Followers

Sunday, July 12, 2020

Ghostwriter junior

Assalamualaikum dan salam sejahtera kesayangan...

Bersawang betul blog ini jadinya. Dah lama tuannya tak bersihkan sawang-sawang yang berselirat memenuhi ruang blog. Macamlah sibuk bebenor. Entah apalah yang disibukkan agaknya. Sungguh, dua hari ni sibuknya boleh tahan.

Manakan tidak, perlu hadir dua kursus online dalam satu masa. Sejak semalam hadir Kursus Penulisan Mega Bonda Nor Online dan Kursus Ghostwriter Junior Online juga. Mujur kursus kedua memberi fleksibiliti dalam proses penyaluran ilmu dan tugasan. Petang je tergolek. Boleh tahan penat bila hanya duduk mengadap muka PC dan handphone.

Hari ini kursus Ghostwriter Junior masih belum berakhir. Hanya akan tamat jam 5.00 petang nanti. Ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. menarik juga bidang yang satu ini. Menulis tanpa dikenali namun menerima upah daripada servis yang diberikan.

Berkobar-kobar nak jadi ghostwriter dengan panduan yang telah diberikan oleh guru penulisan, Puan Nordianah Bachok. 

Selepas ini siapa yang tak ada masa nak tulis artikel, bolehlah gunakan servis saya sebagai ghostwriter. Insya-Allah belaka.

Mungkin ada yang tak faham apa kerja ghostwriter. Kata mudah, penulis upahan ni menulis untuk orang lain tetapi namanya tak tercatat sebagai penulis. Dia hanya penulis di belakang tabir. Terlindung tetapi penting bagi membantu mana-mana individu atau syarikat atau website untuk menghasilkan artikel yang berkualiti.

Dah lama sebenarnya jadi ghostwriter tapi tak perasan ....

Doakan bidang baru ini dapat bantu memanfaatkan ramainya orang ya!





No comments:

Post a Comment