Followers

Friday, November 25, 2011

Port Dickson kami datang...

Bila nak cerita berkenaan Port Dickson, mestilah teringat percutian bersama keluarga sempena cuti Keputeraan Sultan Johor Selasa lepas. Sebenarnya memang tak pernah pun bercuti ke PD. Asyik dengar je cerita orang.Kebetulan adik ipar yang bekerja di mahkamah mencadangkan agar kami pergi bercuti sekeluarga. Urusan penginapan di bawah tanggungan adik ipar. Kami bercuti di rumah peranginan persekutuan, PD. Pagi Isnin dah bertolak ke Tangkak. Tunggu punya tunggu, hampir pukul 3 petang baru bergerak ke PD. Semuanya gara-gara adik ipar yang beria-ia menyiapkan bahan untuk barbeque pada sebelah malam. Rupa-rupanya,dia sendiri tak tahu jalan. Mujurlah kami bawa GPS. Kami sampai dulu.........

Kami menginap di apartment dua bilik. Dua apartment kami sewa untuk 3 keluarga. Harganya berpatutan. RM42 semalam.Tidaklah mengharapkan fasiliti sehebat hotel lima bintang, cukup sekadar ada penghawa dingin untuk Haziq, dapur yang sedang-sedang aje, peti ais, dan televisyen. Itu pun dah memadai. Lagipun bukannya hendak tinggal lama, sekadar satu malam. 

Ingatkan petang nak bawa anak-anak mandi di kolam mandi di Permaisuri Resort di kawasan peranginan yang sama. Elok sahaja kami sampai di kolam, hujan turun mencurah-curah. Anak-anak mulalah buat perangai....Balik semula ke rumah peranginan dan menyiapkan bahan-bahan untuk mula 'membakar'. Tak boleh lewat sebab pastinya malam tu semua nak saksikan kehebatan ngauman Harimau Muda yang bakal membaham Garuda.

tukang bakar...

tukang rasa....

Yeah!!!!! Garuda tersungkur di kaki harimau...AUMMM..........
semua berkumpul di Baiduri 3 menyaksikan Malaysia merangkul ibu segala pingat emas di Sukan SEA Indonesia....

Keesokan paginya bawa anak-anak berseronok di kolam mandi. Haziq pun apa lagi..saya memang dah sediakan neckfloat awal-awal supaya Haziq boleh rasakan luasnya kolam mandi di situ kalau nak dibandingkan dengan kolam mandi di rumah. Penuh perasaan Haziq mandi...

rileks aje member..

Sang puteri kena timbus oleh ayah...

terkelip-kelip mata dek panahan mentari pagi...

kami sekeluarga....

Dah puas main kolam, kami singgah di Teluk Kemang...inilah aktiviti anak-anak. Nampak saja kuda terus nak  naik kuda. Ingatkan anak-anak teruja dengan kereta kuda, rupa-rupanya tak mahu naik kereta, sebaliknya mahu naik kuda!!!...Suruh bergambar dengan ular sawa semua takut.....

Tukang bayar....

Rahimi si penunggang kuda...hihihihi...

Giliran Sofiyah..

Haziq nak jugak...

Kayuh basikal roda tiga. Basikal ke ni???

Mengantuklah.....

Eh.....nak naik kuda lagi??? Adu......

Sofiyah naik motor..Teringat iklan "Pakcik menang Moto.."....

Ambil kesempatan naik bot, menuju Pulau Rasa Sayang, kata pemandu bot..

Along dan isteri tunggu di atas....

Wajah-wajah gembira sekeluarga

Perancangan seterusnya nak ke Taman Rama-rama di Melaka dalam perjalanan balik. Tapi encik suami mencadangkan agar terus sahaja pulang kerana kelihatannya masing-masing sudah keletihan. Maka persetujuan dicapai....Oleh kerana perut dah mula menyanyi, semuanya sepakat untuk singgah di restoran jejantas Ayer Keroh. KFC menjadi tumpuan kami. Budak-budak sukalah......Balik masing-masing terus tumbang. Memang letih betullah tapi puas. Kalau nak ke pantai Teluk Kemang tu, kalau niat di hati nak shopping t-shirt atau cenderahati memang sesuai sangatlah. Kalau bawa anak-anak, ada jugalah sesuatu yang menyeronokkan. Sesuai untuk berkelah...Pantainya memang cantik.......Kalau setakat sejam dua nak pergi, baik tak payah lah ye. Kalau nak spend masa setengah hari, mandi laut dan pusing-pusing...sangat sesuai dan menyeronokkan. Penginapan tak perlu risau, banyak resort dan hotel sekitar PD..pilih saja nak yang mana satu. Cuma apa yang tak bestnya, tak sempat pun nak shopping, badan dah letih, dah tak sabar nak melabuhkan badan.....kalau sesiapa teringin nak pergi...silalah....seronok...Cuti-cuti Malaysia....

No comments:

Post a Comment