Followers

Wednesday, September 7, 2011

Marhaban ya Marhaban...

Seminggu berhari raya dengan keadaan anak yang demam agak suram rasanya. Pejabat pula dah memanggil-manggil supaya datang bekerja seperti biasa. Almaklumlah, student dah habis bercuti...kenalah mengajar macam biasa. Di kawasan perumahan pulak akan bermula program marhaban yang saban tahun menjadi rutin semasa musim raya. Di jabatan-jabatan juga telah bermula sejak semalam. Sayangnya semalam tak dapat bersama-sama  kerana berpuasa. Tetapi hari ini alhamdulillah, dapatlah bersama-sama di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Marhaban memuji Rasulullah, puji-pujian mengagungkan Rasul junjungan tanda kasih kita kepadanya. Selain dapat mengeratkan ukhwah antara ahli yang hadir. Cuma apa yang saya perasan, sesuatu yang kurang sesuai dilakukan oleh kita yang dewasa ni. Saya cukup suka dapat berjumpa kawan-kawan lama...dapat berbual..dapat sama-sama melagukan marhaban. Cuma yang kurang seronoknya apabila tiba acara dihidangkan makanan yang sememangnya tersedia di atas meja. Rasa malu pun ada, nak marah???tidak secubit ada di hati cuma kesal dengan sikap rakan-rakan yang sepertinya bertahun-tahun tak nampak makanan. Semuanya menyerbu macam tak cukup makan. Jahat kan kenyataan ni???? Cubalah kita bayangkan rakyat Somalia yang dilanda kebuluran. Tatkala kita berebutkan makanan yang melambak-lambak, mereka di sana berebutkan makanan yang sedikit sekadar untuk mengisi perut yang kosong entah berapa lama.

Bila dilihat dan dihitung-hitung situasi yang berlaku di depan mata, menggeleng saya dibuatnya. Kadang-kadang mereka ni lupa agaknya bahawa setiap rezeki yang dihidangkan kepada kita, ada hak untuk orang lain juga. Kasihan melihat kawan-kawan yang tidak agresif, cukuplah apa yang tinggal...alhamdulillah, inilah rezeki pada hari ini. Jauh sekali hendak mengeluh cuma kesal dengan sikap rakus insan-insan yang memiliki akal tinggi yang dikurniakan Allah. Nikmat marhaban seakan hilang manisnya dengan keadaan yang berlaku. Nampak tak manis, nampak tak sopan hingga rasa malu pula hendak berada dalam majlis sebegini. 

Ya Allah, kau jauhilah aku daripada sikap rakus dan terburu-buru. Kau hindarkanlah aku daripada syak wasangka, Kau izinkanlah aku terus berbaik sangka, Kau bukakanlah hati-hati hambaMu untuk tetap di jalanMu dan kau berkatilah setiap rezeki yang telah Kau kurniakan kepada kami serta Kau jauhilah kami daripada azab nerakaMu ya Allah...

Monday, September 5, 2011

Sofiyah dan kawan barunya......

Rasanya dah beberapa bulan rumah ni disinggahi oleh seekor kucing yang tak faham bahasa. Dah namanya pun kucing kan..mana faham bahasa manusia. Dimarah ke, dibuang ke luar ke...semuanya dia buat tak reti aje. Makin dihalau makin dia menggesel-gesel di kaki. Rimas betul!!! Bukanlah anti kucing, cuma kurang selesa sebab Rahimi kan ada asthma...karang tak pasal-pasal kena cari ubat untuk alahan baru pulak. Lama kelamaan, dah lali dah..ikut suka kaulah kucing..nak datang ke...nak apa ke..janji bahagia. Suami pulak rajinlah pulak belikan makanan kucing. Sofiyah??? Ui...punyalah sukanya bila ada kucing tu....

Akhir-akhir ni datang lagi seekor, yang ni kategori masih anak-anak. Lagilah Sofiyah tak tentu hala dibuatnya dek geramkan kucing tu. Semalam suami bawalah Rahimi dan Sofiyah ke Kipmart beli barang, nak masak sikit sebab mak dan Long nak datang hantar Athirah. Suami kesian pada kucing tu, dok diam bawah tayar lori, nanti karang tak pasal-pasal pulak kitorang kena gali lubang kebumikan kucing. Ei..tak sanggup mak!!!. Suami telefon menyatakan hasrat nak belikan Sofiyah sangkar kucing. Punyalah tolak tak mahu ada kucing di rumah, akhirnya mengalah jugak. Tapi syaratnya mudah, dah ada kucing, tak boleh malas buat kerja sekolah, tak boleh malas pergi sekolah, kena dengar cakap mama dan ayah, kalau tidak....jeng-jeng...'selamatlah' kucing itu bakal disingkirkan. Nampaknya, umpan berjaya setakat hari ini. Fuh.....dah ada bahan untuk mama dan ayah ugut Sofiyah ni.kikikikikikiki....

Yang ni yang dah lama dok bertandang di rumah. Ada orang belai, huh lagi manja menggesel-gesel..tak tahan mak......
Selamat datang kepada tetamu baru siap dengan sangkarnya berharga RM200. Terkorbanlah duit raya Sofiyah..itupun dengan bantuan mama...kalau tak takde can dapat beli sangkar besar ni ha....
Baru-baru datang nak tunjuk garang...Cabut gigi tu karang....

Siap belikan mainan. Sepanjang hari dok melayan kucing ni ha turun naik sangkar yang bertingkat-tingkat. Kononnya....

Sofiyah ni sebijik mamanya. Dulu mama dia pun suka kucing jugak masa zaman budak-budak. Dah besar panjang je malas nak membela dan menjaga. Ayah Sofiyah siap tolong Sofiyah mandikan kucing ni, siap wangi-wangi lagi......Ikutlah korang..janji bahagia....

Saturday, September 3, 2011

Patutlah.....

Semua orang sibuk dengan persiapan menyambut hari raya seminggu lepas. Beli kuih rayalah, kemas rumah beria-ialah..pasang lampu lip lap lip lap...ada yang masih pasang pelita tapi aku masih lagi tak buat apa-apa. Hatta kuih raya pun baru je beli sejenis daripada kawan di pejabat. Tak tahulah kenapa raya kali ini tak meriah rasanya....Baju raya? Pukul 5 pagi, hari Isnin bersamaan 29 Ramadhan baru siap.....dapatlah dua pasang untuk diri sendiri dan anak perempuan. Baju yang lelaki semuanya sempat beli sewaktu balik ke kampung dua minggu sebelum raya dulu....kalau nak ikutkan, tak kuasa nak menjahit tapi memandangkan sunnah memakai pakaian yang baik pada pagi aidilfitri, gagahkan jugalah. Paling tak pun, baju raya pasti akan jadi baju kerja. Dua dalam satulah kiranya.....

Balik sehari sebelum raya, memang tak pernah dibuat sejak 8 tahun berkahwin. Entah kenapa masing-masing pun rasa macam nak taknak je berkemas nak balik beraya. Dengan si Rahimi yang menunjukkan tanda-tanda akan demam, lagilah kurang moodnya....

Sempatlah berbuka pada hari terakhir di rumah abang ipar. Kemas sikit-sikit rumah ayah mertua untuk persiapan pagi raya. Memasak? Birasku punya 'part'...kami cuma tunggu je makanan siap. Sehari beraya, Rahimi dah mula demam. Jadinya...memanglah tak ada hati nak beraya. Malam raya pertama ke Segamat pula. Rahimi demam lagi.Hinggalah ke hari Jumaat Rahimi masih demam. Patutah rasa macam tak seronok nak beraya, rupa-rupanya anak nak demam. Tak ke manalah raya kali ini. Jumaat malam bertolak pulang ke Pasir Gudang, Rahimi masih demam. Bila anak demam, mak bapak pun 'demam' jugalah.......

Patutlah........