Followers

Friday, July 17, 2020

Nak roti canai!

Pagi tadi Ammar Hariz bangun awal dan terus nak mandi. Dah agak dah, rupanya terkencing atas toto. Mama dan ayah dah biasa, so suruh mandi dan bersihkan toto tu kerja ayah. Cerah tanah, dia boleh pula ajak makan di luar. Roti canai dimintanya! Jarang dia meminta mahu makan. Selalunya liat benar nak disuruh makan.

Mama terasa nak makan nasi lemak. Dah plan mahu ke mana menikmati nasi lemak.

"Eh, kan dia yang ajak kita makan. Jadi, kenalah raikan dia," kata suami.

Ok, cancel nasi lemak, teruskan dengan roti canai. Demi meraikan anak yang susah nak makan. Susu, coklat. Itulah sumber tenaga dia sepanjang hari. Sudahnya mama makan tosai dan telur separuh masak. Jadilah sementara nak sampai tengahari.

Entah apalah yang sedap dan hebatnya roti canai mamak itu. Makannya tak habis sepinggan tapi tenaga disimpan bagaikan tenaga super power! Tak reti penat langsung!

Penat sungguhlah mama dia hari ni. Kena henyak, diajak main di luar, menangis, semua ada! Nak bermanja dengan tanaman pun tak seperti biasa. Mata tak boleh leka memerhatikan aktifnya dia bermain bersama anak-anak jiran di lorong yang sama.

Berdoa sungguh mama agar malamnya tidur awal dek aktifnya waktu siang hari.

Harapan berkecai! Jam 10 lebih baru senyap. Itupun tertidur di bilik si kakak.

Alahai anak...

No comments:

Post a Comment