Followers

Sunday, March 18, 2012

Trip to Bandung (Bahagian 2)

Isnin 12 Mac 2012.

Jam 7.00 kami dah bersarapan. Makanannya tak banyak beza dengan makanan Malaysia.




semuanya sedap. Bekal untuk perjalanan jauh.....

Hari ini kami merancang untuk ke Gunung Tangkuban Perahu. Balik nanti ingat hendak singgah di Rumah Mode, Factory Outlet di Jalan Riau, Toko Tiga..kalau sempat. Semuanya tempat shopping... Hati risau juga sebab belum dapat menghubungi suami dan anak-anak. Wifi sangat susah. 1 bar, putus-putus...Terpaksa beli simkad baru boleh dapat hubungi keluarga di Malaysia. Suami pun risau, apalah cerita si isteri di negara orang....Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu, sempatlah berhenti beli simkad, tapi tak tahu pula macam mana nak contact. Kena tunggu balik ke hotel pula...lewatlah nampaknya. Yang penting simkad dah ada...

beli simkad dulu....

Di sini memang padat penduduknya. Kenderaan ikut suka hati...hon kereta dah macam muzik. Tapi yang bagusnya walaupun kereta bersimpang siur, motor selit menyelit, tak ada kami lihat muka tak puas hati ke, nak marah ke...semuanya lancar sahaja walaupun ada jugaklah kami kecut perut. Bagi diorang biasa aje. Cuma di sini, sikit-sikit duit....bahasa memang lemah lembut, tetapi akhirnya mesti ada bau-bau mintak duit....
Kami sampai di Tangkuban Perahu dalam pukul 10, lebih kurang sejam perjalanan. Pak Herman dah nasihat jangan beli apa-apa kerana sangat mahal. Kami pun menurut perintahlah. Sampai di atas...Subhanallah!!!!Pemandangan yang sangat indah. Saya pun terdiam seketika. Sejuk macam di Cameron Highland. Sejuk angin. Orang memang ramai. Kalaulah dekat...memang saya akan datang selalu. Terserempak bekas pelajar yang datang bercuti bersama keluarganya juga di sini.









Dari ketinggian inilah, kami mula jalan-jalan cari pasal. Naik guna kereta..turun ikut trek. Dua jam perjalanan termasuk ambil gambar dan ke Kawah Domas. Hasilnya....Rp850,000 habis di situ termasuk 'diketuk' untuk beli souvenir...




boleh masuk rupanya dalam pokok ni..."JAMBU ALAS' kalau tak silap namanya..




Sempat makan telur rebus yang direbus dalam bekas tu ha.....Air menggelegak tu...

Keluar dari Kawah Domas, kami terus cari Rumah Makan sebab kelaparan. Di sini bukan boleh sebarang beli di tepi jalan. Selamat cari rumah makan. Habis juga Rp200,000 untuk makan tengahari. Ala-ala melantak.....hahahaha. Tapi sampai sekarang teringat-ingat Es Kelapa Sundana....


Es kelapa sundana

Menu tengahari kami yang kelaparan


Lepas makan, kami singgah solat di Rumah Mode, salah sebuah mall yang terkenal di Bandung. Terserempak sekali lagi dengan pelajar ini, Affizat.


Bagi saya dan Kakak yang bukanlah shopper tegar, bagi kami Rumah Mode macam Jusco je di sini. Tak sampai setengah jam, kami beredar pula ke Toko Tiga, gedung jeans. Harganya agak ok tapi sebab tak ada fokus nak beli barang, dapat sambar dua helai t-shirt untuk anak-anak saja. Hmm..suka diingatkan kalau ke sini juga, mesti siap-siap bawa plug 2 pin...di sini tak ada plug 3 pin ye. Menjajau juga kami mencari, mujur dapat tak jauh dari Toko 3.

Usai di Toko Tiga....kami terus pulang ke hotel. Sempat kami makan malam. Lepas tu naik ke bilik dan berehat. Kalau nak cerita detil betul-betul..saya rasa sesuai buat novel.....hehehe....Kalau memang kaki shopping...memang seronoklah jawapannya.....Saya tak boleh balik lewat kerana nak prepare untuk pembentangan keesokan hari.....tidur kena cukup........

No comments:

Post a Comment