Followers

Monday, August 22, 2011

Segamat bukan lagi pekan koboi.....

Dalam bulan puasa ni, baru minggu lepas dapat balik berbuka puasa hujung minggu di Segamat, tanah kelahiranku. Minggu sebelumnya di Tangkak. Alhamdulillah,ada kesempatan bersama adik beradik, mak dan abah untuk berbuka sama-sama. Sabtu malam bawa anak-anak ke Bandar Utama, bandar kedua Segamat. Kalau dulu, Segamat rasanya memang tak ada apa pun, yang glamournya tu jelah, kedai-kedai kain, Rejinah, Jakel. Sekarang bandar Segamat dah ada hub daerah sendiri.Sejak ada Bandar Utama, dan IOI yang semakin pesat membangun, Segamat hari ni dah tak macam Segamat yang dulu. Kereta? Tak payah ceritalah, rasanya Pasir Gudang pun tak sesesak ini. Bawa anak-anak cari baju raya kononnya, nak dapat parking punyalah payah. kena parking jauh sedikit dan berjalan kaki ke tempat dituju. Sofiyah biasalah,ada aje rengeknya, maklumlah hari dah malam....

Kalau dulu Segamat terkenal dengan Warta, sekarang dah bertukar jadi Billion. Kedai-kedai baru mencanak naiknya. Secret resepi pun dah ada bangunan di Segamat. Apa lagi.....ha..GIANT dah tersergam indah mempelawa masyarakat Segamat untuk masuk. Upwel masih lagi kuku di lokasi yang sama. Pizza Hut pun dah ada..banyaklah pembaharuan yang berlaku sejak berbelas tahun dahulu. Kalau dulu lalu kat Segamat memang rasa tak ada apa pun yang istimewanya untuk dijelajah tapi hari ni, kalau sehari rasanya penat nak teroka Segamat, mesti tak puas. Tumpuan utama masih kepada kemeriahan tekstil. Dari Segamat Atas hingga ke Bandar Utama..hinggalah ke Segamat Bawah....lenguh rasa lutut kalau sehari mencuci mata.Manusia? Berhimpit-himpit, berlaga-laga bahu apatah lagi bila dah menjenguk detik-detik akhir Ramadhan. Semua orang keluar cari keperluan untuk aidilfitri yang bakal menjelma. Memang tak berapa selesa tapi nak buat macam mana, redah jelah....Akhirnya dapatlah dua pasang baju untuk anak-anak dan baju Melayu untuk anggota keluarga lelaki. Nampaknya suka atau tak, mama kena jahit baju yang ada, kalau tak mesti warna tema dah tak sama. Adui......entah sempat entah tidak.....

Sekarang ni duduk di Segamat pun dah kurang Segar Amatnya. mana taknya, bangunan banyak dah naik, dah kurang dah pokok-pokok besar, yang ada semuanya hutan batu. Bukan saja bandar, kampung pun terasa kepanasannya. Segamat sekarang dalam frasa perubahan yang pesat..








Lepas satu...satu....

Ramadhan tahun ni sememangnya Ramadhan paling istimewa. Paling banyak ujian yang perlu diharungi. Mana taknya, mula-mula urusan diri sendiri yang ada masalah. Ada kekangan, kepayahan di sana sini yang membuatkan kadang-kadang rasa geram, frust, semuanya bercampur-campur. Lepas tu pulak dapat berita gembira bahawa pengasuh disahkan mengandung dan dalam masa yang sama ia adalah berita perit sebab kena mencari pengasuh baru untuk anak-anak. Cari punya cari, alhamdulillah jumpa...

Lepas satu masalah selesai, datang lagi satu cabaran. Dah lama Rahimi tak diserang asthma, semalam diserang sampai susah nak bernafas. Dapat cuti sakit. Bila anak-anak tak sihat, secara automatiknya mak bapak pun jadi tak sihat, jadi tak betul, jadi tak tentu arah. Tak tahu nak buat apa...tapi mujurlah encik suami lebih cekap dalam urusan sakit Rahimi....lega sikitlah mak dia....

Janganlah ada apa-apa ujian selepas ini. Bukan tak redha, ujian yang ada ini pun ada yang belum dapat penyelesaiannya, kalau datang lagi???hadu..hadu..hadu.......mak pening nih....hehehee....

Friday, August 12, 2011

Kena cari maid ke????

Aduh...semalam baru je dapat berita yang melegakan isi perut. Melegakan tangkai jantung dan menerbitkan senyum di bibir tetapi keceriaan itu tercalar dengan sedikit berita yang menggegar tangkai hatilah pulak. Mana tidaknya..dah elok-elok mengurut dada kelegaan, belah petangnya terpaksa menahan denyut sakit kepala yang menyerang mendadak. Mau tidaknya....bila sampai kat rumah pengasuh, suaminya dah bagi hint-hint yang lepas ni ibu tak boleh lagi nak jaga Haziq. Mula-mula tu memanglah lambat nak tangkap, maklumlah baru balik kerja, masih tingtong..penat..tup-tup dapat berita macam tu. Bila melabuh punggung, duduk elok-elok dan dengar serta cuba faham apa yang disampaikan, barulah mesej tu sampai ke otak. Fuhhh...rasa terduduk dan sebaklah jugak sekejap. Paling tak best, terus je tangkap sakit di kepala.

Rupa-rupanya, ibu mengandung!!! Alhamdulillah, rezeki ibu dalam bulan puasa, dah hampir 4 bulan rupanya. Cuma mamalah yang terduduk sebab ibu pun bukannya sihat sangat. Ibu ada darah tinggi. Macam mana nak jaga Haziq. Kalau yang dua orang lagi tu mungkin taklah susah sangat sebab dah besar, dah boleh uruskan diri sendiri. Ibu bagi masa hingga bulan 10 untuk cari maid atau orang lain yang boleh menjaga Haziq. Mama pun tak bolehlah ego, tak bolehlah pentingkan diri sendiri sebab memang dah tau kondisi ibu. Tapi tak sangka yang kali ini memang betul-betul berlaku, ibu tak boleh jaga Haziq. 

Pening terus rasa kepala. Balik rumah terus minta kepala dipicit. Agaknya lepas ni mama kena jumpa pakar gamaknya, sebab tension sikit je terus tangkap sakit di bahagian kanan kepala. Nak cari maid bukannya senang, lagi-lagi dah dekat nak raya. Kalau nak guna agen, memang dah tau range harga mesti 6-7 ribu. Mana nak cekau? Kalau nak uruskan sendiri pun, bak kata seorang teman dalam blognya, ini bukan di syurga, nak apa terus dapat. Ini dunia nyata, banyak urusan yang perlu nak diselesaikan sebelum dapat apa yang diimpikan. Banyak benda nak kena fikir. Nak cari maid ke, nak carik orang datang rumah jaga anak ke atau nak cari pengasuh macam ibu?

Kalau cari maid, bukan senang nak dapat yang betul-betul ok, belum tentu boleh jaga Haziq dengan baik macam ibu jaga. Belum tentu dapat menyesuaikan diri dengan mudah dengan keperluan Haziq dan kondisi Haziq. Terpaksa call mana-mana kengkawan yang pernah guna maid nak tau macam mana prosedur. kalau boleh memang taknak guna maid kalau ada pilihan lain. Buat sementara ni masih lagi usaha mencari mana tahu ada sesiapa yang sudi nak jaga anak OKU macam Haziq ni kan. Tak apalah, bayar mahal sikit pun sanggup asalkan ada orang yang boleh bantu jaga Haziq walaupun tak tahulah sampai bila mampu bertahan. 

Kesian Haziq. Dah tiga tahun dengan ibu, dah rapat dengan abah, dah sayang dengan abang-abang, tup-tip akan berpindah kasihlah pulak. Nak buat macam mana, suka tak suka, rela tak rela terpaksa juga sebab kesihatan ibu lebih penting. Meskipun tak dapat lagi merasa suapan air tangan ibu, namun kasih sayang anak-anak pasti tidak akan terputus dengan ibu. Anak-anak yang besar masih lagi nak diletakkan bawah jagaan ibu sebab dah 7 tahun dengan ibu, membesar dengan kasih sayang ibu dan abang-abang, tak sampai hati pula nak pisahkan melainkan kalau ibu memang dah tak sanggup nak jaga..

Macam-macam cabaran dan dugaan mama bulan ni tapi alhamdulillah semuanya dapat diharungi dengan baik. Dugaan yang ini pun mama yakin kami akan jumpa jalan penyelesaiannya.InsyaAllah..sama ada bibik atau pengasuh...mungkin akan ditemukan jawapannya malam ini....