cubalah buat...nikmati aromanya.....pasti mau lagi....tak percaya? Kejap lagi saya nak buat lagi sebab hujan kat luar tu....JOM NGOPI!!!!!



Sunday, March 18, 2012

Trip to Bandung (Bahagian Akhir)

14 Mac 2012

Hari untuk meninggalkan bumi Bandung. Malam sebelumnya ada gala dinner untuk semua peserta conference tapi saya tidak ikut serta kerana tak mahu meninggalkan kakak keseorangan di bilik. Lagipun persembahan tarian masyarakat Bandung tu boleh kami lihat dari tingkap bilik. Menu makan malam kami hanyalah Maggi cup yang dibawa sambil menonton Opera Van Java yang lebih menyeronokkan.Tak kering gusi kami dibuatnya.

Oleh kerana kami ada setengah hari untuk shopping, kami habiskan di Pasar Baru. Dapatlah sedikit buah tangan untuk anak-anak dan adik beradik. Untuk diri sendiri? Hanya dua helai blaus yang akhirnya jadi buah tangan untuk orang lain juga sebab tak muat. Perasan macam muat...huhuhu tapi paling tidak, saya dapat juga pelekat peti ais yang menjadi hobi terbaru saya.Cukuplah....yang penting anak-anak. Kalau belikan saudara mara tak boleh seorang dua..nanti yang lain kecil hati, jadi saya tak belikan semua...cuma untuk adik beradik ajer....

yang lelaki t-shirt jelah

Sempat balik semula ke hotel ambil beg yang disimpan...kemas-kemas sementara tunggu teksi

Di Bandung, kalau nak naik teksi, better teksi argo (meter) dan Blue Bird Taxi. Harganya murah sikit. Kalau ke airport dari hotel tempat saya menginap tu, hanya Rp27,000, lebih kurang RM7. Sebenarnya Rp26,100...bagi 27k takde baki ye..keep the change......kalau tak kisah biarkan saja, tapi kalau sayang duit..mintak!!!! sebab diorang kat sana semua duit. Tak pakai seatbelt, polisnya caj 400k...kalau dia tahu kita orang malaysia lagi banyak kena. Parking kereta sekejap pun kita yang kena bayar....tas(beg duit) kena jaga-jaga.Better pakai beg galas ye...

Sempat juga kami singgah beli jajan sikit di Jajanan Kebonjukut atau terkenal dengan nama Kartika Sari. Sale pisangnya memang sedap........



Jam 4.30 kami dah sampai di bandara. Biar cepat asal selamat......Tapi nak keluar dari Bandung, ada bayaran yang perlu kita lunaskan. Bayaran pelayanan jasa namanya. Baik je bunyi ayatnya kan. Printed...passenger service charge..Rp75,000 atau RM35.Huh...duit lagi....


Selamat sampai di LCCT jam 10.30 malam....terus ke Subang,bermalam di rumah Kakak sebelum bertolak balik ke Pasir Gudang keesokannya. Dapatlah bawa balik sedikit wang rupiah dalam RM15....


Kesimpulannya:
1. Seronok
2. Pengalaman baru
3. Selalu berhati-hati supaya tidak ditipu
4. Tak sesuai sangat bawa budak kalau nak bershopping

5. Tempat  menarik  untuk dilawati:
i. Tangkuban Perahu
ii.Sari Ater Hot Spring (tak sempat)
iii.Kawah Putih (tak sempat)
iv.Kampung daun (tak sempat)

Tempat shopping:
i. Toko Tiga
ii. Jalan dago
iii.Cihampelas
iv. Pasar Baru
v.Rumah Mode

Kena kumpul duit dulu...rancang ke mana nak tuju...barulah kepuasan dapat dirasakan!!!!!!!

Trip to Bandung (Bahagian 3)

13 Mac 2012

berdebar-debar nak present....

Hari yang dinantikan. Pagi-pagi dah breakfast. Pembentangan akan bermula jam 1.30 petang, di bilik Pheony. Sepanjang pagi dok bersedia untuk pembentangan. Boleh ke cakap BI ni? Macam-macam yang bermain di fikiran. Jam 1 petang dah terpacak dalam bilik tu. Savekan power point...Bertemu dengan beberapa pembentang lain. Seorang dari UPM, seorang dari UTM juga, sepatutnya seorang dari Indonesia tapi tak hadir, seorang dari India dan seorang dari USA.

Biarpun berdebar..kena buat juga. Satu pengalaman yang bukannya boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman tu kan guru terbaik dalam hidup kita. Masa inilah kita nak tahu kemampuan kita. Ketakutan adalah perasaan biasa tatkala kita nak memulakan sesuatu tetapi apabila kita berjaya mengharunginya, maka kepuasan yang akan jadi milik kita.

Kakak jadi tukang perakam periwtiwa. Daripada video yang dirakam, saya belajar memperbaiki kesilapan yang ada. Boleh pulak tersebut perkataan "alamak' dalam presentation tu. Presenter dari India dan USA tu Associate Professor..semuanya congratulate dan kata yang saya did a good job sebab firts time participation. Seronok bila ada discussion dengan mereka. Jadi memang pengalaman yang baru walaupun topik saya tak ada soalan atau perbincangan. Daripada 3 ratus lebih tajuk, tajuk saya je berkaitan pelajar pekak. So mereka tak tahu pun. Tapi tajuk-tajuk mereka juga mengujakan, pasal employability, entrepreneur....seronok...Terasa macam nak pergi je lagi conference yang lain sebab mereka buat dalam keadaan santai...tak pressure langsung pun....Jom kawan-kawan.......


gaya-gaya masa present paper...nasib baik duduk ajerr

Di akhir sesi bila selesai present, saya dapat ni:

dapat sijil....

Tak kisahlah, yang penting dah ada sijil, dah dapat pengalaman yang berharga. Lepas ni.....Pasar Baru kita!!!!!....Habis present terus naik ke bilik, tukar baju dan berjalan kaki ke Pasar Baru....ala-ala Pasar Khadijah di Kelantan tetapi lebih besar. Hari ni cuma window shopping saja...tengok apa yang boleh dibeli esok sebab esok seharian lapang sebelum pulang ke Malaysia jam 7 malam. Tengok-tengok pun dapat juga sambar sikit-sikit..hehehe 





Di sini semua toko ditutup pukul 5.Tapi kami merayau juga hingga pukul 6, masih ada yang buka. Cuci mata.....Esok kami datang lagi ye.....

Trip to Bandung (Bahagian 2)

Isnin 12 Mac 2012.

Jam 7.00 kami dah bersarapan. Makanannya tak banyak beza dengan makanan Malaysia.




semuanya sedap. Bekal untuk perjalanan jauh.....

Hari ini kami merancang untuk ke Gunung Tangkuban Perahu. Balik nanti ingat hendak singgah di Rumah Mode, Factory Outlet di Jalan Riau, Toko Tiga..kalau sempat. Semuanya tempat shopping... Hati risau juga sebab belum dapat menghubungi suami dan anak-anak. Wifi sangat susah. 1 bar, putus-putus...Terpaksa beli simkad baru boleh dapat hubungi keluarga di Malaysia. Suami pun risau, apalah cerita si isteri di negara orang....Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu, sempatlah berhenti beli simkad, tapi tak tahu pula macam mana nak contact. Kena tunggu balik ke hotel pula...lewatlah nampaknya. Yang penting simkad dah ada...

beli simkad dulu....

Di sini memang padat penduduknya. Kenderaan ikut suka hati...hon kereta dah macam muzik. Tapi yang bagusnya walaupun kereta bersimpang siur, motor selit menyelit, tak ada kami lihat muka tak puas hati ke, nak marah ke...semuanya lancar sahaja walaupun ada jugaklah kami kecut perut. Bagi diorang biasa aje. Cuma di sini, sikit-sikit duit....bahasa memang lemah lembut, tetapi akhirnya mesti ada bau-bau mintak duit....
Kami sampai di Tangkuban Perahu dalam pukul 10, lebih kurang sejam perjalanan. Pak Herman dah nasihat jangan beli apa-apa kerana sangat mahal. Kami pun menurut perintahlah. Sampai di atas...Subhanallah!!!!Pemandangan yang sangat indah. Saya pun terdiam seketika. Sejuk macam di Cameron Highland. Sejuk angin. Orang memang ramai. Kalaulah dekat...memang saya akan datang selalu. Terserempak bekas pelajar yang datang bercuti bersama keluarganya juga di sini.









Dari ketinggian inilah, kami mula jalan-jalan cari pasal. Naik guna kereta..turun ikut trek. Dua jam perjalanan termasuk ambil gambar dan ke Kawah Domas. Hasilnya....Rp850,000 habis di situ termasuk 'diketuk' untuk beli souvenir...




boleh masuk rupanya dalam pokok ni..."JAMBU ALAS' kalau tak silap namanya..




Sempat makan telur rebus yang direbus dalam bekas tu ha.....Air menggelegak tu...

Keluar dari Kawah Domas, kami terus cari Rumah Makan sebab kelaparan. Di sini bukan boleh sebarang beli di tepi jalan. Selamat cari rumah makan. Habis juga Rp200,000 untuk makan tengahari. Ala-ala melantak.....hahahaha. Tapi sampai sekarang teringat-ingat Es Kelapa Sundana....


Es kelapa sundana

Menu tengahari kami yang kelaparan


Lepas makan, kami singgah solat di Rumah Mode, salah sebuah mall yang terkenal di Bandung. Terserempak sekali lagi dengan pelajar ini, Affizat.


Bagi saya dan Kakak yang bukanlah shopper tegar, bagi kami Rumah Mode macam Jusco je di sini. Tak sampai setengah jam, kami beredar pula ke Toko Tiga, gedung jeans. Harganya agak ok tapi sebab tak ada fokus nak beli barang, dapat sambar dua helai t-shirt untuk anak-anak saja. Hmm..suka diingatkan kalau ke sini juga, mesti siap-siap bawa plug 2 pin...di sini tak ada plug 3 pin ye. Menjajau juga kami mencari, mujur dapat tak jauh dari Toko 3.

Usai di Toko Tiga....kami terus pulang ke hotel. Sempat kami makan malam. Lepas tu naik ke bilik dan berehat. Kalau nak cerita detil betul-betul..saya rasa sesuai buat novel.....hehehe....Kalau memang kaki shopping...memang seronoklah jawapannya.....Saya tak boleh balik lewat kerana nak prepare untuk pembentangan keesokan hari.....tidur kena cukup........