Followers

Tuesday, January 18, 2011

Bila rasa gembira..................

Sedar tak sedar sudah hampir dua minggu laman blog ini tidak dikemaskini. Agak sibuk dengan sesi kuliah yang membataskan masa untuk menulis. Alasan.........hidup memang penuh dengan alasan. kadang-kadang logik, kadang-kadang langsung tak logik segala alasan yang digunakan. Bila menjenguk laman-laman blog teman-teman, maka tersedarlah bahawa laman blog sendiri minta dikemaskini. Kalau tidak lama-lama labah-labah akan mula membuat sawangnya.....

Biasanya bila sedih, ada saja cara untuk meluahkan kesedihan yang melanda jiwa. Begitu juga keadaannya tatkala hati dibuai gumbira. Pasti ada kaedah terbaik untuk mengekpresikan apa yang dirasai. Nampaknya jari jemari dah mula berperanan membantu untuk menzahirkan rasa gembira yang bersarang sejak semalam. Mana tidaknya, sampai-sampai sahaja di pejabat seawal pagi, duduk di hadapan laptop, buka email....ada sesuatu yang menggembirakan terpapar di sana. Maunya tidak gembira!!! Penantian sekian lama, pengharapan yang tak pasti bila akan bertemu jawapannya akhirnya....terjawab sudah..........

Bila status dinaikkan di facebook, masih ramai yang tertanya-tanya apakah musabab kegembiraan ini...mereka belum ketemu jawapannya. Hanya sang suami dan adik bongsu sahaja yang diberi hak untuk berkongsi kegembiraan yang sedikit ini. Maafkan saya ye teman-teman......masih belum bersedia berkongsi punca kegembiraan itu kerana belum pasti apakah akan ada penghujung yang benar-benar menjadi puncak kegembiraan. Peh...penuh dengan makna tersirat kan...Apa yang pasti., hari-hari mendatang adalah hari yang penuh dengan cabaran dan liku namun ianya bukan pematah semangat untuk terus teguh berdiri....

Siapa yang tak mahukan kejayaan..cuba beritahu? semua orang idamkan kejayaan tak kira dalam apa bidang sekalipun, dalam apa jua yang dilakukan..begitu juga dengan diriku yang pasti menjadi insan yang sibuk bermula tahun 2011 ini. Tahun transformasi, tahun mengubah persepsi diri dan tahun meningkatkan pencapaian serta kepuasan diri. Mudah-mudahan segala apa yang dilalui akan dipermudahkan...Aminnn.....

No comments:

Post a Comment