Followers

Monday, February 20, 2012

Sayang dan benci biar berpada-pada....

Biasa sangat kan mendengar pepatah yang menyatakan:

Kalau berikan sayang, jangan berikan 100 peratus, simpan sedikit untuk diri sendiri.Mengapa?
Kerana jika rasa sayang itu hilang, kita masih ada bakinya untuk diri, kita masih mampu bertahan dan mampu untuk berkongsi kasih sekali lagi.

Kalau membenci juga, jangan benci lama-lama, jangan membenci selama-lamanya. Mengapa?
Benci itu kan pemutus rasa kasih. Mana tahu suatu hari Allah balikkan hati kita, orang yang kita benci akan jadi orang yang paling kita sayang. Waktu tu, mesti kita rasa malu sebab kita pernah membencinya suatu ketika dahulu. 

Jadi, sayang kena berpada-pada, membenci juga berpada-pada. Biar bersederhana supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang melampaui batas.

Pernah berlaku satu cerita, bila seorang itu meletakkan rasa benci di tempat yang paling tinggi terhadap seseorang. Tiba-tiba dengan izinNya, pada satu ketika, hamba Allah yang dibenci itu adalah insan yang membantunya tatkala dia sedang buntu untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya. Alangkah malunya. Hendak minta maaf, malu....malu dan malu....Akhirnya bila teringat pepatah tadi, perlahan-lahan hamba Allah ini cuba memudarkan rasa bencinya kerana berhutang budi pula. Mungkin satu masa dulu insan itu pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi perlu diingat:

"Kita hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan". Apalah salahnya kalau kita memaafkan orang lain? Kemaafan adalah dendam yang terindah. Ada juga yang berkata, sekiranya kita hendak memaafkan orang yang kita benci, belajarlah memaafkan dan belajarlah mencintainya. InsyaAllah kemaafan itu akan membantu membersihkan sedikit titik hitam di hati kita. 

Kalau kita menyayangi dan suka disayangi,
Siapa kita untuk membenci?






No comments:

Post a Comment